You are on page 1of 28

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
SEMESTER 1/2013

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)


AHLI KUMPULAN:
SHAMSUL BIN ZAIN
NABILAH BINTI ABDUL RAHMAN
NURUL FAUZAN BT MAT NOH
SUKRI BIN SAREE

PENSYARAH PENASIHAT:
PN. ZAHIROH BT AWANG
KERJA KURSUS PROJEK
SOALAN 5

Kategori kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran


dibawah tanggungan Kementerian Pendidikan
termasuklah sindrom down, autisme ringan, Attention
Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), terencat akal
minimum dan disleksia.

Bincangkan bagaimana guru dapat membantu kanak-


kanak yang mempunyai ADHD semasa mengendalikan
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
PROGRAM
BUAL
BICARA
bersama
Cikgu Syukree
PERANAN GURU MEMBANTU
KANAK-KANAK YANG
MEMPUNYAI ATTENTION
DEFICIT HYPERACTIVE
PENGENALAN

1. Ketidakupayaan hiperaktif (Attention Deficit


Hyperactivity Disorder, ADHD) merupakan salah satu
daripada ketidakupayaan dalam pembelajaran.
2. Selalunya ibu bapa dan guru-guru menggambarkan
murid-murid ADHD sebagai murid-murid yang mudah
terangsang, lasak, tidak mendengar cakap, dan
hiperaktif.
3. Istilah gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan telah
digunakan oleh profesional dalam bidang perubatan
untuk menggambarkan masalah lebih serius dan
berpanjangan pada murid-murid yang mengalami
ADHD.
DEFINISI ADHD
1. ADHD adalah sesuatu keadaan yang juga dikenali
sebagai kesukaran memusatkan perhatian (Attention
Deficit Disorder, ADD), mempunyai masalah kecil pada
otak, kerosakan kecil pada otak, terlalu banyak
bergerak atau aktif dan hiperaktif.
2. Menurut American Psychiatric Association (APA) 1994,
ADHD adalah tingkah laku hiperaktif dan kurang tumpuan
yang berlaku secara berulang-ulang atau berterusan.
Tingkah laku ini berlaku dengan sangat cepat dan dilihat
sangat berbeza daripada manusia biasa.
3. ADHD juga menggabungkan beberapa sikap seperti
kurang daya perhatian, cepat terpengaruh, membisu,
terlalu agresif dan mempamerkan pelbagai watak. Mereka
juga mempunyai sikap luar biasa berbanding dengan
murid-murid normal yang lain.
KATEGORI DAN CIRI-CIRI MURID ADHD
BAGAIMANA GURU
MEMBANTU KANAK-
KANAK ADHD SEMASA
PROSES P&P?
1. Guru Perlu Bekerjasama &
Membina Hubungan Yang Baik
Dengan Ibu Bapa
Seorang guru perlu bekerjasama dan membina hubungan
yang baik dengan ibu bapa berkaitan tingkah laku dan
perangai anak-anak mereka.
Ini kerana ibu bapa merupakan orang yang paling dekat
dengan anak-anak mereka di rumah.
Kerjasama ini boleh membantu guru untuk mengenal pasti
langkah terbaik dalam memberi pendidikan kepada kanak-
kanak ADHD.
Kerjasama guru dengan ibu bapa sangat penting kerana
ibu bapa dapat menyenaraikan maklumat-maklumat
penting tentang anak mereka seterusnya membantu guru
dalam menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran.
Maklumat Kesihatan

Tingkah Laku Anak

CONTOH
Maklumat
Yang Boleh Emosi
Diberikan
Kepada
Guru Sosial

Pemakanan
IMPLIKASI
o Hubungan yang erat antara ibu bapa dan guru
memberi implikasi yang baik terhadap aktiviti
pembelajaran di sekolah.
o Guru dapat mengetahui tingkah laku, emosi,
kesihatan, dan pergaulan murid melalui ibu bapa.
o Guru dapat menyusun dan merancang aktiviti
pembelajaran sesuai dengan situasi murid.
o Melalui kerjasama ini, ibu bapa juga boleh membuat
pemantauan, membimbing dan merancang aktiviti
pembelajaran yang sesuai untuk perkembangan anak-
anak mereka.
2. Guru Perlu Mempunyai
Pengetahuan Yang Luas
Tentang ADHD
Selain itu, guru juga perlu mempunyai pengetahuan yang
luas tentang ADHD supaya dapat melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Kemahiran mengurus tingkah laku akan dapat membantu
guru mengawal dan membentuk tingkah laku murid ini.
Jangan marah atau pukul murid sekiranya
mereka nakal. Sebaliknya, tegur
kesalahan mereka dengan cara yang
berhemah.

Beri arahan yang simpleserta mudah


difahami.

CONTOH Tegur kelakuan kanak - kanak apabila


perlu sahaja. Sekiranya kelakuan mereka
Peranan ditegur setiap masa, kanak - kanak akan
Guru Di menjadi immunedan lali.
Dalam Kelas
Jangan memberi label pada murid-murid
atau mengeluarkan perkataan yang
negatif. Kanak - kanak hiperaktif mudah
dipengaruhi.

