You are on page 1of 44

PERKEMBANGAN BAHASA KANAKKANAK

TEH CHIEW LAN JABATAN ILMU PENDIDIKAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG tehchiewlan@yahoo.com HP No. 016-4849559

ASAS PERKEMBANGAN BAHASA

ASAS PERKEMBANGAN BAHASA


1. Konsep pemerolehan bahasa (Language acquistion)
2. Konsep perkembangan bahasa (Language

development) 3. Konsep pembelajaran bahasa (Language learning) 4. Kaitan dengan teori-teori pemerolehan dan perkembangan bahasa

PENGENALAN
Bahasa merupakan anugerah istimewa yang ada pada setiap individu. Bahasa adalah suatu saluran yang membolehkan kanakkanak

menyusun dan mengutarakan idea serta pengalamannya

PENGENALAN
Perkembangan dan penggunaan bahasa sangat penting bagi membolehkan kanak kanak berhubung antara satu sama lain.

Dengan bahasa manusia dapat berhubung dan berinteraksi. Melalui bahasa juga setiap individu dapat menyatakan perasaannya, memberi pendapat atau pendangannya.

PENGENALAN
Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa ini bukan sahaja dapat merapatkan perhubungan kanak kanak dengan orang

lain, malah ia membolehkan kanakkanak membina konsep berkenaan alam dan manusia di persekitarannya.

DEFINISI BAHASA
Sapir (1921:8) mendefinisikan, bahasa adalah semata-mata suatu kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi, dan keinginan melalui ciptaan simbol-simbol lahir secara sedar.
Bloch dan Trager dalam Outline of Linguistic Analysis (1982:2), menegaskan bahawa bahasa ialah sistem simbol arbitrari untuk sesuatu kumpulan sosial bekerjasama

DEFINISI BAHASA
Hall dalam Essay on Language (1968:158) menegaskan bahawa bahasa ialah institusi untuk manusia berkomunikasi dan berinteraksi melalui simbol-simbol lisan-pendengaran yang arbitrari mengikut tabiat.
Crystal (1995), mendefinisikan bahawa bahasa adalah satu penggunaan bunyi yang sistematik dan konventional (lambang atau simbol tulisan) untuk tujuan komunikasi dan luahan perasaan.

DEFINISI BAHASA
sebagai suatu sistem lambang

pertuturan yang terdiri daripada leretan bunyi-bunyian yang diucapkan dan digunakan oleh oleh ahli sesebuah masyarakat sebagai alat untuk berhubung dan bekerjasama. satu saluran yang membolehkan kanakkanak menyusun dan menyatakan idea atau pengalamannya.

PERKEMBANGAN BAHASA
Perkembangan dan penggunaan bahasa

adalah penting untuk membolehkan manusia berhubung antara satu dengan lain Perkembangan bahasa yang baik memerlukan suasana sosio-emosi yang tenteram dan selamat kerana apabila bahasa dikaitkan dengan pengalaman yang menggembirakan.

PEMBELAJARAN BAHASA
penguasaan bahasa oleh seseorang secara

formal, iaitu dengan adanya kurikulum dan bahan pengajaran yang tertentu. Latihan-latihan berbahasa yang dilakukan juga distrukturkan. Proses pembelajaran bahasa juga mendasari teori, pendekatan, kaedah dan teknik yang tertentu dengan bantuan guru. Pembelajaran bahasa lazimnya berlaku secara eksplisit dengan penuh kesedaran dan motivasi

PEMEROLEHAN BAHASA
bermaksud penguasaan bahasa oleh

seseorang tanpa disedari atau dipelajari secara langsung. seseorang itu tidak mendapat pendidikan secara formal untuk mempelajari sesuatu bahasa tetapi memperolehinya daripada bahasa yang diucapkan oleh ahli-ahli masyarakat dipersekitarannya .

