You are on page 1of 24

DIGLOSIA:PEMERINGKATAN

BAHASA DI MALAYSIA
PENDAHULUAN

• Secara umum reppertoir komunikatif yang berfungsi dalam


kontinum komunikatif sesebuah komuniti bahasa boleh terdiri
daripada pelbagai bahasa dan kelainan bahasa sebagaimana yang
sudah dihuraikan dalam bahagian 2.4.
• Memeringkat bahasa dan kelainan bahasa bermakna menyusun lapis
bahasa dan kelainan bahasa berdasarkan taraf atau darjat.
• Menyusun lapis bahasa akan menghasilkan bahasa yang tinggi atau
rendah kedudukannya dalam susun lapis yang dibentuk.
• Pemeringkatan bahasa biasanya dikaitkan dengan fenomena
memperuntuk fungsi sosial bahasa berdasarkan konteks situasi.
• Hal ini berlaku kerana ada bahasa yang dianggap lebih sesuai untuk
satu-satu situasi dan ada yang dianggap tidak.
• Penutur perlu juga mempelajari kelainan yang kedua kerana kedua-
dua kelainan bahasa diasosiasikan dengan fungsi sosial yang
khusus.
• Jika ada diglosia dalam masyarakat bahasa maka akan wujudlah
kelainan bahasa yang dikatakan kelainan bahasa bertaraf tinggi
dan kelainan bahasa bertaraf rendah (Asmah 1992 )dan kedua-dua
kelainan ini mempunyai fungsi sosial yang khusus bergantung
kepada semua aspek linguistik dan bukan linguistik yang terbabit
dalam pertuturan.
• Istilah diglosia diperkenalkan oleh Charles Albert Ferguson pada
tahun 1959.
• Istilah ini berasal daripada istilah Perancis diglossie yang telah
digunakan oleh ahli bahasa Perancis,Marcais.
• Istilah ini kemudiannya dikembangkan maknanya oleh fishman
pada tahun 1967.
DIGLOSIA
• Diglosia bagi ferguson (1959) merujuk kepada penggunaan dua
atau lebih daripada dua kelainan bahasa daripada satu bahasa
yang sama dalam keadaan yang berbeza.
• Pemeringkatan terhadap dua atau lebih daripada dua kelainan
bahasa,yakni satu kelainan bahasa dianggap sebagai kelainan tinggi
sementara kelainan bahasa yang lain menduduki gatra kelainan
rendah.
• Hubungan kedua-dua kelainan bahasa dalam diglosia feruson
(1959) dijelaskan menerusi 9 topik,yakni fungsi,martabat,tradisi
penulisan,pemerolehan,standardisasi,tatabahasa,kosa
kata,fonologi dan kestabilan.
• Bahasa tinggi (selepas ini disebut H ) dan bahasa rendah (selepas
ini disebut L ).
• H hanya sesuai untuk situasi rasmi dan baku (awam @
persendirian).
• L pula untuk situasi rasmi dan lebih bebas(juga bersifat awam dan
persendirian).
• Bahasa H dilihat sebagai bahasa yang lebih tinggi martabatnya
berbanding L.
• Bahasa H dianggap superior,anggun,logik,dan selalu betul
berbanding dengan bahasa L yang kadang-kadang kewujudannya
pun dinafikan.
• H biasanya bahasa yang sudah dibakukan (mengalami
standardisasi) maka tidaklah sukar untuk mewujudkan kamus
khusus ,buku tatabahasa malah panduan sebutan seragam.
• Bahasa H tidak diperoleh secara ilmiah di rumah,sebagaimana
bahasa L.
• Walaupun bahasa H dan L merupakan dua kelainan daripada satu
bahasa namun terdapat perbezaan tatabahasa,kosa kata dan
fonologi antara kedua-dua kelainan ini.
• Nahu L dianggap lebih rumit (kerana tiada panduan tatabahasa)
berbanding H.
• Sistem fonologi H pula biasanya merupakan subsistem
kepada sistem fonologi L yang dianggap lebih dasar.
• Kosa kata H (terutamanya yang memperlihatkan
perkembangan ilmu pengetahuan moden) mungkin tidak
wujud dalam L.
• Walaupun perbandingan fungsi,tatabahasa,fonologi,kosa
kata,martabat,tradisi penulisan,pemerolehan dan
pembakuan memperlihatkan perbezaan antara kelainan
H dengan L,tetapi hubungan diglosia H dan L boleh
stabil dalam jangka masa yang lama selagi tidak ada
