You are on page 1of 12

TARIKH

MASA
TEMPAT

: 9 JANUARI 2017
: 2.30 PETANG
: SK ULU YAM BHARU

4.0 Agenda Mesyuarat:


4.1
4.2
4.3
4.4

4.5
4.6
4.7

Ucapan Pengerusi
Ucapan Wakil PPD
Ucapan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan
Bola Tampar
Penetapan
4.4.1 Tarikh Kejohanan
4.4.2 Tempat
4.4.3 Sumbangan Penyertaan
Undang-Undang dan Peraturan Pertandingan
Hal-hal lain
Undian Kumpulan

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR


MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR 2016
PERINGKAT UMUR BAWAH 12 / 15 & 18 TAHUN (LELAKI & PEREMPUAN)
1.
2.

3.

4.

5.

6.

NAMA KEJOHANAN
Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Daerah Hulu Selangor
PENGELOLAAN
Kejohanan ini akan dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Daerah Hulu Selangor
Tempat Kejohanan
: SEMASHUR(Menengah)
SK Ulu Yam Bharu /SJK (C) KG. GURNEY (Rendah)
Tarikh
: 17 - 19 Januari 2017 (Menengah)
23 & 25 Januari 2017 (Rendah)
Masa
: 8.00 pagi 6.30 petang
KELAYAKAN PENYERTAAN
3.1
Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia ahli gabungan MSS Malaysia Negeri Selangor
3.2
Setiap sekolah di Daerah Hulu Selangor boleh menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan bagi
setiap peringkat umur
3.3
Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada :
Pegurus Pasukan
:
1 orang
Jurulatih
:
1 orang
Penolong Jurulatih
:
1 orang
Guru Pengiring
:
1 orang (untuk pasukan perempuan)
Pemain
:
12 orang
KELAYAKAN PEMAIN
4.1
Pemain hendaklah berumur 18, 15 dan 12 tahun ke bawah bagi kategori masing-masing pada 1 Januari tahun
pertandingan tersebut
UNDANG-UNDANG KEJOHANAN
5.1
Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung dalam peraturan MSSM Negeri Selangor dan MSSM,
kejohanan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) yang sedang
dikuatkuasakan
5.2
Sekiranya timbul masalah pentafsirannya, undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi
SISTEM PERTANDINGAN (Sila rujuk Peraturan AM (6) MSS Selangor)

7.

8.

9.

PEMBERIAN MATA
7.1
Sistem pemberian mata adalah seperti berikut :
Pasukan Menang
2-0
3
Pasukan menang
2-1
2
Pasukan kalah
1-2
1
Pasukan kalah
0-2
0
Pembatalan teknik
0
7.2
Sekiranya ada pasukan-pasukan yang mendapat nisbah set yang sama, maka
kaedah berikut digunakan :
Z = X/Y
X = Jumlah mata yang menang (semua perlawanan)
Y = Jumlah mata yang kalah (semua perlawanan)
Z = Nisbah mata
Pasukan yang mendapat nisbah mata (nilai Z) lebih tinggi akan dikira menang
7.3
Sekiranya ada pasukan-pasukan mendapat mata yang sama maka kaedah berikut akan digunakan :
C = A/B
A = Jumlah set menang (semua perlawanan)
B = Jumlah set kalah (semua perlawanan)
C = Nisbah set
Pasukan yang mendapat nisbah set (nilai C) yang lebih tinggi akan dikira menang
7.4
Sekiranya masih berlaku seri, jika kedua-dua pasukan pernah bertemu di peringkat awal, pasukan yang pernah
mengalahkan pasukan lawannya akan dikira menang
7.5
Jika tidak, keputusan akan ditentukan dengan cabutan undi
PAKAIAN SERAGAM
8.1
Tiap-tiap pemain hendaklah memakai jersi dan seluar yang seragam warnanya
8.2
Pemain libero hendaklah menggunakan jersi yang berlainan warna daripada warna jersi pasukannya
8.3
Jersi hendaklah bernombor bersaiz minima 15 cm tingginya di hadapan dan 20 cm di belakang
8.4
Nombor yang digunakan ialah 1 hingga 18 sahaja
8.5
Jalur yang membentuk nombor hendaklah tidak kurang daripada 2 cm lebar
8.6
Nombor hadapan kapten pasukan hendaklah bertanda dengan garisan sepanjang 8 x 2 cm
8.7
Semua pemain hendaklah memakai nombor yang sama sepanjang kejohanan
8.8
Dilarang menggunakan jersi yang warnanya hampir sama dengan warna nombor
8.9
Pasukan yang gagal mematuhi peraturan di atas ditegah dari bermain dan boleh menyebabkan pasukannnya
dibatalkan
GELANGGANG DAN PERALATAN
9.1
Mengikut undang-undang MSSM
9.2
Ketinggian jaring
Lelaki 18
2.43 m
Perempuan 18
2.24 m
Lelaki 15
2.35 m
Perempuan 15
2.20 m
Lelaki/Perempuan 12
2.10 m

