You are on page 1of 94

NOR HARYATI BT.

HAMID YAACOB
SUMITHA A/P MUNIYANDI
AGILA DEVI A/P RAJAMANIKAM
SELVANAYAKI A/P PERIAKARUPPAN

M20141000228
M20141000177
M20141000157
M20141000211

Apa itu PPPM?

PENGENALAN

Pada Oktober 2011, Kementerian Pendidikan telah


melancarkan kajian semula sistem pendidikan negara secara
menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia yang baharu.

Keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan


dibuat dalam konteks standard pendidikan antarabangsa yang
kian meningkat, peningkatan aspirasi negara dalam
mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan
abad ke-21, dan peningkatan harapan ibu bapa serta
masyarakat terhadap dasar pendidikan negara.

Dalam tempoh 15 bulan (Oktober 2011 hingga Disember 2012),


Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber yang
dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD,
dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam.
Kajian ini juga melibatkan pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, murid,
dan orang ramai di seluruh negara. Hasilnya ialah Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia yang telah menilai prestasi semasa sistem
pendidikan negara dengan mengambil kira pencapaian lampau dan
membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa.

Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang
dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan. Pelan ini juga
mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu
dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan.

Bagaimana PPPM
dilaksanakan?

TRANSFORMASI PENDIDIKAN AKAN


DILAKSANAKAN DALAM TEMPOH 13 TAHUN
Gelombang 1 (2013-2015)
Mengubah sistem dengan menyokong guru dan memberikan
tumpuan kepada kemahiran utama
-Meningkatkan starndart pengajaran melalui bimbangan secara
khusus
-Mereka bentuk semula soalan peperiksaan
-Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)Bahasa
Malaysia SJK yang direka
-Melaksanakan 1BestariNet
Gelombang 2 (2016-2020)
Memacu peningkatan sistem
- Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) semakan semula

dan

-Merintis pilihan program untuk meningkatkan pendedahan kepada


bahasa Inggeris
- Memacu inovasi ICT
Gelombang 3 (2021-2025)
Menganjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan
keluwesan operasi
-Melaksanakan program dan inovasi ICT bagi kumpulan
berkeperluan khusus
-Memupuk budaya kecemerlangan profesional keteladanan rakan
setugas, iaitu guru dan pemimpin
-Mempertingkat pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi

Apakah Objektif
PPPM?

. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia


berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan
standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan
perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan
sistem.

. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem

Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan
sistem
pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun
2025.

pendidikan, termasuk perubahan utama dalam Kementerian bagi


memenuhi permintaan baharu dan harapam tinggi masyarakat, serta
menyokong transformasi perkhidmatan awam.

Dalam merangka Pelan ini, 9 bidang keutamaan yang dikenal pasti


hasil daripada Laporan Penilaian Pendidikan Negara telah
diperhalusi. Sembilan perkara tersebut ialah:
* Pertama, memartabatkan profesion keguruan
* Kedua, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah;
* Ketiga, meningkatkan kualiti sekolah;
* Keempat, memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran;
* Kelima, meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa;

* Keenam, mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat


sebagai rakan kongsi dalam pendidikan;
* Ketujuh, meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam
pendidikan tinggi dan pasaran kerja;
* Kelapan, memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber; dan
* Kesembilan, membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian
pendidikan.
Daripada keseluruhan 9 bidang keutamaan ini, Kementerian telah mengenal
pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan merangkumi perubahan strategi dan hala
tuju pendidikan serta perubahan operasi yang telah dan sedang dilaksanakan.

Apakah Aspirasi
PPPM?

5 Aspirasi

Akses:

Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat


kesamarataan peluang pendidikan

Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat


dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah
hingga ke peringkat menengah atas menjelang 2020

Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan


cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di
Malaysia,
dan
setanding
dengan
sistem
pendidikan
antarabangsa.

Kualiti:

Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan


cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia,
dan setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa.

untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas


dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS
dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang

Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang


relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila
dimensi itu dibangunkan dan diterima di peringkat antarabangsa.

Ekuiti:

Sistem
pendidikan
berprestasi
tinggi
menyediakan
pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa
mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang
sosioekonomi.

Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang


pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap
sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50%
menjelang 2020.

Perpaduan:

Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan


lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah.

Melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar


belakang
sosioekonomi,
agama
dan
etnik,
murid
belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan.

Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian pengalaman


dan aspirasi bagi membina masa hadapan Malaysia dan
memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.

