You are on page 1of 45

Mohd Shafiq

Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan


masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama
penganutnya.
Perkataan budaya berasal daripada cantuman
perkataan Sanskrit dan Melayu yang membawa
pergertian: Kecergasan Fikiran dan Akal.
Budaya memberi maksud seseorang individu itu
menggunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan
pengaruh semula jadi bagi membantu menjana
pemikiran mereka.
Budaya merupakan kebolehan seseorang individu
menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran ke
arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi
menangani sesuatu permasalahan.
Penyelesaian yang boleh diterima oleh semua anggota
masyarakat akan menjadi amalan bersama.
Amalan yang diterima ini seterusnya dijadikan Budaya
dalam kehidupan mereka.
Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke
masyarakat yang lain.
Namun begitu, terdapat juga beberapa persamaan
yang wujud dalam masyarakat dari segi bahasa, objek
kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai
kesenian dan lain-lain. Persamaan ini dikenali sebagai
Pola Kebudayaan Sejagat.

Tujuan utamanya adalah untuk membina imej negara
ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti.
Budaya juga merupakan sesuatu yang diwarisi dari
satu generasi ke generasi yang lain.
Namun begitu, Budaya sering berubah mengikut
peredaran masa yang dapat diterima secara kolektif
oleh masyarakat.
Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim, Budaya adalah
tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang
menggerakkan jiwa.
Hasrat serta nilai yang diingini itu pula seharusnya
tidak bercanggah dengan kehendak masyarakat secara
umumnya dan diterima serta dipersetujui untuk
diamalkan bersama. Nilai tersebut akan membentuk
Norma dalam masyarakat.
Menurut Kamus Dewan (2005), Budaya ditakrifkan
sebagai kemajuan fikiran, akal budi, cara berfikir,
kelakuan, dll.
Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup
yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi
sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik,
agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Budaya yang terdapat dalam sesuatu kelompok
mempunyai ciri-ciri berikut:
i. boleh dipelajari
ii. boleh dikongsi
iii. bersifat sejagat
iv. boleh diwarisi
v. sentiasa berubah
vi. mempunyai unsur simbolik
vii. mempunyai pandangan semesta
Demografi Kelompok merupakan analisa statistik
terhadap jumlah dan komposisi penduduk di sesuatu
kawasan.
Kajian Saintifik dan Statistik meliputi soal Fertiliti
(kelahiran), Mortaliti (Kematian), Perkahwinan serta
Imigrasi dan bagaimana komponen ini berubah
mengikut masa serta mempengaruhi saiz dan taburan
penduduk manusia.

Demografi Kelompok di Malaysia pula terdiri daripada
pelbagai bangsa dan agama.
Golongan Bumiputera Malaysia terdiri daripada
pelbagai kaum seperti Melayu, suku kaum etnik di
Sabah serta suku kaum etnik di Sarawak.
Masyarakat di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada
pelbagai bangsa dan kelompok iaitu Melayu (54%),
Cina (25%), India (7%), Suku kaum etnik di Sabah dan
Sarawak ialah sebanyak (14%).
Penduduk utama Malaysia adalah akibat pembentukan
Masyarakat Majmuk.
Masyarakat Majmuk terdiri daripada etnik Melayu, Cina,
India, Orang Asli dan Suku Kaum di Sabah dan Sarawak.
Penduduk Asal atau Melayu yang mendiami alam Melayu
ini telah membina asas peradaban yang mantap sebelum
bertembung dan melalui Proses Difusi Budaya.(Menerima
Budaya orang lain ke dalam Budaya sendiri).
Peradaban Islam serta Peradaban India amat
mempengaruhi pembangunan peradaban Melayu di Asia
Tenggara.
Di Sabah, terdapat kira-kira 23 suku kaum etnik
manakala di Sarawak terdapat kira-kira 17 suku kaum
etnik yang menetap di sini.
Terdapat kira-kira 46 Suku Kaum etnik yang terdapat
di Malaysia.
Pada tahun 2006, terdapat jumlah orang Asli seramai
141, 230 orang. Ekonomi orang Asli masih lagi
berasaskan pertanian dan sara diri.

