You are on page 1of 49

KURSUS PENGURUSAN KELAB DAN PERSATUAN DAERAH

KINTA UTARA

DISAMPAIKAN OLEH;
MOHD ROSLAN B MOHD NOR
Penolong PPD Koakademik
Daerah Kinta Utara
OBJEKTIF KURSUS
1 matlamat & tujuan
2 kaedah dan tatacara
3 pentadbiran dan
pengurusan
4 Pengelolaan aktiviti &
kegiatan
5 nilai-nilai asas kepimpinan
6 tanggungjawab dan
Mengapa perlu
ada Kelab &
Persatuan?
DEFINISI
KELAB/PERSATUAN
Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur,
berperlembagaan, berperaturan dan
berkepimpinan yang dianggotai oleh
murid-murid sekolah yang mempunyai
minat, kegemaran, hasrat dan
kecenderungan yang sama serta bertujuan
untuk saling bekerjasama, bantu-
membantu dan berkongsi sumber dalam
melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-
cita serta matlamat yang telah ditetapkan
dan dipersetujui bersama bagi
memperkembangkan minat, kegemaran,
hasrat dan kecenderungan masing-
masing.
minat, saling bekerjasama &
bantu-membantu,
kegemaran,
berkongsi sumber ,pengalaman
hasrat dan pengetahuan, potensi
kecenderungan kepimpinan

berstruktur,
berperlembagaan,
berperaturan dan
berkepimpinan

Melaksanakan aktiviti
Mencapai cita-cita & matlamat
yang dipersetujui bersama
PERATURAN-PERATURAN PENUBUHAN
(Persatuan Sekolah)
1. Guru Besar/Pengetua mestilah mematuhi beberapa
prosedur tertentu untuk tujuan Penubuhan Persatuan
dan Kelab.

2. Dalam Warta Kerajaan Bertarikh 21hb Mei 1998,


Jilid 42. No.11 Tambahan No.41, Perundangan P.U
(A) 196. ada dinyatakan; Pada menjalankan kuasa
yang diberikan oleh seksyen 130 Akta Pendidikan
1996, Menteri membuat peraturan yang berikut:

i) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan


Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998 dan hendaklah mula berkuatkuasa
pada pada 21 Mei 1998.
ii) Peraturan-peraturan ini adalah terpakai bagi
sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
iii) Dalam Peraturan-Peraturan ini -
guru besar atau pengetua ertinya pegawai dalam
Perkhidmatan Pelajaran yang dilantik oleh Ketua
Pengarah Pelajaran untuk mengurus sekolah:
penasihat ertinya guru yang dilantik oleh guru
besar atau pengetua untuk memberi nasihat kepada
persatuan sekolah.
jawatankuasa ertinya sekumpulan orang yang
dilantik atau dipilih untuk menjalankan tugas persatuan
sekolah:
persatuan sekolah ertinya apa-apa kelab atau
persatuan murid dan guru sekolah.
iv) Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima
permohonan secara bertulis, hendaklah menubuhkan
persatuan sekolah daripada kategori yang berikut:
A. Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana
yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan

Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997. Contoh:
Bahasa Melayu (Persatuan Bahasa Melayu).
Bahasa Inggeris (Persatuan Bahasa Inggeris)
Sains (Persatuan Sains)
Matematik (Persatuan Matematik)
Agama Islam (Persatuan Agama Islam)
Sejarah (Persatuan Sejarah)
Geografi (Persatuan Geografi)
dan lain-lain
B. Hobi dan Rekreasi
Persatuan Mendaki gunung.
Kelab Joran / Memancing
Kelab Kembara
Kelab Fotografi
Kelab Komputer
Kelab Mengumpul Setem
dan kelab-kelab lain
C. Sukan dan Permainan
Kelab Bola Sepak.
Kelab Gimnastik.
Kelab Ping Pong.
Kelab Tinju.
Kelab Badminton
Kelab Bola Jaring
dan kelab-kelab lain
D. Badan Beruniform. Contoh:
Persatuan Kadet Polis.
Persatuan St John Ambulans.

Persatuan Puteri Islam.
Persatuan Pengakap

E. Lain-lain persatuan yang diluluskan oleh


kerajaan dan pendaftar. Contoh:
Kelab Pencegahan Jenayah
Kelab Keselamatan Jalan Raya
Kelab Kewangan
Kelab Usahawan Muda
Kelab Rukun Negara
v) Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah
mengemukakan secara bertulis kepada guru besar
atau pengetua, laporan yang lengkap mengenai

perkara-perkara berikut:
-
perlembagaan persatuan
- senarai ahli jawatankuasa
- senarai aktiviti utama persatuan.

