You are on page 1of 55

PERUNTUKAN HAK WANITA

DALAM ENAKMEN UNDANG-


UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI
MELAKA TAHUN 2002
Disampaikan oleh:
Haji Mohd Shokri Bin Haji Mustaffa
Bahagian Pendakwaan,
Jabatan Agama Islam Melaka
MUQADDIMAH
Keluarga yang bertunjangkan pegangan agama,
disokong dengan kestabilan dan kemantapan
ekonomi serta kesihatan pastinya menyumbang
kepada keharmonian, kedamaian dan keceriaan di
dalam kehidupan berumahtangga.
Namun impian seperti ini sukar dikecapi dan dirasai
oleh sesebuah keluarga kerana dorongan kerakusan
hawa nafsu yang mana ianya menjadi penghalang
utama dalam mencapai impian tersebut.
Justeru itu diwujudkan peraturan dan undang-
undang bagi mengatasi dan menyelesaikan masalah
yang dihadapi.
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
(Negeri Melaka) 2002
adalah antara beberapa pendekatan yang berkesan
dalam menangani fenomena yang ada kerana
Enakmen Keluarga Islam 2002 mempunyai ciri
ciri pengawalan dari beberapa sudut sebagaimana
berikut :

Prosedur, Nikah, Cerai dan Rujuk.
Nafkah dan penjagaan anak.
Hak-Hak Suami dan Isteri semasa berkahwin dan
selepas berkahwin.
Penalti bagi setiap pelanggaraan Undang-Undang.
TUJUAN ALLAH MENCIPTAKAN
UNDANG-UNDANG ISLAM / SYARIAT
ISLAM
Menjaga agama.
Menjaga nyawa.
Menjaga akal.
Menjaga keturunan.
Menjaga harta.
UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
TERBAHAGI KEPADA DUA:
1. Undang-Undang Islam
Enakmen Pentadbiran Agama Islam
Enakmen Keluarga Islam
Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah
Enakmen Tatacara Jenayah
Enakmen Tatacara Mal
Enakmen Pengawalan Sekolah Agama
Enakmen Pengembangan Agama Bukan
Islam
Enakmen Kesalahan Syariah
UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
TERBAHAGI KEPADA DUA:
Undang-Undang Sivil / Conventional
Akta / Ordinan / Enakmen yang
digunakan di Mahkamah Sivil spt; Akta
Keganasan Rumahtangga, Akta Kanak-
Kanak, Kanun Acara Jenayah,
Perlembagaan Malaysia dll.
PERUNTUKAN DALAM ENAKMEN
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
MELAKA 2002
Nikah
Talak
Iddah
Nafkah
Hadhanah
Tanggungajawab suami-isteri.
Lain-lain hal.
HAK WANITA DALAM ENAKMEN
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
NEGERI MELAKA 2002
Hak di dalam dan semasa perkahwinan
Nafkah diri dan anak
Tempat Kediaman
Makanan
Pakaian
Perubatan
Memohon perceraian jika tidak sefahaman
Hak selepas pembubaran perkahwinan
Nafkah diri dan anak
Iddah 3 bulan
Cerai Hidup 3 kali suci @ 3 bulan
Cerai Mati 4 bulan 10 hari
HAK WANITA DALAM ENAKMEN
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
MELAKA 2002
Hak selepas pembubaran perkahwinan
Mutah / Saguhati
Hadhanah / Penjagaan anak
Harta Sepencarian
Tunggakkan hutang
HAK SUAMI ISTERI DALAM TEMPOH
PERKAHWINAN
PENDAFTARAN PERKAHWINAN
(Sek. 25)

Sek 25 - Perkahwinan selepas tarikh yang
ditetapkan tiap-tiap orang yang bermastautin
dalam Negeri Melaka dan perkahwinan tiap-tiap
orang yang tinggal di luar negeri tetapi
bermastautin dalam Negeri Melaka hendaklah
didaftarkan mengikut Enakmen ini.