10

PEMBATALAN
10.1
Tiap-tiap pasukan mesti bersedia digelanggang 30 minit sebelum masa ditetapkan dalam jadual perlawanan
10.2
Jika sesebuah pasukan datang lewat 10 minit selepas masa yang ditetapkan tanpa sebab yang munasabah, pasukan
tersebut dianggap menarik diri dan pasukan lawannya akan diberikan mata kemenangan percuma (Walkover)
10.3
Pasukan yang menarik diri dengan sengaja tidak akan dibenarkan meneruskan perlawanan-perlawanan berikutnya dan
semua keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan ini sebelumnya akan dibatalkan
10.4
Pihak sekolah yang terlibat diminta menyediakan laporan tentang penarikan diri ini kepada Urusetia MSSM Daerah Hulu
Selangor
11
PENGADIL
11.1
Jawatankuasa pengadilan akan melantik pengadil yang bertauliah untuk bertugas di sepanjang kejohanan
11.2
Pengadil-pengadil adalah terdiri daripada Pengadil Antarabangsa dan calonnya, Pengadil MAVA dan calonnya, Pengadil
Kebangsaan dan calonnya dan Pengadil Negeri dan calonnya sahaja
12
PENGGANTUNGAN
12.1
Jika seorang pemain disingkirkan daripada satu perlawanan atas sebab berkelakuan buruk dan biadap, ia akan sendirinya
ditegah bermain satu perlawanan berikutnya sehingga Jawatankuasa Tatatertib membuat keputusan
13
KAEDAH MEMBUAT BANTAHAN/ RAYUAN
13.1
Keputusan pengadil adalah muktamad
13.2
Segala bantahan mengenai undang-undang permainan akan dirujukkan kepada
Jawatankuasa Teknik Bola Tampar MSS Malaysia Daerah Hulu Selangor dan keputusannya adalah dihormati
13.3
Pasukan yang ingin membuat bantahan hendaklah mengemukakannya secara lisan kepada Pengadil Pertama dan Ketua
Pasukan akan mencatatkan perkataan Ingin Bantah di dalam score sheet di akhir perlawanannya
13.4
Bantahan secara bertulis hendaklah dikemukakan kepada pihak pengelola dalam
masa 1 jam selepas
perlawanannya
tamat supaya bantahannya dapat dipertimbangkan
13.5
Semua bantahan hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak tunai
RM 150.00 (Ringgit Malaysia Seratus Lima Puluh)
13.6
Wang pertaruhan ini tidak akan dikembalikan bila bantahan tersebut didapati tidak mengikut peraturan atau tidak
munasabah
14
JURI RAYUAN (SILA RUJUK PERATURAN AM (12) MSS SELANGOR
15
JAWATANKUASA TATATERTIB (SILA RUJUK PERATURAN AM (13) MSS SELANGOR)
15.1
Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk membuat keputusan jika tindakan tatatertib perlu diambil melebih Para 12
15.2
Jawatankuasa ini berhak untuk mendapatkan maklumat dari mana-mana pihak
yang terbabit dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat keputusan

