You are on page 1of 50

KONSEP ASAS

HUBUNGAN ETNIK

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 1


ETNIK DAN RAS
 ETNIK
Kelompok manusia yang ditentukan melalui
perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam,
pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.

 RAS
Kelompok manusia yang ditentukan melalui ciri-ciri
fizikal.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 2


ETNISITI, ETNOSENTRISME &
RASISME

 ETNISITI
Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu
kerana anggotanya merasa disatukan dengan satu
sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.
 ETNOSENTRISME
Kepercayaan atau rasa bangga di kalangan
anggota sesebuah etnik bahawa budaya dan etnik
mereka jauh lebih baik dan hebat daripada
kelompok lain.

 RASISME
Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif
oleh sesuatu kelompok sosial terhadap sesuatu
kelompok lain berdasarkan ciri-ciri fizikal atau ras
semata-mata.
PREJUDIS, STEREOTAIP &
DISKRIMINASI

 PREJUDIS
Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok
etnik lain yang lazimnya tidak berasaskan maklumat
yang tepat dan biasanya tidak diluahkan secara
terbuka.
 STEREOTAIP
Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu
kumpulan etnik atau gambaran berlebih-lebihan
tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk sesuatu
kumpulan etnik.

 DISKRIMINASI
Perbuatan membandingbezakan seseorang individu
atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri
etnik semata-mata.
MASYARAKAT & BANGSA

 MASYARAKAT
Kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di
sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.

 BANGSA
Jenis manusia daripada satu asal keturunan atau
kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan.”

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 7


CIRI-CIRI
MASYARAKAT

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 8


1. Manusia yang hidup berkelompok
 Mereka yang hidup bersama, saling mengenali
dan bergantungan.

2. Melahirkan kebudayaan
 Tiada masyarakat maka tiadalah budaya dan
sebaliknya.
 Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generasi
berikutnya dengan proses penyesuaian.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 9


3. Mengalami perubahan
 Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor yang
berasal dari masyarakat itu sendiri.

4. Berinteraksi
 Masyarakat berhubung dan bekerjasama di
antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi.
 Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 10


5. Terdapat Kepimpinan
 Pemimpin terdiri daripada ketua keluarga, ketua
kampung, ketua negara dan sebagainya.
 Kepimpinan dalam masyarakat Melayu awal,
bercorak tertutup kerana pemilihan berdasarkan
keturunan.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 11


6. Terdapat stratifikasi sosial
 Ia meletakkan seseorang pada kedudukan dan
peranan yang harus dimainkannya atau ia
merujuk kepada susun lapis masyarakat.
 Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kelas,
status dan kasta

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 12


 Kelas: Kedudukan seseorang dalam masyarakat
berdasarkan pemilikan harta atau kekayaan.

 Status: Jangkaan peranan yang dimainkan oleh


individu dalam masyarakat seperti penerimaan
gelaran Dato’, Haji dan Lebai.

 Kasta: Kelas sosial yang keahliannya ditentukan


hanya melalui kelahiran dan dalam hidupnya tidak
berlaku mobiliti sosial.
KEPERLUAN
MENGKAJI
MASYARAKAT

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 14


1. Manusia hidup bermasyarakat
 Perlakuan seseorang itu adalah berkaitan
dengan masyarakatnya.
 Seseorang itu dicermin dan mencerminkan
masyarakatnya.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 15


2. Memahami cara hidup bermasyarakat
 Pemahaman yang tepat terhadap masyarakat
membolehkan individu itu bertingkahlaku dan
menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat
setempat.

3. Memahami budaya dan masyarakat lain


 Tidak akan mengalami satu kejutan budaya, tetapi
lebih bersedia menghadapi perbezaan yang wujud.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 16


4. Memupuk kerjasama di antara masyarakat
 Perhubungan merangkumi masyarakat dunia
keseluruhannya.
 Dapat mengatasi isu-isu global seperti
pencemaran, teknologi, perlumbaan senjata dan
sebagainya.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 17


KONSEP
BUDAYA
BUDAYA

 Cara hidup orang ramai termasuk pemikiran, nilai


kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir serta
cara perlakuan manusia yang menggerakkan jiwa.