Puji kelakuan yang baik dan


positif. Kanak-kanak hiperaktif sukakan
perhatian.
IMPLIKASI
o Pengetahuan guru terhadap murid-murid dengan
ADHD adalah sangat mastahak. Guru bukan sahaja
perlu mengajar, tetapi dalam masa yang sama perlu
mendalami dan menjiwai perasaan mereka.
o Kepelbagaian pelajar di dalam kelas adalah cabaran
kepada guru dalam aktiviti pembelajaran, namun
tumpuan dan perhatian juga perlu diberikan kepada
murid-murid ADHD.
o Guru perlu mempelbagaikan aktiviti pembelajaran
untuk menarik minat murid kerana murid-murid
hiperaktif ini suka bermain dan tidak boleh memberi
tumpuan yang lama terhadap menyampaian guru.
3. Guru Harus Menyediakan Persekitaran
Pembelajaran Yang Efektif

Kanak-kanak dengan ADHD boleh belajar sekiranya


dibantu melalui sokongan persekitaran yang sesuai
dengan diri mereka kerana tahap penerimaan dan
pemahaman kanak-kanak ini adalah berbeza.
Kanak-kanak ADHD juga menggabungkan beberapa sikap
seperti kurang daya perhatian, cepat terpengaruh,
membisu, terlalu agresif dan mempamerkan pelbagai
watak.
Kesannya murid-murid akan sukar untuk mengawal
tingkah laku mereka seperti menjadi kurang tumpuan,
impulsif dan hiperaktif.
Oleh itu, di samping guru perlu memberi lebih perhatian,
sokongan persekitaran juga perlu dititikberatkan.
Susunan kelas (meja, kerusi, dan
sebagainya) hendaklah bebas
daripada gangguan tumpuan
perhatian

Menetapkan peraturan kelas dan


membincangkan jangkaan yang
CONTOH diharapkan
Sumbangan
Persekitaran Menyediakan dan mematuhi rutin
harian kelas dan mengingatkan
pelajar sekiranya ada perubahan

Menetapkan peraturan kelas dan


membincangkan jangkaan yang
diharapkan
IMPLIKASI
o Peranan guru untuk memastikan sokongan persekitaran
dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) adalah sangat penting apabila
berhadapan dengan kanak-kanak ADHD.
o Segala gangguan yang boleh menjejaslan perhatian dan
tumpuan murid akan mendatangkan kesan yang negatif
terhadap proses P&P. Maklumat yang disampaikan guru
tidak dapat diterima oleh murid dengan baik.
o Oleh itu, guru perlu dari semasa ke semasa mengenal
pasti segala gangguan yang boleh menjejaskan tumpuan
murid dan pada masa yang sama merancang bagaimana
untuk meningkatkan daya tumpuan dan penglibatan murid
di dalam kelas.
4. Guru Menggunakan Kaedah Intervensi
Tingkah Laku Di Dalam Kelas
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), intervensi
bermaksud campur tangan dalam urusan antara dua
pihak. Oleh itu, intervensi tingkah laku boleh didefinisikan
sebagai kaedah yang digunakan oleh guru untuk
menangani permasalahan murid.
Kepelbagaian murid di dalam kelas menyebabkan guru
sukar untuk mengawal tingkah laku mereka lebih-lebih
lagi kanak-kanak dengan ADHD.
Kanak-kanak ini selalu meninggalkan tempat duduk di
dalam kelas, kurang perhatian, & tumpuan lebih diberikan
terhadap sesuatu perkara lain yang lebih diminati.
Mereka kerap menghadapi masalah untuk bermain atau
melakukan aktiviti riadah secara senyap. Mereka
bercakap banyak atau gagal mengawal pertuturan
mereka.
Memberi ganjaran dan pengukuhan
bagi tingkah laku yang ingin
ditunjukkan.

CONTOH
Kaedah Strategi pencegahan menghentikan
Interve tingkah laku yang tidak sesuai
sebelum perkara itu menular dan
nsi menjadi kebiasaan
Tingka
h Laku
Token ekonomi memberi ganjaran
dalam bentuk token (sticker, syiling
plastik dll) yang mempunyai nilai
ekonomi.
IMPLIKASI

o Intervensi tingkah laku adalah satu kaedah untuk


meningkatkan kefahaman, kecunderungan, minat dan daya
tumpuan murid.
o Pelbagai kaedah boleh dilakukan oleh ibu bapa dan guru
misalnya mewujudkan satu sistem memberi hadiah untuk
menggalakkan kelakuan yang baik.
o Kaedah ini juga boleh meningkatkan ingatan murid pada
suatu perkara, misalnya murid akan berfikir bahawa akan
mendapat pujian sekiranya guru sentiasa memberi pujian
pada setiap perlakuan yang baik.
o Intervensi tingkah laku yang baik ialah aktiviti yang digemari
oleh murid dan boleh merangsang pemikiran mereka.
5. Guru Menggunakan Kaedah Intervensi
Pengajaran Dalam Pelajaran

