You are on page 1of 20

BAB 11:

RANCANGAN DAN
WAWASAN
PEMBANGUNAN NEGARA

RANCANGAN DAN WAWASAN


PEMBANGUNAN NEGARA

Ciri-ciri sistem ekonomi moden dan traditional


EKONOMI TRADISIONAL

EKONOMI MODEN

Lebih bersifat sara diri, cukup


makan dan kurang maju

Bersifat komersil, melibatkan


pelaburan besar khasnya dari pelabur
asing dan berkembang pesat.

Modal kecil dan lebih bertujuan


membekalkan sumber makanan
pada ekonomi moden.

Modal yang besar dan hasil dieksport


ke luar negara.

Kegiatan bertumpu di kawasan


luar bandar.

Kegiatan bertumpu di kawasan pantai


barat dan berkembang dengan
sokongan sistem pengangkutan yang
baik.

Kesan dari sistem dwi-ekonomi yang wujud :

Jurang kemiskinan di antara penduduk luar bandar


dan penduduk di kawasan bandar.
Identifikasi kaum berdasarkan aktiviti ekonomi:

Melayu - Pertanian dan menangkap ikan


Cina - Perdagangan, perniagaan dan perlombongan
India - Perladangan getah dan pembinaan landasan kereta
api

KONSEP DAN MATLAMAT


PEMBANGUNAN NEGARA

MATLAMAT PEMBANGUNAN NEGARA

melaksanakan beberapa dasar, kempen serta


menetapkan etika untuk menjamin pembangunan
ekonomi negara.
Projek-projek pembangunan kerajaan
keseluruhannya instrumen penting pada
perkembangan & pertumbuhan ekonomi
Di antaranya:

Dasar Ekonomi Baru


Dasar Pertanian Negara
Dasar Pensyarikatan Malaysia
Bersih, Cekap dan Amanah
Dasar Pandang ke Timur

MATLAMAT PEMBANGUNAN DARI SUDUT SEJARAH

PERISTIWA UTAMA

TEMPOH

MATLAMAT

Zaman Inggeris

1800-1942

Untuk mengaut seluruh hasil


ekonomi negara

Malayan Union kemerdekaan

1946-1957

Berbeza iaitu mengikut


kepentingan setiap kaum

Kemerdekaan - Tragedi 13
Mei

1957-1969

Untuk memastikan pertumbuhan


ekonomi negara selepas merdeka

Dasar Ekonomi Baru (DEB)

1971-1990

Melalui perpaduan iaitu strategi


serampang dua mata

Dasar Pembangunan
Nasional (DPN)

1991-kini

Membentuk negara maju dengan


pengekalan terhadap matlamat di
dalam DEB

RANCANGAN2 LIMA TAHUN

Rancangan pembangunan boleh dibahagikan


kepada empat peringkat iaitu Rangka
Rancangan Jangka Panjang 1 (RRJP1), Rangka
Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2), Rangka
Rancangan Jangka Panjang 3 (RRJP3)

RRJP

RANCANGAN
5 TAHUN

TAHUN
PERLAKSANAAN

Rancangan Malaya Pertama

1956-1960

Rancangan Malaya Kedua

1961-1965

Rancangan Malaysia Pertama

1966-1970

Rancangan Malaysia Kedua

1971-1975

Rancangan Malaysia Ketiga

1976-1980

RRJP1 Rancangan Malaysia Keempat


Rancangan Malaysia Kelima
RRJP2 Rancangan Malaysia Keenam

1981-1985
1986-1990
1991-1995

Rancangan Malaysia Ketujuh

1996-2000

RRJP3 Rancangan Malaysia Kelapan

2001-2005

RANCANGAN MALAYA
PERTAMA

Matlamat utama:

Untuk memajukan sektor luar bandar

Mempelbagaikan sumber negara supaya tidak


terlalu bergantung pada sektor ekonomi
Dua buah agensi kerajaan telah ditubuhkan iaitu:

Rural Industrial Development Authority (RIDA)


1953 (nama baru: MARA)

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)


Pengurusan MARA & FELDA - di bawah Kementerian
Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
Harga pasaran dunia bagi getah dan bijih timah telah
jatuh semasa Rancangan Malaya Pertama.

