You are on page 1of 30

Orang Asli

Indegenous
Pedalaman

ORANG ASLI

DEFINISI

Penduduk asal sesebuah negeri / negara


Akta Orang Asli 1954:
orang yang bapanya ahli daripada
kumpulan etnik orang asli
orang daripada mana-mana kaum yang
di ambil sebagai anak angkat semasa
kecil oleh orang asli.
Anak daripada mana-mana penyatuan
antara seorang perempuan orang asli
dengan seorang lelaki daripada suatu
kaum lain .

ORANG ASLI
Merupakan kaum minoriti di
Semenanjung Malaysia.
Terbahagi kpd 3 kumpulan besar:
Senoi
Melayu-Proto
Negrito

INDIGENOUS
Dikenali sebagai masyarakat peribumi yang
bermaksud penduduk asli atau bumiputera.
Kumpulan etnik yang tinggal di Sabah & Sarawak
diberikan status peribumi, mereka berhak untuk
menerima segala keistimewaan yang
diperuntukkan sama seperti penduduk Melayu di
Malaysia.

PEDALAMAN
Penduduk yang tinggal di daerah yang jauh dari
pantai (yang terletak di ceruk pelosok atau di
hulu negeri).

Kebanyakan penduduk yang tinggal di kawasan


tersebut sukar untuk berhubung dengan
kawasan luar (bandar) kerana faktor geografi
dan bentuk perhubungan ( telefon,
pengangkutan dll).

ISU-ISU KETAKSAMAAN
PENDIDIKAN
INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN

KECICIRAN

PENGUASAAN 3M
JURANG DIGITAL

PENEMPATAN GURU TERLATIH

INSFRASTRUKTUR DAN
KEMUDAHAN ASAS
Statistik pada tahun 2005 menunjukkan bahawa
terdapat 5077 ( 66.8%) buah SR dan juga 792
( 39.0%) SM di luar bandar dan kebanyakannya
masih lagi kekurangan pelbagai kemudahan
insfrastruktur dan kemudahan pendidikan.

Sekolah orang asli

Bilangan SR yang masih kekurangan kemudahan asas.

Bilangan SM yang masih kekurangan kemudahan asas

kesukaran yang
dihadapi murid di
pendalaman untuk
ke sekolah.

KECICIRAN

Data yang dikeluarkan oleh JHEOA


37.1% daripada kanak kanak orang asli
tidak memasuki SR,
34.3% tidak memasuki SM dan
46.3% tidak menamatkan tingkatan 5.

Antara punca ialah:


Kurangnya kesedaran dikalangan ibu bapa
Orang Asli tentang kepentingan pendidikan,
kepercayaan bahawa sekolah tidak akan
mengubah masa depan kaum mereka ,
Jarak sekolah yang jauh serta kesempitan
hidup.

USAHA MENGURANGKAN
KECICIRAN
Kementerian pelajaran melalui PIPP telah
menyenaraikan beberapa langkah:

Mencadangkan Pendidikan Wajib


Memperluas MPV di sekolah menengah harian
Memperbanyak program motivasi
Menjalin pemuafakatan antara warga
sekolah, keluarga dan komuniti

Memperkenalkan pentaksiran
dan penilaian yang sesuai
Mempereratkan kerjasama
dengan pihak luar KPM dalam
mengenal pasti punca dan cara
mengatasi keciciran
Sumber : PIPP

Untuk membantu mengurangkan


kadar keciciran yang tinggi di
kalangan anak orang asli pada
peringkat sekolah menengah,
kerajaan pada 09 / 01/2009 yang
lalu telah mencadangkan pembinaan
MRSM khas untuk anak orang asli
dengan syarat kemasukkan yang
lebih longgar dan berbeza

Sumber : Arkib berita Utusan Malaysia : 10/01/2009

PENEMPATAN GURU TERLATIH


PIPP KPM ada menyatakan bahawa
kementerian menghadapi kesukaran untuk
menempatkan guru guru terlatih dan
berpengalaman, terutamanya bagi subjek kritikal
di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Faktor yang mungkin mengakibatkan terjadinya
perkara ini :
Lokasi sekolah yang jauh di pedalaman
Guru guru berpengalaman lebih banyak
ditempatkan di sekolah sekolah di kawasan tumpuan
penduduk dan sekolah sekolah berstatus tinggi.

