You are on page 1of 6

TUJUAN UJIAN OBJEKTIF

Mentafsir kemahiran berfikir aras rendah dan juga aras tinggi.


Mentafsir kebolehan murid untuk mengingati atau
menunjukkan kefahaman tentang sesuatu perkara yang
dipelajari dan diuji melalui pemikiran aras rendah dan aras
tinggi.
Mentafsir kebolehan mengingati dengan meminta murid
mengenal pasti,menyenaraikan dan menamakan sesuatu.
Mentafsir dengan meminta murid menerangkan,mengelaskan
dan meringkaskan.
Mentafsir pemikiran aras tinggi melalui penglibatan murid
dalam mengaplikasi,menganalisis,menilai dan mencipta.
MAKSUD UJIAN OBJEKTIF
Ujian objektif mengandungi item-item yang memerlukan murid
memilih respons daripada senarai yang diberikan atau mengemukan
respons sendiri dan respons murid adalah bersifat dikotomus.
Ujian ini memerlukan perkara atau alat yang digunakan untuk
mendapatkan respon. Merupakan item respon tetap (memilih satu
jawapan beberapa jawapan). Di dalam ujian ini mengandungi pokok
soalan (kata kunci) dan beberapa pilihan jawapan bagi setiap item.
Dua bentuk soalan ujian objektif :
1) Item respons bebas
2) Item respons tetap
Pembinaan Item Mengisi Ruang Kosong
Item yang mengandungi ruang untuk murid mengisi
jawapan yang betul. Murid dikehendaki menulis
jawapan yang terbaik di tempat kosong yang disediakan
dengan memilih daripada beberapa jawapan yang
disediakan.
Item ini terdiri daripada dua (2) bahagian, iaitu stimulus
(jika ada) dan pernyataan yang mengandungi ruang
kosong untuk diisi pelajar. Item jenis ini amat sesuai
digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki
pelajar memberi jawapan pendek yang tepat.
ENAM PRINSIP UNTUK MENYEDIAKAN SOALAN BERBENTUK
MENGISI RUANG KOSONG
Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu mengisi ruang kosong
dalam kertas soalan atau dalam kertas jawapan.
Pernyataan/ayat hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak
berbunga bunga, supaya pelajar dapat memahaminya dengan baik.
Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti bilangan perkataan
dalam ruang kosong), supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran
yang sama.
Perkataan yang dikosongkan hendaklah terdiri daripada perkataan yang
penting sahaja.
Elakkan daripada meninggalkan terlalu banyak ruang kosong dalam
sesuatu pernyataan/ayat, supaya soalan tidak menjadi terlalu susah
Ruang kosong hendaklah ditempatkan di penghujung pernyataan/ayat,m
supaya perkataan yang dikehendaki jelas kepada pelajar.

You might also like