You are on page 1of 32

KUMPULAN 3 NOR LIYANA BINTI MOHMAD SITI HABIBAH BINTI MUDA WARDATU NAJIHAH BINTI RAMLY NOR AKMAR

MOLEK BINTI HUSSIN NURAYATOLLAH BINTI SAADUN

KEMAHIRAN ASAS FUTSAL

FUTSAL
Kemahiran menjaringkan gol

Jaringan - Dikira apabila bola melepasi garisan gol di antara 2 tiang gol dan di bawah palang gol.

Menjaring gol mengguna bahagian dalam kaki Menjaring gol mengguna bahagian luar Menjaring gol mengguna bahagian kekura kaki

LATIHAN MENJARINGKAN GOL

Menjaring dari posisi yang berbeza di sekeliling di

kawasan penalti termasuk tendangan sudut. Galakkan tendangan leret atau grounder.

..\Documents\liyanamohmad\Latihan Bola Sepak D.I.Y. Vol 02 - Teknik menjaringkan Gol (Tarik - Angkat Tendang)_(360p).mp4 ..\Documents\liyanamohmad\Latihan Bola Sepak D.I.Y. Vol 06 - Teknik Sepakan Penalti (Free Kick)_(360p).mp4

PENJAGA GOL

Penjaga Gol adalah satu tugas yang berat dan memerlukan ketahanan fizikal dan mental ketika mengawal pintu gol. Tugas seorang penjaga gol adalah mencegah bola masuk ke dalam gol. Ia juga adalah palang pintu terakhir bagi lawan sebelum memasukkan bola ke jaring gol.

Latihan dan Cara Menangkap Bola


1) Persiapan Sebelum memulai latihan, penting sekali bagi seorang penjaga gol untuk memperhatikan kelengkapan latihannya, pakaian, sarung tangan, pelindung tulang kering (shin guard) pelindung lutut (knee guard), pelindung siku (elbow guard) harus ada. Dengan kelengkapan tersebut, maka seorang penjaga gol dapat melakukan latihan dengan baik.

2) Pemanasan Latihan yang benar harus diawali dengan pemanasan yang baik dan sempurna, pemanasan dapat dilakukan bersama-sama dengan pemain lain mahupun dipimpin langsung oleh pelatih penjaga gol. Gerakan-gerakan senam diikuti oleh peregangan yang cukup. Lakukanlah semuanya dengan secermat mungkin, perlu diingat bahawa risiko kecederaan yang dihadapi penjaga gol futsal sangat tinggi.

3) Menangkap Bola Latihan ini dapat diberikan dengan melempar dan menendang bola ke arah penjaga gol yang berdiri di bawah gol dari berbagai sudut, penjaga gol pun dapat menerima bola dalam keadaan berdiri, duduk mahupun tiduran. Posisi tangan, dan kaki harus benar dan dalam posisi yang kuat, banyak cara dan gaya latihan ini. Hal ini memang tidak sering terjadi, tetapi itu boleh saja terjadi, terutama setelah bola telah kehilangan awal kekuatan atau daya ketika menghentam pemain lain. Ini juga memungkinkan ketika tembakan lemah atau penjaga gol mempunyai tangan yang sangat kuat.

4) Menangkap bola dengan lebih baik, akan memberikan kemudahan yang cepat dalam mengedar bola dan memudahkan permainan. Sebuah kumpulan yang ada penjaga gol yang mampu untuk menangkap bola, ia merupakan satu keuntungan strategi dalam melakukan counter-attack

Jenis Dasar Menangkap Bola


A) W atau tangkapan bola atas W atau tangkapan sekeliling adalah digunakan pada saat bola berada di atas pinggang. Tangan seluruhnya mengelilingi bola, dengan ibu jari dan jari jemari membentuk huruf W di belakang bola. Tangan, terutama ibu jari harus di belakang bola, jika tidak penjaga gol akan membiarkan bola melepasi tangan dan tercipta gol.

B) Tangkapan bola bawah untuk bola di bawah pinggang, tangkapan basket atau bola bawah yang digunakan. Tangan berada di belakang bola, waktu tangan turun jari jemari juga turun secara bersamaan. Perlu dikritisi lagi bahawa kedua tangan berada di belakang bola.

C) Teknik menangkap bola atas Teknik ini digunakan pada saat bola yang datang di atas pinggang. Pada saat lawan melakukan tendangan penjaga gol bergerak ke depan untuk memeluk bola. Bola ditangkap dengan menjulurkan kedua lengan secara bersamaan lalu memeluknya.

