Professional Documents
Culture Documents
Masyarakat Plural:
Terbentuk selepas zaman kedatangan orang-orang
Eropah. Penjajah membawa masuk pendatang asing
dari China dan India ke Asia Tenggara untuk
kepentingan ekonomi. Dasar penjajah menyebabkan
mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam
sekitar dan sistem sosial-politik-agama yg wujud di
Asia Tenggara. Kesannya wujud kelompok-kelompok
masyarakat yg hidup terasing daripada kelompok yg
lain walaupun tinggal di tempat yg sama (Masyarakat
Majmuk)
- Penjajahan Barat : menjadi titik pemisah antara Pluraliti
dan masyarakat Plural.
2.
-
3.
-
Kependudukan.
Zaman empayar Melaka zaman pluraliti. Berlaku
penghijrahan secara alamiah tanpa ada paksaan daripada
mana-mana pihak, mereka tidak memerlukan pasport dan
visa untuk memasuki sesuatu kawasan.
Pedagang Arab, Cina, India dll telah berasimilasi dengan
penduduk tempatan dengan baik sekali dan telah
mewujudkan kategori masyarakat yg tidak pernah wujud
sebelumnya iaitu masyarakat Baba dan Mamak.
Empayar Melaka memperlihatkan wujudnya interaksi
aktif di kalangan pelbagai kaum dan bangsa di Melaka.
Kebudayaan.
Keterbukaan pemerintah empayar Melaka menerima
kehadiran para pedagang daripada seluruh pelosok dunia
tanpa syarat-syarat yg menyulitkan memungkinkan
pelabuhan Melaka berkembang sbg pelabuhan penting
dunia.
Kemajuan perdagangan dan kemajuan sebagai kota
metropolitan memungkinkan Melaka wujud sebagai kota
multi-budaya, setiap budaya mempunyai tempat masingmasing.
Sabah.
Penduduknya lebih heterogenes & dikenali sebagai
bumiputera.
Terdapat pelbagai suku peribumi: Kadazandusun,
Murut, Bajau, Bisaya, Suluk, Iranun, Idahan, MelayuBrunei, Kedayan dll.
Bajau, Brunei, Bisaya, Suluk - masyarakat bumiputera
Islam.
Kadazandusun dan Murut - masyarakat bumiputera
bukan Islam (beragama Kristian & fahaman animisme)
tetapi sebahagiannya juga beragama Islam.
Sarawak.
Penduduknya lebih heterogenes & dikenali sebagai
bumiputera.
Terdapat pelbagai suku peribumi: Iban, Melanau,
Kelabit, Bidayuh, Penan, Melayu, Murut, Bisaya,
Kenyah, Kayan, Kedayan dll.
Melayu, Melanau & Kedayan- masyarakat bumiputera
Islam.
Iban, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan & Bisaya masyarakat bumiputera bukan Islam (beragama
Kristian & fahaman animisme) tetapi sebahagiannya
juga beragama Islam.
Aspek Bahasa.
Bahasa Melayu - berasal drp bahasa Austronesia /
dikenali sebagai bahasa Malay-Polinesia. BM
berkembang menjadi 150 cabang bahasa lain mengikut
suku yg ada di Kepulauan Melayu.
Kedatangan ajaran Hindu - pengaruh bahasa Sanskrit
dalam BM kuno.
Pengaruh Islam (Abad ke-13 & ke-14 M) - BM
berkembang pesat, pengenalan tulisan Jawi
menyebabkan perkembangan ilmu (Kesusasteraan,
Teologi, Falsafah & Tasawuf)
KEWUJUDAN MASYARAKAT
MAJMUK/PLURALISTIK
Berkait rapat dengan dasar British mengeksploitasi
ekonomi T. Melayu untuk keuntungan yg cepat dan
maksimum.
Migrasi orang Cina - dari Kwangtung & Fukien - dibawa
masuk melalui sistem kontrak buruh, tiket kredit, secara
berkumpulan & persendirian.
Bertumpu di sekitar P.Pinang hingga ke Singapura (negeri2
pantai barat)