You are on page 1of 27

JANUARY 19, 2018

Percutian Best Di Krabi, Thailand

So, di bawah sedikit tips untuk anda sebagai persediaan ke Krabi berdasarkan pengalaman saya sendiri
🙂

~ TIPS/PERSEDIAAN BERCUTI KE KRABI ~

1. Booking tiket Airasia awal-awal, boleh dapat harga murah ~beli online je~
2. Sediakan sun block supaya tak sun burn ~beli di Guardian @ Watson~
3. Make sure bawak sun glasses supaya nampak lebih kacak, cantik dan bergaya ~beli di Brands
Outlet~
4. Bawak waterproof bag, untuk simpan bahan-bahan berharga daripada basah ~beli di Decathlon~
5. Bawak sport/action camera supaya boleh merakam dalam air (yang ni optional je tapi memang
sangat-sangat berguna) ~beli dari Lazada~
6. Makanan tak payah risau, tak bawak bekal dari Malaysia pun takpe, sebab sana banyak
makanan/restoran halal
7. Paling penting, cari hotel di Pantai Ao Nang, bukannya di Krabi Town ye 🙂 ~cari di
Agoda/Traveloka/Trivago/Booking/Sawadee~
8. Kami syorkan pilih pakej yang menawarkan hotel 3star,harga sebenarnya tidak jauh beza pun
dari harga pakej yang paling bajet. Yang penting ada angsa atas katil..ala ala romantika gitu.

ISLAND TOUR

Ini antara aktiviti kemuncak jika anda ke Krabi.AWAS kat sini banyak orang tersilap percaturan.Dalam
kepala fikir akan pergi 4 pulau macam dalam iklan yang diwar-warkan tetapi hanya dua pulau sahaja
yang dibawa disebabkan cas TAMAN NEGARA yang tidak dijelaskan oleh pengunjung ..Terkena panggilan
hangit..kesian beb..Mai nak habaq sikit..kebiasaanya 4 island tour ni akan pergi Phranang Cave
Island,Chicken Island,Tup Island & Poda Island..Tapi dua pulau Tup & Poda Island ada fees National
Park(Taman Negara) 400bath(rm50) dari kerajaan Thai.Jika pengendali pakej hidden benda ni, alamat
dua pulau jer la korang akan pergi..tanya betui² pengendali pakej anda.Nak paling best & selesa, cari
pakej yang menggunakan speed boat.Lebih selesa,cepat & keselamatan lebih terjamin..
Planning untuk trip kali ni memang ad-hoc jugak.. Itu yang dapat tiket flight agak mahal (RM 400++/pax)
sebab booking dalam masa 3 minggu je sebelum nak pergi.. Sebenarnya kalau beli awal masa promo Air
Asia, boleh dapat dalam RM 200++/pax.. Plan pulak nak pergi masa Krismas, so dah agak harga pun
mesti akan sedikit mahal.. Dalam masa yang pendek ni jugak, nak setelkan travel insurans, penginapan
dan itenerary kat sana..

Itenerary kami:

Date: 22 – 25 Disember 2017 (Jumaat – Isnin)

Flight: Air Asia (RM400++/pax) @ 5.05 pm

Hotels: Ao Nang Sunset Hotel (2 malam) + Krabi Seabass Hotel (1 malam)

Pakej: Cari kat sana je, senang 🙂

Day 1 – Departure

Pengalaman nak boarding masa ke Perth tu banyak mengajar dan bagi pengalaman.. Masa tu kami la
yang paling last masuk dalam flight sampaikan pintu dan nak tutup.. hahaha.. So, sentiasa la datang awal
kalau boarding dari KLIA 2.. Sebab airport ni teramat la besar.. Alhamdulillah, kami sampai awal kali ni..
Lagipun dah buat web check-in, boleh la boarding dengan tenang..

Kena isi declaration form ni dulu dan bagi masa kat imigresen counter kat sana nanti..
Alhamdulillah, setelah 1 jam 20 minit, akhirnya kami pun sampai ke Airport Krabi.. Sekejap je rasanya..
Maklumlah, negara jiran sebelah je.. heheh.. Lepas sampai je, terus terjah kedai telco DTAC, cari sim
card.. Senang nak wasap ngan update fb nanti.. Kalau tak silap, ambik yang pakej 200 baht @ RM26,
cukup dah tu kan..

Alhamdullilah, safely landed..

