You are on page 1of 40

SENI BAHASA DAN SASTERA

DALAM PENDIDIKAN
PEMULIHAN
(PKP 3173)

Prosa Tradisional
Cerita Penglipur Lara

Norhayati Ayit
Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Pulau Pinang
Tajuk 1 minggu 2

Prosa Tradisional
Cerita Penglipur Lara
Konsep
Jenis-jenis
Fungsi
Ciri-ciri
Gaya bahasa
Prosa tradisional merupakan semua bentuk
pernyataan biasa yang ditulis atau diucapkan,
tidak terikat dengan corak irama dan
penyusunan bunyi yang dihasilkan oleh
masyarakat lama serta mencerminkan
masyarakat tersebut. Konsep prosa tradisional
adalah kolektif dan milik bersama. Tidak ada
sesiapapun yang berhak untuk mengaku bahawa
hasil karya tersebut adalah miliknya sendiri.
Prosa Melayu tradisional mempunyai bentuk dan
ciri yang berbeza daripada sastera moden.
Walau bagaimanapun struktur karya sastera baik
tradisional mahupun moden terdiri daripada
elemen seperti tema, persoalan, plot, watak dan
perwatakan, latar, gaya bahasa, nilai,
pengajaran dan sudut pandangan. Hal ini
merupakan sifat fundamental (dasar) bagi setiap
karya sastera
CERITA PENGLIPUR LARA
KONSEP / PENGERTIAN:
Menurut Dr. Ismail Hamid dalam bukunya
Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama,
Penglipur membawa maksud penghibur, manakala
Lara pula bermaksud duka atau kesedihan hati.
Daripada cantuman dua kata Penglipur dan Lara
membawa pengertian cerita yang menghiburkan
orang dalam kesedihan atau dukacita.
Cerita penglipur lara dikenali juga sebagai
folklore. R.O Winstedt menamakan penglipur lara
sebagai roman rakyat (flok ramances). Cerita
penglipur lara ialah cerita-cerita roman yang
mengandungi unsur adventure. Biasanya cerita
berlegar di sekitar golongan istana atau golongan-
golongan putera-puteri, cerita raja dengan
segalagambaran keindahan, kemewahan, kesaktian
Cerita penglipur lara terkenal dalam kalangan
masyarakat Melayu kerana cerita-cerita ini
mempunyai keunikan dan keistemewaan yang
tersendiri. Keunikan itu jelas dilihat dari segi
ceritanya, penutur atau tukang cerita dan cara
persembahan cerita tersebut.

Dalam masyarakat Minangkabau, cerita penglipur


lara dikenali sebagai kaba. Mengikut kajian tukang-
tukang cerita atau penutur cerita penglipur lara ini
terdapat dua golongan iaitu tukang cerita
profesional dan amatur. Cara penyampaian
menggunakan kepakaran mereka tersendiri.
Contohnya dengan gaya dan lagunya tersendiri serta
diserikan lagi persembahan menggunakan alat-alat
muzik yang serdahana seperti rebab, biola dan
sebagainya. Selain itu ada juga tukang cerita yang
PERANAN CERITA PENGLIPUR LARA

Sering diperkatakan bahawa penglipur lara adalah


sebagai hiburan, pendidikan dan menganggungkan
raja. Oleh kerana tidak terdapat pendidikan secara
formal dalam masyarakat Melayu dahulu, maka
cerita cerita penglipur lara menjadi ruang untuk
mendidik anggota masyarakatnya dengan nilai-
nilai moral yang baik. Perbuatan dan sikap yang
baik akan dapat ganjaran yang baik, manakala
yang jahat akan tewas. Sikap yang negatif seperti
tidak bertanggungjawab akan membawa kesan
yang buruk dalam sesebuah keluarga dan
masyarakat.
CIRI-CIRI

Cerita penglipur lara yang kita dapati melalui kajian


terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

1. Sebelum Pengembaraan
2. Semasa Pengembaraan
3. Selepas Pengembaraan

Cerita penglipur lara ini juga berpusat dalam


kalangan putera-puteri raja serta cerita ini
mempunyai ciri-ciri berbentuk prosa dengan selingan
puisi.