16

HAL-HAL LAIN
16.1
Tiap-tiap perlawanan akan dimulakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Walaubagaimana pun Pengelola
mempunyai hak meminda susunan di mana perlu dan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat secepat
mungkin
16.2
Selain daripada pegawai dan pemain pasukan yang bertanding, tiada sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam
gelanggang atau duduk di bangku pemain gantian
16.3
Ahli-ahli pasukan yang dibenarkan duduk di bangku pemain gantian semasa perlawanan pasukannnya adalah
seperti berikut :
Ketua Jurulatih
Penolong Jurulatih
Guru Pengiring Wanita (untuk pasukan perempuan)
6 orang pemain gantian
16.4
Pengurus dan jurulatih pasukan bertanggungjawab terus ke atas disiplin pemain dan penyokong dari sekolah
mereka
16.5
Sebarang perkara mengenai peraturan yang tidak dinyatakan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan
keputusan adalah muktamad
16.6
Pegawai-pegawai pasukan mestilah berpakaian kemas sepanjang masa sewaktu menyelia pasukan mereka
(memakai seluar jeans dan selipar adalah dilarang sama sekali)

UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA TAMPAR


PERINGKAT UMUR 12 TAHUN KE BAWAH
Undang-undang permainan adalah untuk lelaki dan perempuan bagi peringkat umur 12 tahun dan ke bawah. Tujuan dibuat perubahan adalah
untuk memberi peluang kepada pemain untuk mencuba tanpa ada tekanan daripada membuat kesalahan. Perlawanan adalah dimainkan mengikut
undang-undang rasmi yang ditetapkan oleh FIVB kecuali perkara-perkara berikut :
1
GELANGGANG DAN JARING
1.1
Gelanggang permainan adalah berukuran 16m x 8m. Garisan serang dilukis 2.7m selari dengan garisan tengah
gelanggang
1.2
Kawasan servis berukuran 8m di belakang garian hujung
1.3
Ia dihadkan oleh 2 garisan 15cm x 5cm dilukis lurus dengan garisan tepi tetapi dipisahkan jarak 20cm dari garisan
hujung
1.4
Ketinggian jaring ialah 2.10m
2
CIRI-CIRI BOLA
2.1
Bola adalah berbentuk sfera diperbuat dari kulit lembut atau kulit sintetik dengan satu pundi di dalamnya diperbuat
dari getah atau bahan serupa
2.2
Warnanya hendaklah seragam dan cerah
2.2.1
Lilitannya
:
62cm - 64cm
2.2.2
Jisim
:
200 gram - 220 gram
2.2.3
Tekanan dalam :
0.30 - 0.325 kg/cm2
2.2.4
Jenis
:
Saiz 4
3
SISTEM SKOR
3.1
Untuk menpapatkan satu mata :
3.3.1
Sistem Point Rally akan digunakan
3.3.2
Dengan mematikan bola di atas gelanggang permainan pasukan lawan dengan jayanya
3.3.3
Apabila pasukan lawan melakukan satu kesalahan
3.3.4
Apabila pasukan lawan menerima satu penalti
3.2
Memenangi satu set
3.3.1
Semua perlawanan akan dimainkan berdasarkan kepada tiga set terbaik
3.3.2
Untuk setiap set (kecuali set penentu) pasukan yang mendapat 25 mata terdahulu dengan kelebihan
minima 2 mata. Jika berlaku seri 24 - 24, permainan diteruskan sehingga skor kelebihan 2 mata
diperolehi (26 - 24, 27 - 25, .................)
3.3.3
Dalam kes seri 1 - 1, set penentu (set ke-3) dimainkan sehingga 15 mata dengan kelebihan 2 mata.
Pasukan akan bertukar gelanggang apabila mana-mana pasukan mencapai mata 8
3.3
Memenangi perlawanan
3.3.1
Sesuatu perlawanan akan dimenangi oleh pasukan yang memperolehi kemenangan 2 set dengan
keputusan 2 - 0 atau 2 - 1
4
KOMPOSISI BARISAN UTAMA
4.1
Barisan utama sesuatu pasukan terdiri daripada 6 orang pemain mengikut giliran
servis (Rotational Order) di dalam gelanggang didaftarkan pada permulaan set

5.