HAK SUAMI ISTERI DALAM TEMPOH
PERKAHWINAN
HAK MENDAPATKAN NAFKAH
ZAHIR DAN BATIN
(Sek. 60)
Sek 60. (1) Tertakluk kepada Hukum Syarak
Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar
nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.
(2) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan
Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah
apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan
menurut kemahuan atau perintah sah suaminya.
HAK SUAMI ISTERI DALAM TEMPOH
PERKAHWINAN
TUNGGAKAN NAFKAH ANAK
(Sek. 78)

Sek 78 - Seksyen 71 hendaklah dipakai, dengan
pindaan yang sesuai dan mengikut Hukum Syarak,
bagi perintah-perintah mengenai pembayaran
nafkah untuk faedah seseorang anak.
HAK SUAMI ISTERI DALAM TEMPOH
PERKAHWINAN
HAK MEMBUAT PERINTAH
TEGAHAN / INJ UNKSI
(Sek. 107)
Sek 107(1) - Mahkamah adalah berkuasa dalam masa
perbicaraan hal ehwal suami isteri masih belum selesai atau
pada atau selepas pemberian sesuatu perintah perceraian,
fasakh, atau pembatalan, memerintahkan mana-mana orang
menahan dirinya dari mengganggui atau menceroboh; dengan
apa-apa cara pun ke atas suami atau isteri atau bekas suami
atau bekas isterinya.
HAK SUAMI ISTERI DALAM TEMPOH
PERKAHWINAN
HAK MENDAPAT KEADILAN (POLIGAMI)
(Sek. 23)
Sek 23 (1) - Tiada seorang pun lelaki semasa wujudnya
suatu perkahwinan boleh, kecuali dengan mendapat
kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada
Mahkamah, membuat akad nikah perkahwinan yang lain
dengan perempuan lain.
Tiada perkahwinan yang diakadnikahkan tanpa
kebenaran di bawah subseksyen (1) boleh didaftarkan di
bawah Enakmen ini melainkan jika Mahkamah berpuashati
bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut
Hukum Syarak dan Mahkamah telah memerintah supaya
perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen
124.(Penalti)
HAK SUAMI ISTERI DALAM TEMPOH
PERKAHWINAN
HAK HIDUP SEBAGAI SUAMI ISTERI
(Sek. 52 dan 121)
Sek 52 - Selepas sesuatu talaq raji, persekedudukan
semula berlaku dengan persetujuan bersama, pihak-pihak
itu hendaklah melaporkan hal persekedudukan semula itu
dan butir-butir lain yang berkaitan kepada Pendaftar bagi
kariah masjid di mana mereka bermastautin.
Mana-mana pihak kepada suatu perkahwinan yang
tidak melaporkan hal persekedudukan semula sebagaimana
dikehendaki adalah melakukan suatu kesalahan dan
hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ratus ringgit
atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya
denda dan penjara itu.
HAK SUAMI ISTERI DALAM TEMPOH
PERKAHWINAN
HAK HIDUP SEBAGAI SUAMI ISTERI
(Sek. 52 dan 121)
Sek.121 - Jika seseorang telah tidak lagi hidup bersama
dengan isterinya mengikut cara yang dikehendaki oleh
Hukum Syarak, isteri itu boleh memohon kepada
Mahkamah untuk mendapatkan perintah supaya orang itu
hidup bersama semula dengan isterinya.
HAK SUAMI ISTERI DALAM TEMPOH
PERKAHWINAN
HAK PERINTAH TAAT
(Sek.52 dan 130)
Sek 52 - Jika talaq raji telah berlaku tanpa diketahui
oleh isteri, suami tidak boleh menghendaki atau meminta
isteri supaya bersekedudukan semula dengannya tanpa
menzahirkan kepadanya hal perceraian itu.
Jika selepas talaq raji suami melafazkan rujuk dan
isteri telah bersetuju terhadap rujuk itu, isteri boleh, atas
permohonan suami, diperintah oleh Mahkamah supaya
hidup semula sebagai suami isteri, melainkan jika isteri itu
menunjukkan sebab-sebab yang baik, mengikut Hukum
Syarak sebaliknya.
HAK SUAMI ISTERI DALAM TEMPOH
PERKAHWINAN
HAK PERINTAH TAAT
(Sek.52 dan 130)
Sek 130. Seseorang perempuan yang bersengaja tidak
menurut sesuatu perintah yang diberi oleh suaminya yang
sah mengikut Hukum Syarak adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu
ratus ringgit atau, bagi kesalahan kali kedua atau kali
kemudiannya, denda tidak melebihi lima ratus ringgit.
HAK SUAMI ISTERI DALAM TEMPOH
PERKAHWINAN
HAK MENDAPATKAN HARTA PESAKA

