You are on page 1of 16

MESYUARAT PREMIS MAKANAN PILIHAN 11 JUN 2009 BILIK MESYUARAT PROSTAR PORT DICKSON

PENGENALAN OBJEKTIF KUMPULAN SASARAN PROSES KERJA KESIMPULAN

PENGENALAN Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan sentiasa mengambil langkah yang berterusan dalam memastikan pengguna mendapat makanan yang bersih dan selamat di semua premis makanan yang terdapat di Negeri Sembilan.
Ini selaras dengan konsep THINK TOURISM yang disarankan oleh YB Menteri Besar Negeri Sembilan. Dalam melahirkan suatu tempat pelancongan yang ulung di negara ini, elemen makanan dan tempat yang menyediakan makanan merupakan komponen yang sangat penting seiring dengan industri pelancongan. Di samping penginapan yang baik serta aktiviti-aktiviti pelancongan yang lain, makanan yang disediakan juga dapat memberikan kenangan pelancongan yang baik bagi Negeri Sembilan.

OBJEKTIF
Objektif Umum Memberikan kemudahan kepada pengguna dalam membuat pilihan premis makanan di sesuatu tempat tumpuan orang ramai dengan adanya senarai Premis Makanan Pilihan. Meningkatkan tahap kebersihan, penyajian, keselamatan dan kualiti makanan yang disediakan di premis makanan di Negeri Sembilan. Menanam sifat dan amalan kebersihan diri yang baik di kalangan pengusaha dan pengendali makanan. Mempermudahkan premis makanan agar sentiasa menjaga pencapaian kebersihan premis mereka di taraf tertinggi.

Objektif Khusus Memastikan semua perundangan dan dasar-dasar kerajaan serta syarat-syarat dapat dilaksanakan di semua premis makanan di seluruh Negeri Sembilan dengan sempurna. Mengurangkan kes kejadian penyakit bawaan makanan terutama keracunan makanan di premis makanan di Negeri Sembilan. Meningkatkan kesedaran dan pendidikan di kalangan pengendali makanan mengenai kebersihan dan amalan penyediaan makanan yang selamat dan berkualiti. Memberikan panduan kepada pengguna tentang pemilihan premis makanan yang bersih mengikut kriteria kebersihan yang disarankan.

KUMPULAN SASARAN
Pelaksanaan premis makanan pilihan akan berjalan secara berperingkat berdasarkan beberapa kategori premis. Premis makanan yang pernah ditutup dan dibuka semula semasa operasi.Pemeriksaan semula dengan markah 80100%. Premis yang tersenarai dalam kategori markah 80%-100% dan berjaya mencapai markah ini bagi 3 kali pemeriksaan. Berdasarkan permintaan pemilik premis makanan dengan konsep mempermudahkan

4.0 PROSES KERJA 4.1 PERANCANGAN


4.1.1 Lokasi dan premis yang diberi keutamaan
Lokasi premis yang diberi keutamaan ialah di tempat pelancongan, tempat persinggahan dan tumpuan orang ramai. Premis yang terlibat ialah premis yang pernah ditutup oleh Pegawai Berkuasa semasa operasi penutupan premis.

4.1.2 Pihak yang terlibat

Jabatan Kesihatan Negeri Pejabat Kesihatan Daerah Pihak PBT

4.1.3 Penubuhan Jawatankuasa di Pejabat Kesihatan Daerah

Penubuhan Jawatankuasa ini terdiri dari Pegawai Kesihatan Daerah, Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Negeri (KPPKP), Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan (PPKPK), Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) dan Wakil dari PBT yang berkenan.

