You are on page 1of 32

ULUM ALHADITH

OLEH: KHALEDA SYAZWANI BINTI KHAIDZIR NURMAIZURA BINTI JOHAN AZHANI BINTI AZIZ

PENDAHULUAN
Para ulama telah bersepakat dasar hukum Islam adalah Al-quran dan As- sunnah. Dalil naqli: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada kamu maka terimalah serta amalkan.Apa jua yang dilarang kamu melakukannya maka patuhilah larangan dan bertakwalah kepada Allah.Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksanya (bagi orang yang melanggar perintah-Nya) (Surah al-Hashr,59:7)

Hadis

Nabi Muhammad SAW : Maksudnya : Daripada Malik bahawa telah sampai kepadanya bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara ,kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya,iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah nabiNya (hadis)

Dalil

ijmak pula :

Para sahabat Rasulullah telah bersepakat menetapkan bahawa umat Islam wajib mentaati hadis sama ada ketika Rasulullah SAW masih hidup atau selepas wafatnya Baginda

FUNGSI HADIS
1) Mengukuhkan hukum yang telah

ditentukan oleh Al-Quran Firman Allah SWT mengenai penyaksian dusta atau palsu maksud : .dan jauhilah perkataan dusta. (Surah al-Hajj,22:30)

2) Mentafsir ayat al-Quran yang mujmal

Contoh hadis Rasulullah SAW sebagai pentafsir ialah dalam ibadat solat. Firman Allah SWT : Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama orang yang rukuk. (Surah al- Baqarah , 2:43)

3) Mentaqyidkan ayat-ayat al Quran yang

mutlak Firman Allah SWT: Diharamkan kepada kamu memakan bangkai,darah dan daging babi. (Surah al Maidah,5:3)

4) Mentakhsiskan ayat-ayat umum Maksudnya : daripada Usamah bin zaid, dari Nabi Muhammad SAW : orang muslim tidak boleh memusakai harta orang kafir dan orang kafir juga tidak boleh memusakai harta orang muslim

5) Meletakkan hukum yang tiada dalam AL-

quran Berhubung perkara ini ia hanya boleh ditetapkan sesuatu hukum berasaskan hadi s Rasulullah SAW sahaja Contohnya: seorang lelaki dilarang mengahwini ibu saudara isterinya berdasarkan hadis

SEJARAH AL - HADITH

PENGUMPULAN DAN PENULISAN HADITH


Zaman pertama ialah semenjak dari Rasullullah Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul sehinggalah Baginda wafat. Zaman ini dinamai dengan nama asrul wahyi wat takwin. hadis-hadis nabi disampaikan melalui banyak medium,antaranya - majlis ilmu - pertemuan-pertemuan umum, - khutbah di masjid - secara perseorang(jika seseorang sahabat malu untuk bertanya dihadapan orang ramai) - melalui isteri-isteri nabi - melalui utusan-utusan nabi yang dikirimkan ke daerah-daerah lain - melalui para sahabat.

Ketika

ini semua persoalan agama terus ditanya kepada Nabi tanpa berlakunya ijtihad dan sebagainya(kecuali jika utusanutusan yang dihantar ke daerah-daerah yang jauh dari nabi). Dan tiada ketakutan munculnya hadis-hadis palsu kerana semua hadis boleh terus diperiksa kepada nabi. Merupakan zaman yang terbaik sekali dalam islam.

Zaman kedua ialah semenjak permulaan masa pemerintahan Abu Bakar As-sidiq sehingga berakhirnya Zaman Ali bin Abi Talib atau dari tahun 11 H sehingga tahun 40 H Zaman ini dinamakan Asrut tatsabbuti wal iqlali minar riwayah. Zaman ini adalah juga dalam linkungan zaman yang terbaik - bertepatan dengan Hadis nabi sabaik-baik manusia adalah kaumku kemudian selepasnya, kemudian selepasnya pula (Hadis sahih). Dan Kepercayaan Nabi terhadap khulafak rashidin juga terbukti melalui hadis Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang pada sunnah ku dan sunnah KHULAFA AR_RASYIDIN yang mendapat petunjuk.

Berpeganglah

dengannya dan gigitlah ia dengan garaha. Jauhilah kamu perkaraperkara yang diada-adakan(dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan adalah bidaah dan bidaah adalah sesat (HR Abu Daud dan Tirmidzi.Tirmidzi mensahihkan. Hal ini dipersetujui oleh Az-zahabi di dalam Tahqiq al-mustadarak).

