You are on page 1of 16

BAHASA MELAYU

TAHUN 4
TAJUK :

PERINGKAT
PENDIDIKAN SAYA

MENU UTAMA :
Sila klik pada
simbol :

Lakonan
Mari Membaca
Papan Permainan
Mari Menyanyi

LAKONAN :

Borang Peringkat
Pendidikan

Mari Mencapai
Peringkat Pendidikan Teringgi !
Nama saya Sunieta Umaira. Saya berumur 45
tahun. Saya menetap di Kelantan. Saya
merupakan salah seorang anak Melayu yang
mempunyai kelulusan pendidikan di peringkat
Phd atau Doktor Falsafah. Sebelum
mempunyai kelulusan ini, saya telah melalui
beberapa peringkat pendidikan.

Peringkat pertama pendidikan ialah Ujian


Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pada
peringkat ini, saya berada di sekolah rendah
iaitu di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 4.
Tempoh pengajian di peringkat ini mengambil
masa enam tahun bermula dari Darjah 1
hingga Darjah 6. Tiada yuran pengajian yang
dikenakan. Pelbagai kenangan yang telah
saya lalui, termasuklah berkenalan dengan
ramai kawan seperti Najwa, Danish, Adam,
Amir, Zawen dan lain-lain.

Peringkat kedua pendidikan ialah Penilaian


Menengah Rendah (PMR). Pada peringkat ini,
saya berada di sekolah menengah iaitu di
Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad
Faris Petra. Tempoh pengajian di peringkat ini
mengambil masa tiga tahun bermula dari
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Tiada yuran
pengajian yang dikenakan. Di sini, saya
berjumpa ramai kawan baharu. Kawan-kawan
yang lama tidak saya lupakan.

Peringkat ketiga pendidikan ialah


Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Pada peringkat ini,
saya juga berada di sekolah menengah iaitu di
Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad
Faris Petra. Tempoh pengajian di peringkat ini
mengambil masa dua tahun bermula dari
Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5. Pada peringkat
ini, yuran pengajian masih belum dikenakan.

Peringkat keempat pendidikan ialah Diploma.


Pada peringkat ini, saya berada di Universiti
Putra Malaysia (UPM), Selangor. Saya telah
mengambil bidang Diploma Pendidikan.
Tempoh pengajian di peringkat ini mengambil
masa tiga tahun. Yuran pengajian yang
dikenakan ialah sekitar RM15,000. Di sini,
saya juga berjumpa ramai kawan baharu.
Kawan-kawan di sekolah rendah dan
menengah tidak saya lupakan.

Peringkat kelima pendidikan ialah Ijazah


Sarjana Muda. Pada peringkat ini, saya juga
berada di Universiti Putra Malaysia (UPM),
Selangor. Saya telah mengambil bidang Ijazah
Pendidikan (Bahasa Melayu).
Tempoh
pengajian di peringkat ini mengambil masa
empat tahun. Yuran pengajian yang dikenakan
ialah sekitar RM20,000.

10

Peringkat keenam pendidikan ialah Ijazah


Sarjana. Pada peringkat ini, saya juga berada di
Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur. Saya
telah mengambil bidang Ijazah Sarjana
Pengajian Melayu (Kesusasteraan Melayu).
Tempoh pengajian di peringkat ini mengambil
masa tiga tahun. Yuran pengajian yang
dikenakan ialah sekitar RM15,000.

11

Peringkat ketujuh pendidikan ialah Doktor


Falsafah (Phd). Pada peringkat ini, saya juga
berada di Universiti Malaya (UM), Kuala
Lumpur. Saya telah mengambil bidang
Pendidikan Bahasa Melayu. Tempoh pengajian
di peringkat ini mengambil masa lima tahun.
Yuran pengajian yang dikenakan ialah sekitar
RM30,000.

12

Sekarang, saya merupakan salah seorang


Profesor dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu
di Universiti Malaya. Saya berasa berpuas hati
dengan pencapaian saya selama ini. Kejayaan
ini adalah hasil suntikan semangat daripada
keluarga, suami, anak-anak dan juga kawankawan.

13

MARI MENYANYI

~ Tamat ~

TERIMA KASIH

You might also like