You are on page 1of 11

INSTRUMEN

KAJIAN
BORANG SOAL SELIDIK
Oleh:
Jusang B. Bolong

BORANG SOAL SELIDIK


Takrif:
Borang yang mengandungi susunan
soalan-soalan yang teratur untuk ditadbir
oleh penemubual dan diajukan kepada
responden atau informan

Kepentingan Borang
Soal Selidik
Untuk mendapatkan data-data daripada
responden atau informan mengenai
kajian yang dilakukan
Mengukur pembolehubah yang ingin
dikaji
Membantu pencapaian objektif kajian
Membantu proses analisis data

Kriteria Borang Soal


Selidik

1.
2.
3.
4.

Borang soal selidik yang baik dan berkesan


adalah:
Soal Selidik mencapai objektif kajian
(matlamat penyelidikan)
Soal selidik mendapat maklumat paling tepat
dan lengkap
Kos borang soal selidik yang sederhana
Soal selidik menyenangkan semua pihak

Ciri Soalan yang baik


dalam Borang Soal
Selidik
Soalan spesifik dan tidak mengelirukan
(elak salah tanggapan responden)
Soalan tidak terlalu banyak (jumlah
soalan bersesuaian dengan objektif
kajian, mengukur pembolehubah, soalan
yang sederhana)

Ciri Soalan yang baik


dalam Borang Soal
Selidik
Soalan dapat difahami oleh pengkaji
sendiri/responden dengan mudah iaitu:
pengkaji tahu masalah yang hendak
dikaji, penemubual (enumerator) jelas
makna soalan dan responden faham
soalan untuk dijawab.
Soalan-soalan yang pendek

Ciri Soalan yang baik


dalam Borang Soal
Selidik
Soalan-soalan tidak mendorong jawapan
Bahasa yang digunakan bersesuaian
dengan kemampuan responden (mudah
dan jelas)
Mempertimbangkan statistik yang bakal
digunakan.

Jenis jenis Soalan


Soalan Fakta: soalan yang dikemukakan
untuk mendapatkan data/fakta yang
boleh diinterpretasikan menjadi
maklumat seterusnya pengetahuan
Soalan pendapat: soalan yang
dikemukakan secara terbuka (tidak
mengandungi unsur betul/salah terhadap
jawapan yang diberikan oleh responden.

Susunan Soalan dalam


Borang Soal Selidik
1. Pengenalan:
a. Tajuk penyelidikan
b. Kod responden/lokasi penyelidikan
c. Kata pengantar (alu-aluan &
penghargaan)
d. Tujuan Penyelidikan
e. Nama penyelidik & organisasi

Susunan Soalan dalam


Borang Soal Selidik
2. Soalan-soalan awal mudah dijawab (wujudkan
kemesraan dulu). Lazimnya soalan yang
mengandungi alternatif jawapan.
3. Soalan pendapat di bahagian akhir
4. Soalan yang sukar dijawab/berkaitan dengan
diri responden boleh diletakkan di bahagian
akhir.
5. Soalan menguji pengetahuan (cth: soalan ujian
pengetahuan) di letak paling akhir.

Format Soalan
1. Soalan berstruktur/tertutup/berskala: Soalan
diikuti dengan jawapan yang disediakan oleh
pengkaji untuk dipilih oleh responden (cth:
Skala Likert & aneka pilihan atau dwi pilihan)
2. Tidak berstruktur: Jawapan tidak disediakan
oleh pengkaji. Soalan yang terbuka dan
bersifat pendapat.
3. Bercampur: Soalan tertutup dan soalan
terbuka bercampur.

You might also like