You are on page 1of 35

ISU PENDIDIKAN DI

MALAYSIA
9-10-2013

KETAKSAMAAN PELUANG
PENDIDIKAN
Kepelbagaian kaum yang wujud didalam bilik

darjah di Malaysia adalah satu gambaran


sebenar tentang kepelbagaian budaya dan
bahasa dalam masyarakat.
Kepelbagaian ini telah menimbulkan beberapa
isu penting di dalam bilik darjah.

Sistem dan falsafah pendidikan telah lama bermula

sejak zaman dahulu lagi.


Pendidikan dapat ditakrifkan sebagai satu aktiviti
perkembangan dan penyuburan pemikiran dimana
meliputi pendidikan formal dan pendidikan bukan
formal.
Pendidikan juga merupakan satu usaha sistematik
yang disengajakan,yang dibuat oleh sesuatu
masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan,
nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya dalam
usaha memperkembangkan potensi individu dan
perubahan yang berlaku dalam diri manusia.

Manakala pendidikan pelbagai budaya atau

kaum boleh dikatakan sebagai sebuah


struktur pendidikan, komitmen, dan proses
yang menggambarkan realiti budaya majmuk
di Malaysia.
Kepelbagaian kaum atau budaya kadang kala
dilihat menjadi satu bentuk ketaksamaan
peluang dalam pendidikan.

Kepentingan pendidikan pelbagai budaya

membantu dalam memahami budaya sesuatu


kaum.

Namun begitu masalah ketaksamaan


peluang pendidikan di Malaysia masih
memerlukan usaha yang lebih dan berterusan
dalam menjamin pendidikan dapat diberi
kepada semua rakyat.

Faktor-Faktor Berkaitan dengan Ketaksamaan Peluang Pendidikan Di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah Negara yang lahir

daripada kelompok masyarakat yang berbilang


etnik sepeti Melayu, Cina, India , kaum pribumi
Sabah dan Sarawak serta masyrakat orang asli
yang menjadi kaum minoriti.
Oleh yang demikian, tidak dinafikan akan
terdapatnya perbezaan dan kepelbagaian sosiobudaya. Sekiranya dilihat daripada sudut
pendidikan, kepelbagaian sosio- budaya itu
merangkumi skop yang lebih luas, bukan sahaja
dilihat dari segi ras, etnik, dan adat budaya.

Menurut Slavian ( 1997), kepelbagaian murid

terdapat dalam tahap prestasi,kadar belajar,


gaya kognitif, etnik, budaya,, kelas sosial,,
bahasa, jantina, bakat dan minat.
Kepelbagaian antara murid ini akan memberi
implikasi secara langsung terhadap guru dan
murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Konsep ketidaksamaan dapat ditakifkan

sebagai satu pandangan, pemikiran dan


kepercayaan negatif oleh seseorang atau
sekelompok etnik terhadap anggota atau
kelompok etnik lain.
Diskriminasi dan ketaksamaan peluang
pendidikan wujud sejak zaman dahulu dimana
kelas sosial masyrakat dari sistem feudal
muncul.

Pada zaman sekarang, faktor kelas sosial yang

mempengaruhi pencapaian akademik murid


ialah seperti tahap ekonomi dan tahap
kesihatan.
Perbezaan antara murid miskin dan murid
berada dapat dilihat dari segi kemudahan
mendapatkan bahan-bahan rujukan,
kemudahan untuk mendapatkan rawatan atau
makanan berkhasiat.

Murid berada tentunya akan memperolehi

peluang yang jauh lebih baik.


Selain itu,faktor kelas sosial seperti suasana
tempat tinggal yang lengkap, struktur
kekeluargaan juga memainkan peranan dalam
pembentukan kelas sosial dalam masyarakat.
Faktor jantina juga memainkan peranan
dalam ketaksamaan peluang pendidikan di
Malaysia.

Ini kerana, kebanyakkan murid perempuan dan lelaki

lebih cenderung untuk memilih matapelajaran yang


bersifat lebih kearah mereka.
Seorang penyelidik, Aminah Ahmad ( 2000)
menyatakan bahawa penglibatan wanita
menggalakkan tetapi masih wujud segreagasi
mengikut gender terutamanya dlam pendidikan
sekolah menengah teknik atau vokasional, dan juga
institusi pengajian tinggi seperti di politeknik.
Selain daripada faktor kelas sosial dan jantina,
terdapat juga faktor daripada kumpulan minoriti dan
murid berkeperluan khas.

Terdapat 2 kelompok yang dikatakan sebagai

kumpulan minoriti didalam faktor ketaksamaan


peluang pendidikan di Malaysia, kelompok yang
pertama ialah dari kumpulan etnik dalam
sesebuah masyrakat dimana kumpulan etnik ini
mempunyai jumlah yang sangat kecil dan tidak
mampu mempengaruhi kumpulan etnik yang
lain.
Mereka adalah kaum Siam, Baba dan Nyonya
serta masyarakat pedalaman kaum Asli,
Kadazan, Murut dan sebagainya.

