You are on page 1of 1

Aku Sebatang Pokok Kelapa

Aku sebatang pokok kelapa. Aku ditanam oleh nelayan di tepi laut.
Badan aku kurus dan tinggi lampai. Daun dan buah aku sungguh lebat.

Ketika kecil lagi, aku dipagari agar tidak dimakan oleh lembu dan
kambing. Pada musim kemarau baru aku disiram. Aku dibaja sebulan sekali
supaya cepat membesar.

Apabila besar aku amat berguna kepada manusia. Tuan aku memetik
buah aku kerana air aku boleh diminum dan dijadikan ubat batuk. Lidi aku
pula dapat dijadikan penyapu dan pencucuk sate. Daun aku dapat
dijadikan sarung ketupat dan barang-barang kraf tangan.

Penduduk kampung nelayan tuan aku menggunakan tempurung aku


untuk membuat tabung duit dan senduk. Isteri tuan aku menggunakan sabut
aku untuk membuat berus dan penyapu. Isi aku boleh dimakan dan dibuat
kek dan kuih-muih.

Pada suatu hari, tuan aku menebang aku kerana aku sudah tua. Aku
pun tumbang. Aku berasa susah hati. Walau bagaimanapun, aku masih
berasa bangga kerana batang aku masih boleh dijadikan titi untuk
penduduk kampung.

Begitulah akhirnya hayat aku.

You might also like