You are on page 1of 19

Sejarah

Dalam acara lari berpagar, pagar yang dilalui sebenarnya, merupakan pintu kandang biri-biri. Larian pada masa itu adalah dengan kaki hadapan bengkok. Pada tahun 1886, Arthur Crooml' daripada England merupakan orang pertama melompat pagar dengan kaki hadapan diluruskan. Cara ini dicipta oleh Alvin Kraenzlein (USA) yang kemudiannya mencapai pingat emas dalam Olimpik 1990.

Larian berpagar ialah larian pecut melepasi halangan-halangan yang disusun rapi di trek.
Di peringkat antarabangsa acara yang dipertandingkan ialah:

1. 2.

3.
4.

110 meter lari berpagar (L) 100 meter lari berpagar (P) 400 meter lari berpagar (L) 400 meter lari berpagar (P)

Bagaimanapun

tinggi pagar untuk keempat-empat acara lompat pagar adalah berbeza. Begitu juga dengan jarak antara satu pagar dengan yang lain serta bilangan pagar yang digunakan. Semua acara di atas mempunyai 10 pagar yang perlu dilepasi dalam tempoh masa yang paling minimum. Namun begitu, acara 55 m,75 m dan 80 m boleh diadakan di sekolah untuk tujuan mempopularkan acara ini.

Terdapat 10 pagar di sepanjang trek larian dan ditempatkan seperti jadual berikut:
Kategori Jarak larian (M) Tinggi Pagar (M) Jarak dari garis mula ke pagar pertama (M) Jarak antara pagar (M) Jarak dari pagar terakhir ke garis penamat (M)

Lelaki

110 400 100 400

1.067 0.914 0.840 0.762

13.72 45 13 45

9.14 35 8.5 35

14.02 40 10.5 40

Perempuan

Pelari dibenarkan berlari di dalam lorong masing-masing sahaja.

Peraturan

Blok mulaan atau alat berlepas mestilah digunakan pada masa pertandingan. Peserta dikehendaki melangkah pagar melalui bahagian atasnya. Pembatalan boleh dikenakan kepada seseorang yg berlari dalam keadaan berikut:

Mengheret kaki di bawah palang pagar. Melompat pagar di lorong lain. Menjatuhkan pagar dengan tangan atau kaki secara sengaja.

KEMAHIRAN

Seseorang peserta perlu menunjukkan kepantasan berlari. Kelicinan semasa berada di antara pagar-pgar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama yang harus ada pada setiap peserta. Kelicinan ini disebut sebagai ritma. Setiap peserta mestilah mahir mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kakinya. Badan peserta pula mestilah mempunyai daya kelenturan yang baik. Dengan ini, dia dapat melenturkan badannya secara automatik semasa membuat lompatan. Guru hendaklah mengamalkan pengajaran yang beransur maju dlm memperkenalkan acara lari berpagar ini pd peringkat awalan. Cara ini akan membantu para pelajar mempelajari asas-asas lari berpagar dengan cara yang menyeronokkan dan sesuai pula dengan kemampuan mereka.

Ansur Maju Lari Berpagar


Lari

seperti biasa 10 hingga 12 meter dengan langkah yang panjang. Kemudian lari semula ke tempat permulaan .Lakukan berulang kali seperti biasa. Berlari dan melangkah batang rotan yang disusun dalam jarak tertentu untuk mendapatkan langkahan yang tetap. Berlari dan melangkah batang rotan yang ditinggikan secara beransur-ansur. Latihan ini untuk mendapatkan ritma dan ulangan langkahan yang seragam ketika berlari melepasi halangan.

Berjalan

ke arah pagar dan melangkah pantas di tepi pagar dengan kaki hadapan diluruskan. Sebaik sahaja kaki hadapan mencecah tanah,bengkokkan kaki belakang melepasi pagar. Rapatkan tumit ke punggung.Mulakan dengan berjalan dan kemudian diikuti dengan berlari.

Berlari

melepasi pagar yang rendah. Jika tiada pagar, gunakan rotan yang tersusun. Lakuan ini memberi fokus kepada teknik pergerakan kaki belakang semasa lompatan dan melepasi.

LATIHAN ANSUR MAJU LARI BERPAGAR (teknik)


(a) Menuju pagar pertama i. Bilangan langkah larian hendaklah tetap. ii. Berlari dengan pantas (lari pecut) iii. Jangan melonjak terlalu hampir dengan pagar kerana cara ini boleh menyebabkan peserta melompat terlalu tinggi semasa melepasi pagar. (b) Melepasi pagar i. Kaki yang mula-mula melangkah melepasi pagar hendaklah hampir lurus dan mengarah ke hadapan. ii. Bongkokkan badan ke hadapan. iii. Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah dihulur ke hadapan selari dengan kaki itu.

iv. Tapak kaki belakang hendaklah mengarah ke luar semasa kaki hadapan melangkah melepasi pagar. v. Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan melangkah mencecah tanah (mendarat).
(c) Berlari di antara pagar i. Bilangan langkah hendaklah sama. ii. Berdiri lurus dan mata mestilah melihat pagar yang berada di hadapan. (d) Mengakhiri larian i. Gaya yang sama dengan gaya untuk lari pecut jarak dekat.

(a)Peserta melompat pagar mengikut gaya gunting dalam acara lompat tinggi.

KESALAHAN TEKNIK

(b)Bilangan langkah larian antara pagar tidak sama. (c)Ketika cuba melepasi pagar, peserta melonjak terlalu dekat dengan pagar. (d)Melepasi pagar dengan badan tegak.

(e)Kaki belakang tidak ditarik dengan pantas ke hadapan semasa melepasi pagar.

You might also like