You are on page 1of 23

Perbandingan Model ASSURE dan Model ADDIE

J10: Chong Siaw Kee Kee Hong Yan Kong Siaw Yieng Lai Hui Ling Wong Siew Hua

MODEL ASSURE
Model Assure bermaksud memastikan atau to assure pembelajaran berlaku. Model yang dibangunkan oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.

Model ASSURE dapat membantu guru memilih dan menentukan penggunaan pelbagai media dan bahan sumber pendidikan pada tahap optima. Model berbentuk prosedural ini menyediakan panduan kepada guru untuk merancang, melaksana dan menilai pengajaran menggunakan media dan bahan sumber pendidikan.

(A) Analisis Ciri Pelajar


Membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek=aspek berikut: a. Ciri-ciri umum pelajar b. Kompetensi khusus peringkat masuk c. Stail pembelajaran

Ciri-ciri Umum Pelajar


Termasuklah: umur, tahun, kelas, aliran, jantina, taraf sosioekonomi, petempatan, budaya dan seumpanya. Ini akan dapat membantu dalam pemilihan bahan yang sesuai dengan kebolehan murid. Contohnya, murida yang lemah penguasaan bahasa dapat dibantu dengan penggunaan gambar, bahan konkrit, dan aktiviti tanpa media cetak.

Kompetensi khusus peringkat masuk: Pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk

Stail pembelajaran: Berkaitan stail verbal, logikal, visual, muzik, kinestatik, interpersonal, intrapersonal

(S) Nyatakan objektif


Objektif isi pelajaran perlu disentuh secara ringkas untuk memaklumkan apakah yang sepatutnya dipelajari. Pelajar bersedia untuk mengalami perubahan pengetahuan , sikap dan kemahiran

(S) Pilih media dan bahan


3 langkah dalam pemilihan:
Menentukan kaedah yang sesuai dengan topik pembelajaran Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan

Memilih kaedah:
Kepelbagaian kaedah pengajaran boleh digunakan seperti (simulasi, demonstrasi, latihan) Perlu berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajaran dan sasaran pelajar

Memilih media perlulah bedasarkan aspek:


Sepadan dengan kurikulum Maklumat yang jelas dan tepat Menarik minat dan mencetuskan motivasi Menggalakkan penglibatan pelajar Kualiti yang baik Tidak bias Mempunyai panduan penggunaan

Mereka bentuk media: Jika kita gagal untuk memilih media yang sesuai, adalah penting untuk mengubahsuai media yang sedia ada berdasarkan: Objektif Pelajar Kos Kepakaran teknikal Peralatan Fasiliti masa

(U) Gunakan Media dan Bahan Sumber


5 langkah bagi penggunaan media secara baik: Pribiu (preview) bahan Sediakan bahan Sediakan persekitaran Sediakan pelajar Sediakan pengalaman pembelajaran

(R) Libatkan Pelajar


Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dsb. Kegiatan pengukuhan seperti pengukuhan serta merta, diberi selepas memberi tindak balas yang betul

(E) Nilai dan Semak


Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Berlaku sepanjang proses pengajaran, iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran.

MODEL ADDIE
Model pengajaran ADDIE meliputi fasa-fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksaan dan penilaian. Tujuan model ini direkabentuk adalah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran agar penyampaian sesuatu pengajaran itu akan menjadi efektif dan efisien.

(A) Analysis
merupakan asas untuk fasa-fasa seterusnya dalam reka bentuk pengajaran. antara perkara yang dilakukan dalam fasa ini adalah memperjelaskan masalah, mengenalpasti sumber masalah dan menentukan penyelesaian masalah. fasa ini melibatkan teknik kajian seperti analisis kehendak, analisis kerja dan analisis tugasan output bagi fasa ini termasuklah matlamat pengajaran dan senarai tugasan yang perlu diajar.

(D) Reka bentuk


proses menentukan cara pembelajaran akan berlaku Di antara langkah yang dilakukan pada fasa reka bentuk adalah : Dokumentasi projek yang mengandungi reka bentuk berarahan, visual dan strategi rekabentuk Aplikasi strategi pengarahan bergantung kepada sikap yang dipamerkan oleh pengguna seperti kognitif, afektif dan psikomotor.

(D) Pembangunan
proses mengarang dan menghasilkan bahan pengajaran. Kerja- kerja pembangunan projek multimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan berkesan.

(I) Pelaksanaan
proses memasukkan pengajaran dalam dunia sebenar Projek multimedia yang telah disiapkan akan diuji kepada pengguna sebenar bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan projek berlaku. Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pengguna sasaran untuk digunakan.

(E) Penilaian
proses mengenal pasti impak pengajaran Fasa penilaian terbahagi dua iaitu formatif dan sumatif. Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan elemen multimedia melalui kaedah temubual, soal selidik penyeliaan dan pengujian.

MODEL ASSURE Heinich, Molanda, Russell (1989) Untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media PENGASA S DEFINISI

MODEL ADDIE Rosset (1987) Ada satu model desain pembelajaran yang bersifat lebih generik iaitu mode

6 langkah - Berskala kecil dan lebih tertumpu kepada perancangan pengajaran bilik darjah - Boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dalam pengajaran

PERINGKA T FOKUS

5 langkah -Asas kepada model reka bentuk berarahan yang lain menjadi pedoman dalam membangun peringkat dan infrastruktur program pelatihan yang efektif, dinamis dan mendukung kinerja pelatihan itu sendiri

A- analisis ciri pelajar S- nyatakan objektif S-pilih media dan bahan U- gunakan media dan bahan sumber R-libatkan pelajar E- nilai dan semak

Jenis Peringkat 1. Analisis


2. Reka bentuk 3. Pembangunan 4. Pelaksanaan 5. Penilaian

You might also like