Mereka ini tidak menerima pendidikan formal

malah sebaliknya melalui keturunan ibu bapa


mereka sahaja.
Kaum Siam contohnya, mengalami masalah
untuk menghantar anak mereka ke sekolah
kerana tiada sekolah yang khusus seperti SK,
SKJC atau SKJT.
Mereka hanya mempunyai pilihan untuk
menghantar anak ke salah satu pilihan
sekolah tersebut.

Kelompok yang kedua ialah kumpulan minoriti

di sekolah yang dikategorikan sebagai


kumpulan yang bersifat negatif.
Tingkah laku mereka yang bermasalah boleh
menggugat ketenteraman sekolah walaupun
mereka dikategorikan sebagai kumpulan
minoriti.
Oleh hal yang demikian, pihak sekolah perlu
menyediakan pelbagai alternatif lain supaya
mereka ini tidak mengalami keciciran dalam
proses pembelajaran di sekolah.

Isu-Isu Utama Berkaitan dengan


Ketaksamaan Peluang
Pendidikan Di Malaysia
Melihat kepada sejarah negara, pembangunan

pendidikan di Malaysia pada peringkat awal


hanya tertumpu kepada pembinaan sekolah di
kawasan bandar dan kawasan pertumbuhan
ekonomi.
Namun pada masa yang sama peluang
pendidikan di kawasan luar bandar dan
pedalaman amat terhad.
Keadaan ini akhirnya telah menyebabkan
wujudnya jurang dalam pendidikan, diantara
lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina, taraf
sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar.

Kadar keciciran pelajar telah dikaji secara

serius berdasarkan Laporan Murad yang


membuat kajian penuh keatas masalah
keciciran pelajar.
Pada tahun 2002, Ketua Pengarah Pendidikan
mengumumkan seramai 90 000 orang pelajar
tidak dapat meneruskan persekolahan.

Setelah meneliti masalah tersebut,

Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati


bahawa masalah kemiskinan, penceraian,dan
ibu tunggal serta kesukaran menghantar ibu
bapa di pedalaman untuk menghantar anak
ke sekolah.
Oleh yang demikian, Kemeterian Pelajaran
Malaysia telah mengenalpasti beberapa
jurang pendidikan yang membawa kepada
ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia.

Jurang yang utama ialah jurang diantara

bandar dan luar bandar dimana


ketaksamarataan dari segi penyediaan
infrastruktur dan penempatan guru terutama
di sekolah Orang Asli dan pedalaman.
Jurang seterusnya ialah jurang digital iaitu
perbezaan dari segi akses kepaada
kemudahan teknologi maklumat dan
komunikasi dan jurang antara murid.
Jurang ini ialah jurang antara tahap
pencapaian murid dimana kelemaha murid
dalam menguasai 3 M.

Seterusnya ialah jurang anatara pelajar

normal dan pelajar berkeperluan khas dimana


perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan
yang sesuai bagi pelajar berkeperluan khas.
Namun begitu, isu yang utama dalam
ketaksamaan peluang pendidikan ialah
berkaitan dengan Orang Asli, Indigenous dan
masyarakat pedalaman.

Orang Asli merupakan masyarakat yang tinggal di

dalam atau pinggir hutan.


Menurut Rusli Zaenal, (2002), keserasian cara hidup
yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan
mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk
bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara
pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai menghormati
sumbangan alam kepada kehidupan mereka.
Mereka disitu dirujuk sebagai Orang Asli.
Hal ini menjadikan Orang Asli satu komuniti yang kaya
dengan ilmu pengetahuan mengenai lama semulajadi.

Namun begitu, kadar keciciran di kalangan murid

Orang Asli dalam pendidikan adalah yang tertinggi.


Ini terbukti apabila pada tahun 2006 , Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli mengeluarkan laporan yang
menunjukkan seramai 24.31% murid Orang Asli
yang tidak meneruskan persekolahan setelah tamat
tahun enam.
Masalah ini perlu ditangani bersama selaras dengan
dasar pendemokrasian pendidikan yang bertujuan
untuk memberi peluang kepada semua kanak-kanak
mendapat peluang belajar yang sama rata.

Masalah ini mempunyai kaitan dengan taraf

sosioekonomi yang rendah dalam kalangan Orang


Asli.
Kemampuan ibu bapa Orang Asli terbatas untuk
menghantar dan menyekolahkan anak-anak mereka
kerana beranggapan mencari nafkah lebih menjadi
keutamaan dari mendapatkan pendidikan.
Taraf ekonomi yang rendah juga menyebabkan
kebanyakkan kanak-kanak Orang Asli menghadapi
masalah kesihatan kerana tidak mendapat makanan
yang seimbang.

Cara sebagai Seorang Guru untuk


Menangani Isu Tersebut di dalam
Bilik Darjah.
Menjadi tanggungjawab guru untuk

menerapkan pendidikan nilai yang


merangkumi nilai material dan bukan material
mengikut acuan Malaysia.
Ini penting bila murid keluar dari sistem
persekolahan kelak, mereka mempunyai
budaya Malaysia yang boleh diterima oleh
pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari
pelbagai kaum.

