You are on page 1of 7

BAB 7

KUNCI KEKUATAN ORANG


MELAYU
NUR SYAFIQA BT DZULKIFLI
NUR SYAZA BT ZULKIFLI
GROUP 8

Survival Melayu
Mengekalkan kesinambungan orang Melayu
dan Bumiputera untuk terus hidup atau wujud.

Konsep Survival Melayu


Satu usaha yang dilakukan oleh kerajaan
untuk memastikan kehidupan dan kewujudan
orang Melayu dan Bumiputera terus terjamin
mengikut peruntukan dalam Perlembagaan
Malaysia.

PERSOALANNYA
1) Apakah kekuatan orang Melayu
sehingga kerajaan perlu menjaga kepentingan
orang melayu di Malaysia?

2) Kenapakah wujudnya
Survival Melayu?

Melayu Kuat Kerana Adanya:-

Perlembaga
an
Malaysia

Kedudukan
Islam yang
Tinggi

1) PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Untuk memastikan survival orang Melayu dan Bumiputera terus terjamin
di Tanah Melayu maka pemimpin Melayu telah memasukkan dalam
Perlembagaan berkaitan dengan hak keistimewaan orang-orang Melayu
dan Bumiputera.
Perkara 153:- perkara yang menjadi keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera
yang mesti dipertahan oleh kerajaan ialah :
kuota jawatan yang diisi oleh orang Melayu dalam sektor perkhidmatan awam.
biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.
kuota pendidikan untuk anak-anak Melayu/ bumiputera masuk ke IPTA iaitu-70 % Melayu
dan 30% non Melayu. Kuota ini juga telah dihapuskan dan digantikan dengan sistem
meritokrasi.
lesen perniagaan untuk orang Melayu/ bumiputera dan memastikan orang Melayu
menguasai 30% ekonomi Malaysia.
tanah rezab untuk orang Melayu.
kemudahan-kemudahan khas untuk orang Melayu.

2) KEDUDUKAN ISLAM
Perkara 3(1) - Islam adalah Agama Persekutuan tetapi dalam masa yang
sama, agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan harmoni.
- Orang-orang Melayu lazimnya beragama Islam. Sultan-sultan adalah
ketua bagi Agama Islam di negeri masing-masing dan YDP Agong adalah
ketua Agama Islam bagi negeri-negeri yang tiada sultan.
- Jadi, dengan kuatnya kedudukan Agama Islam dalam Perlembagaan,
maka secara tidak langsung akan kuat juga kedudukan survival orang
Melayu di Malaysia.

Terima kasih

You might also like