You are on page 1of 26

Perpaduan Melalui Pendidikan

-Usaha KPM Terkini-


DISEDIAKAN OLEH :
RBT 2 (SJKC) & PP (SJKC)
AMBILAN JANUARI 2013
Menurut Mohd Sohaimi Isa (2011)
Sebagai satu proses yang menyatupadukan
seluruh masyarakat dan negara supaya setiap
anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta perasaan
cinta dan banggakan tanah air


Sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang
diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan
etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat
bersama secara jujur dan ikhlas.
SISTEM PENDIDIKAN YANG BERBEZA
PUNCA MASALAH PERPADUAN
Pada abad ke-19, pihak British memberi
keutamaan kepada pelajaran Melayu dan
Inggeris. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan
berkembang secara sendirian.
SEKOLAH CINA
Guna bahasa Cina sebagai bahasa
pengantar
Buku teks dari negara China
Guru dari negara China
SEKOLAH TAMIL
Guna bahasa Tamil
Sekolah terletak di kawasan ladang.
MAKA SEKOLAH TAMIL MEMPUNYAI PENDIDIKAN YANG JAUH
BERBEZA DENGAN SEKOLAH KEBANGSAAN
Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai
sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah
kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan
sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan
pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan
kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat.
Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan
penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di
samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik berpelajaran Inggeris
dan berpelajaran vernakular yang tidak mempunyai pandangan
dunia (world view) yang sama.
Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan
dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar
pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari
ini.
Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran
kepada segolongan rakyat untuk membolehkan
sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan
ekonomi.
Bagaimana pendidikan boleh membentuk perpaduan ?
Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang
dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat
Malaysia yang bersatu padu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai
keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun
dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai
rakyat Malaysia.
Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah
negara ialah MENERUSI PENDIDIKAN. Dalam konteks Malaysia, hakikat
bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan
yang tunggal telah lama disedari :

Sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah suatu
usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi
jawapan atau penyelesaian kepada masalah perpaduan ini
dengan kaedah-kaedah yang praktikal, wajar dan dapat
diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini.

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya
Sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar
Cina, Tamil dan Inggeris.
CADANGKAN PENUBUHAN SEKOLAH
SEKOLAH UMUM
BAHASA PENGANTAR BERBEZA
SUKATAN PELAJARAN & SISTEM
PERSEKOLAHAN ADALAH SAMA
SEKOLAH
RENDAH
SEKOLAH
MENENGAH
BAHASA PENGANTAR SAMA TIDAK KIRA
PELAJAR DARI SJKC/ SJKT/ SEKOLAH
INGGERIS
Perpaduan di peringkat sekolah dapat dicapai melalui
mengadakan kurikulum yang seragam untuk semua sekolah.
Menurut Mok Soon Sang, kurikulum merangkumi pengalaman
kehidupan nyata dan tidak nyata yang diplih, diorganisasi dan
disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan
secara teliti dan profesional, demi menjadikan pelbagai jenis
aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyata seperti yang
dijalankan dalam dan luar bilik darjah, dalam dan luar sekolah,
untuk semua peringkat persekolahan.

Memastikan mutu
pendidikan
dipertingkatkan
dan dengan
mengagihkan
peruntukan secara
adil.
TUJUAN
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT),
Televisyen Pendidikan, Sekolah
Berasrama Penuh (SBP), asrama
desa dan asrama harian,
biasiswa, Rancangan Makanan
Tambahan (RMT)
CONTOH RANCANGAN:
Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang
kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa
kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan
dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain
dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini
mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di
negara ini.
Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan
oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas
sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan
negara.
Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah
matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan
dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat
menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum,
agama dan adat resam.

Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di
sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan
satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya
sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran
para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah
sekolah.
Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar
berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang
sama.
Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang
berasaskan gerak kerja yang terancang.
Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan
pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga
turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah keseluruhannya.
Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk
menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah.

Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di
peringkat sekolah.
Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman,
semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar
sekolah.
Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman,
semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar
sekolah.
Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti
permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan
bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu
kumpulan yang majmuk.
Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar
untuk sesuatu aktiviti demi kebaikan pelajar.
Program ini berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak
mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain menuju
perpaduan.
Program anak angkat dijalankan oleh pihak sekolah contohnya ke
Sabah, Sarawak atau Brunei agar seseorang pelajar dapat mengenali
ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat.
Dengan ini, wujudlah persefahaman dan perpaduan di antara pelajar
dan penduduk sesuatu tempat.
Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-
badan beruniform seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah
dan sebagainya.
Tujuan utama aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk
memupuk perpaduan dan membentuk integrasi di kalangan peserta-
peserta perkhemahan.
Semangat kekitaan akan mula berbunga apabila menjalankan aktiviti-
aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi segala
cabaran semasa aktiviti.
Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta
perkhemahan yang datang dari sekolah yang berbeza, latar belakang
yang berbeza dan kebudayaan berbeza.

Program Rancangan Integrasi
Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
Program ini dilaksanakan sejak tahun 1986.
Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah
rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan
menengah pada tahun 2005.
Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan sambil belajar, kursus
motivasi, kem perpaduan , sambutan hari perayaan , pameran
kebudyaan dan persembahan pentas.


Perpaduan perlu dijadikan dalam kehidupan manusia. Tanpa
perpaduan, negara mudah dijajah oleh pihak luar. Peminpin dan
masyarakat memegang amanah memelihara kestabilan dan
keharmonian dengan cara menghormati agama dan meraikan
kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia.
Sekian Terima Kasih

You might also like