Perpaduan Negara/Nasional

Satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan
etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai
satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen
yang penuh kepada identiti kebangsaaan
berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan
Rukun Negara.
(Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara,
Februari 1992)

Malaysia meletakkan Perpaduan Nasional sebagai
matlamat.
Matlamat proses penyatuan ini ialah terbentuknya
satu Bangsa Malaysia yang terdiri daripada satu
masyarakat berbilang etnik yang bersatu padu,
sejahtera dan mempunyai identiti nasional tersendiri.
Proses perpaduan negara dalam kalangan negara yang
berbilang etnik diwakili oleh parti politik etnik
masing-masing.
Mereka mengamalkan budaya, agama, bahasa dan
orientasi pemikiran masing-masing.
Perbezaan inilah dikatakan sebagai penghalang
kepada masalah dalam proses penyatuan, perpaduan
dan pembinaan bangsa Malaysia.
Teori Hubungan Kaum merupakan teori yang terdapat
dalam menyatupadukan masyarakat Malaysia dan
membentuk hubungan atau kepelbagaian kaum.
Masyarakat Majmuk hidup berdekatan, saling
bekerjasama tetapi tidak bersatu padu. Mereka hidup
secara harmoni dan menghormati antara satu sama
lain. (Furnival, 1949).
Proses ini berlaku apabila etnik-etnik menyedari
tentang kepentingan norma dan nilai mereka antara
satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan
Budaya hidup masing-masing.

Pelbagai usaha Sosial dan Kebudayaan turut diadakan
oleh kerajaan bagi mencapai matlamat pembentukan
Budaya ini.
Pelbagai usaha sosial dan Kebudayaan turut diadakan
oleh kerajaan bagi mencapai matlamat pembentukan
Budaya ini.
Antaranya memperkenalkan Konsep Kebudayaan
Nasional.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi
dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan telah diakui dan
diterima oleh semua lapisan masyarakat.
. Antara usaha yang telah dijalankan ke arah memupuk
Perpaduan Nasional yang telah dijalankan oleh
kerajaan adalah:
i. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara
ii. Rukun Negara
iii. Dasar Ekonomi Baru
iv. Dasar Pendidikan Kebangsaan
v. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
vi. Gabungan Parti-Parti Politik.
vii. Integrasi antara Wilayah.
viii. Integrasi Semenanjung Malaysia dengan
Sabah/Sarawak.
Usaha kerajaan sahaja tidak memadai tetapi mesti
digenapkan dengan usaha yang berbentuk menerusi
kerjasama dan sumbangan daripada sektor swasta,
sektor komuniti dan semua parti politik.
Hubungan antara Kumpulan Kelas Sosial yang berbeza
seperti Kelas Atasan, Kelas Menengah serta Kelas
Bawahan perlu ditingkatkan.
Hubungan Etnik merupakan satu ciri penting yang
mencorakkan Sistem Sosial di Malaysia.
Walaupun tahap Perpaduan Nasional di negara kita
sukar diukur, Malaysia berjaya mewujudkan hubungan
etnik yang harmonis.
Abdul Rahman Embong (2001), menjelaskan bahawa
bangsa yang terdiri daripada semua kaum di Malaysia
yang terbentuk dalam sejarah dan mempunyai
perasaan sebangsa dengan nama Kolektif (Bangsa
Malaysia) yang sama serta berkongsi wilayah,
ekonomi, Budaya dan nasib masa depan dengan rupa
bangsa yang serupa.
-Pembinaan Negara Bangsa (Nation Building)
melibatkan satu proses yang panjang dan merupakan
satu keperluan bagi Malaysia.
-Pembinaan Negara Bangsa (Nation Building)
memerlukan penyertaan menyeluruh setiap anggota
masyarakat dan penglibatan sepenuhnya jentera
kerajaan.
-Satu Nilai dikongsi bersama perlu diwujudkan dan
dihargai oleh seluruh warganegara Malaysia.