Kecekapan:

Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan


yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih
tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke
dalam sistem.

terus mengekalkan tahap pelaburan semasa,

Kementerian
berhasrat
untuk
memaksimumkan
keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.

Pengetahuan:

Di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai


sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi.
murid menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan
Sains.

perlu didedahkan kepada pengetahuan am yang menyeluruh


tentang Malaysia, Asia, dan dunia dari aspek sejarah,
manusia, dan geografi.

digalakkan mengembangkan pengetahuan dan


dalam bidang lain seperti seni, muzik, dan sukan

kemahiran

Kemahiran Berfikir:

Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang


kehidupan mereka

menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang


hayat

untuk membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta


ilmu yang baharu

menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis,


kreatif, serta inovatif

Bidang ini kurang diberi perhatian, menyebabkan murid kurang berupaya untuk
mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik

Kemahiran Memimpin:

Dalam dunia yang semakin saling berhubung kait, kebolehan


untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan
adalah amat penting

Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai


potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan
tidak formal untuk bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri
kepimpinan

Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi empat


dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi,
dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan

Kemahiran Dwibahasa:

Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia sebagai


bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa
Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa

Dengan tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan


persekolahan, murid sepatutnya berupaya menggunakan
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran
kerja

Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua


murid mempelajari bahasa lain sebagai bahasa tambahan

Etika dan Kerohanian:

Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri


setiap murid bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam
kehidupan dewasa,

mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak


membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada
dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang
betul

Sistem pendidikan juga berhasrat untuk membentuk individu


penyayang yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan
komuniti dan negara

Identiti Nasional:

Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun


Negara, diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia

Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa


mengira etnik, agama atau status sosioekonomi

Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan


cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama
untuk masa depan negara

Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya belajar memahami


dan menerima kepelbagaian, tetapi juga menghayati kepelbagaian

11 Anjakan dalam
PPPM

ANJAKAN 1 : ialah Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti


Bertaraf Antarabangsa.

ANJAKAN 2 : iaitu memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris.

ANJAKAN 3 : iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

ANJAKAN 4 : iaitu meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan


sebagai profesion pilihan.

ANJAKAN 5 : Kementerian akan memastikan guru memberikan tumpuan kepada


fungsi teras pengajaran dengan mengurangkan beban pentadbiran.

ANJAKAN 6 : iaitu mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan


penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

ANJAKAN 7 : iaitu memanfaatkan (ICT) bagi meningkatkan kualiti


pembelajaran.

ANJAKAN 8 : iaitu mentransformasi kebolehan dan keupayaan


penyampaian Kementerian Pelajaran.

ANJAKAN 9 : bekerja dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta


secara meluas.

ANJAKAN 10 : memaksimumkan keberkesanan murid bagi setiap


ringgit.

ANJAKAN 11 : meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban


awam secara langsung.

Apakah Inisiatif
Utama PPPM?

1. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap RM yang


dibelanjakan (penjajaran)
2. Piagam Guru
3. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT/HOTS)
4. Peningkatan kemahiran guru dan murid dalam TIMSS dan
PISA
5. Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS)
6. Standard garis asas infrastruktur
7. Program Transformasi Daerah (DTP)
8. Enrolmen prasekolah
9. Penglibatan ibu bapa dan komuniti
10. Pengukuhan fungsi teras organisasi dan penstrukturan
semula KPM
11. Transformasi Pendidikan Vokasional
12. 1BestariNet
13. Program Peningkatan Profisiensi Guru Bahasa Inggeris
14. Piagam Pemimpin Sekolah
32

Perbezaan PPPM
dengan Pelan
Pendidikan yang
lain

Fasa

diagnostik untuk menentukan baseline sistem


pendidikan Negara.
Publicengagement dengan rakyat input digunakan
dalam pembangunan pelan
Policystatement,strategicandoperations
Menggariskan 5 aspirasi sistem untuk menyediakan
murid dengan kemahiran abad ke 21 memastikan
murid mencapai 6 aspirasi murid dalam PPPM iaitu
pengetahuan,kemahiran berfikir, profisiensi
dwibahasa (dan galakan untuk menguasai bahasa
lain), kemahiran kepimpinan, identiti
nasional,etika dan kerohanian

Kelebihan PPPM

hasil perbincangan yang berkualiti dan berwibawa dengan


penglibatan lebih 50,000 pengawai Kementerian, pendidik,
pengetua, ibu bapa, pelajar dan orang ramai.

berdasarkan panel penasihat yang disertai oleh 12 pakar tempatan


yang dilantik daripada pelbagai bidang yang bersesuaian.