PUTARAN SERVIS
5.1
Sistem putaran servis akan dipatuhi seperti yang terdapat dalam undang-undang bola tampar FIVB. Pasukan yang
mendapat servis bergerak satu kedudukan mengikut pusingan jam
5.2
Semasa servis, semua pemain utama (kecuali server) mesti berada dalam gelanggang masing-masing mengikut
susunan giliran servis
LIBERO (PERATURAN 20 FIVB)
6.1
Satu pasukan boleh mendaftar seorang pemain Libero yang memakai jersi yang berlainan warna daripada jersi
pasukannya
6.2
Pemain Libero boleh menggantikan mana-mana pemain barisan belakang dan digantikan dengan pemain asal
apabila bergerak ke kedudukan hadapan
6.3
Pemain Libero tidak boleh membuat servis, blok atau menyerang dengan bola di atas paras jaring di mana jua
kawasan gelanggang
6.4
Pemain Libero tidak boleh mengumpan menggunakan jari di mana-mana jua bahagian zon serang

GARIS PANDUAN TEKNIKAL DAN NILAI-NILAI MURNI PERMAINAN BOLA TAMPAR


PENGELOLAAN PERTANDINGAN
1.

COUNT DOWN

1.1 Semua pegawai, pemain dari pasukan WAJIB mematuhi Jadual Count Down seperti berikut :
BIL

MASA
SEBELUM
PERLAWANAN

PERKARA

TINDAKAN

30 minit

Ketibaan pegawai dan pemain


Pasukan serta pegawai-pegawai pertandingan di venue perlawanan
seperti jadual.. Pemain boleh membuat aktiviti pemanasan badan di dalam
gelanggang tanpa bola menyeberang jaring.

Pegawai Pasukan
Pengadil
Peg Pertandingan
Pemain

15 minit

Pengadil Pertama meniup wisel memanggil Kapten kedua-dua pasukan


untuk membuat lambung-pilih. Selepas itu Kapten perlawanan dan
Jurulatih menandatangani skor sheet. Pemain-pemain lain hendaklah
mengosongkan gelanggang.

Pemain
Pengadil
Jurulatih
Pencatat Skor

14 minit

Pemanasan badan rasmi dalam gelanggang selama 5 minit setiap


pasukan. Dimulakan dengan pasukan yang membuat servis dahulu.
Pengadil membuat pemeriksaan peralatan serta memberi taklimat kepada
hakim garisan dan ball boy.

Pengadil
Hakim garisan
Pemain

4 minit

Kedua-dua pasukan berbaris di tepi gelanggang berhampiran kerusi


simpanan. Pengadil berdiri berhampiran jaring. Selepas Pengadil Pertama
meniup wisel, kedua-dua pasukan masuk ke tengah gelanggang. Tiupan
wisel ke dua, pemain bergerak bagai kipas ke arah jaring untuk
bersalaman lalu keluar.

Pengadil
Pemain-pemain

2 minit

Pengadil Pertama dan Pengadil ke dua meminta izin dari Jawatankuasa


kawalan (Control Comitte) untuk memulakan perlawanan, Selepas itu
Pengadil Pertama meniup wisel mengarahkan pemain-pemain utama
untuk memasuki gelanggang. Pengadil kedua dan skorer memeriksa
nombor pemain utama. Pemain simpanan dan pegawai duduk di bangku
simpanan. Hakim garisan mengambil tempat masing-masing.

