You are on page 1of 21

1.

1 Sejarah Tulisan Arab

Masyarakat pada zaman jahiliah tidak tahu membaca dan menulis maka disebabkan itu turunnya Rasul untuk memberi petunjuk dan membawa risalahAllah kepada mereka bertepatan dengan firman Allah di dalam surah al- Jumuah ayat 2.

Terdapat perselisihan ulama dalam menentukan orang yang mula-mula sekali menciptanya. Ada ulama yang berpendapat bahawa Nabi Adam yang menciptanya.Diriwayatkan bahawa Nabi Adam telah telah menulis semua tulisan Arab di atas tanah-tanahyang telah dibakar.Sebelum beliau wafat tulisantulisan tersebut telah dipadam.Setelah berlaku taufan,tulisantulisan tersebut telah timbul dan dijimpai oleh satu kaum. Kaum itu telah mempelajarinya berpandukan ilham daripada Allah. Sebahagian ulama pula berpendapat orang yang pertama sekali mencipta bentuk tulisan arab ialah penulis wahyu Nabi Hud iaitu Khaljan bin al-Qasm.Diriwayatkan tulisan-tulisan Arab yang dibuat telah dipelajari oleh Maramih Bin Murrah,Aslam Bin Sidrah dan Amir bin Judrah.Kemudian penduduk penduduk Anbar daripada mereka.Lalu tersebarlah ilmu penulisan tersebut ke seluruh negeri Iraq.Ada juga ulama yang mengatakan tulisan ini dicipta oleh Nabi Ismail.Diriwayatkan tulisannyang beliau buat bersambung huruf-hurufnya antara satu sama lain sehinggakan huruf alif dan ro pun bersambung.Kemudian ketiga-tiga orang anaknya yang memisahkan huruf-huruf tersebut

1.2 Penulisan Zaman Permulaan Islam

Pada awal Islam mula bertapak, hanya 14 orang sahaja yang tahu tentang penulisan Arab. Banyak hadis sahih menyatakan rasulallah tidak tahu membaca dan menulis sejak sebelum baginda dilantik Rasul, setelah dilantik Allah telah mengurniakan pengetahuan membaca dan menulis kepada baginda.Satu riwayat ada mengatakan bahawa penulisan Al-quran pada zaman rasulullah telah disempurnakan oleh lebih daripada 40 orang para sahabat yang dilantik sendiri oleh baginda.

1.3 Penulisan Zaman Rasulallah (SAW) Rasulallah menghafaz setiap wahyu yang turun dan kemudian baginda menyampaikan kepada sahabat Cara penerimaan sahabat pula berbeza. Ada yang menulis sebahagian atau semuanya dan kebanyakannya menghafaz. Rasulullah telah melantik secara khusus beberapa orang sahabat yang boleh menulis segala wahyu yang diturunkan.Ayat-ayat al-quran yang ditulis pada pelepah-pelepah tamar,kulit-kulit kayu,tulang-tulang dan sebagainya.

1.4 Penulisan dan pengumpulan Al-quran pada zaman Khalifah Abu Bakar r.a

Khalifah Abu Bakar r.a dilantik sebagai khalifah yang pertama untuk menggantikan Rasulullah untuk menegakkan agama Islam selepas kewafatan Rasulallah yang mana para sahabat telah sepakat diatas perlantikan tersebut .Semasa hayat Rasulullah, Allah tidak pernah memerintahkan baginda untuk mengumpulkan al-quran pada satu tempat kerana para sahabat yang hidup bersama-sama baginda dapat menjaga amanah yang diberikan oleh Allah dengan menghafaznya.Tetapi pada zaman selepas baginda,Allah telah mengilhamkan kepada Sayyidina Umar r.a dan Khalifah Abu Bakar untuk mengumpul dan menulis semula Al-quran dalam satu mashaf.

1.5 Penulisan dan pembukuan al-quran zaman Khalifah Uthman r.a

pada

Khalifah Abu Bakar r.a meninggal dunia pada tahun 13H,beliau telah digantikan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab r.a dan beliau telah mengambil tugas untuk menyimpan suhuf Abu Bakar. Semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar,suhuf ini tetap digunakan sebagai sumber rujukan dan pembacaan al-quran.Tetapi pada zaman tersebut,umat islam masih mengutamakan hafazan dalam pembacaan al-quran. Selepas Khalifah Umar r.a meninggal dunia,suhuf tersebut disimpan oleh anak perempuannya iaitu Hafsah bt Umar. Beliau menyimpan mashaf itu sehingga beliau meninggal dunia.

Sayyidina Uthman al-Affan r.a telah dilantik menjadi khalifah islam yang ketiga pada tahun 23H selepas Saiyyidina Umar wafat. Pada zaman itu,penaklukan islam ke beberapa negara sangat hebat berjalan maka ramai orang yang ditawan itu memeluk islam. Amalan pembacaan al-quran menjadi amalan yang utama dalam kehidupan mereka.Mereka juga telah mempelajari kaedah-kaedah pembacaan al-quran daripada para sahabat yang mashur yang berhampiran dengan mereka

Rasm bermaksud satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau ungkapan bagimemelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yangmembahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf. Rasm Uthmani pula ditakrifkan sebagai ilmu yang membincangkan kaedah penulisan kalimah-kalimah ayat Al-Quran yang diguna dan dipersetujui oleh Khalifah Uthman ketika proses penyalinan dan penulisan AlQuran dilakukan