Kementerian turut melantik 4 pakar pendidikan bertaraf


antarabangsa, iaitu Dr Andreas Schleicher (Ketua, Analisis dan
Indikator, OECD), Dr Byong-man Ahn (Mantan Menteri Pendidikan
Korea Selatan), Professor Michael Fullan (Penasihat Khas kepada
Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Ontario, Kanada) dan
Professor Sing Kong Lee (Pengarah, Institut Pendidikan Kebangsaan
(NIE), Singapura) bagi memperkukuhkan kerja penyediaan pelan.

bertujuan meningkatkan mutu dan prestasi pendidikan Negara


secara menyeluruh.

transformasi sebegini merangkumi pelbagai aspek, termasuk mutu


akademik, kemahiran bahasa, tahap penilaian, standard
profesionalisme guru, struktur organisasi Kementerian Pelajaran
dan isu-isu lain yang berkaitan.

menekankan penguasaan murid dalam Bahasa Malaysia dan


Bahasa Inggeris, tanpa sebarang usul untuk mengubah sistem dan
aliran pendidikan yang sedia ada

tidak menafikan peranan dan sumbangan sekolah aliran lain dalam


pembentukan modal insan generasi muda Negara yang berkualiti.

mengutamakan pembangunan kualiti murid, di samping


menjadikan peningkatkan mutu sistem pendidikan sebagai
sasaran yang akan melengkapkan keseluruhan transformasi.

sistem pendidikan yang memberikan ruang pembangunan


yang sesuai bagi pelbagai aliran pendidikan akan diteruskan

mewujudkan lebih banyak perantara yang membolehkan


penglibatan yang lebih daripada golongan ibu bapa dan
pelajar dalam soal pendidikan

mengambil kira keperluan murid-murid dalam menghadapi


Pendidikan Abad ke 21.

Kelemahan PPPM

Isu

PBS
Kekurangan prasarana
Jurang diantara murid di bandar dan di luar
bandar bertambah
Isu-isu asas khususnya di sekolah pulau /
pedalaman (seperti bekalan api terputus,
tiada internet) masih menjadi halangan
dalam usaha guru memberi tumpuan
kepada PPPM
Guru yang kurang kemahiran

Implikasi PPPM

Implikasi Kepada Perancangan Dan Pelaksanaan


Pendidikan Negara
Bagi

memastikan keberkesanan dan kelestarian transformasi sistem


pendidikan Malaysia, setiap pihak yang terlibat mesti memahami peranan
penting yang mereka mainkan dan manfaat yang akan mereka nikmati.
Program

yang direncanakan dalam pelan ini dihasratkan membawa ke arah


satu set manfaat, hak dan tanggungjawab secara kolektif bagi setiap
kumpulan.
Faktor

globalisasi adalah faktor yang paling utama mendepani cabaran


perubahan hari depan.
Faktor

hak asasi manusia mengikut ukuran barat, budaya popular dan


hedonistik yang sedang menular, hegemoni pihak luar terhadap faktor
teknologi, ekonomi dan budaya memberikan Malaysia pilihan mencabar
untuk terus maju dan berubah.

Implikasi Kepada Murid


Mempunyai

kepercayaan asas bahawa semua murid


boleh belajar, dan semua murid boleh berjaya.

Murid

akan mempunyai pembelajaran yang kaya,


dari segi akademik dan bukan akademik supaya
mereka boleh berjaya dalam kehidupan.

Murid

akan mempunyai lebih hak bersuara dalam


membentuk pengalaman belajar mereka.

Implikasi Kepada Guru


Guru

akan mendapat sokongan yang diperlukan


untuk berjaya.

Guru

akan menikmati persekitaran kerja yang lebih


sesuai, ganjaran berasaskan prestasi dan laluan
kerjaya yang lebih baik.

Guru

akan didedahkan dengan budaya kerjasama dan


kecemerlangan profesional.

Implikasi Kepada Pemimpin Sekolah


Pemimpin

sekolah akan mendapat sokongan dan sumber yang


mereka perlukan bagi memacu sekolah dengan berkesan.

Pemimpin

sekolah akan menikmati persekitaran bekerja yang


lebih baik dan ganjaran berasaskan prestasi.