Malaysia merupakan sebuah negara yang penduduknya terdiri
daripada tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina, India dan kaum-
kaum peribumi yang lain.
Meskipun masyarakat kita berbilang bangsa dan mempunyai
latar belakang yang berbeza, namun masyarakat Malaysia boleh
hidup bersatu padu dengan aman dan damai.
Kepelbagaian budaya Malaysia yang merupakan aset penting
kepada negara kita dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat
pelancongan terkenal di seluruh dunia. Kepelbagaian budaya ini
wujudnya daripada penghijrahan golongan Cina dan India ke
Tanah Melayu semasa penjajahan British di Tanah Melayu.
Secara umumnya, orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu untuk
bekerja sebagai pelombong di lombong bijih timah. Manakala
golongan India berhijrah ke Tanah Melayu untuk tujuan bekerja
sebagai peladang di ladang-ladang getah.
Sebahagian kecil lagi penduduk di Malaysia terdiri daripada
penduduk peribumi yang berasal dari Sabah, Sarawak dan
kawasan pedalaman di Semenanjung Malaysia. Bahasa Melayu
merupakan bahasa rasmi negara tetapi Bahasa Inggeris turut
digunakan secara meluas.
Pakaian Tradisional
Kaum Melayu merangkumi sebahagian besar daripada
penduduk di Malaysia, iaitu sebanyak 54% daripada
penduduk Malaysia.
Baju Melayu bersama songkok merupakan pakaian
tradisional bagi kaum lelaki Melayu. Baju ini biasanya
dipakai bersama-sama samping dan songkok. Baju ini
dipakai oleh umat Islam semasa waktu perayaan seperti
Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya.
Malah, baju Melayu juga dipakai semasa majlis pelantikan
ahli-ahli majlis EXCO, Ahli Dewan Undangan Negeri, atau
ahli-ahli Parlimen Rakyat tidak kira kaum mahupun
jantina.


Bagi kaum wanita pula, baju kurung dan baju kebaya
merupakan antara pakaian tradisional. Pakaian-
pakaian ini biasanya bermotifkan flora dan geometri.
Perkahwinan

Dari segi adat perkahwinan pula, kaum Melayu memulakan
proses perkahwinan dengan merisik. Ibu bapa seseorang lelaki
akan memutuskan sama ada anak mereka cukup umur untuk
berkahwin. Mereka akan menjalankan tugas mencari pasangan
hidup bagi anak lelaki mereka. Namun, dalam era moden ini,
kebanyakan ibu bapa membiarkan pilihan isteri kepada anak
mereka. Antara sifat-sifat yang dikagumi oleh bakal mentua
pada masa dahulu ialah kemahiran berumah tangga, seperti
memasak dan menjahit.

Selepas itu, adat meminang pula dijalankan yang dijadikan
tanda persetujuan antara kedua-dua buah pihak. Dalam masa
ini, perundingan mengenai mas kahwin, tarikh perkahwinan
dan sebagainya dibincangkan antara kedua-dua pihak. Semasa
adat peminangan, pihak lelaki akan memberikan sebentuk
cincin kepada pihak perempuan diiringi dengan hadiah-hadiah
lain seperti pakaian, kasut, sarong, dan sebagainya.

Adat ini kemudiannya diikuti dengan istiadat menghantar
belanja dan mas kahwin. Selain mas kahwin, cincin
permata, buah-buahan, kuih-muih, sirih dan kain turut
dihantar dari rumah lelaki ke rumah perempuan. Upacara
akad nikah pun diadakan oleh imam untuk menikahkan
pengantin lelaki dengan pengantin perempuan. Upacara
berandam oleh mak andam serta berinai mendahului adat
ini.

Akhir sekali, upacara bersanding akan dijalankan di rumah
pengantin perempuan. Pengantin lelaki akan diarak dari
rumahnya ke rumah pengantin perempuan diiringi
keluarganya dan bunga manggar. Ramai tetamu yang
dijemput dan kedua-dua pengantin akan bersanding di
pelamin. Air mawar akan dipercikkan pada mereka.
Kebiasaannya, pertunjukan silat diadakan sebagai hiburan
kepada para tetamu. Sebelum majlis bersurai, tetamu
diberi bunga telur sebagai tanda penghargaan.

Perayaan

Semua masyarakat Melayu beragama Islam seperti yang termaktub
dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, penganut
Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan setiap tahun hijrah dalam
bulan Ramadhan.
Berpuasa merupakan suatu kewajipan kepada orang Islam untuk
menahan diri daripada menipu, berkata buruk atau sia-sia, dan
daripada bertengkar atau bergaduh dengan orang lain. Ibadat puasa
juga diamalkan bagi mengelakkan manusia daripada terpengaruh oleh
hawa nafsu.
Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-
maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan
umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
Pada hari Syawal pertama, anak-anak akan memohon maaf daripada
ibu bapa mereka. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa
kepada kanak-kanak dalam sampul duit yang selalunya berwarna hijau
atau kuning Mereka akan bersembahyang di masjid sebelum melawat
kubur arwah saudara mereka.

Salah satu lagi upacara yang diraikan oleh masyarakat Melayu
ialah Hari Raya Korban atau dikenali sebagai Aidiladha.
Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan
tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan
hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi
Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran
anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t..
Pada hari ini, umat Islam akan menyembelih lembu atau
kambing bagi memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk
menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Masyarakat Melayu bukan sahaja meraikan Hari Raya Aidilfitri
dan Aidiladha, malah menyambut perayaan Islam yang lain
seperti Maulidur Rasul, Awal Muharam, dan sebagainya. Hari-
hari ini merupakan cuti peristiwa di Malaysia.