Perlu dapat sijil pembahagian faraid drp Mahk.Tinggi
Syariah
HAK SUAMI ISTERI DALAM TEMPOH
PERKAHWINAN
HAK PERCERAIAN SECARA KHLU / TEBUS
TALAK
(Sek. 49)
Sek 49 (1) Jika suami tidak bersetuju menjatuhkan talaq
dengan kerelaannya sendiri, tetapi pihak-pihak itu bersetuju
bercerai dengan cara penebusan atau cerai tebus talaq,
Mahkamah hendaklah, selepas jumlah bayaran tebus talaq
dipersetujui oleh pihak-pihak itu, mengarahkan suami itu
melafazkan perceraian dengan cara penebusan, dan
perceraian itu adalah ba-in-sughra atau tak boleh dirujukkan.
HAK SUAMI ISTERI DALAM TEMPOH
PERKAHWINAN
HAK PERCERAIAN DENGAN LIAN
(Sek. 51)
Sek 51 - Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan telah
mengangkat sumpah dengan cara lian mengikut Hukum
Syarak di hadapan Hakim Syarie, apabila penghakiman,
maka Hakim Syarie itu hendaklah memerintahkan mereka
difarakkan dan dipisahkan dan hidup berasingan selama-
lamanya.
HAK SUAMI ISTERI DALAM TEMPOH
PERKAHWINAN
HAK PERCERAIAN DENGAN ANGGAPAN MATI
(Sek. 54)
Sek 54 - Jika suami mana-mana perempuan telah mati, atau
dipercayai telah mati, atau telah tidak didengar perkhabaran
mengenainya bagi suatu tempoh empat tahun atau lebih, dan
hal keadaan adalah sebegitu hingga dia patut, bagi maksud
membolehkan perempuan itu berkahwin semula, dianggap
mengikut Hukum Syarak sebagai telah mati, maka Mahkamah
boleh, di atas permohonan perempuan itu dan selepas apa-
apa siasatan yang wajar, mengeluarkan dalam bentuk yang
ditetapkan, suatu perakuan menganggap kematian suami itu
.
Antara perkara asas yang menjurus kepada
masalah kekeluargaan dan sering mengugat
kedamaian dan keceriaan berkeluarga di
antaranya:
TUNTUTAN TAKLIK di bawah Sek 50 dalam
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri
Melaka) 2002.

Setiap pasangan yang berkahwin di Malaysia khususnya
di Melaka akan terikat dengan lafaz Taklik dimana suami
akan membacakan Lafaz Taklik sebaik sahaja akad nikah
selesai dijalankan.

Hal ini akan berlaku apabila pihak suami gagal mematuhi
Lafaz Takliknya dan pihak isteri terkilan dan ingin
menuntut haknya, maka berlakulah tuntutan taklik di
mana pihak isteri hendaklah mengemukakan tuntutannya
ke Mahkamah Syariah.
HAK SUAMI ISTERI DALAM TEMPOH
PERKAHWINAN
HAK MEMBUBARKAN PERKAHWINAN / FASAKH
(Sek. 53)

Sek 53 - Seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-
mana yang berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak
adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan
perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada
alasan-alasan
TUNTUTAN FASAKH di bawah Sek 53 dalam
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
2003.