PEMEROLEHAN BAHASA
Proses pemerolehan bahasa berlaku secara

aktif pada kanak-kanak dalam lingkungan umur dua hingga enam tahun. Kebanyakannya hasil penyelIdikan bahasa mendapati bahawa jangka masa pemerolehan bahasa yang paling kritikal di kalangan kanak-kanak ialah antara umur satu tahun hingga lima tahun. Sekiranya jangka masa ini terlangkau, maka perkembangan bahasa akan terhalang.

PEMEROLEHAN BAHASA
Ahli psikolinguistik bersependapat bahawa

kanak-kanak akan mengalami kesukaran untuk menguasai bahasa secara pemerolehan sesudah umur 13 tahun. Sebaliknya kanak-kanak itu lebih cenderung menguasai bahasa melalui proses pembelajaran yang berat. Mutu bahasa yang diperolehi kanak-kanak pada masa itu bergantung kepada bahasa yang mula-mula didedahkan. Orang dewasa tidak dapat memperoleh bahasa, tetapi pada kadar yang lebih perlahan berbanding dengan kanak-kanak .

TEORI BAHASA
Pandangan Nativis Pandangan teori ini menyatakan bahawa anak yang lahir ke dunia sudah membawa kapasiti atau potensi bahasa. Kapasiti atau potensi bahasa ini akan menentukan struktur bahasa yang akan digunakan selanjutnya. Untuk itu kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur yang berada dipersekitarannya seperti keluarga, rakan dan masyarakat disekelilingnya. Ini bermakna persekitaran ini akan membantu serta mempengaruhi kebolehan bahasa kanak-kanak.

TEORI BAHASA-PANDANGAN NATIVIS


Secara hipotesisnya kanak-kanak ini apabila

dilahirkan telah mempunyai struktur berbahasa yang baik dan mudah menerima bahasa semasa memasuki alam prasekolah. Setiap manusia mula mengenali dan memahami peraturan berbahasa dari segi tatabahasa dan erti perktaan apabila ia dilahirkan secara umum sahaja. Berdasarkan itu kanak-kanak itu akan diajar cara berkomunikasi yang baik supaya ia menjadi lebih mudah untuk memberi arahan, menyoal dan bertutur dengan lebih teratur. Untuk itu kanak-kanak ini perlulah menambah lagi perbendaharaan kata dan penguasaan tata bahasanya.

Teori Bahasa-Pandangan Behavioris Model dan teori behavioris cuba


menghuraikan pertalian antara psikologi dengan bahasa. Melalui pendekatan yang dapat dialami dan diamati secara langsung atau fizikal. Mereka yang sealiran dengan teori ini terdiri daripada ahli-ahli bahasa seperti Bloomfield, Sapir, Fries dan Brooks. Manakala sarjanasarjana psikologi yang menyertainya ialah B. Watson, Thorndike, Pavlov dan B.F. Skinner .

Teori Bahasa- Pandangan Behavioris Golongan ini beranggapan bahawa


pemerolehan sesuatu lakuan terjadi melalui ulangan lakuan. Menurut pandangan teori ini, tidak ada struktur linguistik yang dibawa sejak lahir. Kanak-kanak yang lahir dianggap kosong dari berbahasa. Mereka berpendapat bahwa anak yang lahir tidak membawa sebarang kapasiti atau potensi berbahasa.

Teori Bahasa-Pandangan Brown (1980) dalam Principles of Language Learning Behavioris

and Teaching menyatakan bahawa kanak-kanak lahir ke dunia ini ibarat seperti sehelai kain putih tanpa ada apa-apa calitan. Persekitarannya yang akan membentuknya secara perlahan-lahan untuk membentuknya membuat pengukuhan terhadap tingkah lakunya. Pengetahuan dan keterampilan berbahasanya akan diperolehi melalui pengalaman dan proses pembelajaran. Dengan demikian, bahasa yang didengari akan dipindahkan melalui pewarisan kebudayaan, sama halnya seperti orang yang belajar memandu kenderaan

