You are on page 1of 3

Tabiat membaca di kalangan masyarakat kita agak kurang

berbanding dengan tabiat membaca di kalangan masyarakat di


negara-negara lain. Keadaan sebegini amat memalukan kerana
ia tidak selari dengan pembangunan negara yang semakin
maju. Pelbagai usaha telah dilakukan demi meningkatkan minat
membaca di kalangan masyarakat. Tetapi hanya siswa-siswi
yang berada di pusat pengajian tinggi sahaja yang memberikan
sambutan terhadap aktiviti galakan membaca yang dijalankan.
Usaha untuk membina budaya membaca di kalangan
masyarakat amat sukar.
Sehubungan dengan itu, usaha mumi ini haruslah dipikul
bersama oleh pelbagai pihak supaya masyarakat Malaysia tidak
begltu ketinggalan jika dibandingkan dengan masyarakat
Jepun. Semua pihak harus ada tanggungjawab dan berusaha
untuk menerapkan budaya membaca di kalangan masyarakat
Malaysia. dan usaha sebegini hendaklah dijalankan dengan
lebih serius dan berterusan. Semua pihak tidak harus berputus
asa dalam menangani masalah ini, kerana kita perlu yakin
dengan pepatah ‘belakang parang diasah lagikan tajam, inikan
pula manusia’.
Selain itu. kesedaran perlu wujud di kalangan masyarakat
Malaysia akan peri pentingnya mewujudkan budaya membaca
demi kemajuan negara. Semangat yang murni ini tidak harus
dipaksa tetapi ianya harus lahir daripada hati kecil setiap
individu dengan keinginan yang jitu. Setiap individu itu sendiri
harus faham akan manfaat dan faedah daripadanya dan bukan
melakukannya kerana dipaksa. Semangat sebegini tidak akan
berterusan jika kita melakukannya kerana orang lain. Apa yang
menyedihkan. kebanyakan masyarakat kita terutamanya remaja
stika membaca majalah-majalah hiburan berbanding dengan
buku-buku ilmiah. Hal ini jelas bahawa mereka lebih
mementingkan hiburan daripada ilmu pengetahuan.
Usaha bagi memupuk budaya membaca di kalangan
masyarakat ini juga dapat dilaksanakan dengan kerjasama
daripada pihak-pihak penjual buku supaya harga-harga buku
dikurangkan sesuai dengan kemampuan pembeli. Penjual-
penjual yang terbabit janganlah terlalu ingin mengaut
keuntungan dengan meletakkan harga buku yang berlipat kali
ganda lebih mahal daripada yang sepatutnya. Mereka juga
perlu ada rasa tanggungjawab untuk menolong pembeli-
pembeli yang minat membaca supaya mereka tidak begitu rasa
tertekan untuk membeli buku-buku ilmiah.
Ibu bapa juga tidak kurang pentingnya dalam memainkan
peranan untuk menerapkan minat membaca di kalangan anak-
anak mereka. Misalnya, mereka janganlah menolak untuk
membeli buku-buku yang diminati oleh anak-anak mereka.
Malahan. ibu bapa sendiri harus sentiasa membaca buku di
hadapan anak-anak mereka supaya anak-anak dapat meniru
tabiat baik ibu bapa mereka. Setiap pertanyaan anak-anak
tentang buku-buku yang mereka baca sarna ada buku cerita
ataupun buku pelajaran haruslah diberi jawapan dan perhatian
yang sewajamya oleh ibu bapa supaya minat membaca mereka
tidak luntur. Sesungguhnya minat membaca ini harus
diterapkan di dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil lagi.
seperti kala pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.
Sejajar dengan itu, usaha bagi menanam budaya suka
membaca di kalangan anak-anak juga dapat dilakukan dengan
memastikan setiap rumah mempunyai sebuah perpustakaan
mini. Perpustakaan mini di rumah amat perlu bagi ibu bapa
yang mementingkan ilmu pengetahuan kepada anak-anak
mereka. Tempat membaca juga harus disediakan sebaik
mungkin seperti kedudukan meja dan kerusi di tempat yang
sesuai supaya mereka berasa lebih selesa untuk membaca.
Sekurang-kurangnya anak-anak akan berasa seronok untuk
membaca kerana memandangkan buku-buku yang banyak dan
tempat yang menarik lagi selesa disediakan untuk mereka.
Sesungguhnya kanak-kanak sukakan sesuatu yang menarik
dan menyeronokkan bukannya paksaan ataupun tekanan.
Sebagai kesimpulan, semua pihak haruslah
bertanggungjawab dalam menerapkan minat membaca di
kalangan masyarakat dan menyahut seruan kerajaan untuk
mewujudkan budaya membaca demi merealisasikan hasrat
wawasan 2020. Semangat sebegini amatlah penting supaya
kita tidak ketinggalan dalam arus globalisasi dan dunia yang
penuh cabaran.

You might also like