Zaman ketiga ialah zaman dari berakhirnya Zaman Khulafa Ar-rashidin,atau permulaan masa sehinggalah penghabisan Abad pertama hijrah. Zaman ini dinamakan dengan nama asrul intisyarir riwayah ilal amsar. Pada ketika ini muncullah golongan-golongan yang banyak memalsukan hadis demi kepentingan politik, Mazhab dan lainlain. Pada ketika ini jugalah kemunculan secara berani Golongan Syiah dan Khawarij serta perpecahan berlaku dikalangan umat islam. Syiah dengan akidahnya yang bertentangan, khawarij dengan fiqh yang sonsang dan berbagai lagi. Disebalik semua ini umat islam bangkit dengan menubuhkan lembaga-lembaga hadis bagi menjaga ketulenan dan keutamaan hadis dari tangan-tangan kotor yang ingin merosakkan sumber islam yang kedua ini. Diantara lembaga hadis yang tertubuh adalah lembaga hadis Makkah yang ditubuhkan oleh para sahabat yang masih hidup yang dipimpin oleh Abdullah ibn Abbas dengan kerjasama sahabat-sahabat yang masih ada. Kemudian lembaga hadis Madinah yang dipimpin oleh Zaid bin Tsabit (wafat 45H) dan para sahabat yang lain.

Seterusnya lembaga hadis kufah dipimpin oleh Abdullah ibnu Masud, Lembaga hadis Syam pula diketuai oleh Ubadah ibn Shamit seorang sahabat yang menghafal seluruh Quran, Ahli dalam bidang Feqh dan sangat komited dalam menegakkan kebenaran sehinggakan menurut riwayat beliau kerap kali menyanggah perbuatan Muawiyah yang tidak selari menurut batas-batas agama. Lembaga Hadis Mesir yang diketuai oleh Abdullah ibn Amr ibn Asb seorang sahabat yang menerima banyak hadis dari Nabi dan sahabat dan menulis hadis-hadis yang diddengarinya. Selain menubuhkan lembaga-lembaga hadis,pada ketika itu juga ramai para ulama berkelana di keseluruh tempat bagi memperolehi hadis dari para sahabat ,tabien,menyemak hadis yang dihafal Disamping itu para ulama mula menekankan kepentingan mengetahui status perawi hadis sama ada lemah daya ingatan, tidak dipercaya dan sabagainya. Selain untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan saling bertukar-tukar pendapat dan sebagainya.

Zaman keempat ialah sejak dari bermulanya abad ke-2 Hijrah hinggalah akhir abad ke-2 Hijrah. Zaman ini dinamakan dengan nama asrulkitabati wat tadwien. Zaman ini jugalah baru hadis-hadis nabi diusahakan untuk dibukukan,antaranya usaha yang dijalankan oleh Khalifah umar ibnu Aziz di penghujung tahun 100H. [Namun beberapa riwayat mengatakan usaha untuk membukukan hadis sudah dimulakan lagi ketika di Zaman Khalifah Bani Umaiyah tapi tidak berapa sempurna, Oleh itu ketika kepimpinan di zaman Bani Abasiah barulah sempurna usaha-usaha tersebut]. Beliau menulis surat kepada Gabenor yang juga Hakim di Madinah iaitu Abu Bakar ibn Hazm untuk membukukan hadis yang ada pada Amrah binti Abdur Rahman al-Anshari dan Al-Qasim ibn Muhamad ibn Abu Bakar, serta menghantar surat kepada seluruh Gabenar di kota-kota besar agar mengumpul hadis yang ada pada para ulama ketika itu untuk kegunaannya. Dizaman ini jugalah muncul ilmu Tajieh dan tadiel,dan untuk mengkritik dan menilai rijalulhadis muncullah 2 orang hafiz besar iaitu Yahya Ibnu Saad Al-Qaththan (meninggal 189H) dan Abdur Rahman ibnu Mahdi(meninggal 198H).

