You are on page 1of 5

KERTAS KERJA KURSUS ASAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA TAHUN 2014

TARIKH : 8 FEBRUARI 2014

HARI : SABTU

MASA : 08.00 PAGI HINGGA 01.00 PETANG

TEMPAT : DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENS

SASARAN : MURID TAHAP 2 (PRS)

1.0 PENGENALAN
Pembimbing Rakan Sebaya adalah sesuatu yang biasa kita dengari diperingkat
sekolah menengah.Ia merupakan sekelompok pelajar yang dipilih bagi membantu
kerja-kerja atau tugasan yang berkaitan dengan bimbingan,latihan dan juga motivasi
dikalangan pelajar sekolah yang sebaya dengan mereka. Peranan mereka cukup besar di
sekolah.Namun, ramai dikalangan pelajar dan ada juga dikalangan guru-guru yang tidak
berjaya mengenalpasti dan melihat peranan PRS ini lebih besar dari sekadar peranan
mereka di sekolah sahaja. Kelompok pelajar yang bernaung di bawah PRS merupakan
kelompok pelajar yang diberikan kesedaran dan memahami keperluan untuk menjadi
manusia yang terbaik bukan sekadar pelajar sahaja. Mereka ini kebiasaannya sudah
memiliki kecerdasan emosi yang tinggi tetapi perlu dibimbing agar kecerdasan itu dapat
digunakan untuk membantu orang lain disamping memperbaiki diri mereka sendiri,
sebagaimana yang kita ketahui, gejala keruntuhan moral hari ini kebanyakannya
dikatakan bermula dari kelompok remaja dan belia yang terdedah dengan dunia yang
pelbagai. Begitu juga apabila ia menular dikalangan pelajar sekolah. Rakan sebaya
merupakan faktor yang terhampir untuk menyebabkan seseorang mereka terjebak ke
dalam sebarang tingkahlaku keruntuhan akhlak.Oleh yang demikian, ahli PRS lah
merupakan kelompok pelajar yang paling hampir kepada mereka yang seharusnya
digembeling dan dijadikan contoh untuk membina generasi sebaya mereka. Mereka
perlu diberikan latihan yang cukup, bimbingan yang jelas serta motivasi yang
berterusan untuk sentiasa menjadi yang terbaik, memperbaiki diri sendiri untuk
membantu orang lain.

2.0 MATLAMAT PRS

Peserta akan dapat memahami dengan jelas siapakah dia PRS, peran dan
tanggungjawabnya sekaligus menghayati semangat kesukarelaan dalam menyertai PRS.
3.0 OBJEKTIF KURSUS

3.1 Mengetahui apa itu PRS


3.2 Mempelajari ciri-ciri asas PRS
3.3 Memahami peranan PRS
3.4 Mengenali PRS melalui konsep RELA

4.0 RASIONAL

Supaya murid lebih bermotivasi dan tahu peranan mereka serta tanggungjawab dalam
melaksanakan tugas.

5.0 SASARAN

18 orang murid PRS dari tahun 4 hingga tahun 6.

6.0 STRATEGI PELAKSANAAN

6.1 Perbincangan dengan Guru Besar

-penetapan tarikh, tempat dan aktiviti program

6.2 Menyediakan kertas cadangan

6.3 Menyediakan AJK bertugas serta bidang tugas masing-masing

6.4 Mengadakan mesyuarat dan taklimat

6.5 Pelaksanaan program

6.6 Penilaian program


7.0 PELAKSANAAN

7.1 Tarikh : 8 Februari 2014

7.2 Hari : Sabtu

7.3 Masa : 08.00 – 01.00 petang

7.4 Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Pokok Sena

8.0 ATURCARA PROGRAM

MASA AKTIVITI
08.30 -08.45 pagi Pendaftaran peserta
Bacaan Doa

08.45– 10.00 pagi Slot 1 : ceramah Kepimpinan


Oleh : Ustazah Roshiza Bt Hashim / Pn Rosmawati Bt Abdul Ghani

10.00-10.30 pagi Kudapan

10.30–12.00 tgh Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

12.00– 12.30 tgh Majlis penutupan


- Ucapan Aluan Guru Besar
- Penyampaian sijil kepada peserta kursus

12.00-01.00 Makan tengahari dan bersurai


petang
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Keseluruhan kos adalah bayaran daripada PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Anggaran perbelanjaan kewangan

1. Jumlah murid 18 orang X RM 5.00 RM 90.00


(kos makan pagi dan tengahari)
2. Bahan Fotostat RM 10.00

Jumlah keseluruhan RM 100.00

9.0 SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM

PENGERUSI

Azis Bin Abd Rahman (Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pokok Sena)

NAIB PENGERUSI

Ros Nani Bt Iteng (PK HEM)

NAIB PENGERUSI 1

Rogayah Bt Ismail (PK Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI 2

Kharima Bt Zainal Abidin (PK Koko)

NAIB PENGERUSI 3

Sharih Roslan Effendi Bin Rosely (PK PPKI)

SETIAUSAHA

Rosmawati Bt Abdul Ghani (Guru Bimbingan dan Kaunseling)

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Pn Aini Binti Ahmad

Norma Bt Shaari

Nor Hayati Bt Othman


11.0 PENUTUP

Kesungguhan dan peranan kita bersama ialah untuk memastikan keberjayaan dan
kecemerlangan peserta yang menyertai kursus ini secara khususnya dan keseluruhan pelajar
secara amnya. Apa yang diharapkan daripada pihak sekolah, akan dapat memberikan
pengukuhan dan menambahkan pengertian bimbingan dalam hidup peserta disamping menjadi
anak dan ahli masyarakat yang dapat berperanan dengan baik. Semoga dengan berjayanya
kursus ini, juga akan mendedahkan kepada masyarakat tentang kepentingan remaja dalam
pembinaan masyarakat yang cemerlang.

Disediakan oleh: Disemak oleh

______________

(ROSMAWATI BINTI ABDUL GHANI)

Guru Bimbingan dan Kaunseling

You might also like