Pemimpin

sekolah akan diberi kuasa melalui pengurusan


berasaskan sekolah yang lebih tinggi.

Implikasi Kepada Pegawai Kementerian


Pegawai

Kementerian akan menerima sokongan, latihan dan


sumber yang bersasaran yang diperlukan untuk memenuhi
peranan dan tanggungjawab baharu mereka.

Pegawai

Kementerian akan bekerja dalam persekitaran yang


telus dan saling bekerjasama.

Pegawai

Kementerian akan mempunyai keluwesan


pengoperasian dan kebertanggungjawaban yang lebih besar.

Implikasi Kepada Ibu Bapa

Ibu bapa akan lebih memahami tentang kemajuan anak


mereka, dan bagaimana mereka boleh membantu
meningkatkannya.

Ibu bapa akan mempunyai lebih banyak peluang untuk


memberikan input kepada strategi penambahbaikan sekolah
anak mereka.

Ibu bapa merasa selesa dalam mendampingi pihak sekolah


dalam segala aktiviti yang dirancang.

Implikasi Kepada Kurikulum Kebangsaan

Kurikulum yang menitikberatkan pendidikan abad ke 21.

Pengintergrasian ICT dan multimedia dalam PdP bagi bersiang secara global

Sistem Peperiksaan yang lebih sesuai berdasarkan kemampuan dan tahap


perkembangan murid.

PdP yang mengintergrasikan pelbagai kaedah bagi menarik minat murid-murid.

Penerapan HOTS/KBAT dalam membentuk pemikiran murid out of the box

Transformasi Pendidikan dalam


PPPM
Komunikasi

Penggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa


berinteraksi secara verbal dan non verbal dalam
bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan
bahasa Tamil

Kerohanian

dan sikap

Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan


nilai
Kemanusiaan

- Penguasaan ilmu dan amalan tentang


kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara
dan global
-Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Ketrampilan

diri

Pemupukan kepimpinan dan


kurikulum dan kokurikulum
Fizikal

sahsiah diri melalui aktiviti

dan estetika

-Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri


-Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Literasi

sains dan teknologi

-Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik


-Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
-Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan
teknologi

Isu-Isu PPPM

Bahasa

Gabungan NGO pelbagai etnik dan agama menentang Penambahan


waktu kelas bahasa Melayu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina
kerana dikatakan tidak mendorong pembangunan pendidikan bahasa
ibunda mereka.

Kualiti Guru

Tidak dapat dinafikan untuk melahirkan generasi yang cemerlang,


kualiti pendidik itu sendiri memain peranan yang amat besar. Untuk
merealisasikan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, isu
kualiti guru perlu ditangani segera. Persoalannya, dapatkah guru yang
berkualiti dijana untuk persediaan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia ini?

Status ekonomi dan kelas sosial

Perbezaan status ekonomi memang telah menjadi isu dan


cabaran besar dalam mencapai keberhasilan pendidikan.
Terdapat korelasi di antara pendapatan ibu bapa murid dan
lokasi yang menentukan pencapaian akademik murid.

Oleh sebab itu, ketaksamarataan pendidikan masih lagi


perlu ditangani walaupun kerajaan sering memberi
bantuan kepada golongan yang memerlukan dari segi
kewangan pendidikan

Pencapaian PPPM
sehingga kini

Akses dan peluang pendidikan

Umum mengetahui bahawa kanak-kanak di Malaysia mendapat


akses kepada pendidikan yang merupakan objektif utama dalam
sistem pendidikan negara. Mereka akan dipastikan bersekolah
dan kekal bersekolah dalam tempoh yang ditetapkan bagi
mencapai tahap.

Perlanjutan tempoh pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada


11 tahun sememangnya akan dapat menyumbang kepada tahap
pembangunan taraf pendidikan Negara secara amnya. Dengan
perlaksanaan saranan ini, setiap murid akan menghabiskan alam
persekolahan dengan kelayakan minimum SPM atau kelayakan
vokasional yang setara.

Melahirkan murid yang kompeten dalam kemahiran berbahasa

Kerajaan memastikan agar dasar bahasa dikemaskini bagi meningkatkan


kemahiran berbahasa, bukan sahaja bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris
malah bahasa Cina dan bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan. Dengan
adanya kemahiran berbahasa, murid berpeluang mengembangkan potensi diri
dan lebih bersedia berhadapan dengan dunia selepas persekolahan.

Mengekalkan asas dan keistimewaan sistem pendidikan sedia ada, termasuk


kedudukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil dan Sekolah Mubaligh.

