You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN JERANGAU

23200 BUKIT BESI DUNGUN TERENGGANU

KERTAS KERJA PERTANDINGAN MEMASAK


ANJURAN PERSATUAN PUTERI ISLAM

PENDAHULUAN

Pertandingan memasak dianjurkan bagi memahirkan murid dalam praktikal


kehidupan kendiri. Pertandingan ini dianjurkan bagi melibatkan murid dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di luar kelas. Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit
Beruniform Puteri Islam.

MATLAMAT

Memberi pendedahan kepada murid-murid serta diharap dapat membantu


murid-murid ini menguasai kemahiran diri disamping meningkatkan potensi diri
serta tahap keyakinan diri secara tidak langsung melalui pertandingan.

OBJEKTIF

Pertandingan ini dianjurkan bertujuan ;

1. Memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam semua bidang


kurikulum dan ko-kurikulum khasnya dalam aspek pengurusan diri

2. Meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar melalui aktiviti bersuasana


pertandingan.

3. Mempertingkatkan kemahiran bersosial untuk hidup berdikari dikalangan


pelajar berkeperluan khas.

4. Meningkatkan daya saing dan memupuk semangat kerja berpasukan.

5. Membimbing sikap berdikari dalam diri murid

6. Mengaplikasikan pembelajaran di dalam kelas ke situasi sebenar

SASARAN

Semua ahli Persatuan Puteri Islam (42 orang)


1. PERATURAN PERTANDINGAN

1.1 Ahli Kumpulan

1.1.1 Terdiri daripada 4 orang murid dalam satu kumpulan

1.1.2 Boleh terdiri dari ahli dari pelbagai tahun.

1.2 Bahan / Alatan

1.2.1 Semua bahan dan alatan untuk tujuan pertandingan perlu disediakan
sendiri oleh ahli kumpulan.

1.3 Menu

1.3.1 Menu adalah berdasarkan keputusan jawatankuasa pertandingan

1.4 Pengadilan

1.4.1 Setiap kumpulan diminta menyediakan satu hidangan santapan untuk


tujuan pengadilan.

1.4.2 Hidangan akan diadili oleh beberapa individu yang dilantik oleh
jawatankuasa pertandingan memasak.

1.4.3 Keputusan pengadil adalah muktamad.

2. BUTIRAN PERTANDINGAN

2.1 Butiran ;

2.1.1 Tarikh : 6 Nov 2012

2.1.2 Hari : Selasa

2.1.3 Jam : 2.00 petang – 5.00 petang


2.2 Agihan Masa ;

2.2.1 Murid akan dipecahkan kepada 6 kumpulan besar yang mana setiap
kumpulan akan melakukan akiviti berbeza

2.2.2 Akitiviti tersebut adalah ;

2.2.2.1 Penyediaan Hidangan Pertama

2.2.2.2 Penyediaan Hidangan Kedua

2.2.2.3 Penyediaan Hidangan Ketiga

2.2.3 Masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti adalah sama iaitu 30 minit.

3. Bahan masakan yang disediakan

3.1 Beras, Ikan Bilis, telur, Sayur-sayuran, Minyak Masak, garam, gula, ajinomoto,
perasa minuman, buah-buahan, ais,

4. Anggaran perbelanjaan: RM300.00

5. Hadiah

Tempat pertama: Hamper bernilai RM 20.00

Tempat kedua: Hamper bernilai RM 15.00

Tempat Ketiga: Hamper bernilai RM10.00

You might also like