You are on page 1of 10

PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 1

MTE 3133


PENGGUNAAN PEMBELAJARAN KOPERATIF
MODEL TEAM ASSISTED INDIVIDUALIZATION
(TAI) DALAM MENINGKATKAN MINAT DAN
PENCAPAIAN MATEMATIK MURID TAHUN EMPAT







NAMA PELAJAR :
MAJDAH SALWIYAH BINTI MOHAMAD

KAD PENGENALAN:
750915025146

KUMPULAN AKADEMIK:
PPG AMBILAN JUN 2011 / MTE- D

PENSYARAH PENYELIA :
PUAN LAVANEESVARI A/P MANOGARAN
1.0 PENDAHULUAN

Matematik merupakan mata pelajaran yang sering dianggap sukar oleh murid-
murid menyebabkan ramai di antara mereka yang kurang minat untuk
mempelajarinya. Ianya dilihat berpunca daripada strategi pengajaran yang
diamalkan di sekolah di mana, secara keseluruhannya, guru menguasai
seluruh proses pengajaran dan pembelajaran manakala murid pula hanya
berperanan sebagai penerima maklumat yang disampaikan secara terus
menerus tanpa melibatkan proses pengembangan minda mereka. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai perlu dipraktikkan bagi
meningkatkan minat dan pencapaian murid terhadap Matematik secara
langsung. Sebagai guru Matematik, kita bertanggungjawab untuk membantu
setiap murid memahami apa yang diajar dan juga berusaha meningkatkan
minat serta kecenderungan mereka ke arah pelajaran.
Pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru digantikan
kepada amalan pembelajaran berpusatkan murid dilihat sebagai satu
pendekatan yang sesuai bagi membantu meningkatkan prestasi pencapaian
dan keyakinan diri murid dalam pembelajaran Matematik. Pembelajaran ini
mempunyai kelebihan kerana mereka berpeluang berinteraksi antara satu sama
lain, boleh belajar melalui pengalaman sendiri belajar secara berkumpulan,
berkongsi maklumat dan saling membantu antara satu sama lain.

Kaedah kumpulan merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran
dan pembelajaran yang berpusatkan murid, khususnya dalam pembelajaran
Matematik. Pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah kumpulan boleh
dilakukan dengan pelbagai strategi. Satu daripadanya adalah melalui amalan
Pembelajaran Koperatif (PK).
2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian murid yang
didedahkan kepada pembelajaran koperatif Model TAI. Ianya juga mengkaji
sejauh mana keberkesanan kaedah ini dapat membantu meningkatkan prestasi
pencapaian dan minat murid dalam mata pelajaran Matematik.
1. Adakah sesuai kaedah pembelajaran koperatif Model TAI digunakan untuk
mata pelajaran Matematik ?
2. Sejauh manakah kaedah pembelajaran koperatif dapat meningkatkan
minat, keyakinan diri, interaksi dan kerjasama murid di dalam kelas ?
3. Adakah perubahan sikap dan minat murid dalam aktiviti lisan dan bertulis
selepas pembelajaran dengan menggunakan kaedah pembelajaran
koperatif Model Team Assisted Individualization (TAI) dilaksanakan dapat
dilihat?

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum :

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian murid
yang didedahkan kepada pembelajaran koperatif Model TAI. Ianya
juga mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah ini dapat
membantu meningkatkan prestasi pencapaian dan minat murid
dalam mata pelajaran Matematik.
OBJEKTIF KHUSUS :

1. Mengenal pasti sejauh manakah kaedah pengajaran berasaskan
kaedah pembelajaran koperatif Model Team Assisted
Individualization (TAI) dapat meningkatkan penguasaan murid
terhadap kemahiran asas Matematik.
2. Menilai sama ada terdapat perubahan minat, sikap dan interaksi
murid dalam aktiviti lisan dan bertulis setelah menggunakan Model
TAI.
3. Mengenal pasti sejauh mana penerimaan murid-murid terhadap
penggunaan kaedah pembelajaran yang menggunakan Model TAI
yang diamalkan di kelas mereka.
4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran saya dalam kajian ini adalah
murid-murid Tahun Empat. Kajian ini telah melibatkan 50
orang murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Sungai
Rambai mewakili 2 kelas, iaitu kelas rawatan dan kelas
kawalan.
5.0 TINJAUAN LITERATUR

Blimer (1969) dan Bauersfeld (1988), peluang bagi kanak kanak
membina pengetahuan Matematik wujud apabila mereka berinteraksi
dengan guru dan rakan sebayanya.
Cobb, Wood dan Yackel (1990), mengatakan dalam komunikasi
berciri Matematik, makna-makna dirundingcarakan.
Benner dan Cass (1988), murid yang mengikuti pengajaran dan
pembelajaran melalui kaedah pembelajaran koperatif mempunyai
semangat untuk belajar yang tinggi serta berasa seronok semasa
pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah atau
di luar bilik darjah.


Secara keseluruhannya, latar belakang kajian yang bertujuan untuk
mengkaji satu perbandingan tentang kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan serta penggunaan strategi pengajaran
dan pembelajaran untuk dipraktikkan di dalam kelas. Ia akan dapat
meningkatkan prestasi murid khasnya dalam mata pelajaran
Matematik.
Kaedah pembelajaran koperatif Model TAI dipilih untuk
dibandingkan dengan pengajaran secara tradisional yang telah lama
diamalkan. Adalah diharapkan pemilihan kaedah ini dapat menarik
minat dan memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada
semua murid.
KESIMPULAN

SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like