 Budaya boleh dibahagikan kepada dua iaitu:


 Budaya kebendaan
 Budaya bukan kebendaan
 Budaya kebendaan: Peralatan dan kelengkapan
hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan
sebagainya.

 Budaya bukan kebendaan: Kepercayaan, adat


istiadat dan undang-undang contohnya adat istiadat
yang berbeza-beza dalam perkahwinan.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 20


 Dalam budaya Melayu, faktor agama paling
penting kerana agamalah dasar tanggapan
terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal.

 Bahasa juga penting sebagai alat komunikasi.

 Adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan


bagi seseorang dalam mengendalikan hidup
bermasyarakat dan berbudaya.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 21


Peranan utama pembentukan sesuatu budaya:

1. Membina imej negara ke arah mewujudkan


keperibadian dan identiti.

2. Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan


berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan,
spiritual dan mental.
(Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa
Melayu, 1992).
SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 22
CIRI-CIRI
BUDAYA
SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 23
1. Dipelajari
 Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu
dipelajari dan ia melibatkan banyak unsur seperti
asimilasi dan adaptasi.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 24


Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran:

 Agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran,


sekolah, institusi latihan dan sebagainya.
 Nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah
masyarakat itu.
 Umur seseorang.
 Tahap pendidikan.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 25


2. Dikongsi
 Ia bermaksud setiap perlakuan itu diramal
dan didokong oleh sekumpulan manusia.
 Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi
perlakuan individu dan bukannya perlakuan
masyarakat.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 26


3. Sejagat
 Kebudayaan itu wujud dalam semua
kelompok manusia.
 Namun ia berbeza antara masyarakat kerana
pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap
penyesuaian anggota.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 27


4. Diwarisi
 Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu
generasi berikutnya.
 Budaya yang diamalkan hari ini adalah
lanjutan daripada budaya terdahulu.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 28


5. Berubah
 Tidak ada budaya yang wujud dari dahulu
hingga sekarang tidak mengalami perubahan.
 Perubahan ini dikaji daripada perubahan
bentuk, ciri dan proses yang berlaku.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 29


Faktor perubahan budaya:

 Pertambahan bilangan anggota masyarakat.


 Pertambahan keperluan dan keinginan
manusia.
 Penemuan dan penciptaan teknologi baru.
 Pertembungan budaya.
 Konflik yang berlaku.
 Perubahan alam sekitar.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 30


6. Perlambangan
 Budaya boleh ditunjukkan dalam bentuk
perlambangan seperti logo, bendera, ukiran dll.

7. Pandangan Semesta
 Pandangan semesta ialah bagaimana manusia
memberikan tafsiran terhadap keadaan alam
sekeliling ke dalam kehidupan seharian.
 Ia timbul kerana manusia mempunyai pertalian
yang rapat dengan alam sekitar.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 31


FUNGSI BUDAYA DALAM KEHIDUPAN

1. Memenuhi keperluan hidup.


2. Panduan kepada anggota masyarakat
bertingkahlaku.
3. Mengatur hubungan sesama manusia
4. Galakan untuk manusia mencipta.
5. Alat penyatuan dan pengenalan identiti.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 32


TAHAP
HUBUNGAN ETNIK

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 33


SEGREGASI
 Hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik
dalam sesebuah negara.

 Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan seperti


tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan
kemudahan awam.

 Ia didasari oleh undang-undang ataupun tidak seperti


Dasar Apartheid di Afrika Selatan.
AKOMODASI
 Satu proses di mana etnik menyedari norma dan
nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka
tetap mempertahankan budaya hidup masing-
masing.

 Switzerland adalah negara yang mempunyai


hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-
etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat
penyesuaian antara mereka.
SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 35
AKULTURASI

 Satu proses penerimaan unsur kebudayaan di


kalangan individu atau kelompok dari sesuatu
kebudayaan lain yang berlainan.