Meningkatkan mutu Bahasa Inggeris tanpa menjejaskan perkembangan


bahasa- bahasa lain. Anjakan sedemikian adalah sejajar dengan kehendak
masyarakat dalam membimbing generasi baru untuk berdepan dengan
cabaran semasa.

Menggunakan ICT bagi bersaing sama tinggi dengan


peringkat antarabangsa

Bagi menyediakan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris


yang lebih efektif, kerajaan telah meneroka penggunaan ICT
yang
dapat
melengkapkan
individu
dengan
kemahiran
pembelajaran yang baru. Usaha kerajaan untuk merangka
pembelajaran dalam talian dan tutorial interaktif adalah murni
dan dapat menyumbang kepada perkembangan global sejagat.

Memanfaatkan kecanggihan teknologi maklumat dalam proses


pengajaran dan pembelajaran, yang mana akan menjadikan
kandungan pembelajaran lebih luas, menarik dan bersifat
interaktif.

Penilaian dan Kerjaya

Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan dimansuhkan pada


tahun 2014 dan diganti dengan penilaian berasakan sekolah,
manakala Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan
ditambah baik pada tahun 2016 dengan mengambil kira
penilaian dalam sekolah. Transformasi sedemikian akan dapat
mengubah
sistem
pendidikan
Negara
yang
terlalu
berorientasikan peperiksaan.

Penekanan kaunseling kerjaya untuk setiap murid akan bermula


di peringkat sekolah menengah. Dengan ini, murid akan lebih
jelas dengan hala tuju pendidikan mereka masing-masing.

Tahap Profesionalisme Guru

Mengetatkan syarat lantikan guru mulai tahun 2013 dengan


meningkatkan standard kemasukan, iaitu daripada kohort
graduan cemerlang 30% teratas, di samping terus menekankan
pemilihan guru melalui penilaian personaliti. Cara sedemikian
akan membolehkan guru yang dilatih lebih berkualiti dan lebih
efektif dalam pengajaran.

Meningkatkan
standard
guru
Bahasa
Inggeris
dengan
memastikan kesemua 70,000 orang guru Bahasa Inggeris lulus
Cambridge Placement Test (CPT) dalam tempoh dua tahun. Guru
yang tidak mencapai standard yang ditetapkan dikehendaki
mengikuti latihan intensif bagi meningkatkan kemahiran mereka.

Memastikan guru memberi tumpuan ke atas fungsi teras


pengajian mulai tahun 2013 dengan mengurangkan beban tugas
pentadbiran. Langkah sedemikian amat penting memandangkan
purata masa bekerja untuk seseorang guru sekarang adalah 57
jam seminggu tetapi masa pengajaran hanya 15 jam sahaja.

Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi. Guru


berprestasi tinggi akan dinaikkan gred dari DG41 ke DG54 dalam
tempoh masa yang lebih pendek berbanding tempoh 25 tahun
sekarang.

Memperluaskan laluan kerjaya guru berdasarkan peranan


kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus
berdasarkan prestasi, potensi dan minat mereka.

Isu Berkaitan Anjakan ke 7

Anjakan

ke 7 PPPM

Kerajaan Malaysia berhasrat melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara


dan bermatlamat melengkapkan setiap murid dengan segala kemahiran baharu yang
diperlukan oleh mereka untuk bersaing dan menangani cabaran abad ke-21.

Cabaran dalam sistem pendidikan di Malaysia adalah untuk menganjak paradigma


warga pendidik ke arah perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan sekolah terkini menggunakan komputer dan kemudahan ICT sebagai
pendekatan alternatif.

Kementerian telah membelanjakan lebih RM6 bilion untuk teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) dalam inisiatif pendidikan, seperti Sekolah Bestari.

untuk melahirkan rakyat yang berkemahiran tinggi bagi mencapai taraf negara maju
pada tahun 2020

penggunaan ICT secara meluas ini juga merupakan salah satu indikator negara maju

Apakah bentuk kejayaan?

Menyediakan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya


melalui 1BestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah menjelang 2013.

semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah melalui


1BestariNet.

Rangkaian ini berfungsi sebagai asas kepada pembinaan platform


pembelajaran maya yang dapat digunakan oleh guru, murid, dan ibu bapa
untuk berkongsi sumber pembelajaran, melaksanakan pembelajaran secara
interaktif, dan berkomunikasi secara maya.