Teori Bahasa- Pandangan Behavioris


Menurut model behaviorist pembelajaran bahasa merupakan kepada proses yang berdasarkan kepada peraturan pelaziman operan iaitu yang menjurus

kepada model rangsangan gerak balas. kanak-kanak itu akan diberikan satu perkataan, dia meniru bahasa itu dan dia akan meniru lagi apabila dia menjumpai perkataan itu. ibu bapa merangsang bahasa peringkat awal kanakkanak dengan adanya tindak balas seperti senyuman, bertutur dan mengagah kanak-kanak menggunakan perkataan khusus seperti mama atau papa dan perkataan ini diulang berkali-kali dan dengan pengulangan ini kanak-kanak itu akan dapat mengikut

Teori Perkembangan Bahasapandangan Konstruktivis


Pandangan Konstruktivis Mengikut pandangan ahli konstruktivis ianya terbahagi kepada enam model teori pembelajaran penting iaitu

Teori Pembelajaran Pembentukan Kebiasaan, Teori Pembelajaran Kod Kognitif, Teori Pembelajaran Interaksionalis, Teori Pembelajaran Fungsionalis, Teori Pembelajaran Situasionalis Dan Teori Pembelajaran Anggapan.

Pandangan Konstruktivis
Model Pembelajaran Pembentukan Kebiasaan Model ini berpendapat bahawa pembelajaran bahasa sebagai satu kegiatan mekanis, iaitu sebagai aktiviti fizikal semata-mata. Model ini menganggap faktor persekitaran menjadi rangsangan dan tindak tanduk organisme pada rangsangan sebagai gerak balas. Model ini menunjukkan bahawa faktor luaran seperti ganjaran menguatkan gerak balas. Contoh : Dalam konteks pembelajaran bahasa, model ini menegaskan latihan dan latih tubi. Ini bertujuan untuk membentuk kebiasaan kepada kanak-kanak.

Model Pembelajaran Kod-Kognitif


Model ini menegaskan bahawa pembelajaran bahasa sebagai satu proses pemikiran yang

merupakan kebolehan manusia secara semula jadi. Model ini mementingkan kefahaman struktur bahasa kerana pemahaman memudahkan pembelajaran dan penguasaan bahasa. Pengetahuan tatabahasa juga dititik beratkan kerana ini membantu kanak-kanak menguasai bahasa secara berkesan. Model ini mementingkan pengetahuan mengenai pola-pola sintaksis dan letsikal. Peraturan tatabahasa juga perlu dihafal. Model ini menganggap bahasa adalah fenomena pemikiran dan bukan mekanikal.

Teori Konstruktivis
Model Pembelajaran Interaksionalis
Kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh menggambarkan

makna kognitif dalam bentukl-bentuk lingusitik yang jelas dan tepat. Berpendapat pembelajaran bahasa sebagai alat berinteraksi dan ia merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Oleh itu kanakkanak perlu memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul. Ini membantu mereka berkomunikasi dalam masyarakat. Aktiviti bahasa yang bermakna dan menarik membantu kanak-kanak menguasai dan memperbaiki penggunaan sistem bahasa dan seterusnya dapat menggunakannya dengan fasih dan lancar.

Teori Konstruktivis
Model Pembelajaran Fungsionalis
Model ini menekankan kepentingan struktur dan

memberi perhatian terhadap fungsi bahasa. Secara tidak langsung model ini menegaskan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi. Menurut model ini bahasa mempunyai tiga fungsi. Bahasa sebagai alat penyampai idea- Bahasa digunakan untuk berhubung, berkongsi pendapat dan pandangan. Bahasa sebagai untuk menyampaikan maklumatBahasa berkeupayaan untuk menyampaikan maklumat mengenai penutur. Bahasa sebagai menyampaikan penglibatan:- Bahasa digunakan untuk tujuan-tujuan berinteraksi.

