You are on page 1of 8

Faktor yang

Mempengaruhi
Perancangan menu
TERDAPAT BEBERAPA FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI PERANGAN MENU:

TUJUAN SAJIAN
KEPERLUAN
KEGEMARAN
KESEIMBANGAN SAJIAN
SUMBER
BILANGAN TETAMU
TUJUAN SAJIAN
o Menu yang dirancang bersandarkan kepada tujuan mengadakan majlis
sama ada untuk hidangan di majlis formal atau tidak formal. Sajian
majlis formal mempunyai makanan istimewa, ada kepelbagaian, dan
memerlukan kemahiran dan masa yang lebih untuk menyediakannya.
Sajian untuk majlis tidak formal seperti berkelah, sarapan, makan
tengah hari, dan makan malam setiap hari bersama ahli keluarga lebih
mudah dan cepat disediakan.
KEPERLUAN
o Pilihan menu perlu membekalkan nutrien untuk setiap
individu. Pemilihan bergantung kepada umur, jantina,
saiz tubuh, aktiviti dan kesihatan.
KEGEMARAN
o Setiap individu dalam keluarga mempunyai makanan kegemaran
masing-masing. Antara faktor yang dititikberatkan untuk
memenuhi kegemaran dan menambahkan selera ahli keluarga
ialah bau, rasa, tekstur, warna, rupa, persembahan makanan,
suasana sekeliling, dan juga tempat makan.
KESEIMBANGAN SAJIAN
Keseimbangan sajian seharusnya mempunyai variasi dan keseimbangan dari segi
warna, tekstur, rasa, bahan makanan, dan kaedah memasak. Ciri-ciri ini boleh
dilihat dari aspek yang berikut:

(a) warna yang berlaianan dalam makanan memberi variasi pada sajian supaya menjadikannya
lebih menarik dan menyelerakan.

(b) pelbagai tekstur dihasilkan dengan kaedah memasak yang berlainan.

(c) hidangan manis dan savouri dihidangkan untuk mempelbagaikan rasa dan menyelerakan.

(d) variasi bahan makanan membekalkan nutrien, perisa, dan bau makanan tersendiri
menjadikan sajian bertambah unik dan menarik.
SUMBER
o Perancangan menu dipengaruhi oleh sumber seperti sumber kewangan, bahan
makanan, kemudahan fizikal, kemahiran, keupayaan, dan masa.
o Perancangan menu hendaklah berdasarkan peruntukan kewangan yang telah
ditetapkan. Perancangan perbelanjaan perlu diikuti semasa membeli-belah
agar tidak berlaku pembaziran.
o Kemudahan fizikal seperti alat-alat penjimat masa perlu dipertimbangkan.
Menu yang dipilih seelok-eloknya menggunakan alat penjimat masa yang sedia
ada.
o Menu yang dipilih hendaklah berdasarkan penguasaan kemahiran memasak.
Penguasaan kemahiran memasak dapat mempelbagaikan hidangan setiap
sajian dan menjadikannya lebih menarik dan menyelerakan.
o Setiap menu yang dipilih perlu disesuaikan dengan sumber masa yang ada.
Dengan perancangan menu yang teliti, masalah masa dapat diatasi dengan
menggunakan kaedah memasak yang bersesuaian dengan peruntukan masa.
BILANGAN TETAMU

o Kuantiti makanan yang disediakan cukup untuk menampung bilangan


tetamu yang ada bagi mengelakkan pembaziran.

You might also like