Fasakh hanya akan berlaku apabila Suami atau
Isteri gagal melaksanakan tanggungjawabnya
sebagai seorang suami atau isteri di antaranya:-

SEBAB-SEBAB FASAKH

1. Suami/Isteri menghilangkan diri lebih setahun
2. Suami tidak memberi nafkah
3. Tiada nafkah batin lebih setahun
4. Mati Pucuk/lemah tenaga batin.
5. Suami/Isteri gila dan lain-lain.
6. Setelah 4 bulan berkahwin isterinya masih belum
disetubuhi.
7. Apa-apa alasan yang diluluskan oleh Syarak.

Mana-mana pihak yang diabaikan atau merasa terkilan
dengan pihak yang satu lagi boleh mengemukakan
tuntutan Fasakh di Mahkamah Syariah
HAK SUAMI ISTERI SELEPAS
PERCERAIAN
HAK MAS KAHWIN / MAHAR
(Sek. 59)
Sek 59 - Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam
Enakmen ini boleh menyentuh apa-apa hak yang
mungkin ada pada seseorang isteri di bawah Hukum
Syarak terhadap mas kahwinnya dan pemberian
kepadanya atau apa-apa bahagian daripadanya
apabila perkahwinannya dibubarkan.

HAK SUAMI ISTERI SELEPAS
PERCERAIAN
HAK MEMBUAT LAPORAN TERHADAP
PENCERAIAN YANG TELAH BERLAKU
(Sek. 56 dan 57)
Sek 56 - Tiada apa-apa lafaz talaq atau perintah perceraian
atau pembatalan boleh didaftarkan melainkan Ketua Pendaftar
berpuas hati bahawa Mahkamah telah membuat perintah
muktamad berhubung dengannya.
Sek 57 - Seseorang yang telah menceraikan isterinya dengan
lafaz talaq di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran
Mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari dari pelafazan
talaq itu melaporkan kepada Mahkamah
HAK SUAMI ISTERI SELEPAS
PERCERAIAN
HAK MENGUBAH PERINTAH
(Sek. 68, 76, 87 dan 94 )
Sek 68 - Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa
ke semasa mengubah syarat-syarat sesuatu perjanjian tentang
nafkah yang dibuat antara suami dan isteri sama ada dibuat
sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan, jika Mahkamah
berpuas hati bahawa sesuatu perubahan matan telah berlaku
tentang hal keadaan, walau apa pun peruntukan yang
berlawanan dalam perjanjian itu.

