You are on page 1of 2

Khasiat Bawang Merah

1. Mengubati penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman, seperti masuk angin,
sembelit dan masalah cacing.

2. Walaupun bau bawang merah tidak menyenangkan tetapi sebenarnya bawang merah sangat
baik untuk memperbaiki sistem pernafasan.

3. Jika anda mempunyai bisul, sapukanlah bisul anda dengan bawang merah kerana bawang
merah dapat membantu meredakan bengkak pada bisul anda.

4. Baik untuk rambut

Jangan terkejut, kerana bawang merah bukan hanya sebagai penyedap masakan, tetapi turut
bermanfaat untuk kecantikan. Salah satunya, untuk rambut kerana bawang merah
mengandungi pelbagai nutrisi termasuk sulfur yang membantu menyuburkan rambut serta
menghentikan rambut rosak.

Selain itu kandungan bawang merah juga aktif sebagai anti bakteria yang berupaya untuk
mencegah kelemumur. Gunakan jus bawang merah pada kulit kepala sambil mengurutnya.
Cara ini boleh membantu meningkatkan perjalanan darah dan memberikan efek positif
terhadap pertumbuhan rambut.

5. Mencerahkan kulit wajah & menghapus bintik hitam

Bawang merah mengandungi asid semulajadi yang boleh mencerahkan kulit. Bintik-bintik
hitam pun boleh dihilangkan dengan bantuan si bawang merah. Caranya mudah sahaja. Hiris
bawang bentuk empat segi kecil, sapukan getah bawang merah pada bahagian bintik-bintik
hitam. Biarkan selama 10 minit dan bilaslah dengan air bersih. Lakukan pada setiap hari
sehingga bintik-bintik hitam tersebut hilang.

6. Meredakan kesakitan

Bawang merah juga boleh mengubati penyakit ringan seperti kuman di dalam mulut,
meredakan radang otot dengan cara mencampurnya dengan minyak kelapa dan digunakan
untuk mengurut.

Selamat mencuba

#petua #jomkongsi #mentariminda #bernamaradio24

You might also like