Kementerian juga akan melabur dalam latihan Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Ringkasan Eksekutif E-32 kecekapan ICT
untuk semua guru dan secara beransur-ansur, meningkatkan nisbah perantimurid daripada hampir 1:30 pada 2011 kepada 1:10 menjelang 2020.

Menambahkan kandungan dalam talian untuk perkongsian amalan


terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan
pengajaran dalam Sains, Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris pada 2013.

Guru boleh mengakses lebih banyak contoh sumber pengajaran terbaik secara
dalam talian.

Akses kepada sumber ini akan dimulakan dengan pewujudan satu perpustakaan
video pengajaran oleh Guru Cemerlang dalam mata pelajaran penting seperti
Sains, Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris pada 2013.

Mata pelajaran lain akan ditambah dalam perpustakaan video dari semasa ke
semasa.

Guru boleh menggunakan sumber ini bagi mendapatkan idea, dan murid pula
dapat menjadikannya sebagai alat ulang kaji.

Memaksimumkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan


pembelajaran kadar kendiri untuk memperluas akses kepada pengajaran
berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi atau tahap kemahiran murid.

Pada masa depan, murid akan menikmati pengalaman pembelajaran yang lebih
bersifat peribadi.

Murid dapat mempelajari mata pelajaran yang tidak ditawarkan di sekolah, dan
belajar secara langsung dengan guru terbaik negara melalui program
pembelajaran jarak jauh.

Murid dapat belajar mengikut kadar kendiri, dengan guru bertindak sebagai
pemudah cara dan bukannya sebagai pembekal kandungan mata pelajaran secara
langsung.

Program perintis inovasi ini akan dimulakan pada 2016. Program yang berjaya
akan dilaksanakan di seluruh negara.

1 Bestari Net
1

BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pelajaran


Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications.
Di

bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah
di Malaysia akan dilengkapi dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan
platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan internet
berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu.
Antara

komponen penting dalam perkhidmatan ini adalah:Capaian jalur lebar yang lebih tinggi.
Perkhidmatan hosting terurus.
Perkhidmatan keselamatan terurus.
Persekitaran pembelajaran maya (Virtual Learning Enviroment - VLE )
Penyelenggaraan VLE
Pewujudan Programme Management Office - PMO

Apakah yang dimaksudkan dengan ICT dalam pembelajaran bilik darjah?


Konsep ICT dalam pembelajaran bilik darjah adalah
menggabungkan
pelbagai bentuk teknologi maklumat sebagai alat pedagogi di dalam pendidikan
seharian.
Bagaimana ICT dalam pembelajaran bilik darjah boleh dilaksanakan di
Malaysia?
Seorang atau dua orang guru (kebiasaannya guru ICT di sekolah) akan dilatih
untuk menggunakan VLE. Guru yang telah dilatih ini akan kembali ke sekolah
mereka dan melatih pula guru-guru yang lain.
Apakah peralatan yang diberikan kepada sekolah?
Sambungan 4G di lebih 10,000 buah sekolah kerajaan, setiap sekolah juga
mempunya akses kepada Virtual Learning Environment (VLE) yang mana guru
dan pelajar boleh menggunakannya dan setiap sekolah juga akan dilengkapi
dengan satu set yang mengandungi 40 buah Google Chromebooks.

Penggunaan ICT Dalam Pendidikan Di Luar


Negara

Cabaran

1.

Pembangunan infrastruktur ICT di sekolah.

2.

Penyediaan perkhidmatan rangkaian yang berkelajuan tinggi.

3.

Pengurusan dan penyelenggaran aset ICT terlalu besar.

4.

Penyedian perisian PdP yang interaktif serta memenuhi keperluan pendidikan negara.

5.

Penguasaan tenaga pengajar dalam menggabungkan penggunaan ICT dalam aktiviti


PdP

6.

Latihan kemahiran ICT kepada tenaga pengajar bagi memenuhi tahap kecekapan ICT.

7.

Pembudayaan komunitit ICT dikalangan tenaga pengajar, murid dan pihak


pentadbiran.

8.

Sistem yang tidak mesra pengguna.

9.

Server tidak dapat menyokong keperluan pengguna.

10.

Networking kurang memuaskan dan slow.

11.

Peralatan

komputer

tidak

dapat

menyokong

aplikasi

yang

diperkenalkan.
12.

Terlalu banyak paparan maklumat yang perlu diisi.

13.

Data tidak dapat disimpan dengan sumpurna,kadang-kadang hilang.

