You are on page 1of 11

TAJUK PEMBENTANGAN : 1. JENIS KETAKSAAN MAKNA 2. FAKTOR BERLAKUNYA KETAKSAAN MAKNA 3.

CARA MENGATASI KETAKSAAN MAKNA

MENGIKUT RUTH (1991 DALAM SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU 2009 : 25)
PERTENTANGAN PADA PENENTUAN MAKNA ITEM

KURANG KETENTUAN PADA MAKNA ITEM

1) JENIS KETAKSAAAN MAKNA

KEKABURAN RUJUKAN

KETIDAKPASTIAN MAKNA

KEKABURAN RUJUKAN
Makna item leksikal sudah jelas tetapi sulit ditentukan sama ada item tersebut dapat digunakan pada benda-benda tertentu

Contoh : i) Bandar dan bandaraya. ii) Curam dan jurang

KETIDAKPASTIAN MAKNA
Makna item itu sendiri kelihatan tidak pasti tafsirannya : agak samar dan tidak jelas Contoh : Kekaburan frasa dari C.A. Mess (dalam Chaer, 2003: 289):

Lukisan Yusuf
Struktur frasa tersebut memiliki interpretasi: (i) Lukisan itu milik Yusuf. (ii) Lukisan itu karya Yusuf. (iii) Lukisan itu menampilkan wajah Yusuf.

KURANG KETENTUAN PADA MAKNA ITEM


Maknanya tidak jelas tetapi dijelaskan secara umum sahaja.

Contoh : i) Jiran -tidak ditentukan jantina, bangsa, umur dan sebagainya

PENENTANGAN PADA PENENTUAN MAKNA ITEM


Makna yang diberi terlibat dengan pernyataan atau yang mempunyai kemungkinan tafsiran yang berlainan kerana pemakaian kata hubung. Contoh : Anda suka kopi atau teh? Kata atau merujuk kepada pilihan terhadap salah satu item yang dihubungkan atau keseluruhan item yang dihubungkan iaitu kopi atau teh, atau kopi dan teh.

FAKTOR BERLAKUNYA KETAKSAAN MAKNA MENGIKUT ZULKIFLEY HAMID, 2006 : 23

2) MASALAH KETAKSAAN MAKNA

KETAKSAAN STRUKTUR

KETAKSAAN LEKSIKAL

KETAKSAAN LEKSIKAL
Ketaksaan leksikal melibatkan homonim dan polisemi kata-kata tertentu disebabkan

Contoh : Di sana banyak buaya - Buaya yang dikiaskan untuk lelaki atau maksudnya haiwan.

buaya

telur

KETAKSAAN STRUKTUR
Ketaksaan struktur wujud apabila dua atau lebih struktur yang berlainan dihubungkan dengan satu urutan kata yang serupa. Setiap struktur mempunyai makna yang berlainan Contoh : Pengusaha wanita itu kaya - boleh beerti pengusaha tersebut wanita atau pengusaha yang memperniagakan wanita.

3. CARA MENGATASI KETAKSAAN MAKNA


Melihat konteks kata dalam ayat dengan lebih tepat Disokong : i) Leech (1974: 76) mengatakan dalam komunikasi , konteks merupakan satu faktor yang amat penting ii) Wittgenstein (1953) makna kata tidak akan diketahui kecuali melihat dalam penggunaannya atau konteks penggunaannya iii) Ullman (1962 : 67) turut menyatakan bahawa perkataan hanya dapat ditentukan berdasarkan penelitian terhadap penggunaannya iv) Teori Konteks - J.R Firth (1995 : 190). Menurutnya, makna tidak akan terserlah kecuali dengan cantuman atau gabungan menyusunnya dalam konteks gunaan yang pelbagai.

RUJUKAN :
1. Abdullah Yusof et. al (2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd. 2. Hasan Alwi, Dendy Sugono (1999). Telaah Bahasa & Sastra (Foreign Language Study). Jakarta : Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa.

3. Soenjono Dardjowidjojo (2007). Psikolinguistik : Memahami Asas Pemerolehan Bahasa. Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
4. Zulkifley Hamid (2006). Aplikasi Psikolinguistik : dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu . Kuala Lumpur : PTS Profesional. 5. Muhammed Salehudin Aman (Munsyi Dewan DBP). Akhbar Tutor Utusan Malaysia.

You might also like