Tulisan Rasm Uthmani adalah mengikut sanat Rasulullah s.a.w dan telah diwarisi olehpenulis-penulis mashaf al-Quran hingga zaman kini. Bertepatan Dengan Pembentangan Terakhir. Mashaf Rasm Uthmani ditulis berdasarkan kepada riwayat mutawatir. Merangkumi Tujuh Huruf al-Quran Salah Satu Rukun Bacaan al-Quran

Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w Mengikut tulisan al-Quran yang asal. Boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar daripada maksud yang sebenar. Memudahkan bacaan dengan wajah qiraat (jenis-jenis bacaan). Sebagai hujah kepada bahasa al-Quran yang fasih. Dipersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabat. Salah satu dari mukjizat al-Quran. Bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir. Salah satu dari rukun bacaan al-Quran al-Karim. Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang jelas. Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat). Mengandungi rahsia dari segi mengekal dan menggugurkan huruf.

Tahap pertama - belum diletakkan sebarang tanda Tahap kedua - ditandakan titik yang dipelopori oleh Abu alAswad al-Duali (meninggal dunia pada tahun 69 Hijrah pada zaman Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian) Tahap ketiga - mula ditandakan dengan titik yang dipelopori oleh Yahya bin Ya'mar dan Nasir bin Asim al-Lisi dengan perintah gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi Tahap keempat - mula diletakkan dengan tanda-tanda baris (harakah) yang dipelopori oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi pada zaman pemerintahan Abbasiyah iaitu Khalifah Abdul Malik bin Marwan Tahap kelima - ditambah dengan tanda-tanda wakaf dan lainlain lagi Tulisan Al-Quran dengan menggunakan khat nasakh mula dicetak buat pertama kalinya di Hamburg, Jerman pada tahun 1694 Masihi (1113 Hijrah) dan seterusnya dicetak di negaranegara Islam yang lain sehingga ke hari ini.

Rasm Qiasi / Imla'i iaitu penulisan menurut kelaziman pengucapan/pertuturan

Rasm Istikahi.Uthman iaitu penulisan menurut kaedah tertentu yang mana ia tidak sama dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan ia menggunakan beberapa kaedah seperti membuang, menambah, mengganti, menyambung atau memisahkan huruf dan penulisan Hamzah

7.1 Kaedah pertama: Al-Hazaf Al-Hazaf ialah membuang atau mengurangkan sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu.Dalam Rasm Uthmani,ia bermaksud huruf-huruf yang tidak boleh ditulis tetapi wajib dibaca sama ada ketika wasal atau waqaf.Ada enam huruf yang dibuang mengikut Rasm Uthmani iaitu,,,, dan huruf-huruf di permulaan beberapa surah tertentu.

7.2 Kaedah kedua: AlZiyadah(penambahan) Al-Ziyadah ialah menambah sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu.Dalam Rasm Uthmani,AlZiyadah bermaksud huruf-huruf yang mesti ditulis tetapi haram dibaca sama ada ketika wasal atau waqaf.Ada tiga huruf yang ditambah mengikut kaedah penulisan Rasm Uthmani iaitu huruf , dan .

7.3 Kaedah ketiga: Al-Hamz(Penulisan huruf hamzah) Huruf-huruf hamzah di dalam al-quran terletak sama ada di permulaan,pertengahan atau di hujung kalimah.Dalam mashf uthmani, keadaan penulisan huruf-huruf hamzah tersebut berbeza antara satu sama lain berpandukan kepada kedudukannya.

7.4 Kaedah keempat:Al-Ibdal (Menukarkan huruf) Ibdal ialah menukarkan sesuatu huruf itu kepada huruf yang lain.Dalam penulisan Rasm Uthmani kaedah ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu ibdal alif kepada waw,ibdal alif kepada ya,ibdal nun kepada alif,ibdal ta marbutah kepada ta maftuhah dan ibdal waw kepada alif.

7.5 Kaedah kelima: Al-wasl wa al-Fasl (Menyambung dan memisahkan) Al-wasl wa al-fasl ialah kaedah menyambung dan memisahkan tulisanpada huruf-huruf atau kalimahkalimah yang tertentu.Dalam penulisan Rasm Uthmani terdapat banyak kalimah yang ditulis dengan cara bersambung pada sesuatu tempat,tetapi ditulis dengan cara berpisah pada tempat yang lain dan begitu juga sebaliknya.

7.6 Kaedah keenam: Ma fih Qiraatan(Kalimah yang mengandungi dua wajah qiraat)

Ulama telah meneliti dan menyelidik penulisan kalimah-kalimah dalam mushaf Uthmani . Wujud beberapa siri perbahasan mengenai perkara tersebut dikalangan mereka. Hasil dari perbincangan itu, lahirlah beberapa buah buku seperti al-maqna karangan Imam Abu Amrual-Dani, Al-Rasm karangan Seikh Muhammad bin Yusof Atfish yang menerangkan tujuan serta rahsia disebalik kelainan cara penulisan tersebut. Amatlah wajar bagi setiap muslim memahami rahsia disebalik penulisan Rasm Uthmani disamping mengusai ilmu tajwid yang wajib itu bagi menjaga kesucian al-quran itu sendiri dan mempertahankannya daripada musuh-musuh Islam.

You might also like