Professional Documents
Culture Documents
PENDAHULUAN
Masalah pencemaran dan kemerosotan kualiti alam sekitar merupakan salah satu cabaran dalam kehidupan masa kini, baik di peringkat tempatan mahu pun global. Permasalahan alam sekitar biasanya bersifat kompleks dan melibatkan perhubungan di antara banyak faktor. Sebahagian daripada masalah alam sekitar yang berlaku pada hari ini adalah berkait dengan keputusan yang dibuat di peringkat individu.
2
1. Dominasi (Domination)
Pandangan ini membenarkan eksploitasi dan kawalan manusia terhadap alam sekitar demi memenuhi keperluan manusia. Alam semulajadi dianggap sebagai satu gedung sumber atau bahan untuk kehidupan. Alam semulajadi tidak mempunyai nilai intrinsik dan kepentingan tersendiri. Alam merupakan satu bentuk komoditi dan tertakluk kepada keperluan manusia. Manusia dan alam dilihat sebagai dua entiti yang terpisah. 4
2.
Kekhalifahan (Stewardship)
Pandangan ini mengatakan bahawa manusia adalah khalifah di bumi dan bukannya tuan punya alam ini. Manusia bertanggungjawab di dalam memakmurkan alam dan bukan mengeksploitasinya secara sembarangan. Manusia dan alam semulajadi merupakan dua entiti yang berbeza tetapi saling berkaitan di antara satu sama lain.
5
Tawhid
Syariah
(a) Tawhid
Konsep tawhid merujuk kepada konsep keesaan Tuhan iaitu tiada Tuhan selain Allah s.w.t. Umat Islam seharusnya sentiasa mengingati Allah s.w.t. dalam setiap perbuatan, pemikiran dan perasaannya. Matlamat utama segala perbuatan, pemikiran dan perasaan adalah untuk mendapat keredaan-Nya. Manusia adalah bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya dan akan mendapat balasan setimpal di hari akhirat. Konsep tawhid ini tidak terhad kepada persoalan ibadah semata-mata tetapi turut merangkumi setiap aspek kehidupan termasuklah persoalan hubungan manusia dan alam sekitar. 8
Tawhid
Manusia harus sedar bahawa bumi yang didiami ini adalah hak milik Allah s.w.t. jua. Spesies manusia hanyalah sebahagian daripada makhluk ciptaan-Nya; manusia perlu berinteraksi dengan lain-lain spesies yang mendiami bumi ini. Meskipun diberikan kelebihan sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi, manusia tidak boleh bertindak sewenangwenangnya. Sebaliknya manusia mestilah mengambil kira kesan dan akibat tindakannya terhadap spesies-spesies lain. Ini kerana manusia bertanggungjawab atas segala tindakannya dan akan dipersoalkan di hari kemudian kelak. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, maksudnya, Semua ciptaan Allah s.w.t. adalah seperti satu keluarga; dan Dia paling menyayangi mereka yang paling baik terhadap keluarga-Nya.
(c) Syariah
Syariah menggariskan asas etika dan norma serta perundangan untuk menjadi panduan umat Islam. Syariah adalah berasaskan kepada ajaran al-Quran dan juga contoh teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Matlamat akhir hukum syariah adalah untuk kebaikan umum semua makhluk ciptaan Tuhan dalam kehidupan dunia dan juga akhirat. Hukum syariah berkembang daripada kepercayaan tentang konsep tawhid atau keesaan Tuhan. Allah s.w.t. adalah Maha Pencipta dan kepada-Nya jugalah tempat kembali bagi semua makhluk di dunia ini, sebagaimana dinyatakan dalam Surah Mulk, ayat 2, yang bermaksud: Dialah yang menjanjikan adanya mati dan hidup, supaya Dia boleh menguji siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Perkasa Lagi Maha Penyayang. 12
14
15
Al-Quran dan hadis banyak menyebut tentang kegunaan tumbuh-tumbuhan kepada manusia serta juga keperluan untuk manusia bercucuk tanam.