vi) Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh


empat belas hari mula berkuatkuasanya Peraturan-
Peraturan ini atau dalam hal persatuan yang
ditubuhkan selepas Peraturan-Peraturan ini
berkuatkuasa dalam tempoh empat belas hari selepas
mesyuarat pertama persatuan tersebut.
3. Perlembagaan dan peraturan persatuan sekolah
hendaklah diluluskan oleh guru besar atau
pengetua.
4. (i) Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah
hendaklah mengemukakan secara bertulis
kepada guru besar atau pengetua, laporan
yang lengkap mengenai apa-apa perubahan
dalam perlembagaan, peraturan jawatankuasa
atau ahli persatuan.
(ii) Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam
tempoh empat belas hari dari tarikh yang
laporan tentang perubahan itu dibuat , dan
hendaklah disahkan dengan tandatangan
pengerusi dan setiausaha persatuan berkenaan.
(iii) Guru besar atau pengetua boleh, menerima atau
enggan untuk menerima perubahan yang
dinyatakan dalam sub peraturan (1).
BAGAIMANA MENUBUHKAN KELAB/PERSATUAN
1. Murid-murid membentuk jawatankuasa penaja yang
terdiri daripada Pengerusi, Timb. Pengerusi,
Setiausaha, Bendahari dan beberapa orang AJK
untuk menetapkan:-
a. Tujuan dan matlamat/objektif
- sesuai, boleh dicapai dan tidak membebankan ahli
b. Aktiviti dan kegiatan
- bilangan aktiviti, sesuai, boleh dilaksanakan, tidak
membebankan
c. Menggubal Peraturan Persatuan/Kelab
- masa perjumpaan, bilangan perjumpaan setahun,
derma, pakaian, larangan dan sebagainya
d. Perlembagaan
- mengikut format, mematuhi kehendak
2. Jawatankuasa penaja menulis permohonan rasmi
kepada Pengetua atau Guru Besar dengan
menyertakan dokuman yang telah ditetapkan di
atas.
3. Mendapatkan kelulusan daripada Pengetua atau
Guru Besar
4. Mendaftarkan ahli-ahli kelab atau persatuan yang
telah diluluskan oleh Pengetua atau Guru Besar
5. Mengadakan Mesyuarat Agung penubuhan dengan:
i. Memilih Ahli Jawatankuasa
ii. Merancang aktiviti tahunan kelab/persatuan
iii. Pengesahan kewangan dan dokumen-
dokumen lain kelab/persatuan
iv. Mengoperasikan kelab/persatuan
CARTA ALIR PENUBUHAN KELAB /
PERSATUAN
MEMBENTUK AJK PERMOHONAN RASMI &
PENAJA KELULUSAN
1. Tujuan & matlamat/objektif
PENGETUA/GURU
BESAR
2. Aktiviti & kegiatan
3. Menggubal Peraturan
4. Perlembagaan

MESYUARAT AGUNG & PENDAFTARAN AHLI &


MELANTIK AJK MENDAPAT
1. Melantik AJK KELULUSAN
2. Rancang aktiviti tahunan PENGETUA/GURU
3. Urus dana & kewangan BESAR
4. Pengoperasian
PERATURAN -
PERATURAN
Peraturan sekolah adalah
menjadi peraturan asas
Peraturan khas yang
ditetapkan hendaklah
dipatuhi oleh semua ahli
Ahli-ahli yang melanggar
peraturan akan dikenakan
tindakan tatatertib
TINDAKAN DISIPLIN
Diambil terhadap ahli yang melanggar
perlembagaan persatuan/kelab dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan
Tindakan disiplin mengikut prosedur:-
amaran lisan dan amaran bertulis
Ahli yang tidak berpuas hati dengan
tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada guru Penasihat secara
bertulis dan keputusan Guru penasihat
adalah muktamad
PEMBUBARAN PERSATUAN
Pengetua/Guru Besar diberi kuasa untuk
membubarkan persatuan jika didapati
melanggar perlembangaan dan Falsafah
Pendidikan Negara
Segala hutang wajib diselesaikan. Baki
kewangan diputuskan dalam Mesyuarat
Agung Tergempar
Setiap ahli perlu mengetahui
tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti
yang dijalankan
Ahli- ahli hendaklah sentiasa peka dan
mengikuti aktiviti dengan penuh minat
PERLEMBAGAAN