Para ulama memberi kepercayaan kepada 2 tokoh ini,menurut mereka jika sesiapa yang dipandang tsiqah(percaya dan adil) oleh 2 orang tokoh ini maka diterima riwayat dari orang tersebut, jika sebaliknya maka ditolak riwayatnya. Dan kitab hadis yang terhebat pada ketika itu adalah Al-Muwatha yang disusun oleh Imam Malik ada yang berkata bahawa kitab ini diusahakan selama 40 tahun. Menurut Ibnu Hubab pada awalnya hadis yang terdapat dalam muwatha adalah 10 ribu hadis ,namun Imam Malik membetulkan hadis-hadis tesebut sehinggalah tertinggal 500 hadis sahaja. Kemasyuran Al-Muwatha dikatakan sehingga menyebabkan Seorang Khalifah Bani Abasiyah mahu mengantungkan Kitab tersebut di dinding kaabah dan mengharuskan umat islam mengikutnya namun Imam Malik menolak cadangan tersebut dan tidak membenarkan ia diperbuat begitu kerana beliau mengingatkan bahawa Rasul sendiri berbeza pendapat dengan para sahabat dalam bidang Furu.

Zaman

ke lima ialah dari awal abad ke-3 Hijrah sehingga Akhir abad ke-3 Hijrah.Zaman ini dinamakan dengan nama Asrut tajridi wat tashihi wat tanqihi. Pada zaman ini bermulalah perselisihan faham antara ahli hadis dan Ahli Kalam yang menetapkan dasar-dasar agama seluruhnya dan akidah berdasarkan akal semata-mata. Ia bertambah rancak apabila seorang tokoh di Basrah iaitu Washil bin Atha (anak murid Hasanul basri)meninggalkan majlis ilmu yang disampaikan oleh Hasan Al-Basri dan menetapkan dasar-dasar lain yang tidak sesuai dengan Mazhab Hasanul Basri serta para ulama salaf yang lain.

Dan

pengikut-pengikut Washil dinisbahkan sebagai Golongan Muktazilah Dinamakan muktazilah kerana Washil mengasingkan diri dari majlis ilmu gurunya iaitu Hasan Al-Basri. Antara kesalahan besar Golongan Muktazilah adalah mengatakan bahawa Al-Quran itu adalah Makhluk bukannya Kalam Allah. Dan pada ketika ini juga usaha pembukuan hadis diteruskan oleh para ulama Antara kitab yang masyhur pada ketika itu adalah : musnad Ahmad, tawilu mukhtsfili hadis, sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Nasai, Sunan Abu Daud, At-Tirmidzi dan Sunan Ibnu Majah.

Zaman keenam ialah dari permulaan abad ke-4 H hinggalah kepada masa jatuhnya kota Baghdad pada tahun 565 H. Zaman ini dinamakan asrut tabzibi wat tartibi wal istidraki wat takhriji wal bahtsi aniz zawaid. Zaman ini bermulalah masa penelitian, penerbitan dan pengumpulan hadis-hadis yang khusus. Menurut riwayat sejarah yang sahih abad ini(111H) [M.Hasbi Ash-Shidique dalam karyanya sejarah hadis dan pengaruh tokoh-tokoh utama dalam hadis zaman] adalah abad yang paling gilang gemilang bagi perkembangan hadis. Dalam abad ini lahirlah tokog-tokoh hadis yang terkenal dan imam-imam riwayat. Dalam abad ini juga lahirlah kitab enam(sahih bukhari,muslim,Muwatha,Nasai,Abu Daud, dan Tirmidzi) yang mengumpul segala hadis yang sahih, sejarah perawi dan kedudukan mereka dalam bidang jarah dan tadil.

Antara tokohnya ialah Al-Hakim,Daraquthni,Ibnu Hiban,At-Thabarani,Qasim ibnu Asbagh,Ibnu Sakan dan ath-Thahawi.Selain itu pada zaman ini pelbagai usaha dilakukan bagi memperkembangkan ilmu hadis ini,antaranya ,mengumpul hadis-hadis yang terdapat dalam pelbagai kitab,mengumpulkan hadis hokum(iaitu kitab Muntaqal Akhbar oleh Ibnu Taimiyah kemudiannya disyarahkan oleh Asyaukani dalam kitab Nail Authar,Kitab As-sunanul Kubra oleh AlBaihaqi Ahmad Ibnu Husain dan juga al-Baihaqi mempunyai sebuah kitab lagi iaitu sunanul Sughra,Kitab Al-Ahkamusi Sughra dan kitab Amdatul Ahkam oleh Abdul Ghani ibnu Abdul Wahid.Selain itu mengumpulkan juga hadis-hadis mauidhah(tarhib wa targhib) dan juga menyusun kitab-kitab athraf.

