You are on page 1of 1

Sesungguhnya, aktivit rekreasi dan riadah yang boleh didefinsikan sebagai segala

kegiatan yang dilakukan pada waktu lapang untuk menyihatkan tubuh badan dan fikiran
merupakan elemen yang penting dalam menjayakan segala aktiviti dalam kehidupan
seharian kita. Oleh itu, kita perlu mempunyai kesedaran terhadap kepentingan
mengamalkan aktiviti riadah dan rekreasi sebelum nasi menjadi bubur.
Pertama, aktiviti riadah dan rekreasi boleh menyihatkan tubuh badan kita. Hal ini
demikian kerana apabila kita beriadah,kadar lemak yang terkumpul di dalam badan
manusia boleh dikurangkan. Contohnya, kita boleh berjoging pada waktu lapang,terlibat
dalam aktiviti senamrobik atau berkayak dan sebagainya. Tambahan lagi, jantung dapat
mengepam darah dengan lancar. Secara tidak langsung, pelbagai penyakit seperti
penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi dapat dihindarkan secara total .
Selain itu, ia mampu menjadi pemangkin untuk mengurangkan tekanan dalam diri
seseorang.Bayangkan jika individu terbabit perlu bekerja selama 60 jam dalam 5
hari,bukankah mereka akan mula mengalami tertekan? Kepenatan,keletihan dan beban
kerja yang memberatkan akan menyebabkan mereka menunjukkan simptom-simptom
tekanan seperti mudah marah,letih,lesu dan tidak bersemangat. Dengan aktiviti riadah,hal
ini akan membolehkan kita melakukan aktiviti yang kita gemar. Hal ini menjadi cara
yang efektif untuk menghiburkan kita. Kita dapat melupakan beban yang ditanggung dan
menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan.
Ia juga memberi peluang kepada kita untuk mengeratkan hubungan antara keluarga
mahupun taulan. Pada hujung minggu, seisi keluarga boleh turun padang untuk
melakukan aktiviti riadah bersama-sama sama ada di taman atau padang. Keseronokan
melakukan aktiviti riadah juga akan lebih dinikmati dengan adanya orang yang disayangi
di sisi kita. Dalam hal ini kita akan menjadi lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh
untuk melakukan aktiviti riadah. Oleh itu, hubungan
kekeluargaan yang erat dapat dilahirkan dengan melakukan aktiviti riadah.
Selain itu,aktiviti beriadah juga dapat membentuk integrasi kaum. Kita acap kali melihat
pelbagai aktiviti riadah yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum khususnya aktiviti
yang berkaitan dengan Program Latihan Khidmat Negara. Contohnya aktiviti
berkayak,mendaki gunung dan meluncur. Kondusi ini akan memanifestasikan elemen
kesepakatan dalam kumpulan masing-masing. Oleh hal yang demikian,aktiviti riadah
yang melibatkan unsur kerjasama ibarat aur dan tebing dapat menjadi wahana ke arah
pembentukan integrasi kaum.
Dalam fasa itu, kebaikan aktiviti beriadah yang dapat dinikmati ialah mengelakkan
remaja daripada terlibat dalam masalah sosial. Seandainya masa lapang itu tidak dipenuhi
secara bijaksana,remaja akan terjerumus untuk mendorong diri melakukan aktiviti yang
kurang berfaedah seperti melepak,bermain komputer tanpa batasan dan berbual-bual
kosong ibarat menghitung bulu kambing. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti
riadah,mereka tidak akan melakukan aktiviti yang kurang berfaedah kerana telah merasai
keseronokan aktiviti riadah, bak kata peribahasa Melayu sambil menyelam minum air.
Secara tuntas,kita perlu mencapai kesedaran yang tinggi dalam usaha mengamalkan
aktiviti riadah dan rekreasi. Semua pihak perlu berganding bahu ibarat aur dengan tebing
bagi menanamkan kesedaran dalam diri masyarakat mengenai kepentingan aktiviti riadah
dan rekreasi dalam kehidupan seharian bagi melahirkan generasi masa hadapan yang
sihat seterusnya menjadi penyumbang kepada kemajuan negara.

You might also like