perubahan drastik terhadap kedua-dua bahasa ini dan
tidak berlaku kebocoran diglosia,yakni apabila fungsi H
diambil alih oleh L.
• Disebabkan cakupan diglosia Ferguson (1959) agak
sempit,maka Fishman (1967) telah meluaskan
konsep cakupan diglosia Ferguson (1959).
• Diglosia saranan Fishman mencakup semua
hubungan diglosia lain yang tidak dipertimbangkan
oleh Ferguson.
• Namun pengertian asas diglosia tetap sama,.
• Diglosia wujud apabila terdapat pemeringkatan
bahasa kepada kelainan tinggi dan kelainan rendah.
• Beliau juga bersetuju 9 ciri hubungan diglosia yang
disyorkan oleh Ferguson.
Diglosia Konsep Ferguson (1959)
dikembangkan oleh Fishman
(1967) melalui 2 cara:
• Pertama;
-hubungan diglosia tidak dihadkan kepada
hubungan dua kelainan daripada satu bahasa
sahaja.
-diglosia tetap wujud walaupun hubungan H dan L
berlaku antara dua atau lebih daripada dua bahasa
yang berbeza.
-hubungan ini berlaku apabila satu bahasa
dinaikkan tarafnya menjadi bahasa H manakala
bahasa (atau bahasa-bahasa) lain yang digunakan
dalam komuniti yang sama dianggap bahasa L
• Kedua;
-diglosia mencakup hubungan antara apa jua jenis
kelainan bahasa yang dapat dibezakan dari segi
fungsi.
-hubungan antara kelainan standard dengan bukan
standard, angtara satu laras dengan laras yang
lain, antara dialek-dialek geografi, antara dialek-
dialek sosial, antara gaya dan apa juga jenis
bahasa atau kelainan bahasa yang memperlihatkan
pemeringkatan kepada H dan L boleh dianggap
diglosia (menurut takrif Fishman)
PEMERINGKATAN
BAHASA DI MALAYSIA
• Kedua-dua jenis diglosia iaitu diglosia
dwibahasa atau pelbagai bahasa dan
diglosia ekabahasa wujud dalam
situasi kebahasaan di Malaysia.
Diglosia Dwibahasa atau
Diglosia Pelbagai Bahasa
• Situasi diglosia pelbagai bahasa wujud apabila
bahasa Melayu standard dijadikan bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi, yakni tarafnya
dinaikkan menjadi bahasa H.
• Bahasa rendah (L) pula terdiri daripada bahasa
ibunda mana-mana penutur di Malaysia.
cth: bahasa Cina, Telugu, Malayalam, Benggali,
Punjabi dan bahasa bumiputera di Malaysia.
• Penutur-penutur bahasa ibunda ini mengiktiraf
bahasa Melayu standard sebagai bahasa H
• Bahasa inggeris tidak dilucutkan serta merta
• Pada masa yang sama, bahasa melayu juga sedang
dinaik taraf.
• Bahaa inggeris sebenarnya tidak diturunkan
tarafnya menjadi bahasa L.
• Hal itu berlaku kerana bahasa Inggeris masih
memperlihatkan fungsi dan kepentingannya
terutamanya dalam situasi rasmi.
• Pemeringkatan bahasa di Malaysia
harus mengambil kira penggunaan
bahasa Inggeris ini.
• Satu lagi bahasa yang tidak boleh
diabaikan ialah bahasa pijin.
• Bahasa pijin ialah bahasa kacukan
yang belum mantap.
• Secara amnya, bahasa melayu pasar
dan bahasa inggeris pasar merupakan
dua jenis bahasa pijin yang
dimaksudkan
• Oleh sebab wujud bahasa inggeris dan
bahasa pijin dalam komunikasi
kehasaan di kalangan rakyat malaysia.
• Kedudukan bahasa inggeris dan bahasa pijin dalam
diglosis di Malaysia dapat digambarkan menerusi
dua cara
(1) Bahasa Inggeris dapat diletakkan sebagai bahasa
pertengahan (M) di antara bahasa Melayu
standard (H) dengan semua bahasa bukan
bumiputera, bahasa bumiputera (kecuali kelainan
bahasa Melayu) dan bahasa kreol di Malaysia yang
diberi taraf sebagai sebagai bahasa L1, yakni
bahasa rendah sebelum bahasa pijin.
• Oleh yang demikian bahasa pijin
diletak sebagai L2, iaitu bahasa yang
terendah dalam pemeringkatan ini
seperti yang digambarkan dalam
jadual 1
Diglosia Pelbagai Bahasa Di
Malaysia
H Bahasa Melayu
standard