4.0 PROSES KERJA 4.2 Perlaksanaan Perlaksanaan secara berperingkat . Keutamaan diberikan kepada premis makanan yang pernah ditutup oleh Pegawai Berkuasa dan juga premis yang sentiasa mencapai pemarkahan yang melebihi 80% seperti rangkaian franchais (Cth Pizza, Kentucky dan Satay Kajang). 4.2.1 Senarai premis PPKP di daerah perlu menyenaraikan semua premis yang telah ditutup di daerah masing-masing bagi tahun semasa 2008 dan penyenaraian premis yang mendapat markah antara 80-100% bagi daerah masingmasing. 4.2.2 Pemeriksaan premis PPKP akan menjalankan pemeriksaan secara berkala selepas premis yang ditutup dibuka semula. Pemeriksaan ini akan dijalankan sebanyak 3 kali dalam jangkamasa yang sesuai (dalam tempoh 30 hari) sehingga premis betul-betul bersih dan mendapat markah melebihi 80%.

4.2.3 Pemarkahan Pemarkahan yang dibuat akan digred dan didefinisikan seperti berikut:

Pemarkahan % 90-100 80-89 70-79 <70

Kod Pengredan A B C Tiada Gred

Definisi Cemerlang Sangat Bersih Bersih --

4.2.4 Mesyuarat Jawatankuasa Premis Pilihan di daerah.

Hasil dan maklum balas dari pemeriksaan mengejut ini akan dibincangkan bersama oleh Jawatankuasa di daerah masingmasing untuk memastikan premis tersebut layak dianugerahkan plak Premis Makanan Pilihan. Sebelum penganugerah plak Premis Makanan Pilihan, semua pengusaha premis perlu memberikan komitmen sepenuhnya untuk memastikan premis sentiasa berada dalam keadaan yang bersih setiap masa. Plak akan ditarik balik jika premis tidak mematuhi standard yang telah ditetapkan. Hasil dari mesyuarat Jawatankuasa Premis Makanan Pilihan di daerah, plak premis pilihan akan dianugerahkan kepada pengusaha premis yang dipilih. Penganugerahan ini dicadangkan dilakukan oleh Pengarah / Exco Kesihatan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

4.2.5 Komitmen Pengusaha Premis Makanan

4.2.6 Penganugerahan Plak Premis Makanan Pilihan

4.2.7 Penyenaraian Premis Makanan Pilihan

Semua premis makanan yang mendapat anugerah plak premis makanan pilihan akan disenaraikan di laman Web Jabatan Kesihatan Negeri. Penyenaraian ini akan berkuatkuasa setelah melepasi tempoh percubaan selama 3 bulan dan anugerah plak telah diberikan. Penyenaraian ini akan menyatakan nama premis, nombor siri plak dan tarikh plak di berikan kepada premis tersebut. Orang awam boleh mengemukakan teguran atau komen terhadap premis makanan plihan melalui pihak Jabatan Kesihatan dengan menggunakan e-mail atau telefon.

4.2.8 Pemantauan

Pemantauan premis makanan yang telah mendapat anugerah akan dijalan dari masa ke semasa. Pemeriksaan juga akan dijalankan bagi pemeriksaan rutin, semasa operasi dijalankan.

KESIMPULAN

Dengan adanya program penganugerahan Premis Makanan Pilihan ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilah amatlah berharap ianya akan dapat memberikan faedah bersama bagi Jabatan, PBT , pengusaha dan pengendali premis makanan dan pengguna secara umum. Pengguna akan dapat memanfaatkan sepenuhnya dengan penyenaraian premis makanan pilihan yang telah dibuat. Bagi pengusaha makanan, ini merupakan satu promosi secara tidak langsung yang akan dapat meningkatkan imej perniagaan mereka.

Mula

Pemilihan Premis Makanan

Pemeriksaan kali pertama hingga ke tiga

Pematuhan Ya Mesyuarat Jawatan Kuasa Tidak

Ditamatkan

Pematuhan Tidak Ya

Proses ditamatkan

Anugarah Plak Premis Makanan

Tempoh Percubaan 3 Bulan


Pematuhan Ya Plak ditarik Balik Tidak

Anugerah di Kekalkan
Disenaraikan di Laman Web JKN

Pemantauan

Pemeriksaan setiap 2 minggu

TERIMA KASIH
OLEH ; UNIT KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN JABATAN KESIHATAN NEGERI SEMBILAN NSDK

You might also like