You are on page 1of 24

NOVEL

PANTAI KASIH BAB


5

SINOPSIS
Doktor Uwang pergi ke pusat hiburan untuk meredakan
perasaannya yang terganggu oleh kehadiran wajah
arwah anak Raiha. Di pusat hiburan itu juga dia masih
teringat kata-kata bapanya tentang benda-benda palsu
dan murah yang digunakan di pusat rawatan. Dia
teringatkan Raiha yang mempersoalkan tentang
kewibawaannya sebagai doktor pakar dan masalah
Unong Siron yang menjalani pembedahan

sebanyak enam kali masih belum


selesai. Dia masih mempertahankan prinsipnya dalam
pengendalian perniagaan kesihatan yang membawa
keuntungan berlipat ganda.
Dia juga sedar bahawa teman wanitanya sering
bertukar ganti walaupun sudah beristeri kerana
ketampanan dan kekayaannya memikat hati wanita.
Dia berasakan dua orang wanita yang sedang
memandangnya sudah bertukar wajah. Wanita jelita yang
tersenyum ke arahnya sebentar tadi bertukar menjadi
anak Raiha manakala wanita rugged yang berpakaian
serba

hitam bertukar wajah menjadi Unong Siron.


Setelah tersedar daripada lamunan, Uwang keluar
dari pusat hiburan dalam keadaan terhuyung-hayang.
Felicia Landosi masih diburu suara ghaib apabila
teringat tragedi anak Raiha yang mati terbakar dan ibu
tua Unong Siron yang dikasarinya. Doktor Mohammad
datang semula ke hospital itu setelah satu jam pulang
kerana hari itu dia bertugas on call. Ariana Abdullah dan
Felicia berasa amat hairan kerana tiada panggilan on call
terhadap Doktor Mohammad.

Doktor Mohammad mendakwa suara yang


memanggilnya sama seperti suara Felicia secara
bergurau. Felicia berasa amat bahagia apabila dalam
gurauannya, Doktor Mohammad berkata bahawa suara
Felicia menemaninya pada malam yang sunyi. Setelah
Doktor Mohammad beredar dari kaunter, fikiran Felicia
kembali kepada tragedi yang menimpa Raiha. Dia pergi ke
bilik air namun dia berasakan dia berada di dalam bilik
kuliah jururawat. Antara jururawat pelatih ialah Unong
Siron dan penceramah berubah wajah menjadi Doktor
Uwang. Dia terjelepok di hadapan bilik air lalu dibantu
oleh Ariana Abdullah.

TEMA
Pergolakan jiwa petugas-petugas
perubatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih

PERSOALAN
1. Perkhidmatan kesihatan hospital swasta
PRPK menjadi pusat rawatan yang berciri mewah, cukup
eksklusif, dilengkapi peralatan canggih dan pertambahan
doktor-doktor pakar di bawah kendalian Doktor Uwang
namun tidak pernah mendapat pengiktirafan. Hal ini
disebabkan pusat rawatan itu mementingkan keuntungan
besar. Perkhidmatan kesihatan tidak memuaskan. Pesakitpesakit khususnya yang berpendapatan rendah bukan
sahaja mendapat perkhidmatan dan ubat-ubatan
berkualiti rendah malah mendatangkan komplikasi kepada

Wad golongan berpendapatan rendah tidak selesa


dan mereka sering dikasari oleh petugas seperti yang
dilakukan oleh Sister Felicia Landosi.
2. Sikap segelintir masyarakat peniaga yang
mementingkan keuntungan berlipat ganda
Doktor Uwang sanggup memberi komisen kepada Felicia
Landosi jika jururawat itu Berjaya mempengaruhi
golongan berpendapatan rendah tetapi mempunyai
simpanan atau insurans untuk mendapat rawatan di pusat
itu. Setelah mereka menghabiskan wang beribu-ribu
ringgit dan wang insurans, penyakit mereka tidak sembuh
malah menimbulkan pelbagai komplikasi lain seperti yang
dialami

oleh Unong Siron. Doktor Uwang mengambil jalan


mudah dengan mengatakan bahawa perkara itu
ketentuan Tuhan tanpa ada perasaan bersalah.
3. Perasaan sikap ego golongan professional
Doktor Uwang menganggap dirinya super intelektual dan
super profesional. Dengan sikapnya itu, Doktor Uwang
menganggap semua wanita kurang cerdik termasuk
isterinya dan Doktor Raiha. Dia memarahi Doktor Raiha
yang mempertikaikan mutu rawatannya terhadap Unong
Siron.

4. Kesepian hidup golongan bekerjaya


Doktor Uwang kesepian kerana sikap egonya. Dia
hanya menganggap isterinya sebagai penunggu rumah
dan perlu tunduk pada arahannya. Dia menganggap
isterinya itu kurang cerdik. Untuk menghilangkan
kesepian, dia mengunjungi pusat hiburan.

WATAK DAN PERWATAKAN


1. Doktor Raiha
*Berani -berani mempetikaikan kewibawaan doktor itu
yang dilihatnya tidak mementingkan
keselamatan
pesakit khususnya pesakit golongan
berpendapatan rendah seperti Unong Siron
2. Doktor Uwang
*Mementingkan keuntungan hanya menerima pesakit
dari
semua golongan yang

*Gemar berhibur teman wanita Uwang bersilih ganti


disebabkan wajahnya tampan,
bertubuh sasa, super profesional dan
kaya. Dia juga berkunjung ke pusat
hiburan.
*Ego dia mengaggap semua wanita kurang cerdik
termasuk Doktor Raiha isterinya dan mesti akur
kepada arahannya seperti yang dilakukan kepada
isterinya.

