You are on page 1of 1

Cerpen: Oren

Karya: Saifullizan Yahaya

SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan mengenai seekor kucing yang diberi
nama Oren. Ayah yang pada mulanya enggan membenarkan
anak-anaknya memelihara kucing telah membawa Oren pulang
dan dijadikan sebahagian daripada ahli keluarga mereka.
Pertanyaan ibu mengenai Oren terjawab juga apabila ayah
memberitahu bahawa dia telah melanggar ibu Oren. Tidak
beberapa lama kemudian, seekor kucing lain juga telah dibawa
pulang, iaitu Kelabu yang akhirnya telah menimbulkan konflik
kepada Oren. Kehilangan Oren telah disedari oleh ayah dan seisi
keluarga. Mereka mengaitkan kehilangan itu dengan sikap Oren
yang berasa iri hati dengan Kelabu yang berjaya menawan hati
mereka sekeluarga. Setelah ketiadaan Oren, ayah amat berasa
kehilangannya sehingga bermimpi Oren pulang ke rumah tetapi
realitinya Oren telah ditemui mati oleh Anis di celah pokok tua
yang tumbang.

You might also like