Pakaian Tradisional
Samfoo merupakan pakaian tradisional bagi kaum
lelaki Cina manakala cheongsam merupakan pakaian
tradisional bagi kaum perempuan. Biasanya, pakaian
ini berwarna merah yang melambangkan tuah. Oleh
sebab itu, masyarakat Cina amat suka pada warna
merah.



Perkahwinan
Sebelum zaman moden, perempuan tidak dibenarkan
memilih pasangan untuk berkahwin. Sebaliknya,
keluarga pengantin perempuan memilih bakal
suaminya. Perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan
untuk pembiakan dan nama baik keluarga, serta
keperluan bapa dan suaminya.

Perayaan

Lazimnya, masyarakat Cina menyambut Tahun Baru Cina
selama 15 hari. Pada malam Tahun Baru Cina, ahli-ahli
keluarga akan berkumpul di meja makan untuk menjamu
selera.
Upacara ini dilakukan untuk mengeratkan hubungan
silaturahim antara ahli-ahli keluarga yang mungkin sudah
lama tidak bertemu. Pada hari pertama Tahun Baru Cina,
orang tua yang sudah berkahwin akan memberikan angpau
kepada kanak-kanak.
Buah limau juga diberi semasa melawat saudara-mara
sebagai tanda mudah mendapat rezeki. Orang Cina tidak
dibenarkan memakai baju berwarna gelap seperti hitam.
Masyarakat Cina juga tidak boleh mengeluarkan kata-kata
kesat kerana percaya akan ditimpa nasib buruk sepanjang
tahun.
Selain itu, masyarakat Cina tidak boleh menyapu
lantai pada hari pertama kerana mempercayai bahawa
tuah akan disapu keluar dari rumah. Pada hari ke-15,
iaitu Cap Goh Mei, masyarakat Cina akan menjamu
bersama-sama sekali lagi dengan ahli-ahli keluarga.
Pada hari ini juga, perempuan muda yang tidak
berkekasih akan membaling buah limau mandarin ke
dalam sungai supaya mendapat jodoh yang sesuai
kelak.

Selain itu, masyarakat Cina juga menyambut pesta
tanglung setiap tahun.

Kaum India
Pakaian Tradisional
Pakaian tradisional kaum India pula lazimnya dhoti
dan sari. Dhoti merupakan pakaian putih yang dipakai
oleh kaum lelaki. Kaum wanita pula memakai sari,
iaitu sehelai kain panjang yang dililit mengelilingi
badannya.

Perkahwinan

Kad jemputan memainkan peranan yang sangat penting dalam
perkahwinan masyarakat India. Sekiranya terdapat kesalahan
pada kad jemputan, maka perkahwinan tidak akan berjalan
dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan
serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.
Seterusnya, penyediaan thaali dilakukan sebagai lambang suci
perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua
pengantin. Selepas itu, upacara bersembahyang dilakukan.
Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan
termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin.
Lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan, upacara
Mukuurtta Kaal dilakukan. Sebatang pokok yang masih muda
dan lurus ditebang untuk dijadikan mukuurtta kaal. Adat
mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan
perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut.

Semasa perkahwinan berlangsung, pelbagai upacara yang
akan dijalankan. Upacara penyatuan atau ikatan suci
melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar
kekal hingga ke akhir hayat akan dilakukan oleh Pedanda.
Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara
niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti
pakaian dan lain-lain. Selepas itu, pengantin lelaki akan
mengalungkan thaali.
Antara adat-adat lain yang turut dijalankan semasa upacara
perkahwinan termasuklah menghormati dan mendapat
restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang
dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke
dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa
(membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa
mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang.
Selepas upacara perkahwinan, pengantin perempuan
dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai
menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai
pasangan suami isteri.
Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke
rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada
masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-
dua pengantin dengan mengadakan jamuan.
Perayaan
Masyarakat India lazimnya meraikan perayaan
Deepavali dan merupakan hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan
"Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang
beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada
hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara
bulan Oktober dan November) dan juga dikenali
sebagai pesta cahaya.

Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan
selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan
dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja
Naragasuri meminta semua manusia agar mereka
merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan
kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu
dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar
berbuat baik dan menjauhi daripada membuat
kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat
dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi
melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi
kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

You might also like