14.

Kerja dibuat disaat-saat akhir menyebabkan talian online jam.

15.

Help Desk tempat mengadu masalah kadang-kadang lambat bertindak.

16.

Guru-guru terpaksa melakukan kerja untuk key-in maklumat dan data


lewat malam.

17.

Memudahkan pihak atasan memantau melihat sekolah sudah mengambil


tindakan atau tidak. Ini satu ancaman baru kepada kepimpinan sekolah.

18.

Lupa ID dan Pasword oleh pihak pengguna.

19.

Kualiti perkhidmatan dan peralatan yang dibekalkan kepada sekolah oleh


vendor yang dilantik kurang memuaskan berbanding dengan kos yang
telah dibayar kepada vendor.

20.

Gangguan bekalan elektrik.

Isu-Isu Berkaitan Anjakan ke 7 dengan PPPM


Kekangan Dalam Menghabiskan Silibus
masalah

utama yang
menghabiskan silibus
penggunaan

dihadapi

mereka

adalah

kekangan

untuk

internet memerlukan masa yang lama untuk dilayari dan

diakses.
untuk

membina, membangun dan mengintegrasi sumber-sumber


multimedia agak sukar walaupun mempunyai kemahuan menggunakan
teknologi dalam pengajaran, mempunyai kemahiran teknikal tetapi masa
dan sumber yang terhad akan terus menjadi penghalang utama dalam
dunia digital.

Sikap Negatif Guru


sebahagian

guru yang telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar


untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional
Ledakan

teknologi ICT memberi cabaran baharu kepada profesion guru dan


sistem pendidikan di sekolah yang masih belum mengalami perubahan yang
drastik dari segi pengadaptasian penggunaan teknologi baharu termasuk
komputer, digital, e-learningdan sebagainya.
sebilangan

guru mengelak dari menggunakan kemudahan tersebut dalam


pendidikan dan pengurusan di sekolah.
perkembangan

ini telah mengganggu zon selesa mereka kerana mereka


kurang pendedahan dan kurang faham dengan perkembangan ICT tersebut

Kekurangan Kemahiran
Penggunaan

IT mempunyai hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai


kecerdasan atau multiple-intelligences yang mencorakkan budaya pembelajaran
yang tidak lagi terikat kepada pembelajaran konvensional.
Kecekapan

dan kemahiran komputer dalam pembelajaran merupakan satu


kebolehan yang dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan kongnitif, kreativiti
dan inovasi, reka cipta, reka bentuk, visual, pembelajaran maya dan sebagainya.
Tidak

ramai para pendidik yang memanfaatkan internet sebagai satu alternatif


yang menyediakan akses kepada pelbagai maklumat yang dapat membantu
memantapkan bahan pengajaran dan pembelajaran.
penggunaan pembelajaran elektronik di sekolah terutamanya penggunaan
internet atau www masih lagi rendah. Ini adalah ekoran kekurangan kemudahan
dan kemahiran.

Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan


Meluaskan

literasi komputer menjadi agenda penting pendidikan selaras dengan dasar ICT
negara pada abad ke-21.
Era

teknologi maklumat memerlukan sistem pendidikan dan institusi sekolah menggubal


matlamat utama pendidikan bagi membentuk generasi muda yang celik dan mahir komputer.
Satu

cabaran penting pendidikan ialah menyediakan kemudahan komputer untuk semua pelajar.
Ini bermakna kemudahan komputer tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi
melibatkan keseluruhan pelajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya.
Kecanggihan

kemudahan ICT yang terdapat di sekolah pada masa ini adalah tidak seragam. Ada
yang meletak komputer di dalam bilik darjah, ada juga yang meletakkan semua komputer ini di
dalam makmal.
Ada

yang memiliki sambungan kepada Internet, ada yang tidak. Guru-guru terpaksa terlebih
dahulu mengetahui tahap keupayaan infrastruktur ICT yang terdapat di sekolah masing-masing
sebelum merancang sebarang aktiviti pembelajaran yang menggunakan ICT.