Pengadil
Pemain
Pegawai
Peg Pertandingan
Pencatat Skor

0 minit

Pengadil Pertama meniup wisel untuk memulakan perlawanan

Pengadil
Pemain

2.

3.

4.

5.

6.

1.2 Tugas-Tugas Selepas Perlawanan


a. Kedua-dua pasukan berbaris di garisan belakang gelanggang. Selepas .Pengadil Pertama meniup wisel,
b. kedua-dua pasukan bergerak ikut arah lawan jam untuk bersalaman dan keluar gelanggang.
c. Selepas bersalaman, Ketua Pasukan mendatangani skor sheet. Kedua-dua jurulatih bersalaman untuk
mengucapkan tahniah.
d. Pengadil Pertama, Pengadil Kedua dan skorer menandatangani skor sheet dan menyerahkan kepada Urusetia.
PERINTAH DI DALAM PERSEKITARAN GELANGGANG
2.1 Pegawai-pegawai yang dibenarkan berada di dalam persekitaran gelanggang adalah seperti berikut :
a. 12 orang pemain
b. 3 orang pegawai
c. Kumpulan pengadil
d. Pemungut bola
e. Pegawai Teknikal
f. Hakim Garisan.
2.2 Lain-lain pegawai dan penyokong hendaklah berada di luar zon bebas.
BANGKU SIMPANAN
3.1 Hanya 6 orang pemain simpanan dan 3 orang pegawai sahaja yang dibenarkan duduk di bangku simpanan
3.2 Jawatan ketiga-tiga pegawai tersebut perlulah diistiharkan di dalam borang pendaftaran pemain
3.3 Hanya jurulatih sahaja yang dibenarkan berdiri di tepi gelanggang sambil memberikan arahan.
3.4 Pemain yang digantung/kad merah semasa permainan hendak duduk di bangku khas yang terletak di belakang bangku
simpanan.
MEMANASKAN BADAN SEMASA PERLAWANAN
4.1 Pemain boleh membuat pemanasan badan di zon pemanasan badan di penjuru gelanggang masing-masing tanpa
menggunakan bola
4.2 Ukuran zon pemanasan badan itu ada 3 X 3 meter.
RAWATAN PERUBATAN DI GELANGGANG
5.1 Pengadil hendaklah segera memberhentikan permainan apabila ada pemain yang cedera.
5.2 Beliau hendaklah digantikan dengan pemain yang sah dari bangku simpanan.
5.3 Jika semua pemain telah digunakan, pengantian luar biasa boleh dilakukan.(Exceptional Substitution).
5.4 Jika Pertukaran Luar Biasa tidak boleh dilakukan, pemain yang cedera itu hendaklah diberi 5 minit untuk pulih. Jika beliau
masih tidak dapat bermain, pasukannya akan kalah untuk set itu.
PERHATIAN PEGAWAI/PEMAIN TENTANG UNDANG-UNDANG PERMAINAN
6.1 Memahami undang-undang permainan sebaik mungkin
6.2 Pemakaian barang kemas tidak dibenarkan.
6.3 Berpakaian T-Shirt, Seluar Track dan berkasut. (Memakai seluar jeans dan selipar adalah ditegah sama sekali)

7. MINUMAN SEMASA PERLAWANAN


7.1 Air/cecair boleh diminum sewaktu Masa Hentian atau semasa rehat selang set.
7.2 Hendaklah minum diluar kawasan permainan berhampiran bangku simpanan.
7.3 Pemain simpanan dilarang mengetuk botol minuman untuk memberi semangat pada pasukan mereka
8.PENYAMPAIAN HADIAH
8.1 Pegawai dan Pemain dikehendaki berpakaian kemas (lengkap dengan tracksuit)
8.2 Memakai kasut sukan
8.3 Tidak memakai topi/selipar
8.4 Berbaris dan menunjukkan disiplin yang tinggi.
8.5 Mengucapkan terima kasih ketika menerima hadiah.

You might also like