Dah sampai negara orang, wajib la cari sim card dulu..Masa nak keluar airport tu, akan ada la agen
company yang approach.. Siap boleh cakap Melayu lagi pulak tu.. hahaha.. dengar dia punya cakap,
memang boleh cair dengar.. harga pun sebenarnya macam ok je, tapi kami tabahkan hati jugak, ingat
nak cari pakej island hopping dengan elephant tracking kat Ao Nang je.. So dengan akak kat Airport ni,
kami cuma ambik taxi ke hotel dengan booking taxi masa nak balik masa Subuh 25 Disember tu nanti je..
So, tak perlu dah fikir pasal transport balik.. Taxi ke Ao Nang 600 baht @ RM76 dan masa balik nanti
disebabkan daripada Krabi Town je, so tambang cuma 300 baht @ RM38.

Check-in dulu.. payment semua dah buat through Agoda so kita ambik kunci je terus.. Setel..

Masa booking kat Agoda, kami ambik 2 bilik tapi request bilik inter-connecting room.. Alhamdulillah,
dapat sepertimana yang di request.. hehehe.. Seronok Mia dengan Khalif, kejap-kejap masuk bilik pak
cik, kejap kejap masuk bilik sendiri pulak sebab ada pintu sambung dalam bilik.. Hotel ni pun cantik
sangat dan sangat recommended.. Kami akan stay 2 malam kat sini.. 2 bilik untuk 2 malam RM700++..
Lepas letak beg, kami terus turun nak gi cari makan pulak.. Dengar-dengarnya Bangboo Halal Seafood ni
sedap tapi mahal sikit.. Takpe, kita pergi try k.. Jaraknya tak la jauh sangat, dalam 500 meter je.. tapi
disebabkan thrill nak merasa naik tuk tuk, so kami plan nak try la.. Tuk-tuk jenis motosikal ni 100 baht @
RM12..

Kalau kat Pantai Ao Nang, boleh try makan sini..

Kat Krabi ni, kalau ada lambang bulan dan bintang tu, InsyaAllah la halal.. Lagipun pekerja yang ambik
order kitorang tu pun fasih cakap Melayu, senang nak order..

Nampak sedap kan?? Memang sedap sangat pun..

Alhamdulillah, kenyang makan.. Yang kami order, Nasik, Tomyam Seafood, Kailan Ikan Masin, Telur
Dadar, Ayam Sweet Sour (Sedap gilerrrrrr), Frenh Fries dengan minuman.. Total semua lebih sikit dari
1000 Baht @ RM 120.. huhu.. sedikit pricey, tapi agak setimpal dengan portion makanan tu dan of coz la
memang sedap sangattttttttttttttt.. recommended!!
Day 2 – Island Hopping

Day 3 – Krabi Town

Dalam pukul 11.00 pagi, kitorang pun sampai ke hotel balik selepas elephant trekking.. Ready-ready
untuk check-out.. Malam ni, kitorang akan bermalam di Krabi Town pulak iaitu kat Krabi Seabass Hotel..
Dah book through Agoda masa kat Malaysia lagi.. DUPLEX POOL ACCESS Rate lebih kurang RM
170/malam.. Lagi special hotel kitorang malam ni.. Sebab apa??? sebab hotel ni ada pool access..
Maksudnya, bukak je pintu bilik, terus boleh terjun ke swimming pool.. Dari Pantai Ao Nang nak ke Krabi
Town lebih kurang 30 minit naik teksi, agak jauh jugak la tapi senang sikit nak ke airport sebab dah
dekat.. lagipun pagi-pagi esok selepas subuh kitorang dah kena check-out semula untuk ke airport..
Pros Krabi Seabass Hotel: Hotel baru, cantik, ekslusif, staf ramah, lokasi dekat dengan Krabi Night
Market dan airport..

Cons Krabi Seabass Hotel: non-halal cafe dan tiada restoran halal berdekatan (boleh naik tuk-tuk untuk
cari makan kat area night market)
Sebelum ke Krabi Town, mintak pakcik teksi singgah jap tepi Pantai Ao Nang untuk pic kenang-kenangan
dengan landmark Krabi statue Barracuda ni..
KRABI NIGHT MARKET

Dah penat mandi, so kitorang ke Krabi Night Market pulak.. Jalan kaki pun boleh ke sana, lebih kurang 10
minit je.. Ingat nak dinner, lepas tu cari souvenir sikit untuk bawak balik nanti.. Night market cuma bukak
pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad je.. pukul 5 petang ke atas macam tu..

Kalau kat Krabi Town, recommended makan kat sini.. Sedap dan murah.. Macam-macam menu ada..

Try pancake chocolate + susu.. Terbaik..