3. Felicia Landosi
*Mementingkan status dalam melayani pesakit
-melayani dengan baik, lembut dan mesra pesakit yang
bergelar datin di wad super VIP sebaliknya melayan
dengan kasar ibu Unong Siron yang menemankan
anaknya di wad biasa. Dia memarahi dan bertengkar
dengan ibu tua itu yang digelarnya sebagai perempuan
lisut.
4. Doktor Mohammad
*Bertanggunggjawab dalam menjalankan tugas
-dia datang semula ke PRPK setelah sejam pulang ke
rumah untuk menjalankan tugas on call kerana

*Suka bergurau walaupun mendapat panggilan palsu,


dia
tidak marah malah bergurau dengan
Felicia dan Ariana Abdullah.
Gurauannya
itu membahagiakan Felicia.
5. Datu Ontong
*Bersikap profesional dia lebih mengutamakan pesakit.
Dia
mengingatkan Uwang supaya
membaiki perkhidmatan dan
tidak
menggunakan yang palsu.

6. Unong Siron antara pesakit golongan berpendapatan


rendah yang menjadi mangsa kerakusan
Doktor Uwang yang hanya inginkan
keuntungan.
7. Ibu Unong Siron
*Penyayang dia ingin melihat Unong Siron dapat
berjalan
seperti sebelum kemalangan lalu
bersetuju
supaya anaknya mendapat rawatan di
PRPK

LATAR
LATAR MASA: Senja
LATAR TEMPAT: Pusat hiburan
CONTOH PERISTIWA: Doktor Uwang mengunjungi pusat
hiburan untuk mencari ketenangan.
Dia merasakan bahawa ramai
wanita
tergila-gilakannya kerana dia
tampan,
profesional dan kaya.

LATAR MASA: Malam


LATAR TEMPAT: Pusat Rawatan Pantai Kasih
CONTOH PERISTIWA: Doktor Mohammad datang semula
ke
hospital itu setelah pulang satu jam
ke
rumah kerana mendapat panggilan
palsu yang menyatakan bahawa
dia
perlu menangani masalah kelahiran
pramatang seorang bayi
perempuan
yang belum cukup masa dan
menghadapi kesukaran untuk

LATAR MASA: Malam


LATAR TEMPAT: Bilik air
CONTOH PERISTIWA: Felicia pergi ke bilik air namun dia
berasakan dia berada di dalam bilik
kuliah jururawat. Antara jururawat
pelatih ialah Unong Siron dan
penceramah berubah wajah
menjadi
Doktor Uwang. Dia terjelepok di
hadapan bilik air lalu dibantu oleh
Ariana Abdullah.

LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat petugas perubatan
-Doktor Uwang, Doktor Raiha, Doktor Mohammad, Sister
Felicia Landosi dan Jururawat Ariana Abdullah bertugas di
Pusat Rawatan Kasih. Mereka terlibat dengan operasi
penggantian sendi tulang Unong Siron dan merawat
pesakit-pesakit lain.
2. Masyarakat bersikap ego
-Doktor Uwang bersikap ego. Dia menganggap dia super
intelektual super profesional. Dia juga menganggap
semua wanita kurang cerdik dan tidak layak dilayan
bercakap seperti yang dilakukannya terhadap isterinya.

3. Masyarakat yang mengalami sindrom skizofrenia


-Doktor Uwang dan Felicia Landosi mengalami sakit jiwa
seakan-akan skizofrenia iaitu mereka fikiran mereka
bercelaru, mengalami halusinasi, pemencilan diri dan
emosi tidak stabil. Hal ini disebabkan kenangan lama dan
masalah semasa yang berlaku di PRPK.
4. Masyarakat yang bersikap profesional sebagai
doctor
-Datu Ontong yang menjadi pengasas PRPK turut
mempertikaikan ketelusan perkhidmatan PRPK. Dia
mengesyaki Doktor Uwang menggunakan bahan-bahan
berkualiti rendah hingga mendatangkan pelbagai
komplikasi kepada pesakit khususnya yang

NILAI
1. Keberanian
-Raiha berani mempertikaikan kewibawaan Doktor uwang
yang dilihatnya tidak mementingkan keselamatan pesakit
khususnya pesakit golongan berpendapatan rendah
seperti Unong Siron.
2. Bertanggungjawab
-Doktor Mohammad datang semula ke hospital kerana dia
bertugas on call setelah menerima panggilan untuk
menangani masalah kelahiran pramatang bayi perempuan
yang sebenarnya panggilan palsu.

3. Ketaatan
-Puan Uwang amat taat akan suaminya. Dia tidak pernah
melawan atau membantah kata-kata suaminya.

PENGAJARAN
1. Sebagai petugas perubatan, kita mestilah
mengutamakan keselamatan pesakit.
-Doktor Raiha mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang
dalam menangani Unong Siron yang keadaannya
bertambah malang selepas operasi yang dilakukan oleh
Uwang.
2. Kita janganlah bersikap berbangga diri.
-Doktor Uwang amat berbangga dengan pencapaiannya
dalam bidang perniagaan kesihatan. Kewibawaannya dan

keunggulannya dicabar oleh Raiha dan ibu Unong Siron


sehingga menganggu fikiran.
3. Kita janganlah bersekongkol dengan perbuatan
jenayah.
-Felicia sentiasa dalam keadaan takut dan ada halusinasi
yang menganggu pendengarannya.
4. Sebagai seorang suami, kita hendaklah
menjadikan isteri sebagai teman bicara.
-Doktor Uwang menganggap isterinya kurang cerdik lalu
dia tidak mahu melayan apa-apa cerita daripada isterinya.

You might also like