You are on page 1of 2

Di manakah pula hak wanita tulen?

Maisarah Sheikh Rahim

NAMPAKNYA isu tuntutan hak golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT)
semakin rancak dibincangkan. Mana tidaknya, ia selepas ‘pembelaan’ pihak
piha tertentu terhadap
golongan berkenaan yang didakwa disisihkan seolah
seolah-olah
olah dinafikan hak mereka untuk ‘hidup’ di
negara ini. Ia seperti satu ‘rahmat’ kepada mereka untuk tampil ke hadapan ‘memperjuangkan’
nasib mereka itu.

Setahu Cekmek Molek, selama Malay


Malaysia
sia mengecapi kemerdekaan lebih setengah abad ini, tidak
pernah lagi terdengar
ngar bahawa golongan ini telah dipulaukan oleh masyarakat kita. Sekalipun
Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang menentang perbuatan songsang itu, perkara itu
tidak berlaku.

Belum pernah lagi ada mana-mana


mana ‘maknyah’ diaibkan di khalayak ramai kerana berpakaian
wanita di tempat awam. Atau ada antara puak-puak
puak gay dibuli di pusat-pusat
pusat pengajian tinggi.
Begitu juga tidak pernah terjadi ada dalam kalangan lesbian tidak mendapat hak kebajikan sama
rata di tempat kerja. Mereka sebaliknya bebas berada dalam masyarakat tanpa kekangan.

Bagaimanapun, sebagai ‘meraikan’ suara mereka yang mendakwa berlaku diskriminasi,


sepatutnya ia dibuktikan dengan kajian atau statistik daripada pihak berkuasa
berkuasa supaya mereka
boleh diberikan pembelaan sewajarnya tanpa prejudis.

Pun begitu, dalam keghairahan puak-puak


puak puak tertentu mahu mengiktiraf golongan ini, janganlah
pula hak sebenar wanita tulen diketepikan. Sama ada sedar atau tidak, golongan wanita
wa akan
mula
ula rasa terancam tentang keselamatan mereka. Di mana mahu diletakkan hak privasi mereka
di tempat awam jika ia mahu turut dikongsi dengan golongan wanita ‘jadian’ ini?

Cekmek Molek amat kecewa apabila ada pemimpin kerajaan dalam kalangan wanita sendiri
mengiktiraf
engiktiraf mereka ini. Lebih menyedihkan, kenyataan itu keluar daripada mulut pemimpin
yang memegang portfolio agama.

Dalam isu penggunaan tandas misalnya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah
Salleh baru-baru
baru ini menyarankan komuniti transgender
transgender menggunakan tandas yang dikhaskan
untuk orang kurang upaya (OKU) buat sementara waktu sebelum mereka diterima sepenuhnya
oleh masyarakat.

Katanya, ia merupakan penyelesaian terbaik selepas mengambil kira perasaan segelintir wanita
yang berasa tidak selamat apabila golongan ini menggunakan tandas wanita.

Kenyataan Fuziah itu amat mengelirukan. Timbul persoalan di sini, adakah soal keselamatan
kaum wanita bersifat sementara waktu sahaja? Adakah selepas ini apabila golongan transgender
dapat diterima sepenuhnya dalam masyarakat, ia bermakna mereka bebas menceroboh ruang
privasi wanita?

Mengapa soal tandas begitu menjadi keutamaan puak-puak ini? Kenapa tidak diminta tempat
khas untuk beribadat memandangkan surau juga hanya dikhususkan untuk lelaki dan wanita.
Tidak pula menteri hal ehwal agama ini memikirkan soal itu sedangkan majoriti LGBT adalah
Melayu Islam.

Banyak lagi sudut kajian perlu dijalankan untuk mendapatkan gambaran menyeluruh serta
penyelesaian berhubung isu ini tidak hanya bersandarkan kepada pandangan 20 minit oleh wakil
komuniti transgender, Nisha Ayub dengan pihak kerajaan.

Dalam keghairahan memberi pengiktirafan kepada golongan ini, pertimbangan sewajarnya perlu
dibuat supaya hak wanita tulen tidak tertindas. Bukan sahaja soal keselamatan wanita yang
berisiko terdedah kepada gangguan seksual dan seumpamanya, tetapi ruang privasi wanita adalah
melibatkan aurat yang haram diperlihatkan kepada kaum lelaki.

Ini kerana menurut hukum Islam, golongan itu masih tetap dianggap lelaki sekalipun sudah
‘menukar’ jantina melalui pembedahan yang sudah tentu haram di sisi Islam. Adakah menteri
dan timbalan menteri agama ini tidak memikirkan soal itu?

Kelonggaran yang mahu diberikan ini sekali gus akan membawa maksud kumpulan itu
dihalalkan sebagaimana penegasan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Percayalah, langkah
untuk membawa golongan ini ke pangkal jalan tidak akan berjaya jika keberadaan mereka telah
diiktiraf, malah semakin ramai yang bakal menjadi follower. Sudah tentu kita tidak mahu anak-
anak termasuk ahli keluarga menteri sendiri yang akan berkelakuan sebegitu bukan?

You might also like