Halangan dan rintangan yang dihadapi oleh sang


wira akan dapat diatasi dengan mudah dengan
pertolongan benda-benda sakti atau senjata sakti
seperti yang berlaku di dalam cerita-cerita penglipur
lara. Selain daripada itu, juga para wira sendiri juga
memiliki kesaktian dan kegagahan mereka tersendiri
untuk mengatasi segala rintangan serta halangan
unutuk berjaya dan mencapai hajat wira.
Penyelesaian cerita-cerita penglipur lara biasanya
mereka hidup bahagia bersama wirawati happy
ending.
TEMA

Cerita penglipur lara ini bertemakan percintaan


antara wira dengan wirawati. Percintaan mereka ini
dikaitkan dengan pengembaraan sang wira dalam
mencari pasangan mereka (wirawati) disebabkan
oleh hal-hal yang tertentu. Dalam masa
pengembaraan inilah pelbagai persoalan yang
timbul untuk mengembangkan lagi suasana
sesebuah cerita Penglipur lara dan dalam masa
yang sama menarik minat para pendengar untuk
mengetahui kisah selanjutnya. Persoalan yang
biasa diutarakan ialah mengenai persoalan
peperangan, kesaktian, kehebatan, kemewahan dan
kegagahan ditonjolkan dalam cerita penglipur lara.
CERITA BERPUSAT DALAM KALANGAN PUTERA-PUTERI
RAJA

Perkembangan cerita-cerita penglipur lara ini berkisar


di sekitar istana yang mengisahkan tentang wira dan
wirawati daripada kalangan putera-puteri raja. Latar
cerita yang dicipta kebanyakannya hidup dalam alam
fantasi (khayalan), dunia kayangan digambarkan
dengan dewa-dewi dan pari-pari yang dikatakan
terletak di langit. Dunia yang dihuni oleh manusia
terletak di bumi. Di sini jelas nyata dapat kita lihat
bahawa hubungan kedua-dua alam ini tiada
batasannya.

Dalam cerita-cerita penglipur lara , keturunan raja-raja


khasnya wira dan wirawati dikaitkan asal usulnya dari
keturunan dewa-dewi dari kayangan. Malah sering kita
BENTUK PROSA DENGAN SELINGAN PUISI

Keseluruhan cerita penglipur lara disampaikan


dalam bentuk prosa iaitu karangan yang tidak
berangkap, tetapi jika berhadapan dengan penglipur
lara itu sendiri, ia di dengar seperti puisi kerana
pencerita akan melagukan agar sedap didengar
serta menarik minat pendengar.

FUNGSI-FUNGSI PENGLIPUR LARA

Hiburan

Cerita-cerita penglipur lara memainkan peranan


penting sebagai alat hiburan bagi masyarakat
Melayu tradisi, khasnya dalam kalangan rakyat
jelata kerana isi ceritanya mempunyai cerita
yang indah-indah dan menyeronokkan dan ianya
dapat memberi suatu kepuasan yang
menghiburkan. Isi cerita penglipur larajuga
dijadikan sebagai suatau perlarian bagi
golongan rakyat jelata yang miskin dan hidup
dikelilingi penderitaan kerana isi cerita penglipur
lara amat menonjolkan unsur-unsur kemewahan
dan keindahan. Dengan ini khalayak dapat
melarikan diri seketika daripada kenyataan hidup
Berfungsi sebagai alat pengajaran dan
pendidikan moral
Cerita-cerita penglipur lara kaya dengan unsur-
unsur moral dan etika yang dapat dicontohi oleh
masyarakat. Nilai-nilai moral dan etika yang jelas
dalam cerita penglipur lara ialah :

Sifat hormat kepada ibu bapa dan orang tua.


Wira dan wirawati tidak pernah menentang
kehendak ayahanda bonda, walaupun adakalanya
perintah tersebut begitu sukar dan
membahayakan, malah mereka akan meminta izin
terlebih dahulu daripada ayahanda bonda mereka
sebelum keluar mengembara.

Sifat tanggungjawab pemimpin (raja)


Dalam cerita penglipur lara ini jelas tergambar
Sifat-sifat patriotik dan cintakan tanah air

Sifat ini jelas tergambar dalam episod


peperangan. Raja, pembesar mahupun rakyat
jelata masing-masing tidak akan mudah menyerah
kalah, berganding bahu mempertahankan negeri
mereka daripada serangan luar dan sanggup
mengorbankan nyawa mereka dengan berlawan
bermati-matian hingga ke titisan darah yang
terakhir.

