You are on page 1of 10

MATLAMAT

DALAM
POLITIK ISLAM
- Kumpulan 8 -

1- Mendidik
manusia mengenal
Allah

2- Mengajar
manusia
melaksanakan
ibadah dengan
baik

3- Menunaikan
amanah dengan
menegakkan
syariat

6- Melaksanakan
ajaran Islam
secara menyeluruh

4- Membangun
dan memakmur
muka bumi

5- Menegakkan
kebenaran dan
mencegah
kemungkaran

7- Menyerlahkan
keistimewaan dan
keunggulan Islam

Ini merupakan perjuangan utama para Rasul sejak nabi Adam


sehinggalah nabi Muhammad saw.
Aqidah Islamiyyah menjelaskan bahawa hak pemerintahan
sebenarnya merupakan hak mutlak Allah swt.
As-Syahid Hassan Al-Banna mengatakan bahawa mengenal
Allah merupakan kekuatan yang memimpin kepada
perubahan dan yang memindahkan seseorang atau
kumpulan dari suatu keadaan kepada keadaan yang lain.
Iman pada hakikatnya merupakan asas kehidupan sejati bagi
manusia. Berbekalkan iman manusia akan dapat
membezakan antara hak dan batil.
Islam mengajar kita bahawa setiap urusan yang melibatkan
hubungan sesama manusia, Tuhan mestilah dijadikan sebagai
pengikat dalam perhubungan itu.

Mendi
dik
manus
ia
meng
enal
Allah

Firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah dan


sujudlah, dan beribadatlah kepada Tuhan kamu, serta lakukanlah
kebaikan (sesama kamu) supaya kamu berjaya (di dunia dan
akhirat) - surah al Haj:77
Islam menuntut kewujudan dua suasana dalam kehidupan
manusia beriman iaitu aman hubungan mereka dengan Allah
melalui solat dan aman juga hubungan mereka sesama manusia
melalui saling melakukan kebajikan.
Berbuat baik sesama manusia adalah ibadah kepada Allah. Ia
dikategorikan sebagai amal taat kepada perintah Allah. Allah
menyuruh solat dan Allah menyuruh berbuat kebaikan. Maka
kedua-duanya adalah ibadah taat dan tunduk kepada kehendak
dan perintahNya.
Politik Islam adalah politik kebaikan dan kebajikan yang
menganjurkan segala jalan-jalan ke arah keharmonian dan
kebahagiaan hidup dalam negara. Ia menolak kezaliman dan
segala bentuk halangan daripada melakukan kebaikan.
Dalam politik kenegaraan, istilah kebaikan diperluaskan dalam dua
perkataan yang lebih menyeluruh iaitu keadilan dan kesatuan.

Menga
jar
manus
ia
melak
sanak
an
ibadah
denga
n baik

Dalam konteks ini, politik dilihat sebagai satu urusan kepimpinan


yang hakikatnya adalah amanah Allah kepada manusia.
Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud, setiap kita
adalah gembala (pemimpin) dan setiap pemimpin akan ditanya
tentang kepimpinannya.
Urusan ini sangat penting dalam ajaran Islam, justeru kepimpinan
(politik) adalah satu alat untuk menegakkan ubudiyah kepada
Allah swt.
Lantaran itu, politik menjadi sesuatu yang bersih kerana
ditunjangi oleh akidah yang mantap, dipantau oleh syariat dan
dihiasi oleh akhlak.
Syariah ialah hukum hakam yang diwahyukan oleh Allah kepada
para nabi dan rasul untuk dibawakan kepada sekalian hambanya.
Syariah bermaksud sesuatu hukum yang dinisbahkan kepada
hukum syarak sebagai syariah yang wajib dilaksanakan dalam
pentadbiran negara, di mana pemimpin-pemimpin dan pentadbir
yang tidak melaksanakan hukum-hukum Allah sebagai syariah
akan menerima balasan buruk di akhirat kelak.

Menun
aikan
aman
ah
denga
n
mene
gakka
n
syaria
t

Melaksanakan hukum Allah dan memakmurkan dunia dengan


menggunakan akal yang waras kurniaan Allah swt.
Negara Islam dengan sistem politiknya juga bertujuan untuk
memakmurkan bumi ini serta memberikan cara hidup yang
mulia kepada semua rakyatnya, di samping memberi peluang
yang sama rata dan adil dalam membahagi-bahagikan
kekayaan Negara.

