You are on page 1of 17

Permainan TGFU Jaring/ Dinding

Disediakan oleh: Mansur bin Kundang Alexander Ngu

Apakah itu Permainan Jaring/Dinding ?


Permainan dimainkan antara jaring atau dinding sebagai penanda sempadan kawasan. Mengumpul mata melalui menghantar ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang

Ciri-ciri permainan Jaring/Dinding


1. 2. 3. 4. 5. Kawasan permainan boleh luas atau kecil. Terdapat jaring sebagai sempadan kawasan. Tiada jaring gol Banyak pergerakkan yang banyak Markah diberikan apabila satu pihak gagal bertahan semasa pihak lawan serang.

Contoh permainan jaring/dinding yang dijalankan pada peringkat antarabangsa


1. 2. 3. 4. Badminton Bola tampar Tennis Bola tampar pantai

Aktiviti yang sesuai untuk melaksanakan permainan jaring/dinding di sekolah rendah


1. Bola tampar istimewa 2. Bola dinding

Bola tampar istimewa


Standard kandungan : 1.7 Berkebolehan melakukan kemahiran asas permainan kategori jaring dengan lakuan yang betul. Standard pembelajaran: 1.7.1 Melakukan servis menggunakan tangan, kaki, dan alatan. 1.7.2 Menerima dan menghantar bola menggunakan tangan dan kaki. 1.7.3 Melakukan pukulan pepat menggunakan alatan. 1.7.4 Melakukan pukulan kilas menggunakan alatan.

Bola tampar istimewa


Alatan: Bola gymnasium, bit merah dan biru Tempat perlaksanaan permainan: gelanggang bola tampar

Langkah perlaksanaan
1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. 2. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang murid 3. Kumpulan satu akan memakai bit merah dan kumpulan kedua akan memakai bit biru. 4. Kumpulan yang memulakan servis pertama akan ditentukan dengan menggunakan syiling. 5. Kumpulan yang berjaya menyebabkan kumpulan yang lain gagal menyambut bola akan mendapat 1 markah.

6. Markah akan ditolak sekiranya bola terkeluar dari garisan out. 7. Kumpulan yang mendapat markah yang terbanyak akan menang permainan ini.

Gambar menunjukkan pelan permainan bola tampar istimewa

Soalan yang boleh ditanya semasa menjalankan aktiviti ini


1. Apakah stategi yang paling berkesan dalam permainan ini ? 2. Apakah strategi yang paling berkesan untuk memukul bola ke tempat pihak lawan ? 3. Kedudukan yang bagaimana adalah paling berkesan dalam membuat pertahanan semasa bola dipukul ke pihak anda ?

Melalui aktiviti ini.


Murid dapat: 1. Menguatkan kemahiran membuat keputusan 2. Menguatkan otot badan 3. Berasa seronok 4. Merapatkan hubungan

Bola dinding
Alatan: Bola getah Tempat bermain: gelanggang squash

Bola dinding
Permainan ini memerlukan dua murid di mana dua orang murid ini mewakili dua pihak. 1. Murid dikehendaki untuk membaling bola terhadap dinding dan pihak lawan haruslah sambut bola itu dan baling balik ke dinding. 2. Pihak yang gagal menyambut bola akan dikira kalah dan pihak lawan akan mendapat 1 markah. 3. Pihak yang mendapat markah yang paling banyak akan menang permainan ini.

Soalan yang boleh ditanya semasa menjalankan permainan ini


1. Apakah strategi yang terbaik untuk memenangi permainan ini ? 2. Apakah cara yang terbaik untuk membaling bola ke dinding untuk membolehkan pihak lawan tidak dapat sambut bola itu ?

Melalui aktiviti ini


Murid akan: Menguasai kemahiran manipulasi seperti membaling, menendang dan menyambut. Berasa seronok Menguatkan otot dan mempertingkatkan ketangkasan badan.

Rujukan
N.A. (2013). Net and Wall Games. Retrieved July 15, 2013, from http://www.opheaprograms.net/playspo rt/en/activitydetailse063.html?ActivityId =31 ThePhysicalEducator.com. (2013). Net and Wall Games. Retrieved July 15, 2013, from http://www.thephysicaleducator.com/res ources/games/net-wall/

You might also like