HAK SUAMI ISTERI SELEPAS
PERCERAIAN
HAK RUJ UK (Sek. 52)
Sek 52 - Jika, selepas sesuatu talaq raji,
persekedudukan semula berlaku dengan persetujuan
bersama, pihak-pihak itu hendaklah melaporkan hal
persekedudukan semula itu dan butir-butir lain yang
berkaitan kepada Pendaftar bagi kariah masjid di mana
mereka bermastautin.
HAK SUAMI ISTERI SELEPAS
PERCERAIAN
HAK MEMBUAT PENGUATKUASAAN PERINTAH
(Sek. 148 Tatacara Mal)
Sek 148 - Tertakluk kepada Enakmen ini, suatu
penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang, selain
penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang ke dalam
Mahkamah, bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih
daripada satu cara yang
HAK SUAMI ISTERI SELEPAS
PERCERAIAN
HAK MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP
PENGHINAAN PERINTAH MAHKAMAH
(Sek. 229 Tatacara Mal)
Sek 229(1) Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk
memulakan prosiding terhadap mana-mana orang kerana
menghina mahkamah dan boleh, dalam prosiding
sedemikian, membuat suatu perintah pengkomitan selama
tempoh tidak melebihi enam bulan atau boleh
mengenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit.
TUNTUTAN MUTAAH (SAGUHATI) di bawah Sek 58
dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri
Melaka) 2002.
Mutaah ialah sejumlah harta di mana suami wajib
memberi kepada bekas isterinya yang pernah disetubuhi
jika perceraian itu bukan berpunca dari isteri dan bukan
kematian suami.
Tuntutan Mutaah (Saguhati) hanya akan berlaku apabila
Suami menceraikan isterinya, terutamanya apabila suami
menceraikan isteri tanpa sebab yang munasabah dan
pihak yang satu lagi terkilan, maka yang terkilan itu boleh
mengemukakan tuntutan di Mahkamah Syariah
Dalam Islam pemberian Mutaah ini bertujuan:
1. Seseorang isteri lazimnya bergantung hidup kepada
suami. Oleh itu apabila ada pemberian Mutaah ini,
maka bekas isteri bolehlah menggunakannya sebagai
modal untk berdikari dan memulakan hidup baru
selepas bercerai.
2. Menghilangkan rasa malu dan prasangka buruk
terhadap isteri. Pada kebiasaaannya terdapat
anggapan masyarakat bahawa seseorang wanita yang
diceraikan kerana ada sesuatu aib pada dirinya. Oleh
itu pemberian Mutaah itu bermakna perceraian itu
bukan berpunca dari bekas isteri.
3. Untuk menentukan perceraian itu dibuat secara baik
dan sebagai penghargaan suami terhadap isteri atas
sumbangan dan peranan yang diberikan oleh isteri.
TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN di bawah
Sek 122 dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam (Negeri Melaka) 2002.

Harta sepencarian, harta yang diperolehi semasa
perkahwinan samada usaha bersama atau usaha
tunggal atau bagi maksud seksyen ini juga ialah
mana aset-aset yang dipunyai oleh satu pihak
sebelum perkahwinan yang dimajukan sebahagian
besarnya semasa perkahwinan.
Jika pihak-pihak yang satu lagi terkilan atau tidak
puashati bolehlah mengemukakan tuntutan di
Mahkamah Syariah.

Tuntutan Harta Sepencarian

Tuntutan harta sepencarian adalah lebih berdasarkan
kepada undang-undang adat Melayu. Oleh kerana
prinsip harta sepencarian tidak berlawanan dengan
kehendak Syariah Islam maka peruntukan harta
sepencarian diterima sebagai sebahagaian daripda
Undang-Undang Islam di Malaysia
Menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
Melaka 2002, harta sepencarian ditakrifkan sebagai:

Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri
semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-
syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak

Menurut Al-Marhum Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim
ketika memberi keputusan Lembaga Rayuan Wilayah
Persekutuan bagi kes Mansur lwn Kamariah (1988, Jld.
VI, 2 J.J.) tentang harta sepencarian menyatakan:

Apabila timbul pertikaian mengenai kadar
pembahagian harta seperncarian, jika tidak terdapat
persetujuan, keputusan diserahkan kepada hakim
yang menggunakan budibicaranya. Ini bermakna
hakim akan membuat keputusan sendiri berdasarkan
budi bicaranya.
HAK SUAMI ISTERI DALAM TEMPOH
PERKAHWINAN
NAFKAH SEMENTARA
(Sek. 71)
Sek 71 - Jika Mahkamah berpuas hati bahawa terdapat
alasan-alasan untuk membayar nafkah, Mahkamah boleh
membuat suatu perintah terhadap suami bagi membayar
nafkah sementara yang akan berkuat kuasa dengan serta
merta dan terus berkuat kuasa sehingga perintah Mahkamah
dibuat atas permohonan untuk nafkah

TUNTUTAN NAFKAH dibawah Sek 60 dalam
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri
Melaka) 2002.

Nafkah adalah tanggungjawab suami atau bekas suami
terhadap isteri atau bekas isterinya semasa dalam
perkahwinan mahupun semasa di dalam edah.

Jika pengabaian tanggungjawab tersebut berlaku
bolehlah pihak yang satu lagi mengemukakan
tuntutannya di Mahkamah Syariah.
Seseorang isteri yang diceraikan oleh suami selepas
disetubuhi, wajib bereddah.

