You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA


BIL.1/2011 & BIL. 2/2011

28 – 30 JUN 2011

SOALAN TUGASAN
PENILAIAN SEPANJANG KURSUS

Soalan Tugasan ini mengandungi 4 muka surat bercetak

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku Tugasan ini terdiri daripada 2 Bahagian:


Bahagian A : Tugasan 1 : 3 Soalan
Bahagian B : Tugasan 2 : 4 Soalan

2. Anda dikehendaki menjawab mana-mana SATU soalan dalam Bahagian A


(Tugasan 1) dan mana-mana SATU soalan dalam Bahagian B (Tugasan 2).

3. Jawapan anda hendaklah dalam bentuk esei yang panjangnya tidak melebihi
750 patah perkataan.

4. Buku Tugasan ini akan diberikan pada sesi taklimat pada 24 Mei 2011 Kursus
Induksi Sistem Saraan Malaysia dan skrip jawapan perlu diserahkan pada
28 Jun 2011.
Soalan Tugasan PSK KISSM BIL.1/2011 & BIL.2/2011

BAHAGIAN A
TUGASAN 1
Arahan : Anda dikehendaki menjawab mana-mana SATU soalan sahaja dalam
bahagian ini.

SOALAN 1 (Perintah Am)

Anak kepada seorang kakitangan Awam Gred DG41 yang bertugas di Sabah telah
dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor pakar di Institut Jantung Negara
(IJN) di Kuala Lumpur.

Jelaskan kelayakan yang boleh dituntut oleh kakitangan tersebut berdasarkan


Perintah Am Bab B, C dan F.

SOALAN 2 (Nilai Dan Etika Perkhidmatan Awam)

Sebagai guru baru yang ditempatkan di sekolah luar bandar, anda perlu memahami,
menghayati dan melaksanakan Etika Perkhidmatan Awam.

(i) Nyatakan empat sebab Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan.


(ii) Huraikan lima amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah organisasi
kerajaan bagi merealisasikan etika tersebut.

SOALAN 3 (Arahan Perkhidmatan Dan Keselamatan)

Encik Y baru sahaja ditukarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara. Beliau diberi


tanggungjawab untuk menguruskan sistem fail di jabatan berkenaan. Masalah utama
yang dihadapi oleh Encik Y ialah pengesanan fail-fail dengan cepat. Terdapat juga
beberapa fail yang telah hilang dan tidak dapat dikesan.

(i) Jelaskan punca berlakunya masalah berkenaan.


(ii) Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil oleh Encik Y untuk mengatasi
masalah di atas.

BAHAGIAN B
2
Soalan Tugasan PSK KISSM BIL.1/2011 & BIL.2/2011

TUGASAN 2

Arahan : Anda dikehendaki menjawab mana-mana SATU soalan sahaja dalam


bahagian ini.

SOALAN 1 (Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam)

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 8, Tahun 1991 menetapkan bahawa


Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM) ialah dua dokumen rujukan rasmi yang
perlu ada dalam sesebuah jabatan. Kedua-dua dokumen ini ialah alat pengurusan
penting yang dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti jabatan secara
keseluruhannya.

(i) Nyatakan perbezaan antara ciri-ciri MPK dan FM.


(ii) Huraikan bagaimana kedua-dua dokumen di atas dapat membantu anggota
yang baru dilantik atau anggota yang baru bertukar melaksanakan tugasnya
dengan cekap dan berkesan.

SOALAN 2 (Dasar-Dasar Kerajaan)

Semasa pemerintahan British, sistem pendidikan vernakular yang telah


dilaksanakan telah menimbulkan pelbagai masalah, khasnya masalah perpaduan
negara. Oleh itu, perjuangan ke arah mewujudkan satu sistem pendidikan
kebangsaan telah dimulakan sejak merdeka melalui Laporan Razak (1956) dan
Laporan Rahman Talib (1961), agar matlamat perpaduan negara dapat dicapai.

(i) Huraikan strategi-strategi pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan yang


dapat mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu.
(ii) Sebagai guru, huraikan peranan yang boleh anda laksanakan untuk
menyumbang ke arah pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan
pelajar anda.

SOALAN 3 (Pengurusan Am)

“Kepimpinan yang berkesan mempengaruhi produktiviti sesebuah organisasi.”


(Mahathir Mohamad, 1990 )

Sebagai pemimpin apakah langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk


meningkatkan keberkesanan kepimpinan organisasi sesuai dengan saranan di atas.

3
Soalan Tugasan PSK KISSM BIL.1/2011 & BIL.2/2011

SOALAN 4 (Pengurusan Kewangan)

Mengikut Akta Acara Kewangan 1957 di bawah Seksyen 4 (Prosedur Kewangan-


Bab B) menerangkan dengan jelas prosedur pembayaran secara panjar di jabatan-
jabatan kerajaan. Merujuk kepada prosedur tersebut jelaskan perkara-perkara
berikut:

(i) Empat jenis Panjar.


(ii) Bagaimanakah cara-cara Panjar dikendalikan di jabatan tuan.

© Hak Cipta Terpelihara 2011


Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like