You are on page 1of 11

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN TAHUN 1

MATA PELAJARAN: Pendidikan Jasmani MODUL : Kemahiran STANDARD KANDUNGAN: Gimnastik Asas Guling Hadapan STANDARD PEMBELAJARAN: i. Melakukan kemahiran asas dalam gimnastik ii. Memerhati pergerakan rangkaian ketua dan meniru pergerakan ketua

TARIKH : 24 Julai 2012 (Selasa) MASA : 0930 Pagi hingga 10:00 pagi KELAS : Tahun 3 BILANGAN MURID: 20 orang

Hasil Pembelajaran:
a) b) c) Pada akhir p&p murid-murid dapat; Psikomotor Melakukan aktiviti guling hadapan dengan gaya yang betul dan selamat Kognitif Memahami cara melakukan guling hadapan melalui fasa-fasa peningkatan. Afektif

Menunjukkan keyakinan diri dengan berusaha melakukan aktiviti-aktiviti ansur


maju guling hadapan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Bahan Sumber Pengajaran &Pembelajaran:


Bil
1. 2. BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TILAM GIMNASTIK SKITTLE KECIL 6 10 JUMLAH

3.
4.

BOLA BALING MINI


CD LAGU KANAK-KANAK/RADIO

2
1

NILAI/STRATEGI
Penerapan Nilai:
Berusaha untuk melakukan aktiviti mengikut kemampuan diri.

Kemahiran Berfikir:
Mengintepretasi dan membanding beza arahan

Strategi Utama:
kontekstual, kooperatif,penerangan,aplikasi

Bahagian/ masa Permulaan (5 minit)

Nama aktiviti 1.Kehadiran 2.Kesihatan 3.Pakaian Memanaskan badan dan regangan Run With The Ball

Ciri Strategi Kooperatif

Fokus Pembelajaran Dan Organisasi Kelas Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan atau 5 orang murid 1 kumpulan. 5 skittle diletakkan dalam 1 baris, terdapat 2 barisan skittle Setiap barisan skittle dibekalkan dengan sebiji bola baling kecil. Murid dikehendaki berlari membawa bola ditangan melalui skittle secara zig-zag sebelum menyerahkan bola kepada kumpulan seterusnya yang berada dihujung barisan skittle. Ulang sehingga kesemua murid telah berlari melalui skittle.

BSPP/ Catatan BSPP -skittle -bola baling mini Catatan: Menerusi aktiviti ini murid dapat mewujudkan kerjasama antara murid.

Bahagian/ masa

Nama aktiviti

Ciri Strategi

Fokus Pembelajaran Dan Organisasi Kelas

BSPP/ Catatan

Langkah 1 (10 minit)

Aktiviti: Guling depan

Penerangan (explain)

Guru menyusun murid didalam 2 barisan berbentuk ladam.Setiap barisan terdiri daripada 10 orang murid. Guru akan berada dihadapan murid sambil menunjukkan cara/ ansur maju gulung depan .Latihan ansur maju; (1) Berdiri tegak

(2) Bengkokkan lutut dan bersedia untuk berguling

(3) Naikkan pinggul dan rapatkan tangan dan dada ke tilam guling

Bahagian/ masa

Nama aktiviti

Ciri Strategi

Fokus Pembelajaran Dan Organisasi Kelas (4) Guling ke hadapan dengan dibantu oleh guru

BSPP/ Catatan BSPP: Tilam Gimnastik Catatan: Menerusi aktiviti ini murid-murid akan berusaha untuk mengikut kemampuan mereka.

(5) Kembali ke kedudukan dekam dan luruskan kedua-dua belah tangan.

Bahagian/ masa Langkah 2 (10 minit)

Nama aktiviti Guling Hadapa n

Ciri Strategi Aplikasi

Fokus Pembelajaran Dan Organisasi Kelas Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan besar. Menggunakan kaedah/teknik guling hadapan yang betul murid-murid diminta dengan bimbingan guru melakukan aktiviti guling hadapan secara individu. Teknik guling hadapan; a)Dari lakuan dekam, letakkan tangan diatas tilam. b)Badan digerakkan kehadapan dan tapak tangan digunakan untuk menahan berat badan. c)Alaskan tengkuk diatas tilam dan gunakan tangan untuk menolak badan kearah gulingan. d)Berguling terus ke hadapan dan diakhiri pergerakan dengan kedudukan dekam.

BSPP/ Catatan BSPP: Tilam Gimnastik

Bahagian/ masa Penutup (5 minit)

Nama aktiviti Menyejukkan badan dan rumusan. Action Song

Ciri Strategi Memindahkan

Fokus Pembelajaran Dan Organisasi Kelas Murid melakukan aksi Chicken Dance mengikut rentak lagu. Untuk aktiviti menyejukkan badan Guru menerangkan aktiviti guling hadapan perlu dilakukan dengan keyakinan dan berhati-hati. Murid perlu memberikan tumpuan pada anggota badan yang mungkin boleh mendatangkan kecederaan seperti; a) Memudaratkan bahagian bahu b) Dagu diraptkan ke bahagian dada c) Badan dibulatkan seperti sebiji bola Jika tiada keyakinan diri pastikan; a) Sokongan dan bantuan diberikan oleh kawan-kawan b) Menggunakan tilam gimnastik semasa melakukan aktiviti.

BSPP/ Catatan BSPP: Cd Lagu Catatan: Menerusi aktiviti ini murid-murid dapat memindahkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi semasa melakukan aktiviti.

SEKIAN TERIMA KASIH


Disediakan oleh; PUAN JAMILAH BT.RAJLI KUMPULAN PPG-PJ AMBILAN JUN 2011 (SEMESTER 3)

You might also like