Untuk merealisasikannya, guru perlu

menerapkan amalan-amalan berikut didalam


bilik darjah.Bilik darjah yang kondusif
merupakan bilik darjah yang dapat
memberikan persekitaran yang membantu
keinginan murid untuk belajar.
Bukan sahaja bilik darjah dilengkapi dengan
kemudahan asas, peranan guru dalam
mengawal dan menguruskan bilik darjah juga
penting terutama melibatkan percampuran
murid dari pelbagai latar belakang.

Guru perlu bijak memainkan peranan agar

proses pengajaran dan pembelajaran


berjalan dengan lancar.
Semua guru yang mengajar di dalam kelas
harus menjalankan tugas dengan penuh
dedikasi dan bersikap professional.
Ini boleh dibuktikan dengan guru perlulah
mengajar tanpa membezakan bangsa murid
yang terdapat di dalam kelas.

Guru juga harus mengajar dengan tidak

mengelompokkan murid mengikut kaum


mereka tertentu sahaja.
Contohnya ialah mengelaskan dan membuat
kumpulan murid mengikut kaum sahaja
seperti murid Melayu berkumpulan dengan
kaum Melayu sahaja.

Guru perlu mengambil langkah dengan setiap

murid dari kaum yang berlainan dan jantina


yang berbeza ditempatkan dalam satu
kumpulan yang sama supaya peluang untuk
mereka berinteraksi terbuka luas.
Selain dapat membuka peluang mereka untuk
berinteraksi, langkah mencampurkan mereka
dalam satu kumpulan sedikit sebanyak
membantu mereka untuk mempelajari secar
tidak langsung mengenai budaya kaum kaum
lain.

Sekiranya di dalam kelas, terdapat perbezaan kelas sosial

dikalangan murid, guru harus memberi perhatian dan


bersifat lebih sensitif supaya murid yang datang dari kelas
sosial yang rendah tidak berasa tersisih dan malu
terhadap rakan mereka yang datang dari kelas sosial
atasan.
Guru harus bijak dalam menggalakkan murid murid
untuk bergaul dengan bebas tanpa ada sekatan budaya.
Guru juga dapat menerapkan nilai murni didalam kelas
yangmempunyai perbezaan kelas sosial dengan
menggalakkan murid dari kelas atasan untuk saling
membantu murid dari kelas sosial bawahan serta
meningkatkan keyakinan diri murid kelas sosial bawahan.

Sebagai seorang role model kepada murid, guru

perlu peka terhadap amalan dan kepercayaan


yang dipegang oleh murid.
Guru perlu mengelakkan dari menyentuh atau
mempertikaikan amalan kepercayaan murid. Ini
penting sekiranya seorang guru itu mempunyai
murid berketurunan Orang Asli yang
mengamalkan amalan nenek moyang mereka.
Guru perlu memikirkan dan merancang aktiviti
pengajaran yang sesuai supaya mereka tidak
tersinggung.

Jika seseorang guru itu mempunyai murid

yang mengamalkan pelbagai kepercayaan,


guru perlu mengelak dari menjadikan
kepercayaan mereka itu sebagai contoh
kerana dikhuatiri akan menjadi bahan ejekan
murid lain.
Oleh itu, guru perlu mengetahui dan mengkaji
latar belakang murid agar perancangan
aktiviti pengajaran besesuaian dengan semua
kepercayaan, nilai, dan agama murid.

Guru harus bijak bertindak sekiranya

berhadapan dengan situasi dimana berlakunya


pertelingkahan atau perselisihan faham antara
murid yang melibatkan kaum yang berbeza atau
berlainan kelas sosial atau berlainan jantina.
Guru perlu mempunyai kemahiran untuk melihat
masalah dari sudut pandangan yang berlainan,
belajar berunding dan menjadi pengantara
apabila konflik menjadi hangat kerana secara
tidak langsung mewujudkan kerjasama dalam
kehidupan dan pembelajaran di sekolah.

Jika dikaitkan dengan jantina, isu yang timbul

dari segi pendidikan ialah isu-isu yang


melibatkan unsur bias kepada jantina atau
dikatakan pilih kasih.
Sebagai contoh, guru perempuan bias kepada
murid perempuan dan sebaliknya.
Isu ini perlu dielakkan kerana akan wujudnya
jurang diantara murid. Guru sememangnya
harus mengelakkan dari melakukan
perkara-perkara begini.

Selain itu, dalam sesetengah matapelajaran,

wujud ketaksamaan peluang antara pelajar


permpuan dan pelajar lelaki seperti
matapelajaran berkaitan dengan kejuruteraan.
Seakan menjadi kebiasaan, kebanyakan murid
lelaki lebih banyak terlibat, oleh itu guru perlu
merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dapat melibatkan lebih
ramai murid perempuan.
Ini dapat membuka peluang untuk pelajar
perempuan untuk berkecimpung dalam
bidang yang dimonopoli oleh lelaki.

TERIMA KASIH

You might also like