Model Pembelajaran Fungsionalis


Ciri-ciri penting :
Sistem bahasa yang digunakan oleh ahli-ahli

masyarakat itu bertenaga dan terbuka Perkara dasar yang ditekankan dalam struktur bahasa ialah semantik. Bahasa ditutur mengikut keadaan dan sistem social Bahasa alat untuk berhubung, melahirkan pendapat dan menyatakan perasaan. Ia juga menggambarkan watak dan peribadi penuturnya.

Sistem-sistem Bahasa
FONOLOGI

PRAGMATIK

SISTEMSISTEM BAHASA

MORFOLOGI

SEMANTIK SINTAKSIS

Sistem-sistem bahasa
Fonologi

Dalam perkembangan fonologi, kanak kanak menghasilkan bunyi secara rambang. Ini berlaku di peringkat agahan. Mula mula ia memperoleh fonem fonem yang kasar dan ketara perbezaan fiturnya , tetapi kemudian ia maju kepada fonem fonem yang halus dan seni perbezaan fiturnya.

Peringkat menangis ( Gambar kanak-kanak , menangis) Peringkat rengekan (cooing ) Peringkat ajukan satu suku kata yang bermakna ( ma, cu, bum ) Peringkat ajukan dua sukun kata ( mama, baba, tata, dedi, susu )

Sistem-sistem bahasa
Morfologi

Apabila kanak kanak mula menyedari gabungan bunyi membawa makna tertentu mereka mula mempelajari perkataan baru pada umur 18 bulan. Perbendahaarn kata kanak kanak sudah menjangkau 20 hingga 50 patah perkataan dan apabila menjangkau umur 4 tahun mereka boleh mengujarkan atau menguasai lebuh 2000 patah perkataan. Ada juga yang telah boleh memahami konsep majmuk dan perkara lepas (past tense).

Sistem-sistem bahasa
Sintaksis Dalam perkembangan sintaksis, kanak kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada satu perkataan ketika berumur satu tahun dan maju kepada ujaran dua perkataan ketika menjangkau umur 2 tahun. Setiap ujaran dapat merujuk beberapa makna mengikut susunan kata atau konteks untuk menggambarkan penafian pertanyaan dan sebagainya. Ayat ayat padat dan ringkas, banyak menggunakan kata inti dan kurang atau tiada langsung menggunakan kata tugas.

SAMBUNGAN
Setelah meningkat pada umur lima tahun barulah kanak kanak itu menyamai bahasa orang dewasa. Kanak kanak akan berupaya menghasilkan ayat

ayat pasif atau ayat ayat yang lebih kompleks dan dapat mengenal stuktur dalaman dan hubungannya dengan struktur luar.
Kanak kanak umur satu setengah tahun boleh melakukan

dengan tepat arahan mudah seperti ambilkan selipar ayah Mana botol Sayang ? Kanak kanak pada umur awal 12 hingga,18 bulan sudah boleh guna perkataan dengan intonasi yang berbeza.

SAMBUNGAN
Pada umur 18 bulan ayat dengan dua

perkataan mula digunakan seperti : Ayat Penyata : My toy, Daddys car;, adik punya Ayat negatif ; Ayah belum balik, Adik tak buat Ayat perintah / seru : Jangan kacau adik

Sistem-sistem bahasa

Semantik:

Dalam perkembangan semantik, kanak kanak mula berupaya menguasai beberapa patah perkataan dan kemudian memperluaskan perbendaharaan ketanya dengan agak cepat. Mula mula sepatah mungkin merujuk beberapa benda atau makna. Ketika inilah kanak kanak sering membuat kesalahan, terutama semasa memberi makna perkataan itu. Hasil daripada interaksi dengan persekitarannya dalam pelbagai konteks, kanak kanak akan mempelajari konsep konsep daripada yang konkrit kepada yang lebih abstrak dan mula dapat menyusun perkataan mengikut tatabahasa.