Meningkatkan pemahaman murid semasa proses


pengajaran dijalankan.
Guru harus bijaksana merancang segala tindakan yang
dilakukan supaya murid dapat mengadaptasikan dalam
bentuk tindakan yang tepat.
Kaedah intervensi pengajaran sangat sesuai
dilaksanakan kerana murid dengan ADHD selalu
mempunyai masalah untuk mempertahankan tumpuan
dan perhatian dalam sesuatu aktiviti, terutamanya aktiviti
yang melibatkan visual dan pemikiran.
Kanak-kanak berusia 6 tahun sekurang-kurangnya boleh
menumpukan perhatian selama lebih kurang 15-20 minit.
Arahan yang diberi hendaklah jelas,
ringkas, dan lengkap.

Apabila memberi arahan, minta murid


mengulang arahan tersebut kepada
anda.
CONTOH
Kaedah
Interven Pecahkan tugasan yang besar
kepada bahagian yang lebih kecil
si
Pengaja
ran Gunakan banyak tindak balas aktif
sepanjang pengajaran

Gunakan kaedah pelbagai sensori


dalam pengajaran
IMPLIKASI

o Murid-murid dengan ADHD selalunya memang lemah


dalam pelajaran kerana mereka tidak dapat menumpukan
pehatian terhadap pengajaran guru. Fikiran mereka mudah
teransang dengan suatu perkara yang lain.
o Melalui intervensi pengajaran yang berkesan, murid dapat
menumpukan perhatian terhadap pelajaran di dalam kelas.
Selain itu, penglibatan aktif murid seperti yang diharapkan
dapat ditingkatkan.
o Murid juga akan dapat menimba lebih banyak pengalaman
daripada aktiviti yang dilakukan. Oleh itu, guru perlu
menggunakan banyak tindak balas aktif sepanjang
pengajaran.
BAGAIMANA GURU MEMBANTU KANAK-
KANAK ADHD SEMASA PROSES P&P

KERJASAMA GURU INTERVENSI


DAN IBU BAPA TINGKAH LAKU

INTERVENSI
PERANAN GURU
PENGAJARAN

SOKONGAN
PERSEKITARAN KURIKULUM
KESIMPULAN
Peranan guru adalah sangat penting dalam memberi
pendidikan kepada kanak-kanak ADHD.

Untuk memperoleh keberkesanan pengajaran dan


pembelajaran yang optimum, guru harus mengenal pasti
gaya pembelajaran kanak-kanak ADHD dan menggunakan
strategi serta cara pengendalian yang sesuai dengan
perkembangan mereka.

Guru yang berpengetahuan mengenai masalah ADHD


dapat merancang dan menyusun aktiviti pembelajaran
yang berkesan.
Persekitaran pembelajaran yang yang efektif pertu
dititikberatkan oleh guru untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran.

Intervensi tingkah laku dan pengajaran adanah kaedah


atau pendekatan yang wajar digunakan untuk menangani
marid-murid ADHD.

Penyediaan set induksi oleh guru yang meliputi proses


menstruktur isi pembelajaran, menarik perhatian,
mengadakan hubung kait terhadap pembelajaran, dan
memotivasikan pelajar adalah merupakan faktor
pendorong kanak-kanak ADHD untuk terus menumpukan
perhatian kepada isi pelajaran.
RUJUKAN
Halizah Hamzah & Joy N.S. (2011). PerkembanganKanak-
Kanak:UntukProgramIjazahSarjanaMudaPerguruan.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

KamusDewanEdisiKeempat.(2005). Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Ting Len Siong & Muhamad Sidek Said (2007). InginMenjadi


Guru. Selangor: Ilmu Media Trade.

Ee Ah Meng (2000). PendidikanDiMalaysiaI:Falsafah


Pendidikan,GurudanSekolah (EdisiKedua).Selangor:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sang M. S. (2013). PerkembanganKanak-kanakEdisiKetiga.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mohd Zuri Ghani & Azman Che Ahmad. (2011). Penghantar


PendidikanKhas. Pulau Pinang:Universiti Sains Malaysia.
KURIKULUM
Pelajar ADHD ditempatkan di dalam kelas Program Khas
Masalah Pembelajaran (PKBP) seperti mana pelajar
keperluan khas yang lain dan mengikut Kurikulum PKBP
berdasarkan Sukatan Pelajaran PKBP Sekolah Rendah dan
Menengah.
Perlaksanaan kurikulum adalah luwes (flexible) mengikut
keupayaan pelajar.
Pengajaran guru akan disesuaikan dengan tahap keupayaan
mental pelajar, tingkah laku, tumpuan perhatian, tahap
kemahiran, motor kasar dan halus, keupayaan berkomunikasi
dan lain-lain.
Oleh itu, Sukatan Pelajaran PKBP digabungkan antara
Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah bagi menunjukkan
kesinambungan kurikulum.
Pelajar yang menunjukkan peningkatan pencapaian yang baik
akan mengikut pelajaran pada tahap yang lebih tinggi
berbanding rakan mereka yang lain.

You might also like