Hubungan harmoni dan mesra antara golongan raja


dan rakyat

Kemesraan hubungan antara golongan istana dengan


rakyat jelata jelas tergambar ketika upacara tertentu
diadakan di istana, misalnya ketika majlis
perkahwinan dan kenduri kendara di istana. Semua
golongan rakyat datang beramai-ramai dari berbagai
lapisan masyarakat, kecil besar, tua dan muda. Ini
jelas seperti yang tergambar melalui petikan puisi di
bawah;

Yang capik datang bertongkat,


Yang buta datang berpimpin,
Yang pekak datang bertanya,
Yang kurap mengekor angin.

berbuat baik kepada ibu bapa dan kepada
mereka yang tidak bernasib baik

Sifat ini jelas nyata terdapat dalam watak Si


Kembang Cina atau Bujang Selamat. Selain itu
kedua-dua watak ini melambangkan kesetiaan dan
watak-watak pekerja yang bekerja dengan penuh
dedikasi dan memberi sepenuh komitmen
terhadap tugas-tugas yang
dipertanggungjawabkan kepadanya.

Sifat berdikari dan mencari untung

Sifat ini selalu saja terdapat dalam watak wira


dan wirawati, mereka akan berdikari sehingga
mereka berjaya mencapai apa yang dihajati.
Selain itu wira dan wirawati sendiri juga pandai
mencari untung dalam apa jua yang mereka
lakukan.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak dan perwatakan dalam cerita penglipur
lara ini terbahagi kepada tiga golongan iaitu :

WATAK UTAMA (PROTAGONIS)


Watak ini dipegang oleh wira dan wirawati yang
terdiri dari kalanagan anak-anak raja. Watak
utama diwarnakan dengan warna putih iaitu
watak baik da mempunyai segala kelebihan,
keistimewaan dan keberanian yang tidak
terdapat dalam kalangan kebanyakan orang.
Peranan watak utama iaitu wira akan
mengembara dengan tujuan yamg tertentu. Di
sini jelas diperlihatkan wira akan menghadapi
berbagai-bagai halangan, rintangan, kesusahan
dan sebagainya, tretepi semuanya akan
berakhir dengan kejayaan di atas kepintaran,
WATAK PEMBANTU

Biasanya watak ini terdiri daripada kalangan rakyat


biasa yang menjadi pembantu, pengasuh, pengiring
pada watak utama sam ada pada watak utama
sama ada pada watak wira atau watak wirawati
seperti nenek kebayan, Kembang Cina dan Bujang
Selamat yang menjadi pembantu dalam tindak
tanduk watak utama.

WATAK JAHAT (ANTAGONIS)

Gambaran mengenai watak jahat ini terdiri dari


watak yang menjadi penghalang kepada watak
utama dalam mencapai sesuatu tujuan dan sering
menimbulkan masalah kepada watak utama. Watak
ini di anggap sebagai musuh jahat kerana sering
STRUKTUR ISI CERITA PENGLIPUR LARA

Cerita-cerita penglipur lara tiada banyak bezanya


kalau kita lihat ianya terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu permulaan cerita, isi cerita-
pengembaraan dan akhiran cerita. Dalam bahagian
pengembaraan, sesebuah cerita itu terus
berkembang ke kemuncaknya serta bahagian akhir
sekali ialah penamat cerita. Manakala dalam
bahagian akhir ini cerita akan mula menurun dan
berakhir dalam dua katogeri samaada menemui
kebahagian atau berakhir dengan kesedihan
Bahagian awal:

Di sini akan diceritakan tentang kisah sebelum


pengembaraan wira. Bahagian awal dimulakan
dengan perkenalan tentang kelahiran wira,
kehidupannya sewaktu kecil disertakan dngan latar
belakang kehidupan keluarga wira. Dalam bahagian
ini juga diceritakan tentang kejadian yang luar
biasa berlaku semasa wira dilahirkan seperti
kelahiran wira yang disertai dengan hujan, ribut,
kilat, petir, serta suasana alam yang luar biasa.
Kadang-kadang ada wira yang lahir dengan barang-
barang yang ajaib serta kesaktian.
Bahagian pengembaraan:

