You are on page 1of 31

DENGAN NAMA ALLAH

YANG MAHA PENGASIH


LAGI MAHA PENYAYANG
KULIAH MAULIDURRASUL


TAJUK:
SAHSIAH RASUL SEBAGAI SAHSIAH CONTOH
REMAJA

HARI : RABU
TARIKH : 23 APRIL 2008
MASA : 2.30 PTG
TEMPAT : JKE, PMM

OLEH: UST. MOHAMAD FAIZAL BIN AHMAT
MAULUD @ MAULID ?
Di antara peristiwa yg menarik
ketika baginda dilahirkan
1) Nur terpancar daripada rumah Aminah, dari
lembah suci Mekah menyinari ke bumi Syam dan
Farsi
2) Bergegarnya Istana Kisra, gugurnya 14 serambi
istana yang menjadi pusat pemerintahan
empayar Parsi yang gah..
3) Kering air tasik Sawah yang terletak di
Hamazan dan Qum, manakala wadi Samawah
yang sebelumnya kering dan gersang, telah
dilimpahi air.
Sambungan
4) Terpadamnya api sembahan orang-orang
Majusi yg mana telah seribu tahun tidak
pernah padam.
(Hr Baihaqi) .
5) Pada malam kelahiran Rasulullah telah
terbit satu bintang merah yang terbit di
suatu sudut langit sebagaimana yang
termaktub dalam kitab Zabur, Taurat dan
Injil.

TAK KENAL MAKA TAK
CINTA
BIODATA RASULULLAH SAW
Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali
sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah
yang menyerang kota Ka'abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah al-Mukarramah.
Nama Bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman.
Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali
Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW
yang dilakukan oleh malaikat untuk
mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan
meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung
yang terletak di antara Mekah dan Madinah)

Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai
oleh datuknya 'Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN
Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu
Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada
usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke
Syam atas urusan perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani
bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua
rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan
seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir
pada masa itu.


USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab
'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia
Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai
peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan
anak-anak panah sahaja.
Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk
memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan
barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan
Khadijah.
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang
bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa
saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40
tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500
dirham.


USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah
dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12
Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-
Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal
tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ANAK-ANAK
RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'


ISTERI-ISTERI
RASULULLAH SAW.

Khadijah Binti Khuwailid
Saudah Binti Zam'ah
'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
Zainab Binti Jahsy
Maimunah Binti Harith
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu
Orang Miskin)

CINTAI
RASULULLAH
S.A.W
MENCONTOHI SIFAT
RASULULLAH
1-AMANAH
2-SIDDIQ
3-TABLIGH
4-FATHONAH
KEWAJIPAN MENCINTAI
RASULULLAH
- Allah berfirman: ,"Jika kamu mencintai
Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku,
dan Allah akan mencintai kamu" (Ali
Imran:31).
- Rasulullah (s.a.w) telah bersabda,"Tidak
sempurna iman kamu sehingga aku lebih
dicintainya daripada anak, ibu bapa dan
manusia seluruhnya."
( Riwayat Bukhari dan Muslim)
- Allah berfirman: Sesungguhnya Allah dan
para Malaikat sentiasa bersalawat keatas
Nabi Wahai orang-orang yang beriman
berselawatlah kamu keatasnya" (33:56).
- Kisah sahabat yang melindungi Rasullullah
dalam peperangan uhud.
- Saidina Abu Bakar yang dipukul sehingga
pengsan, bila sedar bertanyakan bagaimana
keadaan rasulullah?
- Kisah Saidina Ali yang tidur di katil
Rasulullah semasa peristiwa hijrah.

KENAPA MENCINTAI
RASULULLAH ?
- Rasulullah membawa petunjuk dan ajaran
Allah yang dapat menyelamatkan manusia di
dunia dan akhirat.
- Rasulullah menyampaikan ajaran dengan
penuh pengorbanan dan sanggup
menghadapi kesusahan demi
menyelamatkan umatnya.

BAGAIMANA
MENUNJUKKAN
KECINTAAN KITA?
- Memperingati kelahiran Baginda.
- Membanyakkan selawat ke atas Baginda.
- Mengikut sunnahnya. Allah berfirman: Apa sahaja yang
datang daripada Rasul hendaklah kamu ambil, dan apa sahaja
yang dilarang oleh Allah hendaklah kamu tinggalkan. (al-
Hasyr: 7).
Kisah: Seorang sahabat memakai cincin emas dihadapan
Rasulullah, lalu dicabut oleh Rasulullah dan lemparkan keluar
serta menyatakan apa yang kamu pakai ini adalah sebahagian
pakaian neraka. Apabila Rasulullah beredar, sahabat lain
berkata: Ambillah semula cincin itu, apa salahnya kamu
berikan kepada isteri dan anak perempuan kamu? Lalu
sahabat itu menjawab: Demi Allah aku tidak akan mengambil
lagi kerana ianya telah dibuang oleh Rasulullah.
- Menziarahi makam Baginda.
Zaman Remaja Rasululah
- Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci
sifat-sifat angkuh dan bongkak.
- Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan
anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan
berusaha menolong mereka.
- Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi
amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti
berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan
lain-lain.
- Beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin
(yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang
tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung
halamannya di Mekah.
REMAJA KINI?


RASULULLAH S.A.W
IDOLA SEPANJANG
ZAMAN
SAHSIAH
RASULULLAH
1) PEMURAH
2) BENAR
3) KEJAHATAN DIBALAS DENGAN
KEBAIKAN.
4) ORANG PERTAMA MEMBERI SALAM
5) MENGHORMATI ibu bapa/orang
TUA/GURU.


JANGAN DERHAKA PADA IBU BAPA
SAMBUNGAN
6) amanah.

7) MENJAGA TUTUR
KATA/KETAWA.


JANGAN BANYAK KETAWA
SAMBUNGAN

8) BERPAKAIAN SOPAN.
9) Melakukan ibadah sebagaimana
ibadah rasulullah.
10) Membaca al-quran.


YANG MANA SATU
PILIHAN KITA?

TAMAT
ALHAMDULILLAH

SEMOGA DIBERI
KEFAHAMAN.

AMIN
WASSALAM
MUKJIZAT-MUKJIZAT
RASULULLAH
1- BULAN TERBELAH.
2- POHON KURMA BERBUAH
SEKETIKA.
3- AIR MEMANCAR DARI CELAH
JARI RASULULLAH S.A.W.
4-SAKIT MATA SAIDINA ALI
DENGAN DITIUP OLEH
RASULULLAH.
5- MIMBAR MENANGIS.
6) DOA UNTUK ANAS BIN
MALIK
7) ROTI SEDIKIT CUKUP
UNTUK ORANG BANYAK.
8) AL-QURAN.

You might also like