Jurang ICT dan Digital


Ketidakseimbangan

yang berlaku dalam masyarakat terutama dan


segi ekonomi, pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur.
pemodenan dan sebagainya akan memberi kesan terhadap kemajuan
ICT dan digital.
Terdapat

jurang ICT dan digital yang berlaku, terutama di luar


bandar dan di kalangan kaum.
Ketirisan

peluang menguasai pengetahuan dan kemahiran digital,


khususnya di kalangan pelajar miskin dan luar bandar.
Kekurangan

kemudahan dan kepakaran

Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi


Pihak

sekolah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi


membiayai berbagai-bagai kos penggunaan teknologi maklumat akan kembali
kepada pembelajaran konvensional.
Kelemahan

kepimpinan sekolah yang kurang komited terhadap penggunaan ICT


juga boleh menyebabkan sekolah tertinggal dari arus perubahan perdana yang
berlaku.
Sekolah

juga gagal memainkan peranan positif bagi membangunkan pelajar


supaya celik komputer, terutama di kawasan luar bandar.
Perubahan

ini akan memberikan cabaran besar terhadap tenaga pengajar. Mereka


perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan
komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan
pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi.

Ancaman kepada Nilai dan Etika


ICT

tidak digunakan secara beretika seperti penyebaran maklumat palsu.

Penggunaan
Pencurian

maklumat musuh.

Manipulasi
Menyebar

bahan-bahan lucah.

data oleh pihak pihak tertentu.

fitnah dan mengganggu gugat perpaduan


keharmonian beragama melalui provokasi yang disebarkan.
Tiada

kaum

dan

rasa hormat kepada agama orang lain dan para pemimpin yang
penting kepuasan diri individu.

Cara Mengatasi

Kepimpinan sekolah perlu tegas dan konsisten dalam melaksana aktiviti ICT di
sekolah masing-masing

Di pihak guru pula agar dapat menggunakan peranti ICT sebagai alat untuk
menyokong proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah supaya
boleh menarik minat murid dan sekaligus akan dapat menimbulkan minat baru
dalam kalangan mereka.

Guru-guru perlu digerakkan


pengkomputeran di sekolah

Segala kemudahan sama ada dalam bentuk networking dan pekakasan serta
perisisan perlu disediakan di peringkat sekolah

Jawatankuasa ICT di peringkat sekolah perlu lebih aktif dalam merancang


program dan aktiviti-aktiviti melalui Pelan Perancangan Strategik dan Pelan
Taktikal

dan

dipantau

pelaksanaan

program-program

banyak kajian yang dibuat oleh para pengkaji telah menunjukkan


bahawa terdapat impak yang positif daripada penggunaan ICT
dalam pengurusan pendidikan di sekolah dan terdapat juga
peningkatan pencapaian murid dalam peperiksaan di sekolah.

Sokongan ibu bapa - Penyediaan kemudahan peralatan komputer


dan networking di rumah adalah dituntut supaya anak-anak
apabila berada di rumah mereka dapat menggunakan kemudahan
itu bagi membantu proses pembelajaran mereka

kawalan ibu adalah sangat perlu supaya ia tidak disalahgunakan


untuk perkara perkara yang negatif.

Kesimpulan

Secara amnya, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia mempunyai


persediaan yang lengkap bagi kebajikan generasi muda dan di peringkat
global.

Di antaranya, perkhidmatan kaunseling kerjaya dan akademik akan


dimasukkan ke dalam jadual murid sekolah menengah bagi
mempersiapkan murid ke alam pekerjaan. Tambahan pula, bagi laluan
pendidikan vokasional, murid juga dapat bersedia ke alam pekerjaan
memandangkan kursus praktikum secara hands-on diberikan.

Selain itu, kemahiran menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris


akan lebih dititikberatkan. Kementerian mengharapkan agar setiap murid
mencapai 100% literasi asas dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris,
di mana pada akhir tingkatan 5 90% murid dijangka memperoleh
minimum skor kredit dalam bahasa Malaysia dan 70% minimum skor
dalam kertas bahasa Inggeris berdasarkan standard Cambridge 1119.

Dengan adanya kemahiran dan kompetensi berbahasa ini, maka


murid akan lebih bersedia menghadapi dunia global yang
menggunakan komunikasi sebagai alat penghubung.

Walau bagaimanapun, isu perpaduan masih menjadi komponen


penting dalam konteks sosial masyarakat Malaysia dan
pendidikan adalah perkara teras yang dapat menghapuskan tahap
perbezaan kaum di Malaysia.

Maka, kementerian perlu memastikan setiap kumpulan etnik


diwakili dan dimasukkan dalam kurikulum dan bahan pengajaran
yang digunakan di sekolah agar jurang perkauman dapat
dihapuskan secara keseluruhan.

SEKIAN, TERIMA
KASIH

94

You might also like