Seperti yang dinyatakan mula-mula tadi, disinilah


bermulanya perkembangan cerita sehingga menuju
ke kemuncak cerita. Dalam cerita penglipur lara ini
diterangkan sebab-sebab wira keluar dari istana
dengan tujuan-tujuan yang tertentu. dalam
pengembaraan inilah wira menghadapi pelbagai
halang dan rintangan seperti terpaksa berlapar,
tiada tempat tidur, merentasi hutan belantara
dengan segala cabaran yang menguji kesabaran
serta kesusahan yang terlebih dahulu dideritai.
Peperangan juga berlaku di antara watak wira dan
watak jahat yang untuk menghalang wira mencapai
hajat mereka dengan cepat. Di samping itu
disisipkan juga unsur-unsur percintaan dan
Bahagian akhir:

Setelah berhempas pulas untuk mencapai apa


yang dihajati, akhirnya wira pun mencapai
kejayaan. Sebaik saja hajat dan tujuan yang
diharapkan telah berjaya diperolehi wira pun
kembali semula ke istana, membawa isteri atau
isteri-isterinya dan hidup aman bahagia dengan
segala kebesaran dan kemegahan memerintah
kerajaan yang besar.

KUPASAN PETIKAN CERITA HIKAYAT MALIM DEMAN


Ringkasan cerita:

Sebelum pengembaraan:

Mengisahkan latar keluarga watak utama iaitu


Malim Deman, putera Raja Malim Dewa yang
memerintahkan di negeri bandar Muar. Bonda
Malim Deman ialah Tuan Puteri Lindungan Bulan.
Malim Deman mempelajari ilmu dunia dan
akhirat sehingga ia menjadi seorang yang
perkasa dan bijak dalam semua hal. Kemudian
diceritakan Malim Deman bermimpi bertemu
dengan seorang tua, berpakaian serba putih,
berjanggut panjang dan menyuruh Malim Deman
pergi ke hulu Sungai Muar kerana di sana ia akan
bartemu dengan bakal isterinya. Setelah
mendapat mimpi demikian, Malim Deman
memohon keizinan daripada kedua ayahanda
dan bondanya untuk keluar mengembara.
Dalam masa pengembaraan:

Semasa mengembara, Malin Deman diiringi oleh


Bujang Selamat dan anjing perburuannya. Mereka
semua telah mati kerana tidak tahan memderita
mengharungi hutan belantara yang tebal, onak duri
yang menyakitkan, mengahadapi kekurangan
bahan-bahan makanan dan berpanas dan berhujan.
Hanya Malin Deman yang berjaya sampai ke taman
nenek kebayan, tempat tuan puteri dari kayangan
turun mandi dan bermain. Bagi mendapatkan Puteri
Bongsu, Malim Deman menyamar sebagai pengail
dan berjaya mencuri baju layang tuan puteri. Puteri
Bongsu tidak boleh pulang semula ke kayangan
kerana baju layangnya hilang. Dengan pertolongan
Nenek Kebayan, Malim Deman dikahwinkan dengan
Puteri Bongsu dan mereka pulang ke Bandar Muar.
Malim Deman terpaksa membuat pengembaraan kali
kedua bagi menurut isterinya dan puteranya yang
membawa diri ke kayangan kerana kecewa dengan
perbuatan Malim Deman yang melupakan
tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah.
Malin Deman asyik berjudi, menyabung ayam dan
bermersa dengan si Kembang Cina menyebabkan
puteri Bongsu merajuk hati. Puteri bongsu berhasil
mendapatkan baju layang dan bersama dengan
puteranya ia kembali ke pangkuan ayahanda
bondanya di negeri kayangan. Malim Deman
merantau mencari cara bagaimana untuk ke
kayangan. Dengan pertolongan puteri Terus Mata,
Malim Deman berjaya meminjam borak milik anak
raja jin itu terbang ke kayangan. Di kayangan Malim
Deman terpaksa menyamar dan kemudiannya
bertarung mengadu kekuatan dan kesaktian dengan
Selepas pengembaraan:

Malim Deman berjaya memujuk Puteri Bongsu dan


membawa pulang isteri dan puteranya ke istana.
Sebelum itu, Malim Deman berkahwin dengan Tuan
Puteri Terus Mata. Malim Deman membawa isteri-
isteri dan puteranya kembali ke istana. Mereka hidup
aman dan berbahagia serta memepunyai kerajaan
yang besar. Cerita berakhir dengan happy ending
kebahagiaan watak utama.