M Bahasa Inggeris
L1 Semua bahasa bukan
bumi putera, bahasa
bumiputeri (kecuali
kelainan bahasa
Melayu dan bahasa
Kreol)
L2 Bahasa pijin
• (2) kedudukan bahasa Inggeris dan
bahasa pijin dalam pemeringkatan
bahasa di Malaysia dapat
digambarkan seperti jadual 2
Diglosia Pelbagai Bahasa
di Malaysia

HH Bahasa Melayu Standart


H
HL Bahasa Inggeris

-Semua bahasa bukan


bumiputera, bahasa bumiputera
LH
L (kecuali kelainan bahasa
LL Melayu) dan bahasa kreol
-bahasa pijin
Diglosia Ekabahasa
• Wujud apabila satu kelainan bahasa diangkat menjadi
bahasa standard (tarafnya H) dan kelainan-kelainan
lain daripada bahasa yang sama itu dianggap bentuk
substandard atau bukan standard (taraf L)
• Berlaku dalam beberapa bahasa Austronesia di
Malaysia.
cth;
bahasa Kadazan memiliki bentuk standard.
bahasa Iban (dialek standard bagi bahasa Iban ialah
dialek Iban Saribas Saratok
• Diglosia yang paling ketara dalam situasi kebahasaan di
Malaysia ialah diglosia dalam bahasa Melayu
Pemeringkatan bahasa di
Malaysia
• -Ciri-ciri hubungan tertentu diglosia merupakan untuk menentukan
sama ada sesuatu kelainan itu bertaraf tinggi atau rendah
bergantung kepada keadaan sesuatu masyarakat.
• -Tiap-tiap dialek Melayu di Semanjung Malaysia yang mempunyai
sultan memiliki kelainan bahasa: kelainan diraja.
- -Kelainan bahasa yang digunakan oleah rakyat biasa:kelainan bukan
diraja.

- -Maksud kelainan diraja:hubungan kebahasaan apabila sekurang-


kurangnya satu pihak terdiri daripadakeluarga diraja.
- *ciri kelainan diraja:bahasa yang halus,sopan santun dan adat
tertib walau apa pun keadaan.
Kelaianan diraja standard:Kelaianan standard yang digunakan dalam
bahasa tulisan dan komunikasilisan antara kalangan raja.
*Kelainan diraja bukan standard:Kelainan diraja mengikut dialek
negeri.
-Kelainan bukan diraja:
*Maksud:kelainan bahasa Melayu menjadi bahasa H dalam diglosia
pelbagai bahasa di Malaysia.
*Kelainan ini menjadi bahasa pengantar,diajar di sekolah,bahasa
rasmi,bahasa rasmi dan menjadi lingua-franca.
-Kelaianan bukan diraja bukan standard:
*Maksud:dialek geografi atau daerah bahasa melayu di Malaysia.
*Kelainana ini walaupun kawasan pertuturannya yang sebenar bukan
ditentukan oleh sempadan politik tetapi ditentukan oleh sempadan
lingustik
*Digunakan dalam lingkungan interaksi tidak rasmi.Oleh itu taraf
kelainan ini diberi L.
Kelainan •Kelainan diraja
standard
H diraja •Kelainan diraja
bukan standard

Kelainan •Kelainan bukan


diraja standard
bukan diraja (Bahasa Melayu
L standard)
•Kelainan bukan
diraja bukan
standard

-Dalam pemeringkatan umum,bahasa Melayu memang rendah


daripada kelainan lain,namun bahasa Melayu tidak boleh diletakkan
sebagai L kerana peranan yang dimainkan dalam konteks
kebahasaan Melayu amat penting.
-Contoh:kadang-kadang suatu situasi rasmi yang membabitkan
kelainan diraja menggunakan kelainan bukan diraja.
Rumusan
Situasi pemeringkatan bahasa atau diglosia satu bahasa atau
kelainan bahasa dinaik taraf menjadi bahasa atau kelainan H
atau L
-H digunakan situasi rasmi.
-L digunakan situasi tidak rasmi.
-Walau bagaimanapun,pemeringkatan umum sebegini hanya
memperlihatkan pemeringkatan pada taraf luaran atau
superficial sahaja.
-Hal ini berlaku kerana situasi kebahasaan yang sebenarnya
mungkin terdapat tumpang tindih peranan antara H dan L
dan mungkin juga satu bahasa atau kelainan mengambil alih
fungsi bahasa atau kelainan yang satu lagi

You might also like