You are on page 1of 28

HNS 2013

PETA ASIA TENGGARA

Idea utama pembentukan sebuah negara


berkaitan dengan masyarakat, budaya, sosial,
politik, ekonomi dan sejarah negara
berkenaan

Kursus ini membincangkan perkara-perkara


yang berkaitan dengan sejarah Malaysia,
sistem pemerintahan Malaysia, pembangunan
dan pembinaan negara bangsa.

Kenegaraan
negara.

negara

atau

konsep

Negara merujuk kepada sekumpulan


manusia yang mendiami wilayah atau
daerah tertentu di bawah undang-undang
dan kuasa pemerintahan

Konsep negara menurut undang-undang


antarabangsa ialah sesuatu masyarakat
politik atau negeri layak dianggap sebagai
sebuah negara sekiranya mempunyai ciriciri sebuah negara.

KONSEP-KONSEP ASAS
KENEGARAAN

Kerajaan
Sistem kerajaan
Negara bangsa
Ras
Politik
Etnik
Masyarakat
Masyarakat Majmuk
Kebudayaan
Ideologi

Konsep kerajaan merujuk kepada fungsifungsi yang terlibat dalam pengurusan dan
perjalanan hal ehwal sesebuah negara.

Pada peringkat Persekutuan terdapat 3


badan kerajaan, iaitu:

Badan Pemerintahan (Eksekutif)


ii. Badan Perundangan (Legislatif)
iii. Badan Kehakiman (Judisiari)
i.

Sistem kerajaan merangkumi institusi-institusi dan


agensi-agensi yang bertanggungjawab untuk
menggubal dan melaksanakan dasar-dasar
negara.

Sistem-sistem
berasaskan:

i.

Pembahagian kuasa kerajaan antara kerajaan


pusat dengan kerajaan-kerajaan negeri atau
tempatan

ii.

Kewujudan atau ketidakwujudan raja.

kerajaan

ini

boleh

dibahagi

Cabaran yang paling besar dalam konteks


Malaysia ialah membentuk perhubungan
kaum tanpa mengira bangsa dan akhirnya
kelahiran satu bangsa iaitu bangsa Malaysia.

Rusuhan Kaum
Contoh : Darurat 1948-1960
Peristiwa 13 Mei 1969

Merujuk kepada
seseorang.

keturunan

atau

fizikal

Cth: seorang Melayu akan mempunyai ciri-ciri


kemelayuan dari segi ras nya seperti berkulit
sawa matang, sederhana tinggi, berambut
hitam dan sebagainya.

Dilihat daripada perbezaan budaya dan adat


resam.

Menurut Ting Chew Peh (1987), etnisiti atau


rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu
bermakna wujudnya satu kebudayaan atau
sub-budaya yang jelas di mana anggotanya
berasa disatukan dengan satu sejarah, nilai
sikap dan tingkah laku yang sama.

Masyarakat adalah satu kelompok manusia yang berbeza


dari kelompok lain dari segi kepentingan bersama,
penyertaan dalam perhubungan yang mempunyai ciri
khusus, penyertaan dalam institusi yang dikongsi bersama,
dan mengamalkan budaya yang sama.

Konsep
berikut:

i.

Tinggal di negeri atau wilayah tertentu.


Berkongsi budaya.

ii.

masyarakat

mempunyai

ciri-ciri sebagaimana

Dalam erti kata lain, satu komuniti tertentu yang tinggal di


sebuah negeri atau wilayah, dan mempunyai adat resam,
undang-undang, serta organisasi yang dikongsi bersama.

Masyarakat dikatakan majmuk apabila ia terdiri daripada pelbagai


kelompok ras atau etnik yang berlainan daripada di bawah satu sistem
pemerintahan.

Menurut J. S Furnivall, masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum


yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang
tersendiri.

Menurut Van Den Berghe masyarakat majmuk mempunyai ciri-ciri berikut:

Ketiadaan konsensus nilai.