RANCANGAN MALAYA
KEDUA

Matlamat yang hampir sama dengan Rancangan


Malaya Pertama tetapi dengan perancangan yang
lebih terperinci. Antaranya:

Pembinaan kemudahan asas dan infrastruktur yang lebih


banyak.
Menggiatkan lagi projek-projek pembukaan tanah
Menggiatkan sektor pertanian dengan mempelbagaikan
jenis tanaman supaya hasil negara semakin bertambah dan
mengurangkan import makanan dari luar negara.
Penubuhan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA)

Secara kesuluruhan, perancangan rancangan ini


lebih tersusun

RANCANGAN MALAYSIA
PERTAMA

Rancangan lima tahun yang pertama setelah


kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan
Malaysia.
Memberi tumpuan kepada aspek integrasi di kalangan
penduduk Malaysia.
Membuat perancangan baru terutamanya berhubung
program sumber manusia.
Beberapa buah agensi kerajaan turut dilahirkan di
bawah RMP bagi menjayakan rancangan ini seperti:

Majlis Amanah Rakyat (MARA)


Bank Bumiputera
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
Lembaga Penasihat Tarif
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)

RANCANGAN MALAYSIA
KEDUA

Selepas 13 Mei 1969, Rancangan Malaysia Kedua


dilancarkan untuk mengatasi dan membaik pulih
ketidakseimbangan sosioekonomi di antara kawasan
kelompok kaum.
Berteraskan pada program jangka panjang iaitu Dasar
Ekonomi Baru:

Mengurangkan dan membasmi kemiskinan di kalangan


rakyat Malaysia
Menyusun semula masyarakat serta menghapuskan
pengenalan kaum

Untuk membaiki kepincangan supaya keadaan ekonomi


dapat diperbaiki dan seimbang seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi
ekonomi.
Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) ditubuhkan
pada 1974.

RANCANGAN MALAYSIA
KETIGA

Peringkat kedua dalam perlaksanaan Dasar Ekonomi


Baru.
Perancangan pembangunan wilayah telah
diperkenalkan di mana dapat merapatkan jurang
perbezaan ekonomi menerusi rancangan
pembangunan bandar baru seperti Lembaga
Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga
Kemajuan Pahang Tenggara (DARA), Lembanga
Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan
Lembaga Kemajuan Selatan Kelantan (KESEDAR).
Badan-badan berkanun seperti Majlis Amanah Rakyat
(MARA), FELDA, PERNAS, Lembaga Kemajuan Luar
Bandar (UDA) dan Lembaga Kemajuan Pemilik Industri
Kecil Getah (RISDA) meneruskan usaha- usaha
pembangunan

RANCANGAN MALAYSIA
KEEMPAT

Rancangan Malaysia Keempat dilancarkan ketika negara sedang


mengalami kemelesetan ekonomi akibat kejatuhan harga
pasaran dunia bijih timah dan getah.
Negara mengalami pelbagai masalah ekonomi seperti
kemerosotan dalam imbangan bayaran, kejatuhan harga dan
penurunan pendapatan eksport sektor komoditi, kelembapan
sektor swasta dan peningkatan kadar pengangguran.
Mengutamakan sektor perusahaan berat yang berasaskan
pelaburan modal, penggunaan teknologi dan tenaga mahir.
Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan bagi
menjayakan program tersebut.
Kawasan perindustrian baru telah dibuka Senawang, Skudai,
Bintulu, Menggatal dan Likas.
1983 - dua program telah dilancarkan bagi mengkaji
perusahaan awam iaitu:

Kajian Dasar Perindustrian Malaysia

Pelan Induk Perindustrian (PIP)


Permodalan Nasional Berhad (PNB) & Skim Amanah Saham
Nasional (ASN) telah dilancarkan pada 1981

RANCANGAN MALAYSIA
KELIMA

Untuk mencapai perpaduan negara, mencapai objektif dalam


Dasar Ekonomi Baru dan mengecap pertumbuhan yang dapat
menjamin kestabilan ekonomi negara.
Beberapa strategi telah dilaksanakan:

Meningkatkan peranan sektor swasta melalui proses deregulasi


(pelonggaran peraturan dan kawalan).
Menggalakkan sektor pertanian dan industri luar bandar.
Penekanan terhadap bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 (1971-1990) yang


mencakupi Dasar Ekonomi Baru di dalamnya berakhir apabila
tamat tahun 1990.
1991, rancangan pembangunan ekonomi yang baru
diperkenalkan bagi menggantikan dan program pembangunan
di dalam RRJP1 dan Dasar Ekonomi Baru.
Rancangan-rancangan tersebut ialah:

Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2) (1991-2000)


Wawasan 2020 (1991-2000)
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000)
Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)

RANCANGAN MALAYSIA
KEENAM

Telah dibentangkan di Parlimen pada 10 Julai 1991.


Matlamat :

Mengekalkan pembangunan pesat ekonomi negara.

Menguruskan kejayaan ekonomi negara supaya matlamat


pembangunan tercapai.

Menguruskan kejayaan ekonomi negara supaya matlamat


pembangunan seimbang.