Hikmah bereddah ialah supaya dalam waktu eddah talak
rajie ini, suami dan isteri itu berfikir panjang dan merasa
bagaimana pahit getirnya perceraian.
Walau bagaimanapun, bagi seseorang isteri yang
diceraikan dalam talak rajie berhak mendapat nafkah
dengan syarat:

1. Isteri itu diceraikan secara talak rajie (talak yang boleh
dirujuk),
2. Isteri yang hamil yang ditalak dengan talak bain (tidak
boleh dirujuk) berhak juga mendapat nafkah sehingga
anak itu lahir.
3. Perempuan tidak hamil yang diceraikan secara talak bain,
tidak berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat
kediaman
4. Isteri yang dalam eddah kerana kematian suami tidak
berhak mendapat nafkah eddah meskipun ia dalam
kaeadaan hamil.

5. Isteri hendaklah taat dan patuh kepada suami iaitu
isteri tidak nusyuz
TUNTUTAN NAFKAH ANAK dibawah Sek.73 dalam
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka)
2002.

Seksyen di atas memberi hak kepada mana-mana orang
(Penjaga Anak) menuntut bagi pihak untuk mendapatkan
nafkah tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab ayah
memberi nafkah kepada anaknya.
Tanggungjawab tersebut akan berterusan walauapa pun
keadaannya. Jika ada sebab-sebab yang munasabah di
mana ayah gagal menunaikannya tanggungjawab tersebut
akan terpindah kepada mana-mana orang yang
bertanggungjawab mengikut hukum syarat.
Oleh yang demikian pihak yang terlibat boleh
mengemukakan tuntutan mereka bagi mendapatkan
nafkah tersebut di Mahkamah Syariah.
Dalam Islam hak mendapat kehidupan bagi si anak
merupakan hak anak yang tidak boleh diganggu dan
disekat.
Hak hidup itu juga bererti menjadi kewajiban orang
tua memelihara dan memberi bekal ilmu kepada anak
sehingga anak itu boleh berdikari.
Seseorang bapa wajib memberi nafkah untuk anak-
anaknya dengan syarat:

1. Bahawa anak itu belum boleh berdikari. Bagi anak
perempuan sehingga ia berkahwin atau sehinga ia
ada pekerjaan.
2. Bahawa anak itu miskin tidak mempunyai harta
sendiri untuk menafkahkannya.
3. Bapa itu mampu memberi nafkah
Apabila anak itu telah baligh dan boleh
berdikari maka bapa tidak wajib lagi memberi
nafkah untuk anak itu.
Begitu juga jika anak itu mempunyai harta
sendiri meskipun dia masih kecil maka bapa
tidak wajib memberi nafkah kepada anaknya.
Pendapat itu adalah sepakat Fuqaha.
TUNTUTAN TEMPAT TINGGAL dibawah Sek 72
dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam (Negeri Melaka) 2002.

Seksyen di atas memberikan hak kepada bekas isteri
mendapatkan tempat tinggal selama ianya dalam edah
atau selama mana anak di dalam jagaannya dan selagi
ianya belum berkahwin semula.
Jika bekas suami gagal menyediakan tempat tinggal
maka pihak yang satu lagi (bekas isteri) berhak
membuat tuntutan di Mahkamah Syariah.
TUNTUTAN PENJAGAAN ANAK dibawah Sek 82 dalam
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka)
2002.

Penjagaan Anak akan menjadi lebih kontravesi bila mana
berlaku konflik yang berlarutan sehingga berakhir dengan
penceraian.

Maka seksyen 82 dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam (Negeri Melaka) 2002 memberi hak Penjagaan anak
kepada mereka ialah mengikut keutamaan:

(1) Ibu (2) Nenek sebelah Ibu Keatas (3) Bapa (4) Nenek
sebelah Bapa keatas (5) Saudara perempuan seibu sebapa
(6) Saudara perempuan seibu (7) Saudara perempuan
sebapa (8) Anak Saudara Perempuan seibu sebapa (9)
Anak Saudara Perempuan Seibu.