Peranan watak dan sifat watak

Watak utama:

Watak wira:

Sifat anak raja yang memiliki rupa paras yang


cantik, gagah berani, bijak serta kesaktiaan yang
luar biasa. Malim Deman berjaya mengalahkan
Mambang Molek. Berjaya ke kayangan dengan
menggunakan borak. Memiliki kerajaan yang besar
dan ramai rakyat jelata. Bijak dalam bertindak
seperti menyamar dan mencuri baju layang Puteri
Bongsu untuk mendapatkan puteri itu.

Peranan watak wira

Sebagai anak raja yang mengembara kerana


mencari isteri seperti yang diperolehi dari alamat
dalam mimipinya. Terpaksa mengembara dalam
mencapai tujuan dan hajat. Berjaya mengalahkan
musuh Mambang Molek sebelum berjaya
membawa isterinya. Berkahwin dengan Tuan Puteri
terus Mata.
wirawati:
Seorang puteri dari kayangan. Sangat cantik dan
gilanggemilang wajahnya. Kecantikan tuan puteri
tidak ada tolok bandingnya. Puteri bongsu bersama
saudara-saudara yang lain (tujuh beradik semuanya)
turun mandi dan bermain di taman nenek kebayan.
Baju layangnya dicuri oleh pengail menyebabkan ia
tidak boleh kembali ke kayangan lagi. Puteri bongsu
menjadi isteri Malim Deman dan mendapat seorang
putera. Tuan Puteri kecewa dengan sikap Malim
Deman, menyebabkan ia merajuk dan membawa hati
kembali ke kayangan dengan hati yang luka. Di
kayangan, Tuan Puteri Bongsu bersetuju berkahwin
dengan Mambang Molek, bekas tunangannya tetapi
berjaya diselamtkan oleh Malim Deman setelah
menewaskan Mambang Molek. Bersama puteranya,
ia bersetuju kembali ke pangkuan suaminya dan
Watak pembantu:

Terdiri daripada Bujang Selamat, Nenek Kebayan dan


Kembang Cina. Bujang Selamat adalah pembantu kepada wira
iaitu Malim Deman. Peranan Bujang Selamt sebagai
pengasuh, pengiring Malim Deman ke mana sahaja Malim
Deman pergi, serta menumpukan sepenuh taat setia kepada
tuannya.

Nenek Kebayan juga berperanan sebagai pembantu kepada


Malim Deman terutama dalam mencapai sesuatu hajat. Nenek
Kebayanlah yang membantu dan memberi perlindungan
kepada Malim Deman sewaktu Malim Deman sampai ke
tanamnya. Nenek Kebayan juga yang mengahwinkan Malim
Deman dengan Puteri Bongsu serta memberitahu Malim
Deman bagaimana caranya ke kayangan. Dengan pertolongan
Nenek Kebayan, Malim Deman berhasil berjumpa dengan Tuan
Puteri Terus Mata dan seterusnya meminjam borak ke
kayangan.

Si Kembang Cina seorang pengasuh perempuan yang memiliki


Watak jahat (antagonis):

Watak jahat terdiri daripada Mambang Molek


tunangan Tuan Puteri Bongsu di kayangan. Watak
jahat ini berperanan sebagi musuh kepada musuh
kepada wira sebelum Malim Deman berjaya
membawa isteri dan puteranya, Malim Deman
terlebih dahulu mesti menetang Mambang Molek.
Watak jahat ini dapat dikalahkan.
Gaya bahasa:

Dalam hikayat Malim Deman terdapat penggunaan


pantun, gurindam dan bahasa berirama.

Contoh gurindam:

Awak tua bandar terbuka


Emas habis dagangan mudah,
Kerbau kambing sesak di pandang,
Itik angsa tenang kuala,
Merpati lindungan langit,
Rengkiang tujuh sejanjar,
Teman dengan sekerat kota.
Contoh pantun:

Tetak seranting buatkan kolek,


Buat pagar bunga di taman,
Tuanku putera yang kecil molek,
Putera Tuanku Malim Deman.

Contoh perumpamaan:

Bagai pucuk dilancarkan,


Bagai kumbang putus tali,
Penig kepala bagai dibaji,
Sakit hati bagai digunting.

Hikayat Merong Mahawangsa

videoplayback_3.FLV
Tajuk Debat/Forum

Signifikankah cerita-cerita
Penglipur Lara dalam usaha
untuk mendidik sahsiah
masyarakat Melayu hari ini

You might also like