You are on page 1of 32

EDU 3101 Falsafah pendidikan negara

Kurikulum KBSR dan KSSR

PEMBENTUKAN KBSR

Singkatan kepada KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH


RENDAH.

KBSR diganti daripada Kurikulum Baru Sekolah Rendah


iaitu pada tahun 1993.
Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang
mengkaji perlaksanaan Dasar PelajaranKebangsaan
(1979), Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR)mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di
seluruh negara mulai tahun1983.

Konsep Bersepadu
Unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai
digabungkan supaya wujud kesepaduan dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Ianya merangkumi aspek teori dan amali serta
nilai murni bagi emlahirkan insan yang
seimbang.
Pembelajaran di bilik darjah diperkukuhkan
melalui kokurikulum.

Matlamat KBSR
Matlamat pendidikan persekolahan adalah untuk:
Memastikan perkembangan potensi pelajar secara
menyeluruh, seimbang dan bersepadu
Meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani
bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
berakhlak mulia.

Rancangan KBSR ini menekankan penguasaan


terhadap kemahiranasas 3M iaitu membaca ,
menulis dan mengira.

Prinsip-Prinsip KBSR

KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang


selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Pendekatan Bersepadu;
Perkembangan individu secara menyeluruh;
Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan
Murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan
kemahiran melalui aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding
dengan penglaman hidup mereka, justeru semua aktiviti
pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup
mengikut peringkat

- Suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi


peluang dan galakkan interaksi sosial , bertukar
pendapat dan kerjasama di kalangan murid
- Aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid
mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif
serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam
proses menguasai kemahiran asas.
- Pendidikan seumur hidup.

- Aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu

fleksibel.
-

Penekanan kepada nilai (merentas kurikulum)

- Penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira)


- Penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti

pembelajaran dalam bilik darjah

Objektif KBSR

Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat


rendah bertujuan untuk membolehkan untuk membolehkan
murid:
menguasai bahasa Melayu sesuai dengan
kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan
bahasa rasmi negara;
menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur,
membaca dan menulis dalam bahasa pengantar
sekolah;
menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira
dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah
harian;
menguasai kemahiran belajar;
menguasai kemahiran berfikir;

kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan


nasional;
menjaga kesihatan dan kecergasan diri;
menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap
yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti;
menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan
memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran
bagi murid Islam;
menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat
dan mengamalkan akhlak mulia;
membina semangat patriotisme;
mengembangkan bakat dan kreativiti; dan
mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai
murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup.

bertutur, membaca, menulis dan memahami


bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya
sebagai bahasa kedua;
memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha
menambahnya;
membina daya kepimpinan dan daya keyakinan
diri;
mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat
serta kepekaan terhadap manusia dan alam
sekitar;
menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;
memahami, meminati, menikmati dan menyertai
aktiviti-aktiviti amal,

Ciri-Ciri
Ciri-Ciri KBSR
KBSR

Penekanan
Fokus Tahap I
i. Penguasaan kemahiran asas berbahasa
(mendengar, bertutur, membaca dan menulis)
ii. Penguasaan nombor dan operasi asas
mengira
iii. Mengenal huruf serta membaca, menhafaz
dan menghayati ayat-ayat Al-Quran;
iv. Menyedari dan memahami norma dan nilai
murni masyarakat.

Fokus Tahap II
i. Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;
ii. Pengukuhan kemahiran asas operasi
matematik dan penyelesaian masalah;
iii. Pemerolehan pengetahuan dan kemahirankemahiran lain
iv. Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir
secara Kritis dan Kreatif;
v. Membaca, menghafaz, memahami dan
menghayati pengajaran Al-Quran;
vi. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai

Struktur KBSR terdiri daripada tiga


bidang iaitu:i. Bidang Komunikasi

1. Bahasa Melayu;
2. Bahasa Inggeris;
3. Bahasa Cina;
4. Bahasa Tamil; dan
5. Matematik.

ii. Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya


1.
2.
3.
4.

Pendidikan Islam;
Pendidikan Moral;
Sains; dan
Kajian Tempatan.

iii. Bidang Perkembangan Diri Individu


1.
2.
3.
4.

Kemahiran Hidup;
Pendidikan Muzik;
Pendidikan Seni;
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Tiga bidang tersebut dibahagi pula


kepada enam komponen yang
menjadi teras kepada struktur KBSR.
Komponen-komponen tersebut ialah:i. Kemahiran Asas;
ii. Manusia dengan Persekitaran;
iii. Kesenian dan Kesihatan;
iv. Kerohanian, nilai dan sikap
v. Kemahiran Hidup; dan
vi. Kokurikulum

Pembentukan KSSR

Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan


negara terutamanya di peringkat sekolah rendah yang
dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi
keperluan dan cabaran semasa serta akan datang.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya
keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum
sekolah rendah.
Merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan
kurikulum persekolahan rendah sedia ada.
Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang relevan dengan keperluan semasa bagi
menghadapi cabaran abad ke-21.

Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah


tidak sahaja menintiberatkan kemahiran membaca,
menulis dan mengira (3M), tetapi juga mengambil kira
kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta
elemen keusahawanan.
Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan
rendah, KPM telah melakukan penandaarasan dengan
kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan
kurikulum persekolahan kebangsaan yang
dibangunkan setanding dengan pendidikan global.
KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak
berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan,
industri, akademik dan ibu bapa.

Berdasarkan kepada input-input tersebut


maka konsep kurikulum persekolahan
rendah berasaskan standard dibangunkan.
KPM membangunkan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan
prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kurikulum yang dibangunkan turut
melibatkan kurikulum Pendidikan Khas.

Matlamat dan Objektif KSSR


melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif,
kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang
komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan
fizikal dan estetika, keterampilan diri,
kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai
KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model
Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini.
KSSR juga mengguna pakai empat tonggak
pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk
mengetahui (learning to know), belajar untuk
bertindak (learning to do), belajar untuk hidup
bersama (learning to live together) dan belajar
untuk membentuk peribadi (learning to be).

Murid yang mengikuti KSSR akan


mempunyai asas-asas berikut:
Insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi, jasmani dan sosial
Warganegara yang bertanggungjawab
Warganegara yang boleh berperanan
di arena global (Global Player)
Pekerja berilmu

Prinsip KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan
kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini dikekalkan
kerana masih sesuai dan relevan untuk
melahirkan insan yang seimbang dan holistik.
Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:
Pendekatan Bersepadu
Perkembangan Individu Secara Menyeluruh
Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid
Pendidikan Seumur Hidup

Pendekatan Bersepadu

Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsurunsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud
kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.

Perkembangan Individu Secara Menyeluruh

KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan


untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan
sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.

Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid

KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua


murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
menyeluruh dan seimbang.

Pendidikan Seumur Hidup

KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan


oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran
kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.

Fokus KSSR
KSSR memastikan selepas enam tahun
persekolahan murid mencapai standard
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
ditetapkan bagi setiap tahap.
KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu
kemahiran membaca, menulis, mengira dan
menaakul.
Kemahiran menaakul adalah keupayaan
membuat pertimbangan dan penilaian
dengan menggunakan akal atau logik.

Ciri ciri
Reka bentuk kurikulum KSSR
berasaskan enam tunjang, iaitu:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Komunikasi
Kerohanian, sikap dan nilai
Kemanusiaan
Perkembangan fizikal dan estetika
Keterampilan diri
Sains dan teknologi

Tunjang Komunikasi
Memberi penekanan kepada proses menggabung jalin
kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan
semasa berinteraksi. Memberi fokus kepada kemahiran
bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan
menulis, serta nilai tambah menaakul.
Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu
mereka dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain.
Penguasaan kemahiran berbahasa menyediakan murid
untuk membuat pemilihan bahasa yang bertepatan dan
sistematik dalam interaksi sosial.
Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil,
Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa
Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa
Kadazandusun dan Bahasa Semai.

Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai


Memberi penekanan kepada bidang pembelajaran
yang berfokus kepada penghayatan amalan
agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin ilmu
dalam tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam
bagi murid Islam dan Pendidikan Moral bagi murid
bukan Islam.
Tunjang Kemanusiaan
Memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan
amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar
setempat, negara dan global, serta penghayatan
semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu
yang terdapat dalam Tunjang Kemanusiaan ialah
Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II
persekolahan.

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika


Memberi penekanan kepada perkembangan jasmani
dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan
pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan
apresiasi. Disiplin ilmu yang membangunkan aspek
fizikal ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan. Kreativiti, bakat dan apresiasi dipupuk
melalui Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.

Tunjang Keterampilan Diri


Memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan
dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan
kokurikulum. Murid diberi peluang menyepadukan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di
bilik darjah dan mengamalkannya dalam kegiatan
kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum
seperti persatuan, badan beruniform dan sukan
memberi peluang kepada murid meningkatkan potensi
diri sebagai pemimpin kepada diri, rakan sebaya,

Tunjang Sains dan Teknologi


Memberi penekanan kepada penguasaan:
1. pengetahuan sains, kemahiran dan sikap
saintifik
2. pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
matematik
3. pengetahuan dan kemahiran berasaskan
teknologi
. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang
Literasi Sains dan Teknologi ialah Sains,
Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

TERIMA KASIH

You might also like