USAHA MENINGKATKAN GURU


TERLATIH DAN BERPENGALAMAN
DI PEDALAMAN.
Mewajibkan guru baru berkhidmat di
kawasan pedalaman
Menambah baik insentif khusus kepada
guru yang berkhidmat di pedalaman
Menyediakan insurans kepada guru-guru
yang berkhidmat di luar bandar
Menyediakan rumah guru dan
kemudahan asas.
Sumber : PIPP

Bagi memastikan guru guru di


kawasan pedalaman mendapat
kemudahan tempat tinggal yang selesa,
sebanyak RM690 juta telah
diperuntukkan bagi membina kediaman
guru di pedalaman, termasuk di Sabah
dan Sarawak.
Sumber : Arkib berita Utusan Malaysia : 09/05/2007

Bagi menarik minat para guru untuk


berkhidmat di kawasan pedalaman
dalam jangka waktu yang lama;
beberapa insentif ditawarkan, iaitu:

Pemberian kadar elaun 10% daripada


jumlah gaji pokok.

Pemberian elaun mengikut tahap kesukaran


( berdasarkan kepada jarak dan kemudahan asas)

Tahap I : RM 500.00 ( mempunyai


kemudahan asas, tetapi tidak selesa).
Tahap II : RM 1000.00 ( mungkin tiada
kemudahan)
Tahap III : RM 1500.00 ( memerlukan
perjalanan tiga empat hari untuk
sampai)
Kadar elaun yang diberikan ialah jumlah a+b.

JURANG DIGITAL
Perkembangan pesat teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) di negara kita telah
mengakibatkan jurang digital di antara pelajar di
kawasan bandar dan juga kawasan luar bandar
dan pedalaman semakin meluas,
Hal ini menjadikan pelajar pelajar luar bandar
dan pendalaman semakin ketinggalan dalam
arus pendidikan moden negara.

USAHA MERAPATKAN JURANG


DIGITAL

KPM melalui PIPP, telah menyenaraikan


usaha-usaha berikut :

Menyediakan makmal komputer


Menyediakan Pusat Akses
Menambah bilangan komputer
Merangkaikan semua sekolah dengan
SchoolNet berjalur lebar
Pembestarian sekolah luar bandar
Menambah baik TV Pendidikan
Merintis penggunaan video teleconferencing

PENGUASAAN 3M
Berdasarkan kepada kadar keciciran pendidikan
yang agak tinggi di kalangan kaum orang asli
dan peribumi, dapatlah dibuat rumusan bahawa
kadar penguasaan 3M di kalangan anak orang
asli masih dan perlu ditingkatkan.
Berdasarkan kepada pelbagai program
pendidikan yang dilaksanakan, adalah diyakini
bahawa kadar penguasaan 3M dikalangan anak
orang asli dan pedalaman akan dapat
ditingkatkan.

USAHA MENINGKATKAN
PENGUASAAN 3M

Melalui PIPP, beberapa program


dijalankan bagi meningkatkan
penguasaan 3M, iaitu:

Memperluas Program KIA2M untuk Tahun 1


Menambah baik Program Pemulihan Khas
Tahap I
Menggiatkan Program Gerak Gempur
Memperkenalkan program khusus untuk
Orang Asli dan suku minoriti

Pada tahun 2006, program outreach pendidikan


khas dan menangani masalah pendidikan orang asli
telah diperkenalkan dengan
menyediakan perkhidmatan bergerak, untuk
mengenalpasti kanak kanak berkeperluan khas dan
keciciran anak orang asli dalam lingkungan bawah
umur persekolahan.

You might also like