Nasik seafood sweet sour.. Sedap!

Nasik ayam krapaw.. Yang ni lagi sedap daripada masa lunch Island Hopping semalam tu..

Nasik seafood masak kari.. Marvelous!!


Night market seberang restoran ni je..

Tips: Datang siang senang nak jalan dan pilih barang sebab tak ramai orang lagi 🙂

Day 4 – Balik Malaysia

Subuh-subuh, teksi airport dah sampai.. Wow, tak sangka naik kereta MG.. ekslusif sangat ni, macam
VVIP walaupun bayar cuma 350 baht @ RM40 je.. terbaik la, Love Krabi.. heheh
ADA TAK PERKHIDMATAN SEWA MOTOR ?

Di sana juga menawarkan perkhidmatan sewa motor bagi anda yang berminat untuk jalan-jalan ambil
angin. Kebiasaannya kadar sewa adalah 200 baht untuk sehari. Untuk sewa motor ini anda tidak
perlukan lesen tetapi passport anda akan dipegang sebagai jaminan. Helmet tidak diwajibkan tetapi
digalakkan untuk dipakai melainkan anda rasa kepala anda diperbuat daripada besi.

Selalunya, motor akan disewakan dengan kadar minyak yang ngam-ngam untuk sampai ke stesen
minyak berdekatan. Kalau anda kehabisan minyak, boleh dapatkannya di kedai-kedai runcit di tepi jalan
dengan harga 40 baht sebotol.
Hong Islands

Sumber: Világutazó

Hong Islands merupakan gugusan 4 buah pulau yang dimiliki oleh National Marine
Park. Hong Islands adalah antara kawasan pulau yang memiliki lanskap yang terindah
di Krabi. 4 buah pulau di dalam Hong Islands adalah Koh Hong, Koh Lahding, Koh
Pakbia dan Koh Rai.

Koh Hong adalah pulau yang tidak berpenghuni namun dihidupkan dengan kewujudan
pelbagai jenis fauna termasuklah burung-burung dan biawak. Koh Lahding pula adalah
sebuah pulau indah yang menempatkan kem sarang burung.

Alamat: Hong Islands, Krabi province, Thailand


Tup Island

Sumber: Isabella Yachts Phuket

Air yang cetek, penuh dengan ikan yang cantik, Tup Island adalah destinasi yang cukup
ideal bagi anda yang datang bersama keluarga. Bersnorkeling di sini memang bestlah!
Pemandangan di kawasan sekitar pantai juga tidak mengecewakan, sangat
menyejukkan mata.

Namun begitu, disebabkan ramai yang memiliki fikiran yang sama bahawa Tup Island
ini adalah pulau yang cukup mempesonakan, ia boleh menjadi agak sibuk dengan
kedatangan pelancong terutama pada musim cuti. Jadi, rancanglah perjalanan anda
sebaik mungkin untuk memaksimakan keseronokan anda sekeluarga di Krabi.

Alamat: Ao Nang, Krabi Town


Maya Bay

Sumber: Thailand Travel

Dunia atau syurga? Anda pasti tertanya-tanya sendiri soalan ini apabila melawati Maya
Bay, sebuah kawasan perairan teluk yang mampu membuat anda sekeluarga
terlentang di pasir kerana begitu terpesona dengan keindahannya. Dikelilingi oleh
tebing-tebing tinggi di sekitarnya, di dalam kawasan teluk ini terdapat beberapa buah
pantai yang kecil dengan pasir putih dan air laut yang jernih.

Jangan lepaskan peluang untuk bersnorkeling di sini kerana anda dapat menyaksikan
panorama bawah air yang sukar dilupakan, batu-batu karang yang berwarna-warni dan
hidupan laut yang eksotik. Jangan lupa untuk membawa kamera kalis air ya!

Alamat:Maya Bay Sleepaboard Office, Soi Chao Koh, Phi Phi Don, Ao Nang, Krabi
81000

Phang Nga Bay


Sumber: Our Beautiful Paradise

Phang Nga Bay adalah kawasan teluk yang menawarkan pemandangan yang agak
berbeza ketika air surut dan air pasang yang mana ketika air pasang, gua-gua yang
terdapat di sini akan ditenggelami air.

Oleh itu, sekiranya anda ingin menikmati pemandangan yang lebih indah, datanglah
ketika air sedang surut. Yang membezakan Phang Nga Bay dengan tarikan lain di Krabi
adalah tebing batu kapurnya yang kelihatan seperti timbul dari air. Cukup unik!

Alamat: Ao Phang Nga National Park, Thailand

You might also like