Strategi telah dirangka untuk mencapai matlamat tersebut :

Kecekapan daya saing ekonomi akan ditingkatkan di samping


menggalakkan sektor swasta terus memainkan peranan utama
dalam perkembangan ekonomi negara.
Kerajaan akan mengurangkan penglibatan dalam perniagaan bagi
mengurangkan perbelanjaan awam dan yang tidak produktif.
Asas ekonomi dipelbagaikan dengan menggalakkan kegiatan
yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.
Integrasi yang lebih baik antara strategi pertumbuhan ekonomi
dengan strategi sektor akan diteruskan untuk memastikan
pengagihan kekayaan negara meliputi semua golongan dan
wilayah.
Usahawan bumiputera akan terus dibantu untuk membentuk satu
masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera yang
berdaya maju.

RANCANGAN MALAYSIA
KETUJUH

Berasaskan pelaksanaan Rancangan Malaysia Keenam dan


bertujuan membawa negara abad ke-21.
Mengekalkan penekanan pada konsep pembangunan
seimbang seperti di dalam Dasar Pembangunan Negara.
Antara strategi yang dilaksanakan:

Pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh pelaburan/input.


Peralihan akan dibuat kepada pengeluaran berskala besar bagi
eksport oleh industri-industri Malaysia.

Rancangan Malaysia Ketujuh juga menekankan kepentingan


sumber manusia dengan menambah bidang latihan dan
pendidikan, serta sains dan teknologi.
Menekankan peranan sektor swasta dalam menyumbang
pertumbuhan ekonomi negara.
Rancangan ekonomi turut terjejas akibat krisis kewangan
yang bermula pada Julai 1997. Kerajaan telah mengambil
beberapa inisiatif untuk memastikan kestabilan negara
seperti:

Penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Negara -7 Januari 1998.


Pelan Pemulihan Ekonomi Negara - 23 Julai 1998.

RANCANGAN MALAYSIA
KELAPAN

Meliputi tempoh 2001 - 2005 - fasa pertama pelaksanaan Rangka


Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) 2001 - 2010
-berteraskan kepada pencapaian objektif Dasar Wawasan Negara
(DWN).
Objektif Dasar Wawasan Negara mencapai pertumbuhan
mampan dan pengukuhan daya tahan ekonomi serta mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu dan saksama.
Dasar Wawasan Negara (DWN) menggabungkan strategi utama
Dasar Ekonomi Baru (DEB) pembasmian kemiskinan tanpa
mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat serta Dasar
Pembangunan Nasional (DPN) yang menekankan pembangunan
seimbang.
Dimensi baru yang diperkenalkan oleh DWN adalah meliputi:

Membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai


masyarakat berasaskan pengetahuan.
Menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan
melalui pengukuhan pelaburan dalam negeri dan pembangunan
keupayaan tempatan disamping penarikan pelaburan langsung asing (FDI)
yang berterusan ke dalam bidang strategik.
Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik
melalui penerapan pengetahuan yang lebih tinggi.

Membasmi kemiskinan dikalangan kelompok kecil yang miskin


dikawasan terpencil, Orang asli dan kumpulan minoriti Bumiputera di
Sabah dan Sarawak serta meningkatkan pendapatan dan kualiti
kumpulan pendapatan 30% terendah.
Mencapai penyertaan Bumiputera yang berkesan serta pemilikan
ekuiti sekurang-kurangnya 30% menjelang 2010.
Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor utama ekonomi.
Mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia bagi
menyokong pembentukan masyarakat yang berasaskan
pengetahuan

KONSEP WAWASAN
2020

Wawasan 2020 terkandung di dalam ucapan dasar Perdana


Menteri ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamed di majlis pelancaran
penubuhan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari
1991.

Wawasan 2020 berkait rapat dengan empat dokumen lain iaitu:

Telah mengemukakan beberapa pandangan beliau tentang arah


pembangunan negara dan langkah-langkah yang perlu diambil
untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang
benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan itu adalah
menurut acuan negara sendiri.
Rangka Rancangan Jangka Panjang II (RRJPII)
Dasar Pembangunan Nasional
Rancangan Malaysia ke-6
Rancangan Malaysia ke-7

Matlamat terakhir Wawasan 2020


menjadikan Malaysia negara yang benarbenar maju dalam tiga dekad.

Untuk mewujudkan satu bangsa dan negara yang bersatu.

W
A
W
A
S
A
N
2
0
2
0

Untuk mewujudkan satu bangsa yang merdeka, pemurah dan


berkeyakinan.
Untuk melahirkan satu bangsa yang matang dengan sifat-sifat
demokrasi.
Untuk melahirkan satu bangsa yang mempunyai nilai-nilai moral
dan etika tinggi.
Untuk melahirkan satu bangsa yang matang dan bertoleransi.
Untuk mewujudkan bangsa yang bersifat saintifik dan
progresif.
Untuk melahirkan masyarakat yang berbudi dan bersikap
penyayang.
Untuk menjamin pembahagian ekonomi yang adil dikalangan
masyarakat.
Untuk mewujudkan kemakmuran masyarakat.

You might also like