SENARAI AJK KELAB

SENARAI AKTIVITI
PERANAN &
TANGGUNGJAWAB
Pengerusi AJK
Timbalan Pengerusi
Setiausaha
Penolong Setiausaha
Bendahari
Penolong Bendahari
Ahli Jawatankuasa
Juruaudit
PENGERUSI
1. Mempengerusikan semua mesyuarat dan
bertanggungjawab ke atas
kesempurnaan mesyuarat.
2. Meneliti catatan minit mesyuarat dan
mempastikan segala tindakan yang
diputuskan diambil tindakan sewajarnya.
3. Membincangkan semua program dan
aktiviti mingguan,penggal dan tahunan.
4. Membincangkan semua kegiatan
yang dirancang dapat dijalankan
dengan baik.
5. Menjalankan tugas-tugas lain yang
diarahkan oleh guru penasihat dari
semasa ke semasa.
TIMBALAN
1.
PENGERUSI
Memangku jawatan pengerusi
semasa ketiadaannya.
2. Membantu tugas-tugas pengerusi.
3. Menjalankan tugas-tugas lain
yang diarahkan oleh guru
penasihat dari semasa ke semasa.
SETIAUSAH
A
1. Menyelaras semua kerja urusetia
untuk merancang dan mengelolakan
aktiviti.
2. Uruskan hal-hal surat menyurat.
3. Mencatat dan menandatangani minit
mesyuarat / laporan kegiatan.
4. Mencatatkan kehadiran ahli-ahli.
5. Menyediakan / mencetak sijil
penyertaan / penghargaan.
6. Menyimpan dokumen.
7. Mendapatkan maklumat terkini
ahli.
8. Menjalankan tugas-tugas lain
yang diarahkan oleh guru
penasihat dari semasa ke
semasa.
PEN. SETIAUSAHA
1. Menjalankan tugas-tugas
Setiausaha sewaktu
ketiadaan Setiausaha.

1. Membantu tugas-tugas
Setiausaha dalam
melancarkan tugasan.
BENDAHARI
1. Bertanggungjawab berkenaan
semua hal kewangan persatuan.
2. Membuat dan menyimpan kira-kira
berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab di
atas kebetulannya.
3. Menyediakan penyata kira-kira
bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
4. Melaporkan kedudukan kewangan
sekiranya diminta dalam
mesyuarat AJK.
5. Menyediakan penyata kewangan
untuk mesyuarat agung.
6. Mengeluarkan resit bagi
penerimaan dan pembayaran
yang dibuat.
PENOLONG
PEN.BENDAHARI
BENDAHARI
1. Menjalankan tugas-tugas
Bendahari sewaktu
ketiadaan Bendahari.
2. Membantu tugas-tugas
Bendahari menyiapkan
penyata kira-kira kelab /
persatuan.
AHLI
JAWATANKUASA
1. Menghadiri mesyuarat /
perjumpaan kelab / persatuan.
2. Menjalankan tugas sebagai
membantu / merancang / memberi
idea bagi kelancaran aktiviti
persatuan.
3. Mempengerusikan biro-biro kecil
sekiranya dilantik.
JURU AUDIT
1. Memeriksa secara
terperinci laporan
kewangan persatuan /
kelab.
2. Mengesahkannya sebelum
mesyuarat agung
persatuan / kelab.
TAKE
5
PENGURUSAN
FAIL
1.FAIL INDUK
KELAB/PERSATUAN
2.FAIL PENGERUSI
3.FAIL SETIAUSAHA
4.FAIL KEWANGAN /
BENDAHARI
FAIL INDUK KELAB/PERSATUAN

1.1 Surat Permohonan menubuhkan Kelab


/Persatuan daripada guru/murid
disertakan bersama :

a. Draf perlembagaan
b. Draf aktiviti asas
c. Senarai Jawatankuasa Penaja

1.2 hingga 1.25 (rujuk edaran )


Perkara 1.2 hingga 1.25
(Rujuk edaran )
FAIL PENGERUSI

1. Maklumat ahli
2. Senarai ahli jawatankuasa dan
senarai guru penasihat
3. Perlembagaan kelab
4. Minit mesyuarat
FAIL SETIAUSAHA
1. Minit mesyuarat
2. Surat-surat berkaitan kelab
3. Buku-buku panduan kelab
4. Perlembagaan kelab
5. Maklumat ahli
6. Senarai ahli jawatankuasa
dan guru penasihat
7. Laporan Mingguan (Lampiran J)
FAIL KEWANGAN
(BENDAHARI)
1. Penyata kira-kira
kewangan kelab
2. Bil-bil pembelian.
CONTOH-
CONTOH
FAIL
FAIL
PENGERUSI
FAIL
SETIAUSAH
A
FAIL
BENDAHA
RI
SISTEM
KOD
FAIL
INDUK
Yang BAIK diamalkan,
Yang TIADA diadakan,
Yang LEMAH/KURANG diperbaiki,
dan
Yang sedia ada diMURNIKAN.
RENUNGAN
Jika tidak mampu menjadi paus di lautan,
jadilah seluang tetapi yang terlincah di
sungai yang berbukitan.

Jika tidak mampu menjadi pohon cemara di


puncak gunung, jadilah rumput tetapi
yang terhijau di lembah.

Jangan ikut resmi lalat yang sentiasa


membusukkan ikan, tetapi ikutlah resmi
garam yang sentiasa menyegarkan ikan.

You might also like