Al-Quran, surah 80, ayat 24 hingga 32 menyatakan tentang tumbuhan sebagai makanan manusia. Ayat itu bermaksud: Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya. Sesungguhnya Kami telah benar-benar mencurahkan air dari langit. Kemudian kami belah bumi dengan sebaik-baiknya. Lalu kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu. Anggur dan sayur-sayuran. Zaitun dan pohon kurma. Kebunkebun (yang lebat) dan buah-buahan serta rumputrumputan untuk kesenanganmu dan binatangbinatang ternakmu. 17
Kepentingan bercucuk tanam dan mengekalkan kehijauan bumi sememangnya mendapat keutamaan dan amat digalakkan oleh Islam Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan bahawa sekiranya sewaktu hampir kiamat ada di tangan seseorang itu sebatang pokok, maka pokok itu hendaklah ditanam. Allah s.w.t. menjanjikan ganjaran bagi mereka yang bercucuk tanam. Hadis : Sesiapa yang menanam pokok dan menjaganya dengan baik sehingga besar dan mengeluarkan hasil akan mendapat ganjaran di akhirat. Hadis : Jika ada sesiapa yang menanam sebatang pokok dan bercucuk tanam dan manusia serta haiwan atau burung-burung mendapat makanan darinya, ia hendaklah menganggapnya sebagai satu kebajikan. Pemeliharaan hutan dan tumbuh-tumbuhan adalah menjadi amalan pemerintahan Rasulullah s.a.w. di Mekah dan Madinah. Amalan melindungi pokok-pokok ini juga dilakukan di waktu peperangan di mana umat Islam dilarang daripada mencabut atau 18 membunuh tumbuhan sekiranya tidak diperlukan.
Tanah terbiar atau mawat merupakan tanah yang tidak didiami manusia dan tidak digunakan untuk bercucuk tanam, misalnya padang ragut liar dan kawasan hutan.
Mawat boleh dimajukan oleh sesiapa sahaja sama ada secara usaha sendiri atau mendapat kebenaran dari kerajaan. Antara usaha yang boleh dilakukan untuk menghidupkan kembali tanah yang telah mati ini termasuklah menggali telaga, mengairi tanah sekiranya terlalu kering, mengeringkan tanah sekiranya terlalu basah, membersihkan pokok-pokok, 19 bercucuk tanam atau membuat bangunan.
Tanah dilindungi atau harim pula merujuk kepada kawasan yang dilindungi yang letaknya di sekitar tanah yang dimajukan. Tujuan harim adalah untuk melindungi sumber yang ada di kawasan pembangunan berkenaan dan juga menyediakan laluan masuk ke kawasan tersebut. Hima pula merupakan mawat yang tidak boleh dibangunkan sama sekali atau dirizabkan secara kekal. Secara umumnya, harim dan hima mempunyai tujuan yang sama iaitu sebagai kawasan yang dilindungi atau tidak dibangunkan. Perbezaannya ialah harim diuruskan oleh individu atau masyarakat setempat manakala hima pula diuruskan oleh kerajaan untuk kegunaan dan faedah awam. Contoh harim adalah tanah di sekitar perigi persendirian, tebing sungai dan bahu jalan. Contoh hima pula adalah kawasan hutan simpanan untuk pemuliharaan tumbuhan dan juga hidupan liar atau sebagai tempat simpanan kuda-kuda yang 20 digunakan semasa peperangan.
Pembahagian tanah tersebut dibuat secara berhati-hati dan mengikut penggunaan yang ditetapkan. Selain itu persoalan kepentingan bersama untuk masyarakat setempat turut diberi perhatian. Misalnya penggunaan tanah awam untuk dijadikan zon hima adalah dibuat secara adil. Hima hanya diwujudkan sekiranya benar-benar perlu dan kawasannya hendaklah tidak terlalu luas sehingga menganggu kegunaan orang ramai. Meskipun kerajaan berhak untuk mewartakan sesuatu hima, namun ianya tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya kerana kepentingan 21 awam adalah diutamakan.
22
KESIMPULAN
Alam ini merupakan manifestasi keagungan Allah s.w.t. dan menjadi ayat dalam memahami hakikat kewujudan dan keagungan Allah s.w.t. Kesejahteraan alam ini perlu dipelihara sebagai tanda kesyukuran dan demi mendapat keredaan Allah. Tugas pemeliharaan dan pemuliharaan alam sebenarnya merupakan tanggungjawab setiap manusia yang mendiami alam ini, tanpa mengira batasan agama. Setiap agama dan kepercayaan di dunia mempunyai panduan tertentu dalam menyatakan perhubungan mengenai manusia dan alam sekitar. Apa yang penting adalah keupayaan dan usaha penganut setiap agama dalam merealisasikan prinsipprinsip panduan menjadi amalan kehidupan seharian. Hasil dan kesan daripada perlakuan manusia pada hari ini akan menentukan kesejahteraan alam pada 23 masa akan datang.