Zaman ketujuh .Zaman sejak 656 H sampai sekarang. Zaman ini dinamakan dengan nama Ashmsy syarhi wal jamil am wat takhriji wal bahti za zawaid. Zaman ini adalah zaman yang terakhir dalam perkembagan hadis,pada masa ini usaha mensyarah,mengumpul hadis yang umum,mentakhrij dan membahaskan hadis tambahan berlaku dengan rancak dikota-kota islam. Pada zaman ini jugalah lahirlah seorang penghulu hafiz hadis iaitu penulis kitab Fathul Bari Al-Hafiz Abul Fadlli Ahmad ibn Ali ibn Muhammad ibnu Ali Ibn Hajar Al-Asqolani(meninggal 825 H). Pada ketika ini jugalah banyak sekolah, Universiti dan madrasah-madrasah hadis dibina oleh pemerintah yang ketika itu diperintah oleh Daulat Mamalik Bahriah dan Daulat Mamalik Burjiah.Dan ada Pemerintah yang menjadi hafis hadis iaitu Adh-Zahir .

Dan pada ketika ini juga setelah kemorosotan dan kejatuhan Daulat Mamalik di Mesir ia menjadi titik tolak kemunculan cahaya ilmiah di Negara India. Selain itu gerakan ilmiah terutama dalam bidang hadis juga giat dijalankan di Arab Saudi. Pelbagai usaha dijalankan antaranya Raja Abdul Aziz mengeluarkan belanja untuk mencetak kitab-kitab hadis yang mempunyai kedudukan yang penting dalam perkembangan perpustakaan Islam. Pada ketika ini juga muncul ulama-ulama penghafal hadis mentakhrij hadis-hadis dalam semua kitab-kitab dan menerangkan sumbersumbernya. Di samping itu ada juga para ulama mensyarahkan dam memukhtasarkan kitab-kitab besar dalam usaha untuk memudahkan para pembaca untuk memahaminya.

SINOPSIS TOKOH-TOKOH HADIS PADA ZAMAN SAHABAT

ABU HURAIRAH
Abu Hurairah adalah sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadist Nabi S.A.W , ia meriwayatkan hadist sebanyak 5.374 hadist. Abu Hurairah memeluk Islam pada tahun 7 H, tahun terjadinya perang Khibar, Rasulullah sendirilah yang memberi julukan Abu Hurairah, ketika beliau sedang melihatnya membawa seekor kucing kecil. Julukan dari Rasulullah S.A.W itu semata karena kecintaan beliau kepadanya. Allah S.W.T mengabulkan doa Rasulullah agar Abu Hurairah dianugrahi hapalan yang kuat. Ia memang paling banyak hapalannya diantara para sahabat lainnya.

Pada masa Umar bin Khaththab menjadi Khalifah, Abu Hurairah menjadi pegawai di Bahrain, karena banyak meriwayatkan hadist Umar bin Khaththab pernah menetangnya dan ketika Abu Hurairah meriwayatkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wassalam : Barangsiapa berdusta mengatasnamakanku dengan sengaja, hendaklah ia menyediakan pantatnya untuk dijilat api neraka. Kalau begitu kata Umar, engkau boleh pergi dan menceritakan hadist. Syubah bin al-Hajjaj memperhatikan bahwa Abu Hurairah meriwayatkan dari Kaab al-Akhbar dan meriwayatkan pula dari Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam, tetapi ia tidak membedakan antara dua riwayatnya tersebut. Syubah pun menuduhnya melakukan tadlis, tetapi Bisyr bin Said menolak ucapan Syubah tentang Abu Hurairah. Dan dengan tegas berkata: Bertakwalah kepada allah dan berhati hati terhadap hadist. Demi Allah, aku telah melihat kita sering duduk di majelis Abu Hurairah. Ia menceritakan hadist Rasulullah dan menceritakan pula kepada kita riwayat dari Kaab al-Akhbar. Kemudian dia berdiri, lalu aku mendengan dari sebagian orang yang ada bersama kita mempertukarkan hadist Rasulullah dengan riwayat dari Kaab. Dan yang dari Kaab menjadi dari Rasulullah.. Jadi tadlis itu tidak bersumber dari Abu Hurairah sendiri, melainkan dari orang yang meriwayatkan darinya.

