You are on page 1of 16

1.

PETA BULATAN
Mendefinisikan mengikut konteks

Tujuan: Peta Bulatan membantu aktiviti sumbang saran dan menyenaraikan semua yang diketahui tentang perkara atau idea tertentu supaya perkara tersebut boleh diteroka. Contoh: jika mahu berkongsi idea tentang sistem suria, tulis perkara yang muncul dalam fikiran dalam lingkungan bulatan luar.

2. PETA BUIH

Menerangkan sesuatu perkara atau idea

Tujuan: Peta Buih membantu menerangkan sesuatu perkara atau idea dengan menyenaraikan kata adjektif (kualiti, sifat atau ciri) supaya boleh menerangkan dan memahami sesuatu dengan lebih baik. Contoh: Jika mahu memahami tumbuhan Rafflesia dengan lebih baik, senaraikan kata adjektif yang menerangkannya dalam bulatanbulatan yang berada di sekitar.

3. PETA BUIH BERGANDA Membanding Beza

Tujuan: Peta Buih Berganda membantu menyenaraikan persamaan dan perbezaan antara dua perkara atau idea supaya dapat membezakan keduaduanya dengan membanding dan membeza.
Contoh,: Jika mahu membandingkan kapal terbang dan kereta api, senaraikan persamaan antara kedua-dua jenis sistem pengangkutan tersebut dalam bulatanbulatan di tengah manakala perbezaan pula disenaraikan di dalam bulatan-bulatan yang berada di luar.

4. PETA POKOK
Membuat Pengelasan

Tujuan: Peta Pokok membantu menyusun maklumat supaya berada dalam kumpulan yang berbeza agar boleh memahami maklumat tersebut dalam gambaran besar secara menyeluruh.
Sebagai contoh, jika mahu menyusun senarai makanan yang berbeza, kelaskan butiran yang sama dalam kumpulan yang sama dan labelkan kumpulan-kumpulan tersebut.

5. PETA DAKAP
Hubungan seluruhbahagian

Tujuan: Peta Dakap membantu memecahkan sesuatu kepada ciri-ciri selanjutnya supaya dapat memahami cara sesuatu benda berfungsi.
Contoh, jika mahu memahami peta dunia, senaraikan semua benua dan seterusnya negara-negara di setiap benua.

6. PETA ALIR

Membuat Urutan

Tujuan: Peta Alir membantu menyenaraikan langkah-langkah yang terlibat dalam sesuatu proses supaya dapat memahami apa yang perlu dilakukan untuk mencapai sesuatu. Sebagai contoh, jika ingin tahu langkahlangkah untuk bersiap sedia ke sekolah, tulis langkah-langkah yang perlu diambil dan susun dalam urutan yang harus diikuti.

7. PETA PELBAGAI ALIR

Menunjukkan Sebab dan Akibat

Tujuan: Peta Pelbagai Alir membantu melakarkan sebab dan akibat sesuatu peristiwa agar boleh memahami akibat tindakan-tindakan yang diambil dan cara untuk mengubahnya.
Contoh, jika ingin mengetahui kesan-kesan kerosakan gigi dan sebab perkara ini berlaku, senaraikan perkara-perkara yang menyebabkan kerosakan gigi di sebelah kiri dan kesan kerosakan gigi di sebelah kanan.

8. PETA TITI

Analogi (hubungan yang sama, mencari faktor penghubungan)

Tujuan: Peta Titi membantu menyenaraikan beberapa pasangan butiran yang berkaitan antara satu sama lain supaya dapat memahami perkara-perkara di dunia yang mempunyai hubungan yang serupa (analogi)
Contoh, jika ingin mengetahui hubungan antara haiwan dengan anaknya, mulakan dengan menamakan sesuatu haiwan dan anaknya yang anda tahu kemudian senaraikan pasanganpasangan yang lain.

You might also like