Memb
angun
dan
mema
kmur
muka
bumi

Amar makruf nahi munkar


Di dalam al Quran dan sunnah, kita akan menemukan banyak
arahan agar ditegakkan keadilan dan ditegah kezaliman serta
dipupuk perpaduan umat dan ditegah perpecahan dan
pemutusan silaturrahim sesama manusia.
Politik Islam menolak segala cara yang menimbulkan
perbalahan, kebencian, keterlampauan dan segala apa yang
menambahkan duka lara kerosakan dalam kehidupan.
Segala usaha-usaha politik oleh setiap muslim mestilah
dengan hasrat melakukan islah, pembaharuan dan
perubahan ke arah yang lebih baik dan melalui cara yang
baik juga.
Perasaan tolong - menolong dan menegakkan keadilan
adalah nilai yang diberi keutamaan dalam unsur amar makruf
dan nahi mungkar.

Meneg
akkan
keben
aran
dan
mence
gah
kemun
gkara
n

Politik Islam dijalankan secara menyeluruh dan tidak


memisahkan antara pembangunan politik yang bersifat
kebendaan dan pembangunan politik yang bersifat kerohanian.
Ini dapat melahirkan masyarakat yang berjiwa kental dan
sanggup menghadapi segala cabaran zaman berteknologi
canggih dan Islam ternyata telah membuktikannya melalui
sejarah peradaban Islam yang lampau.
Pembangunan yang hanya menekankan satu aspek sahaja
seperti pembangunan politik kebendaan akan melahirkan juga
individu politik cenderung ke arah itu. Akibat daripada
pembangunan yang tidak seimbang ini juga sudah pasti akan
lahirlah masyarakat yang tidak seimbang juga.
Contohnya seperti politik di negara barat yang hanya
menumpukan kepada pembangunan politik yang bersifat
material semata-mata. Mereka berjaya menjadi sebuah negara
maju, tetapi dalam masa yang sama mereka mengalami
masalah keruntuhan moral dan akhlak yang mendukacitakan.

Melak
sanak
an
ajaran
Islam
secara
meny
eluruh

Menurut Hocking, profesor falsafah yang terkemuka dari


Universiti Harvard, "Islam mempunyai dorongan dalaman
bagi pertumbuhan jika dibandingkan dengan agama atau
sistem lain. Secara keseluruhan, Islam lebih bersedia untuk
menghadapi perubahan jika dibandingkan dengan agama
lain; namun kesukaran yang Islam hadapi bukanlah cara
untuk berkembang, tetapi kekurangan kecenderungan.
Islam ini bukan hanya untuk orang Arab dan Melayu tetapi ia
ditujukan kepada seluruh umat manusia hingga hari kiamat
dan ia bersifat menyeluruh.
Syariat Islam hadir untuk memecahkan seluruh aspek
kehidupan manusia, sama ada hubungan manusia dengan
Tuhan, hubungan dengan dirinya sendiri, dan hubungan
sesama manusia lain.
Keistimewaan kitab al Quran itu sendiri yang tidak akan
berubah isinya dan akan kekal boleh digunakan sehingga hari
kiamat.

Menye
rlahka
n
keisti
mewa
an
dan
keung
gulan
Islam

1.

Memelihara keimanan menurut prinsip-prinsip yang telah disepakati


oleh ulama salaf daripada kalangan umat Islam

2.

Melaksanakan proses pengadilan dikalangan rakyat dan menyelesaikan


masalah dikalangan orang-orang yang berselisih

3.

Menjaga keamanan daerah-daerah Islam agar manusia dapat hidup


dalam keadaan aman dan damai

4.

Melaksanakan hukuman-hukuman yang telah ditetapkan syarak demi


melindungi hak-hak manusia

5.

Menjaga perbatasan negara dengan pelbagai persenjataan bagi


menghadapi kemungkinan serangan daripada pihak luar

6.

Melancarkan jihad terhadap golongan yang menentang Islam

7.

Mengendalikan urusan pengutipan cukai, zakat, dan sedekah


sebagaimana yang ditetapkan syarak

8.

Mengatur anggaran belanjawan dan perbelanjaan daripada


perbendaharaan negara agar tidak digunakan secara boros

9.

Melantik pegawai-pegawai yang cekap dan jujur bagi mengawal


kekayaan negara dan menguruskan hal ehwal pentadbiran negara

10. Menjalankan pengawalan dan pemeriksaan yang rapi dalam hal ehwal
awam demi untuk memimpin negara dan melindungi Ad-Din

Tambahan.

10 perkara
penting yang
telah
digariskan
oleh para
Fuqaha Islam
sebagai
tujuan kepada
sistem politik
dan
pemerintahan
Islam

You might also like