Cukupkanlah kiranya kita mendengar kan dari Imam SyafiI : Abu Hurairah adalah orang yang paling hapal diantara periwayat hadist dimasanya. Marwan bin al-Hakam pernah mengundang Abu Hurairah untuk menulis riwayat darinya, lalu ia bertanya tentang apa yang ditulisnya, lalu Abu Hurairah menjawab : Tidak lebih dan tidak kurang dan susunannya urut. Abu Hurairah meriwayatkan hadist dari /abu Bakar, Umar, Utsman, Ubai bin Kaab, Utsman bin Zaid, Aisyah dan sahabat lainnya. Sedangkan jumlah orang yang meriwayatkan darinya melebihi 800 orang, terdiri dari para sahabat dan tabiin. diantara lain dari sahabat yang diriwayatkan adalah Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Umar, Jabir bin Abdullah, dan Anas bin Malik, sedangkan dari kalangan tabiin antara lain Said bin al-Musayyab, Ibnu Sirin, Ikrimah, Atha, Mujahid dan Asy-Syabi. Sanad paling shahih yang berpangkal daripadanya adalah Ibnu Shihab az-Zuhr, dari Said bin al-Musayyab, darinya (Abu Hurairah). Adapun yang paling Dlaif adalah as-Sari bin Sulaiman, dari Dawud bin Yazid al-Audi dari bapaknya (Yazid al-Audi) dari Abu Hurairah. Ia wafat pada tahun 57 H di Aqiq

SINOPSIS TOKOH-TOKOH HADIS PADA ZAMAN TABIIN

UMAR BIN ABDUL AZIZ

Nama sebenarnya adalah Abu Hafzah bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam bin Abil ash bin Umayyah al-Quraisy, seorang tabiin besar dan salah seorang dari Khalifah yang Rasyidin, Ia sebagai ketua Negara yang adil dan seorang ulama yang kamil. Ia dilahirkan di Mesir di negeri Halwan pada waktu ayahnya menjadi Amir disitu pada tahun 61 H. Semasa kecil ia telah hafal al-Quraan, kemudian ia dikirim ke Madinah oleh ayahnya untuk belajar. Ia belajar al-Quran dari Ubaidullah bin Abdullah bin Utbah bin Ibnu Masud. Setelah ayahnya meninggal, paman Abdul Malik bin Marwan memintanya datang ke Damaskus, lalu dikawinkan dengan seorang putrinya yang bernama Fatimah. Kemudian beliau diangkat menjadi gabenor di Madinah dimasa pemerintahan Khalifah al-Walid. Pada tahun 93 H lalu beliau kembali ke Syam dan kemudian pada tahun 99 H beliau diangkat menjadi Khalifah. Umar bin Abdul Aziz menerima hadis dari anas, as Saib bin Yasid, Yusuf bin Abdullah bin Salam. Khalulah binti Hakim dan dari sahabat lainnya.

Ia juga menerima hadits dari tokoh tokoh Tabiin seperti Ibnul Musayyab, Urwah, Abu Bakar bin Abdurahman dan yang lainnya. Hadits-hadits beliau di terima oleh para Tabiin diantaranya adalah Abu Salamah bin Abdurahman, Abu Bakar Muhammad bin Amr bin HAzm, az-Zuhry, Muhammad bin al-Munkadir, Humaid ar-Thawil dan lain lain. Seluruh Ulama berpendirian menetapkan bahwa Umar bin Abdul Aziz ini adalah seorang yang banyak Ilmu, Shalih, Zuhud dan Adil. Ia banyak memberikan perkembangan hadits , baik secara hapalan maupun secara pendewanan, maka takala ia menjadi Khalifah, ia memerintahkan kepada ulama ulama daerah supaya menulis hadits hadits yang ada didaerah mereka masing masing, lalu meriwayatkan hadist agar tidak hilang dengan meninggalnya para ulama tabiin tersebut. Umar bin Abdul Aziz ini merupakan permulaan Khalifah yang memberikan perhatian kepada hal hal yang demikian itu. Beliau disamakan dengan az-Zuhry tentang ke Alimannya. Mujahid berkata,Kami mendatanginya, dan kami tidak meninggalkannya sebelum kami beljar dari padanya.

You might also like