You are on page 1of 18

Penyelidikan Tindakan: Analisis Data

Data Kualitatif

Data Kualitatif
Analisis kandungan Mengkategorikan data Mengekodkan data Menyusun data dalam grid analisis Mengenal pasti tema / corak dan makna Menentukan aktiviti kajian susulan

Analisis Data Kualitatif


Data yang dikutip perlu dimasukkan ke dalam fail data komputer dan disemak supaya apa yang dimasukkan adalah betul, sebelum analisis data dibuat. Data kualitatif dan data kuantitatif perlu dianalisis secara yang berbeza .

Mengukur Variabel Kajian

Data dikutip daripada responden kajian melalui ujian, soal selidik, pemerhatian, temu bual dan sebagainya, yang dibina untuk mengukur variabel-variabel kajian. Contoh-contoh variabel dalam kajian pendidikan ialah:
Gaya kepimpinan pengetua sekolah. Pencapaian akademik pelajar. Kemahiran komunikasi interpersonal. Sikap terhadap sekolah. Gaya pengajaran guru. Latar belakang sosio-ekonomi ibu bapa.

Variabel
Variabel adalah idea yang pengkaji ingin meneliti dalam kajian mereka. Secara operasinya, variabel ialah sesuatu ciri atau atribut seseorang individu atau organisasi yang kita boleh cerap (observe) dan boleh diukur (measure). Variabel kepada latar belakang seseorang individu, misalnya, meliputi jantina, umur, pekerjaan dan pendapatan. Pengukuran variabel bermaksud proses yang dibuat untuk memberikan nombor/ukuran kepada sesuatu variabel bagi setiap responden kajian, individu atau organisasi, contohnya, dalam kajian kuantitatif:

Variabel
Variabel "Keputusan SPM" boleh diukur dengan menggunakan skor "1" bagi pelajar yang mendapat keputusan "cemerlang" hingga "9" sekiranya pelajar itu gagal. Variabel "Jantina" boleh diukur dengan menggunakan skor "1" untuk lelaki dan "2" untuk perempuan. Variabel "Gaya pengajaran guru" boleh diukur dengan mengira min atau jumlah kepada skor-skor beberapa item berkaitan dengannya. Contoh item ini ialah: "Guru selalu menggunakan contoh-contoh apabila mengajar topik yang susah". Aras persetujuan responden kajian terhadap item/pernyataan ini boleh dicerap dengan menggunakan skala Likert lima-poin, iaitu "1" bagi "Sangat tidak setuju", "2" bagi Tidak setuju", "3" bagi "Sederhana setuju", "4" bagi "Setuju" dan "5" bagi "Sangat setuju".

Data Kualitatif

Kajian kualitatif pula memerlukan kaedah penghuraian data yang berbeza, iaitu tidak menggunakan nombor untuk mewakilkan idea-idea, tetapi menulis huraian naratif yang panjang, yang kemudiannya disimpul dan dikelaskan mengikut variabel tertentu.

Penganalisisan Data Kualitatif


Pengkaji kualitatif menganalisis data dengan menggunakan Iangkah-Iangkah berikut: Menyedia dan menyusun data untuk dianalisis. Menghurai dan membina tema daripada data. Melaporkan dapatan kajian. Menafsirkan (interpreting) dapatan kajian. Mengesahkan ketepatan dan

Creswell (2002: 258) meringkaskan tatacara am penganalisisan data kualitatif seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.5. Mengikut tatacara ini, selepas pengkaji mengutip data, dia perlu menyediakan data untuk diananlisis dengan menulis semula (transcribing) nota lapangan (field notes) dalam bahasa biasa, iaitu "membersihkan" nota lapangan supaya ia mudah difahami. Langkah kedua ialah membaca semua data ini untuk mendapatkan gambaran umum daripadanya. Seterusnya, data yang banyak ini perlu diberikan kod tertentu supaya ia mudah dirujuk semasa membuat analisis atau menulis taporan. Kod ini diberi dengan mencari bahagianbahagian (segments) dalam teks dan memberikan kod tertentu kepadanya.

Proses Menganalisis Data

Analisis melibatkan proses menyusun data. Anda perlu menyusun data asal yang dikutip dalam bentuk, kategori dan unit deskriptif asas. Tanpa mengambil kira kaedah yang anda gunakan untuk mengutip data, lima (5) langkah berikut perlu diikuti dalam penganalisisan data:
(i) Tahap pra-analisis; (ii) Tahap kemasan data; (iii) Tahap pamiran data ; (iv) Tahap verifikasi data; dan (v) Tahap dapatan (termasuk interpretasi).

Langkah I: Tahap Pra-analisis

Item
Semua nota lapangan dibaca, disemak, ditingkat dan lengkapkan. Semua nota dilabelkan menurut jenis. Semua nota disusun menurut urutan tertentu. Data direkod seperti yang dikehendaki. Sediakan dua fotokopi semua nota termasuk yang asal. Mengkod dan mengkod semula respons terbuka dan data yang didokumenkan. Data komputer dimasukkan dalam sesuatu folder. Mula mengambil nota tema dan bentuk yang wujud.

Langkah 2 : Tahap Kemasan Data

Item Pada tahap kemasan data (data reduction), data ditranskripsikan dalam "word processing atau dalam format analisis tekstual menggunakan komputer. Data yang telah ditranskripsikan dipermudahkan dan bersifat terfokus.

Langkah 3 Tahap Pamiran Data

Item Data dipamirkan dalam bentuk jadual, lembaran tanda (tally) dan rumusan. Data yang dipamer perlu menjelaskan analisis atau tindakan tambahan yang perlu dibuat.

Langkah 4: Tahap Verifikasi Data

Item Triangulasi data digunakan untuk verifikasi pelbagai tindakan analitik yang diambil untuk mencapai kesimpulan. Semua prosedur yang membawa kepada kesimpulan dinyatakan dengan tepat. Proses dokumentasi semua proses penyelidikan dinyatakan dengan

Langkah Dapatan

5: Tahap

Item Penyemakan dan interpretasi dapatan.

Interpretasi Data
Interpretasi melibatkna memberi makna dan signifikan kepada analisis. Ia melibatkan penerangan dan penetapan bentuk diskriptif dan penentuan hubungan sesam bentuk. Melihat semula aktiviti bermakna semasa melakukan interpretasi dan disiminasi

Rujukan untuk Interpretasi


Interpretasi Interpretasi bebas daripada pilih kasih (bias) anda Interpretasi berdasarkan teori Interpretasi berdasarkan maklumat Interpretasi tertakluk kepada prinsip etika yang ketat

Rujukan http://whatta.org/kelas/course/view.ph p?id=2 dilayari pd 5 januari 2013

You might also like