Kepelbagaian Kebudayaan.
Wujudnya konflik di antara kelompok yang berlainan.
Wujudnya autonomi atau kebebasan di antara bahagian dalam sistem
sosial.
Pentingnya paksaan dan saling bergantungan dari segi ekonomi
sebagai dasar integrasi.
Dominasi politik oleh satu golongan tertentu.

Meliputi pengetahuan, kepercayaan, kesenian,


undang-undang, akhlak, adat resam, dan lain-lain
keupayaan serta kebiasaan yang diperolehi oleh
manusia sebagai anggota masyarakat.

Ciri-ciri kebudayaan yang dapat dikenal pasti adalah:

Diperturunkan dari generasi ke generasi.


Dikongsi bersama (shared).
Dipelajari (learned).
Menggambarkan nilai dan identiti kelompok.
Menyediakan kerangka rujukan bagi satu-satu
masyarakat .
Bersifat dinamis serta kreatif.

Idea-idea yang disusun secara teratur untuk


mewujudkan satu sistem kehidupan.

Contoh: Di Malaysia ideologi yang diamalkan


adalah Rukun Negara yang dibentuk bagi
melahirkan semangat perpaduan ke arah
pembinaan negara bangsa.

Politik adalah berhubung dengan pemerintahan,


pentadbiran dan kuasa.

Pilihanraya adalah sebahagian daripada proses


pemilihan yang akan menentukan pihak yang
berkuasa dan membentuk kerajaan.

KONSEP DAN TEORI PERADABAN

Apa itu Tamadun/Peradaban?

Tamadun atau peradaban manusia itu merupakan


satu peringkat pencapaian budaya yang lebih tinggi
atau maju.

Budaya mempunyai perhubungan yang rapat


dengan tamadun kerana budaya yang tinggi dan
terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun.

Untuk melihat tahap pencapaian tersebut biasanya


dilihat dari dua aspek, iaitu:

i.

Budaya kebendaan (materialism)


Budaya bukan kebendaan (non-material)

ii.

Merupakan peralatan yang dihasilkan oleh anggota


masyarakat yang boleh dilihat dan disentuh.
Ia
mencerminkan paras pencapaian peradaban atau
tamadun bagi sesuatu masyarakat.

Budaya kebendaan tersebut berasaskan:

Kepada sumber-sumber yang boleh didapati daripada


alam sekelilingnya.
ii. Peralatan yang dihasilkan itu bersesuaian dengan
kehendak hidupnya
iii. Menggambarkan
tahap
pencapaian
teknologi,
kemahiran dan ilmu pengetahuan yang merupakan
usaha manusia bagi mengisi kehidupan
i.

Merupakan sesuatu yang bukan benda yang tidak dapat dipegang


tetapi dapat dilihat dan dirasa (Rohana Yusof, 1997: 77).

Cth: Pengetahuan, falsafah, kepercayaan, sistem keluarga, nilai,


undang-undang, akhlak dan sebagainya.

Al-Marbawi mendefinisikan tamadun dengan kehalusan adat


(Ahmad Zaki, 1995:5). Tamadun yang dimaksudkan oleh beliau
bercirikan :

Masyarakat yang berbudaya tinggi sudah tentu mempunyai


kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang juga merupakan
ciri-ciri kehidupan bertamadun.
Pembinaan sifat seperti ini pada diri seseorang begitu berkait rapat
dengan kepercayaan yang diterima.
Manakala kepercayaan seseorang pula merujuk kepada
kehidupannya sebagai manusia beragama.

Perubahan-perubahan yang berlaku terhadap budaya


kebendaan dan bukan kebendaan boleh kita lihat hasil
daripada peninggalan bangunan dan barangan
tamadun silam.
Contoh, masjid adalah gambaran tahap tamadun
kebendaan yang tinggi dan pada masa yang sama
ianya menggambarkan penghayatan yang tinggi
terhadap kehidupan beragama.

Terdapat 2 faktor penting yang menyebabkan berlaku


perubahan (Sidi Gazalba, 1983:116-117) :

I.