 Berbeza dengan proses asimilasi, proses


akulturasi tidak menyebabkan kehilangan
identiti asal masyarakat yang menerima.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 36


ASIMILASI

 Proses percantuman dan penyatuan di antara etnik


yang berlainan budaya sehingga membentuk satu
kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang
sama.

 Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke


dalam etnik yang lain.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 37


Sambungan….

 Semua kumpulan lama kelamaan akan


mematuhi pola-pola kebudayaan golongan
dominan dan melupakan kebudayaan dan
identiti masing-masing.

 Ia diwakili oleh formula : A+B+C=A

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 38


Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya:

1. Etnik yang berbeza budaya.


2. Individu di dalam atau di antara etnik
sering berinteraksi.
3. Interaksi berlaku dalam tempoh yang
lama.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 39


Faktor kejayaan asimilasi:

1. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan


identiti mereka dan menerima identiti etnik lain.
2. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.
3. Kelompok minoriti adalah kecil.
4. Terdapat banyak persamaan budaya antara
etnik.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 40


Faktor penghalang asimilasi:
1. Kurang pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan
perasaan takut terhadap budaya lain.
2. Timbul perasaan bahawa budaya sesuatu etnik lebih tinggi
dari etnik lain.
3. Wujud perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat.
4. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh etnik
minoriti.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 41


AMALGAMASI
 Ia menjangka semua kebudayaan boleh dicair dan
dijadikan satu keseluruhan bersama.

 Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya


atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya
dan ras yang baru.

 Biasanya terjadi melalui perkahwinan campur antara


etnik.

 Diwakili oleh formula : A+B+C=D

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 42


PLURALITI BUDAYA
 Menerapkan pencapaian keseragaman dalam hal-
hal yang penting kepada negara seluruhnya tetapi
dalam masa yang sama setiap kaum dibenarkan
mengekalkan ciri-ciri kebudayaannya tersendiri.

 Diwakili oleh formula: A + B + C = A + B + C (A, B


dan C merujuk kepada budaya).

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 43


KELEBIHAN PLURALITI BUDAYA

1. Boleh menjadi satu ‘penghubung penstabil’


antara cara hidup lama dengan cara hidup baru.

2. Dapat mengelakkan sedikit sebanyak


disorganisasi sosial dan peribadi yang mungkin
timbul akibat kejutan budaya.
MASYARAKAT
PLURALITI BARU
MASYARAKAT PLURALITI BARU

 Gabungan dua atau lebih masyarakat yang


hidup bersama dalam satu unit politik atau
dalam satu kerajaan.

 Ia wujud hasil dari pluraliti budaya yang terdapat


dalam sesebuah negara.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 46


CIRI-CIRI MASYARAKAT PLURALITI BARU

1. Pemerintah dan yang diperintah ada yang


berlainan bangsa dan hidup dalam komuniti
yang berasingan.

2. Satu set nilai budaya dan politik yang yang


dikongsi oleh komuniti yang berbeza melalui
persetujuan kebangsaan.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 47


3. Kecenderungan untuk meramal konflik ekonomi
dalam konteks bangsa.

4. Bangsa-bangsa yang berbeza tetapi mempunyai


keinginan yang sama seperti keamanan dan
kesejahteraan.

5. Sedikit campur tangan pihak luar kadang-kala


mungkin diperlukan bagi meleraikan konflik yang
mungkin wujud di antara masyarakat pluraliti
baru ini.
SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 48
Masyarakat pluraliti baru dapat dikenali melalui:

1. Kepelbagaian budaya yang terdapat dalam satu


kelompok besar manusia.

2. Lebih banyak keutamaan bangsa dalam politik.

3. Kewujudan unit politik yang dibentuk oleh


budaya-budaya masyarakat.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 49


PLURALITI MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM

 Model masyarakat Islam Madinah.


 Surah al-Hujurat:13

You might also like