You are on page 1of 10

BERUK TUNGGAL

Kononnya, ada sebuah istana

terletak di tebing sebatang


sungai. Rajanya mempunyai tujuh
orang puteri. Baginda amat
sayang kepada Puteri Bongsu.

Di tebing sebelah istana ada


sebuah pondok buruk.
Penghuninya seorang perempuan
setengah umur. Kerjanya bertani.

Perempuan itu sangat

inginkan seorang anak. Pada


suatu hari, dia minum air di
sebuah tempurung. Selepas
itu dia mengandung lalu
melahirkan seekor beruk. Ia
dinamakan Beruk Tunggal.

Setelah besar, Beruk Tunggal

menolong ibunya bertani. Tahun


itu padi menjadi tetapi diserang
tikus. Beruk Tunggal menangkap
semua tikus yang menyerang
padinya. Kemudian dia mencari
Raja Tikus. Apabila bertemu, Raja
Tikus itu diberi amaran. Raja Tikus
ketakutan kerana ia tahu Beruk
Tunggal jelmaan seorang anak
raja kayangan.

Hamba tidak tahu huma ini kepunyaan

tuanku, kata Raja Tikus.


Padi aku sudah habis. Apakah tindakan
kamu? Tanya Beruk Tunggal.
Hamba akan suruh rakyat hamba
mengumpulkan butir emas, kata Raja
Tikus.
Baiklah, aku terima pemberian itu! kata
Beruk Tunggal. Kemudian, segala tikus itu
datang membawa butir emas. Banyaklah
emas di pondok Beruk Tunggal.

Beruk Tunggal meminta emaknya

meminang puteri raja. Emaknya pun pergi


ke istana. Raja terkejut mendengar
permohonan perempuan itu. Namun raja
menyampaikan juga permohonan itu
kepada ketujuh-tujuh orang puterinya.

Kahwin dengan beruk? Tanya Puteri


Sulung. Puteri yang lain turut hairan.
Hanya Puteri Bongsu yang bersopansantun sahaja yang sanggup menjadi isteri
Beruk Tunggal.

Raja dan permaisuri kasihan kepada Puteri

Bongsu. Baginda meminta hantaran


sebentuk cincin berlian. Pada fikiran raja,
tentulah perempuan miskin itu tidak
berdaya menyediakannya.
Beruk Tunggal memohon kepada
ayahandanya, Raja Kayangan. Pada malam
itu, ayahanda Beruk Tunggal menghantar
secupak cincin berlian. Emak Beruk Tunggal
pun mempersembahkan cincin berlian yang
secupak itu ke istana.

Dia

meminta baginda memilih


sebentuk cincin yang sesuai. Raja
tidak dapat mengelak. Puteri Bongsu
pun dikahwinkan dengan Beruk
Tunggal.
Selepas itu baginda tidak mahu
mereka tinggal di istana. Puteri
Bongsu mengikut Beruk Tunggal
tinggal dipondoknya. Pada malam
pertama, Puteri Bongsu menemui
sarung beruk.

Esoknya, Beruk Tunggal tidak bersarung

lagi. Dia bertukar menjadi seorang


pemuda yang kacak.
Kekanda sebenarnya putera Raja
Kayangan. Bakarlah sarung beruk itu.
Taburkan sedikit debunya di luar pondok.
Pintalah sesuka hati adinda, kata putera
Raja Kayangan.
Puteri Bongsu mengikut suruhan putera
raja itu. Sebentar itu juga pondoknya
bertukar menjadi istana, lengkap dengan
taman yang indah.

Pengajaran :
1. Jangan mencuri hak orang lain.
2. Jangan memandang hina

kepada orang miskin.

You might also like