Sistem bahasa
Perkembangan Semantik kanak kanak berkait rapat

dengan peringkat perkembangan intelek Piaget: sensori motor, praoperasi, operasi konkrit: Pada peringkat sensori motor ;
Kanak kanak sering gunakan ayat dengan satu perkataan ;

contohnya:

Jika ia sedang mencari ayahnya di sekeliling rumah ia akan

sebut: Ayah? yang bermaksud Di manakah ayah ?, Jika ia tengok dalam bilik air, dan gelengkan kepalanya sambil sebut Ayah, ini bermaksud Ayah tidak ada dalam bilik air Jika ia pergi ke muka pintu dan memanggil Ayahsambil cekak pinggang, ini bermaksud Ayah, mari sini

Sistem bahasa

Peringkat praoperasi Pada umur 2 7 tahun kanak kanak mula cuba memahami bahawa ada perkataan yang mempunyai lebih dari satu makna. Tetapi mereka masih pada peringkat konkrit dan belum begitu memahami lagi perkataan yang abstrak. Pada peringkat berfikir dan membezakan antara umur 7 11 tahun, kebolehan kanak kanak berkembang bagi mengecam dan membezakan makna. Namun mereka masih terikat dengan proses pengalaman sedia ada dan pengalaman terus mereka. Contohnya: Pada peringkat ini, kanak kanak sudah faham fungsi rumah, sebagai tempat untuk tidur, tempat makan, tempat tinggal keluaraga, tempat kawan datang dll.

Sistem bahasa

Peringkat Pragmatik

Peringkat pragmatik ialah peringkat penggunaan bahasa yang peka konteks iaitu bagaimana seeorang menyesuaikan bentuk ucapan/perkataan mengikut konteks sosial yang berbeza. Dalam peringkat pragmatik ini juga kanak kanak belajar peraturan bercakap daripada komuniti di sekitarnya tempat tinggalnya. Peraturan ini berbeza mengikut sosio budaya dan bangsa.

PEMERINGKATAN BAHASA KANAKKANAK


. Bayi Bayi ketika dilahirkan tidak memahami bahasa. Lazimnya kita telah pun mengetahui bahawa penguasaan bahasa pertama berlaku secara semulajadi semenjak kecil lagi. Pada tahap ini, bahasa akan dipelajari secara berperingkat-peringkat. Apa yang penting ialah bahawa bayi itu belajar secara tidak formal. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) : Bayi dapat menguasai bahasa itu dengan cara memperoleh bukan melalui proses pembelajaran. Kanak-kanak hanya perlu didedahkan kepada bahasa ibunda mereka dan secara tidak disedari mereka akan pandai dengan sendirinya menggunakan bahasa itu.

PEMERINGKATAN BAHASA KANAK-KANAK Kanak-kanak taska

Semasa kanak-kanak berada di taska, pemerolehan bahasa kanakkanak itu banyak dipengaruhi oleh rakan, pengasuh dan persekitarannya. Kanak-kanak itu akan mengikut sahaja apa yang mereka dengari dan lihat tanpa memikirkan baik buruknya atau implikasi bahasa atau pertuturanya itu. Kebanyakan aktiviti kebolehan berbahasa kanak-kanak taska dilaksanakan semasa kanak-kanak bermain bongkah, melihat gambar, bermain anak patung, bermain pondok-pondok dan sebagainya. Pengasuh atau guru pula akan membantu kanak-kanak ini dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran berbahasa kanak-kanak melalui aktiviti bercerita. Untuk itu pengasuh perlu menyediakan satu sudut bacaan kanak-kanak supaya secara tidakl langsung akan membantu kanak-kanak memilih buku yang mereka gemari. Perlu diingat juga semasa di taska guru perlulah bertindak sebagai fasilitator sahaja iaitu akan membetulkan kesalahankesalahan yang kanak-kanak itu lakukan.