(10) Anak Saudara Perempuan Sebapa.

Justeru itu mana-mana orang yang tidak
berpuashati dengan masalah penjagaan anak
boleh mengemukakan tuntutan di Mahkamah
Syariah.

Anak Luar Nikah

Kadangkala juga timbul masalah sepasang suami isteri
yang pada asalnya mereka bersekedudukan dan
melahirkan anak. Selepas itu mereka kahwin.

Apabila berlaku perceraian, anak itu menjadi bahan
rebutan. Persoalan yang timbul ialah siapakah yang
berhak menjaga anak yang tak sah taraf itu?

Ibu itu yang mengandung dan melahirkannya maka ia
berhak menjaga dan menafkahkannya. Anak di luar
nikah dianggap tidak mempunyai bapa. Oleh itu di luar
bidang kuasa lelaki itu untuk membuat tuntutan
HAK SUAMI ISTERI SELEPAS
PERCERAIAN
TUNGGAKAN NAFKAH
(Sek. 70)
Sek 70 - Tunggakan nafkah yang tak bercagar, boleh dituntut
sebagai suatu hutang daripada pihak yang mungkir itu dan,
jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum suatu
perintah penerimaan dibuat terhadap pihak yang mungkir itu,
tunggakan itu boleh dibuktikan dalam kebankrapannya dan,
jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum dia mati,
tunggakan itu hendaklah menjadi suatu hutang yang kena
dibayar dari harta pusakanya.
Tunggakan Hutang
Selain daripada itu, seseorang isteri
boleh membuat tuntutan hutang ke
atas bekas suaminya jika didapati bekas
suaminya tidak membayar mas kahwin,
tidak memberi saraan hidup ketika
dalam tempoh perkahwinan, tunggakan
nafkah anak dan sebagainya.
Prosedur Membuat Tuntutan Hutang

Untuk memudahkan mendapat hak-hak
tersebut adalah lebih baik menggunakan
peguam.
Bagi mereka yang tidak mampu
menggunakan khidmat peguam, bolehlah
membuat permohonan kepada Biro Bantuan
Guaman.
Semua permohonan itu dibuat kepada
Pendaftar Mahkamah Syariah.
KECUAIAN DENGAN SENGAJA MEMATUHI PERINTAH
Seksyen 133 dalam Enakmen Undang-
undang Keluarga Islam (Negeri Melaka)
2002
Pelaksanaan/ penguatkuasaan terhadap
perintah yang dibuat oleh mahkamah
mengenai sesuatu keputusan.
Jika terdapat pihak yang gagal
melaksanakan perintah mahkamah, aduan
boleh dibuat di Unit Penguatkuasaan
sebelum ke Mahkamah Syariah
KESIMPULAN

Sebenarnya cara yang paling baik untuk menyelesaikan
hak-hak itu ialah secara perundingan antara suami dan
isteri.
Penyelesaian secara rundingan ini menjimatkan masa,
tidak menyusahkan anak-anak dan dapat menjimatkan
wang. Jika tidak ada pilihan lain barulah dibawa ke
Mahkamah Syariah.
Apa yang penting ialah hak-hak itu hendaklah dituntut,
jika mempunyai alasan yang cukup. Terdapat kes-kes
di mana sebaik sahaja berlaku perceraian si isteri
menunjukkan sikap ego dan sombongnya terhadap
suami. Apabila perceraian berlaku begitu lama barulah
menyesal dan mulai bertungkus lumus untuk membuat
tuntutan.
Islam adalah agama yang adil dan memberi
hak pembelaan yang cukup kepada kaum
wanita. Oleh itu tidak timbul soal Islam
menindas kaum wanita. Apa yang ada ialah
wanita Islam itu sendiri bersikap lemah kerana
tidak menggunakan kesempatan yang luas itu
untuk kepentngannya.

You might also like