You are on page 1of 10

Disediakan oleh;

Listra Suwie

penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap


tentang dirinya secara positif atau negatif
Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan seterusnya
mengenal diri sendiri.
Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian
daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam
sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya
meliputi keyakinan dan harga dirinya.

Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu


gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya,
persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan
persekitarannya. Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai cara
memahami konsep kendiri.
Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu
organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik
lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut
seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran

Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif


Menghargai
Memuji orang lain
Puas hati dengan pencapaian
Murah hati
Mudah berkawan
Puas hati dengan dirinya
Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya
Peramah

Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif


Cenderung untuk merasa salah
Takut kepada kegagalan
Sering merasa bimbang
Cepat berkecil hati walaupun melibatkah masalah kecil
Pencapaian akademik yang rendah
Tidak gemar kerja mencabar
Kurang keyakinan pada diri sendiri
Kurang berminat untuk mendapatkan maklum balas
Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personaliti

membolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat refleksi


terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu
kemahiran atau disiplin ilmu;
memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus memulakan
perancangan bagi pembelajaran seterusnya;
memberi keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam menilai
perkembangan diri dan pencapaiannya;
mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan dan
kekurangan/kekuatan dan kelemahannya dalam sesuatu
bidang/kemahiran, dan
membolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya.

Memikirkan dan menilai prestasi dan pencapaian mereka


Mengenal pasti dan mendekati bahagian bermasalah tanpa
memberikan risiko pada harga diri mereka.
Menerima tanggungjawab untuk pembelajaran merekas sendiri sekali
gus menerima sokongan untuk mencapai matlamat tinggi
Melihat pentaksiran dari sudut positif- pelajar menguasai kemajuan
mereka sendiri dan bukannya guru membuat penilaian terhadap
mereka.

1. Bagi memastikan penilaian kendiri dilaksanakan dengan berkesan


dan menepati matlamatnya guru hendaklah
- meyakinkan pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri
dalam proses pembelajaran
- mengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar
membuat penilaian kendiri.
- melatih pelajar menilai setiap langkah atau pembelajaran mereka
berpandukan instrumen seperti senarai semak atau alat rubric
- membimbing pelajar melaporkan dapatan penilaian masingmasing,
dan kesannya terhadap proses pembelajaran seterusnya

2. Penilaian kendiri boleh juga dibuat dengan pelajar yang berkenaan


- menstruktur sendiri segala butiran yang hendak dinilai dan kriteria
yang hendak dicapai, sama ada dalam bentuk senarai semak atau
sebagainya, kemudian meminta kerjasama rakan sebayanya
(individu/kumpulan) membuat penilaian terhadap dirinya.
- Dapatan itu kemudian dikumpul dan dianalisis sendiri oleh pelajar
tersebut.

Bibliografi
http://psv3.blogspot.com/2013/09/pentaksiran-konsep-kendiri.html
http://personajohor.blogspot.com/2009/10/pembelajaran-akseskendiri.html

You might also like