Faktor dalaman:

Pertambahan Penduduk
Penemuan baru
Perselisihan dalam masyarakat
Terjadinya pemberontakan atau
masyarakat.

II.

revolusi

dalam

Faktor luaran :
Lingkungan alam fizik di sekitar manusia
Peperangan
Pengaruh daripada kebudayaan masyarakat lain
Perpindahan agama

Sesebuah tamadun itu ada hayatnya. Samuel


Huntington menyatakan sebanyak lebih 20 buah
tamadun yang pernah wujud di dunia ini. Namun
hanya lapan buah sahaja yang masih tinggal kini.
Oleh kerana itu beliau bersetuju bahawa tamadun
juga boleh diibaratkan sebagai benda bernyawa,
iaitu lahir, remaja, dewasa, tua dan mati.

Pada masyarakat China, mereka mempercayai


wujudnya konsep kitaran dinasti yang dapat
menggambarkan tamadun lahir, puncak dan
jatuh. Tetapi kejatuhannya itu diganti oleh dinasti
yang baru dan meneruskan pembinaan tamadun
sebelumnya.

Ibn Khaldun yang menulis Muqaddimah pada abad ke-14


menjelaskan sesebuah tamadun itu melalui tiga tahap
utama. Pada tahap akhir, tamadun tersebut akan
mengalami kemusnahan.

Ibn Khaldun bermula dengan semangat assabiyah lalu


berkembang sampai ke puncak. Pada tahap tersebut
tamadun
sedang
mengalami
kehidupan
mewah,
berseronok, rasuah dan meninggalkan ajaran agama. Itulah
mulanya kemerosotan dan membawa kepada kehancuran
tamadun.
KEMUNCAK

TAHAP
AWAL

KEMEROSOTAN

Sebelum sesebuah negara itu wujud, ia harus


melalui beberapa proses utama iaitu:

1)

Perubahan daripada nomad kepada menetap


dan
seterusnya
kemunculan
teknologi
pertanian
Contoh: Kewujudan negara-negara kota Melayu
pada ketika itu boleh dibahagikan kepada dua
jenis iaitu maritim dan agraria. Contoh negara
kota maritim ialah Srivijaya dan Melaka. Manakala
contoh negara kota agraria ialah Angkor dan
Ayuthia.

2)

Pertambahan
penduduk
menyebabkan
manusia menjadi kreatif bagi memenuhi
keperluan masing-masing. Teknologi yang
simple seperti membajak menggunakan
kerbau diganti oleh traktor. Ini berlaku
melalui revolusi perindustrian pada abad ke18 di Eropah

Kesan daripada revolusi perindustrian tersebut,


maka negara-negara Barat berlumba-lumba
mencari tanah jajahan terutamanya di Timur.
Alam Melayu turut dijajah dan pada tahun 1824,
melalui perjanjian Inggeris-Belanda, maka Alam
Melayu dibahagi kepada kawasan masingmasing.

3)

Perubahan berikutnya ialah teknologi moden

Melalui dasar-dasar pembangunan yang positif,


Malaysia muncul sebagai sebuah negara
industri dan diharapkan menjadi sebuah negara
maju pada tahun 2020 nanti.

Unsur utama untuk membina sebuah tamadun


dan juga negara bangsa adalah semangat
assabiyah seperti yang diperkatakan oleh Ibn
Khaldun. Semangat inilah yang telah menyatukan
rakyat Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia
membebaskan negara daripada penjajahan
Inggeris. Beberapa usaha pembebasan tanah air
daripada penjajah telah gagal kerana tidak
adanya semangat assabiyah. Semangat yang ada
sebelum kita merdeka adalah kedaerahan,
kenegerian,
perkauman
dan
diskriminasi.
Sehubungan itu adalah sukar untuk menyatukan
semua rakyat menentang penjajah pada masa itu.
Semangat nasionalisme dan keinginan untuk
mencapai
kemerdekaan
telah
berjaya
menyatukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai etnik itu.

You might also like