D) Teknik menangkap sambil merebahkan tubuh Dengan ruang terbatas, permukaan lapangan yang keras dan jarak lawan yang dekat dalam menendang tidak memungkinkan penjaga gol untuk meluncur seperti penjaga gol dalam olahraga bola sepak. Sebagai ganti menangkap bola di udara, penjaga gol futsal menggunakan teknik merebahkan tubuh dan kaki disaat menggagalkan bola yang jatuh di sisi samping tubuh. Pada saat itu tidak ada tenaga (energi) yang keluar ketika meluncur

Penjaga gol harus menggunakan kecepatan kaki ke arah posisi meluncur, melangkah ke sisi bola, maju pada satu sudut dan menggunakan otot pergelangan kaki yang terdekat dengan bola mengendalikan kearah bola. Gunakan kedua tangan untuk menangkap bola, sebaiknya gunakan tangkapan W

Blok Seluruh anggota badan penjaga gol futsal dapat digunakan untuk blocking ini, dalam sebuah pertandingan 75% tugas penjaga gol futsal adalah melakukan blocking. Latihan untuk mendapatkan blocking yang baik dapat dilakukan melempar dan menendang bola ke arah gol dari berbagai sudut. Keberanian yang tinggi dan perhitungan sudut yang cermat perlu ada untuk menutup setiap sudut tendangan. Latihan dapat dilakukan dengan berbagai macam cara.

KELEBIHAN seorang Penjaga gol berbanding dengan pemain yang lain. Antaranya:
Refleks yang pantas. Keseimbangan badan yang begitu stabil. Dapat membaca pergerakan sebelum berlakunya sesuatu pergerakan. Kit ataupun jersi yang khusus dah khas hanya untuk anda. Aksesori yang menarik. Komunikasi dengan pemain lain. Keistimewaan khusus dalam padang.

BALINGAN BOLA (PENJAGA GOL)


Balingan oleh penjaga gol (goal keeper throw) tidak boleh tendangan gol (goal kick). Balingan bola oleh penjaga gol untuk membebaskan kawasan gol. Dari dalam kawasan penalti, penjaga gol membaling bola untuk meneruskan permainan. Bola dibaling dari mana-mana kawasan penalti oleh penjaga gol pasukan bertahan untuk hantaran gol (memulakan semua permainan. Penjaga gol tidak boleh membuat balingan terus melepasi garisan tengah tanpa disentuh oleh mana-mana pemain.

MENANDUK BOLA

Kemahiran menanduk bola boleh digunakan untuk menjaringkan gol dan melakukan hantaran Menanduk bola menggunakan bahagian kepala.

JENIS TANDUKAN
MENANDUK KE HADAPAN MENANDUK KE SISI MENANDUK KE BELAKANG

MENANDUK KE HADAPAN
Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluasbahu menghala ke arah bola datang, mata memandang bola. Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang dengan lutut dibengkokkan sedikit. Kedua-dua tangan dibuka di sisi. Bawa badan dan kepala ke hadapan dan tanduk bola menggunakan bahagian dahi. Dahi menyentuh bahagian bawah bola. Ikut lajak selepas melakukan tandukan.

MENANDUK KE SISI
Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluasbahu menghala ke arah bola datang, mata memandang bola. Apabila bola hampir tiba, kilaskan badan ke araj bertentangan dengan sasaran tandukan. Kedua-dua tangan dibuka ke sisi. Kilaskan badan ke arah sasaran tandukan dan tanduk bola menggunanak dahi. Ikut lajak selepas melakukan tandukan

MENANDUK KE BELAKANG
Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluasbahu menghala ke arah bola datang, mata memandang bola. Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang sambil mendongakkan kepala ke atas, dan tanduk bola menggunakan bahagian dahi. Dahi menyentuh bahagian bawah bola.

SEPAKAN KE DALAM :
Sepakan ke dalam adalah suatu tatacara untuk memulakan semula permainan. Gol tidak boleh dijaringkan terus dari sepakan ke dalam. Sepakan ke dalam diberi: Apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi, sama ada ditanah atau di udara, atau terkena siling. Dari tempat di mana bola melintasi garisan tepi. Kepada lawan pemain yang akhir sekali menyentuh bola itu.

Lontaran ke dalam juga boleh :

a. Digunakan untuk menggantikan balingan ke dalam.


b. Bola diletak di atas garisan touchline sebelum menyepak. c. Sebelah kaki pemain mesti berada di luar atau di atas touchline kalau tidak tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan. d. Tendangan ke dalam mesti diambil dalam masa 4 saat kalau tidak tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan.

e. Penendang tidak boleh memainkan bola kali kedua sebelum bola itu disentuh atau dimainkan oleh pemain lain kalau tidak pasukan lawan akan

diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan.


f. Pemain-pemain lawan mestilah berada 5 meter jauh dari tempat sepakan diambil. g. Tidak dibenarkan menjaringkan gol terus dari tendangan ke dalam.

You might also like