PEMERINGKATAN BAHASA KANAK-KANAK


Kanak-kanak Prasekolah Semasa di tadika, kanak-kanak suka bercakap bersendirian terutamanya ketika bermain dan meneroka didalam persekitarannya. Ketika kanak-kanak berada ditadika, guru akan membantu kanak-kanak untuk memperkembangan kebolehan dan kemahiran berbahasa. Pelbagai aktiviti akan diadakan untuk membolehkan kanak-kanak mahir dan berkebolehan berbahasa. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan untuk memahirkan kanak-kanak itu berbahasa adalah seperti berikut;

KAEDAH P&P PERINGKAT PRASEKOLAH


Pengalaman melalui pendengaran Kemahiran mendengar penting bagi kanakkanak. Pengalaman mendengar bunyi dan perkataan akan membantu kemahiran mendengar. Kemahiran mendengar penting bagi kanak-kanak. Guru sebaiknya memberi arahan kepada kanak-kanak mengikut arahan pertama, seterusnya dan akhir, supaya kanak-kanak mudah memahaminya

KAEDAH P&P PERINGKAT PRASEKOLAH Meneka bunyi yang dibunyikan oleh guru dalam cerita
Mengajuk bunyi yang dibunyikan oleh guru Mengecam dan menyebut semula perkataan yang

didengar Pengalaman mengikut arahan Guru sebaiknya memberi arahan kepada kanak-kanak mengikut arahan pertama, seterusnya dan akhir supaya anak-anak mudah memahaminya. Mendengar dan memberi gerak balas terhadap arahan dan cerita Permainan menyambung cerita Mendengar cerita melalui headphone Bersoaljawab

KAEDAH P&P PERINGKAT PRASEKOLAH Pengalaman melalui pertuturan

Aktiviti pertuturan menggalakkan kanak-kanak menyebut perkataan dengan betul, menggunakan intonasi dan jeda yang tepat dan jelas di samping meransang kebolehan membentuk ayat yang lengkap. Aktiviti kuiz melatih kanak-kanak dalam penggunaan soalan seperti siapa, di mana, bagaimana, bila dan mengapa. Aktiviti nyanyian dapat memudahkan kanak-kanak belajar menyebut perkataan dan rangkaikata yang berirama. Melalui nyanyian juga dapat meningkatkan perbendaharaan kata kanakkanak. Berikut adalah aktiviti pertuturan :Pengalaman melalui pertuturan Aktiviti pertuturan menggalakkan kanak-kanak menyebut perkataan dengan betul, menggunakan intonasi dan jeda yang tepat dan jelas di samping meransang kebolehan membentuk ayat yang lengkap. Aktiviti kuiz melatih kanak-kanak dalam penggunaan soalan seperti siapa, di mana, bagaimana, bila dan mengapa. Aktiviti nyanyian dapat memudahkan kanak-kanak belajar menyebut perkataan dan rangkaikata yang berirama. Melalui nyanyian juga dapat meningkatkan perbendaharaan kata kanakkanak. Berikut adalah aktiviti pertuturan :

AKTIVITI MELALUI PERTUTURAN



Memberi ucap selamat, terima kasih, bermaafan Aktiviti perbualan awal dan bersoajawab Menyanyi lagu pendek dan lagu tradisional Bercerita, menceritakan semula peristiwa ikut urutan Melafazkan pantun dan puisi Melakonkan watak dalam cerita
Melakon watak penjual dan pembeli Melakon peranan ibu, ayah dan guru Meniru aksi dan watak haiwan seperti kucing dan ayam

Berjenaka Bersajak Penggunaan perisian komputer

AKTIVITI MELALUI MEMBACA


Membaca (Prabaca atau awal bacaan) Selain daripada kemahiran tersebut di atas, guru ataupun ibu bapa perlu menyediakan persekitaran yang meransangkan bagi menggalakkan minat membaca. Contohnya, di prasekolah guru perlulah menyediakan sudut bacaan yang diisi dengan bahan-bahan bacaan yang menarik dan pelbagai jenis.

You might also like